Oleh: Dr. Raja Hashim

Sambutan yang amat menggalakan telah diterima daripada graduan lulusan Sains Perubatan dalam dan luar negara. Penyertaannya hampir mencecah 100 orang meskipun hanya selepas dua hari program ini diiklankan di media sosial. Peserta yang hadir adalah dari seluruh Malaysia.
Program dimulakan dengan pendaftaran pada pukul 2 petang, 21 September 2018, dengan Majlis Perasmian dimulakan pada pukul 4 petang oleh Al Fadhil Ust Kamaruzaman iaitu Pengarah Institut Modal Terengganu Sejahtera (IMITS).
Seterusnya slot pertama diisi oleh Dr. Suhazeli seorang pakar perubatan keluarga yang tidak asing di Malaysia mahupun di luar negara. Beliau berkongsi berkenaan Career For Ummah. Penulis tidak sempat bersama dalam slot ini kerana sedang mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan untuk program keesokkan hari.
Pada malam tersebut, forum yang sangat bermanfaat telah diadakan dengan dihadiri oleh 3 orang ahli panel iaitu Dr. Saifurrahman, Dr. Sh. Azizah dan juga Mr. Hussain. Di dalam forum tersebut peserta ditekankan berkenaan ATTITUDE untuk menjadi seorang doktor yang kompeten.
Hari ke dua bermula seawal 8 pagi dengan sesi kuliah pendek bersama pakar-pakar berbeza bidang. Kemudian program diisi dengan slot dalam kumpulan di mana peserta di bahagikan kepada 8 kumpulan.slot ini mempunyai 8 stesyen merangkumi stesyen arterial blood gas (ABG), radiology, catheterization, coping with stress, iv cannulation, basic life support (BLS), clerking skill dan electrocardiogram (ECG).
Penulis sangat teruja dalam slot ini kerana setiap stesen dikendalikan oleh seorang pakar ataupun konsultan sambil dibantu oleh 2 orang pegawai perubatan yang memberikan ilmu dan berkongsi pengalaman secara sukarela.

Setelah sesi muhasabah dan sedikit maklum balas dari peserta ..tibalah saat penghujung bagi program dua hari satu malam ini ..sesi terakhir dan ditunggu-tunggu oleh semua peserta dan urusetia adalah sesi bergambar...hehehe
Semoga berjumpa lagi untuk HOPE 2.0 akan datang.
No comments:
Post a Comment