Monday, October 19, 2020

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS JAWATANKUASA PAPISMA TERENGGANU 2020

 UNIT PENERANGAN & IT

15 Oktober, 2020

Majlis penyerahan tugas telah dilakukan oleh Jawatankuasa lama (2018-2020) kepada kepemimpinan baru hari ini dalam majlis sederhana yang dihadiri oleh jawatankuasa sahaja. Majlis telah berlangsung dengan penuh muhibah di Dewan Mesyuarat NR Cafe, Tok Jembal, Kuala Nerus malam ini.

"Mana yang lain ni... lapar dah ni..." Kelihatan
dari kiri Dr. Ilham, Mr. Salman, Dr. Zuraizi dan
Dr. Termizy.
Majlis bermula dengan jamuan makan malam kira-kira pukul 9.30 pm. Seterusnya pada pukul 10.30 pm majlis penyerahan tugas bermula.

Majlis penyerahan tugas pada tahun ini telah diadakan bagi menggantikan Mesyuarat Agung Tahunan sebagaimana lazimnya kerana negara sedang dilanda wabak Covid-19 gelombang ke-3 sejak beberapa minggu yang lalu. Ini menyebabkan majlis berkumpulan terpaksa dibatalkan meskipun tarikh Mesyuarat Agung telahpun ditetapkan lebih awal sebelum ini.

"Assalamualaikum..." Mr. Salman sedang 
mempengerusikan majlis.

 Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan Pengerusi Tetap (2018/20), Mr. Salman Amiruddin yang mempengerusikan majlis kerana Pengerusi Tetap (2018/20), Mr. Hussain Mohamad tidak dapat hadir. 

Agenda pertama ialah ucapan mantan Pengerusi Papisma Terengganu (2018/20), Dr. Mujahid Fauzi Sulong. Beliau yang telah memimpin Papisma Terengganu selama 6 tahun 6 bulan telah menyampaikan ucapannya yang sangat berharga untuk dijadikan panduan. Pengalaman, cabaran, amanah dan banyak lagi telah dikongsikan  sebagai bekal untuk dipikul oleh kepemimpinan baru. Menurutnya, cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi itu bukan sahaja berlaku di peringkat dalaman Papisma sendiri, malah ianya berlaku lebih hebat lagi di peringkat luaran selepas pilihanraya ke-14 yang lalu. Malah, sesuatu yang juga agak menyedihkan ialah apabila ada di kalangan NGO sendiri cuba mencantas usaha-usaha Papisma dalam berbakti kepada masyarakat. 

"Alhamdulillah... kita telah sampai kepada tahap
ini..." Dr. Mujahid Fauzi sedang menyampaikan
amanatnya.

Itulah antara cabaran yang perlu didepani oleh barisan kepemimpinan yang baru. Beliau juga memberikan tips bagaimana membentuk pasukan yang kuat dalam kepimpinan iaitu selalu berjumpa secara informal bagi menjalinkan ukhuwah dan keserasian. Apabila sudah serasi maka segala gerakerja akan menjadi mudah.

Seterusnya mantan Setiausaha Papisma
Terengganu, Sdr. Hj. Mohd. Johari Yusof membentangkan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang 2018/20 dalam suasana yang ceria. Kemudian dikuti pula oleh pembentangan laporan kewangan oleh mantan Bendahari, Dr. Mohd. Syuhaimi Zakaria.

Dr. Zuraizi sedang menerima Watikah
Perlantikan Sesi 2020/22 daripada Dr. Mujahid
sambil diperhatikan oleh Pengerusi SPR 2020,
Dr. Roslan Yusof.

Majlis kemuncak ialah pengumuman perletakan jawatan oleh mantan Pengerusi Papisma Terengganu. Kemudian Pengerusi Sekretariat Pilihanraya (SPR) Papisma Terengganu 2020, Dr. Roslan Yusof mengambil alih bagi upacara watikah perlantikan Jawatankuasa Baru (2020/22). Beliau menjemput Pengerusi Papisma Baru, Dr. Zuraizi Jaafar yang diiringi oleh mantan Pengerusi untuk menerima senarai jawatankuasa baru bagi sesi 2020/22.

Sejurus selepas itu, Dr. Zuraizi telah menyampaikan ucapan ringkas yang berupa harapan beliau sebagai Pengerusi baru yang mengharapkan bimbingan 'orang lama' bagi meneruskan kesinambungan gerakan Papisma Terengganu ini.

"Keris bukan sebarang keris..." Dr. Zuraizi
menyampaikan plak cenderahati kepada mantan
Pengerusi Papisma Terengganu.

