(Biro IT)
Dalam usaha kita untuk meng'optimise' perkhidmatan kita kepada masyarakat, berbagai cara telah kita lakukan. Antaranya ialah memberikan maklumat kesihatan melalui ceramah, pameran dan kaunseling, memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma, khidmat penyelidikan kesihatan seperti kencing manis dan kolesterol dengan bayaran minimun (yang kita tanggung sebahagiannya), dan khidmat rawatan dan perubatan percuma.
Kita telah melakukan banyak perbincangan dan trial & error untuk melihat mana yang terbaik untuk mengoptimakan tenaga/kos berbanding dengan kumpulan sasaran. Namun setakat ini belum ada yang terbaik yang benar-benar dipersetujui oleh majoriti daripada kita. Oleh itu kita terus membuka ruang untuk input dan diskusi yang positif ke arah mendapatkan penyelesaian yang terbaik agar manfaatnya dapat dirasai oleh segenap golongan secara lebih adil. Oleh kerana keterbatasan waktu untuk kita selalu berbincang, maka kami membuat inisiatif agar perbincangan ini dapat diluaskan lagi melalui ruangan ulasan/comments di ruangan ini. Sahabat sahabiat semua boleh meninggalkan comment/ulasan tersebut tanpa perlu mendaftar menjadi ahli. InsyaAllah pandangan-pandangan sahabat sahabiat semua akan diambil perhatian.
Saya paparkan beberapa comment yang telah kita perolehi di ruangan komen ini, dan saya membuka untuk comments yang seterusnya.
5 comments:
Salam.
Bab ubat ni, dari dulu lagi memang Kak Han pening. Ok, straight to the point..ini pandangan peribadi:
Kak Han sangat kurang setuju dengan penyediaan ubat semasa khidmat kesihatan.
Sebabnya:
1) Kita mengajar mereka untuk sentiasa 'disuap' (mungkin agak 'kejam' bunyinya..tapi itulah hakikatnya)
2) Tujuan utama kita adalah untuk mengesan penyakit & kaunseling (including explanation of preventive care)
3) Kalau kita bermurah hati sangat untuk bekalkan ubat pada mereka time tu..berapa lama sangat le ubat tu bertahan?
4) Bagi pesakit kronik yang sememangnya sedang dalam rawatan eg: Hypertension. .tak mustahil kita akan ganggu pulak diaorang punya recent treatment. Yalah..biasanya pesakit mesti akan bagi macam-macam alasan supaya dapat juga ubat free dari situ.
5) Yang paling sadisnya..daripada yang sepatutnya tak perlu apa-apa ubat, maka mulalah diaorang create macam-macam symptoms supaya macamana sekalipun, dapat juga ubat free yang disediakan di situ!
Jadi..Kak Han mencadangkan. ..setiap khidmat kesihatan, kita hanya tumpukan pada Pemeriksaan, Ujian Mengesan Kencing Manis (RBS) & kalau ramai tenaga boleh diselitkan dengan ukuran BMI. Treatment kita yang utama adalah Kaunseling & Referral sekiranya perlu.
Mana-mana pihak yang nak juga kita sediakan ubat, maka peruntukan mestilah datang daripada pihak mereka.
Kecualilah kita sendiri bermurah hati nak sedeqahkan ubat..maka peruntukan itu mestilah datang dari pihak kita sendiri.
Wallahua'lam.
Zalim ke cadangan 'aku' ni..? Hu,hu...
Assalamualaikum semua.
Respons sikit ttg ubat2an. Cadangan Kak Han rasanya ada kebenaran gak. Tapi kalu xde ubat langsung "Zalim" gak rasanya. Ye le, bila buat progaram kat ceruk Kpg2, imagine hebahan dibuat kekdg x same dgn apa yg sebenar kita nak buat. Maka dtglah pakcik-makcik, tok2 dan tokki2, tok nyang pun mungkin, berbasikal ataupun berjaln kaki, jauh lak tu, menunggu plak lama, sampai gilirannya "Maaf tok, hari ni kita check saja, ubat takde, kalu nak boleh pegi ke klinik ..........". Sedihnya rasa di hati tok.
Cadanagn ana :
1. Ubat untuk pykt kronik e.g. DM, IHD, Asthma etc yg perlu proper clinic f/up - Tak Perlu
2. Ubat2 utk maslah akut - masih diperlukan spt. PCM, Ponstan, Other pain killer, ubat batuk, gastric ckit2, cacing, kutu ckit2 dsb. (Insya allah ana boleh ikhtiar ckit2)
3. Utk check kencing manis - Harga stripnya perlu diambil kira (boleh tak kita charge RM 1 utk sapa2 yg nak - harga kalu x silap ~ RM 2, baki kita sponsor)
Sekian. Wassalam
Setuju dengan cadanga kak han...khidmat kesihatan kita sekadar khidmat sahaja, kita jangan ajar masyarakat menerima perubatan secara percuma sepanjang masa. Dan dari sudut primary care pun tak kena kerana kita tidak mempromote klinik kesihatan sebagai one stop centre.
bagi ambe yang jauh di kemaman ni, lebih setuju dgn pandangan zeen. at least pun ada ubat yang common macam sakit urat pong padan doh. memang mentaliti subsidi sukar untuk dihapuskan dikalangan masyarakat melayu kite.
kalau takdop ubat sangat, elok kite tukar "khidmat kesihatan" kepada "khidmat rundingan perubatan" .
Regards
zulmd
Salam.
Saya saja nak kabo tentang apa yang kita telah lakukan dari dulu-dulu.
1. Sebelum 2004, pihak penganjur program perlu bayar sebanyak RM200.00 per sesion. Kita sediakan ubat. Kita senaraikan jenis-jenis ubat dan mintak farmasi Purnama ready.
2. 2004 - 2008, kita order ubat dengan Klinik Mohamad Gong Kapas. Ubat yang digunakan akan dikira berdasarkan baki yang dipulangkan. Jadi, pihak penganjur akan bayar kepada Klinik Mohamad. Di luar Kuala Terengganu saya tak pasti, tapi rasanya kaedah ini juga digunakan. Orang yang handle uruskan ubat-ubatan untuk sekitar Kuala Terengganu ialah En. Hasbi. Penganjur akan contact beliau. Kita akan datang buat rawatan sahaja.
3. Program khas atau sempena - Kita buat lawatan ke rumah-rumah pesakit. Ini lebih efektif dan menjimatkan kos.
4. Keadaan tertentu dan 'emergency' - khidmat kesihatan sebagaimana yang saya pernah lakukan, saya tulis preskripsi untuk pesakit tu, pihak penganjur akan ambil dari klinik sahabat kita yang berdekatan, kemudian mereka akan hantar ke rumah-rumah pesakit. Klinik sahabat kita tu akan charge 'harga modal' jelah kepada penganjur. Kira infak jugalah...Jadi, penganjur dan kita tak payah sedia apa-apa ubat. Tapi penganjur kena bersedia untuk hantar ubat-ubat tu ke rumah-rumah pesakit.
Ada pro dan kontra... teruskan perbincangan. ..
Post a Comment