Sebelum majlis berakhir, Pengerusi Papisma Terengganu, Dr. Zuraizi telah menyampaikan cenderahati kepada mantan Pengerusi berupa plak replika keris yang diukir pantun yang penuh makna. 

Majlis bersurai kira-kira pukul 11.45 pm.






Berikut adalah beberapa gambar kenangan yang sempat dirakam di dalam majlis tersebut.

Majlis Makan Malam.

Menanti kehadiran para jemputan. Dari kiri Dr. Termizy,
Dr. Azhan, Dr. Farizi dan Dr. Talhah.

"Selfie sekali..." Saifullah sedang mengambil gambar
selfie berlatarbelakangkan para hadirin yang telah
hadir.

"Masih menunggu..." Dari kiri, Dr. Roslan, Sdr. Johari,
Dr. Mujahid, Dr. Ilham, Mr. Salman, Dr. Zuraizi, 
Dr. Termizy dan Dr. Azhan.

"Boleh dah start makan..." 😃


Majlis Penyerahan Tugas (Gambar tidak mengikut susunan).

Majlis baru bermula.

"Makan pulak kat sini?" Eh... tak ler... ni makanan
orang lain sebelum tu. Kitorang pinjam aje dewan ni. 😃

Dengan ini saya meletak jawatan. 😄

Pengerusi Papisma Terengganu 2020/22, 
Dr. Zuraizi sedang berucap.

Dah macam YB dah Dr. Mujahid berucap. Kemas
dan tersusun.

"Saya mengharapkan bimbingan senior..." antara 
ucapan Pengerusi Papisma Terengganu ini.


"Ye dok ni?..." Terpegun... 😃

Khusyu' mengikuti ucapan.

Mr. Salman sedang mempengerusikan majlis.


Monday, September 28, 2020

KEPUTUSAN PILIHANRAYA PAPISMA TERENGGANU 2020 UNTUK PEMILIHAN JAWATANKUASA SESI 2020-2022

Unit Penerangan

(22 Sept. 2020)

Alhamdulillah, kita telah menjalani sesi pemilihan jawatankuasa yang baru sepanjang 4 hari yang lalu. Jazakumullahu khairan katsira diucapkan kepada seluruh yang terlibat dalam melicinkan pemilihan ini. 

Kami di peringkat Ahli Lembaga SPR yang dilantik menguruskan pemilihan kali ini sungguh teruja dengan kerjasama seluruh jawatankuasa 2019-2020 serta ahli-ahli semua. 

Meskipun peratusan mengundi yang dijangka tidak tercapai, namun bilangan ini sudah mencukupi untuk mengesahkan pemilihan kali ini.

Antara faktor yang dikenalpasti mengurangkan jumlah % mengundi ini ialah kerana jumlah ahli yang berada di dalam whatsapp ini bukanlah keseluruhannya ahli Papisma Terengganu dan ada antaranya juga yang tidak layak mengundi.  

Pertandingan kali ini agak sengit. Ada jawatan yang hanya dapat ditentukan pada saat-saat akhir. Ini menunjukkan kita tidak kekurangan pelapis pemimpin. Hanya yang perlu ialah berikan mereka peluang. 

Kita berdoa mudah-mudahan para peminpin kita ini merupakan pimpinan yang terbaik. Rasulullah (SAW) bersabda:

"Tidak sia-sia orang yang beristikharah dan tidak menyesal orang yang bermusyawarah."

Inilah hasil musyawarah kita.. 

Kepada yang telah terpilih, tahniah diucapkan. Bersabarlah dalam memikul amanah. Sesungguhnya amanah itu adalah beban yang dipersoalkan dan bebanan amanah juga boleh menjadi batu loncatan ke syurga, in sha Allah.

Bebanan bukan saja terpikul di pundak kalian, bebanan ini juga terpikul dipundak-pundak setiap ahli. Ini kerana seluruh ahli Papisma Terengganu juga ada tuntutannya iaitu patuh dan memberikan kerjasama dengan kepimpinan yang telah dipilih. Hanya dengan kepatuhan dan kerjasama itu, Papisma mampu maju ke depan dan berjaya. 

Ikhlaskanlah niat kita.. buatlah kerana Allah, selebihnya kita serahkan kepada-Nya. Mudah-mudahan kita dipimpin oleh Allah swt dalam menjayakan persatuan Islam ini dan diberikan kemenangan dalam perjuangan ini di dunia dan akhirat. Aamiin.

Pemilihan kali ini menyaksikan 9 jawatan telah dipertandingkan dan 14 jawatan selainnya telah dimenangi tanpa bertanding. Seramai 120 orang telah terlibat di dalam melakukan undian tersebut di mana seorang hanya dibenarkan mengundi sekali. Tiada undi rosak dicatatkan. Jawatan yang dimenangi tanpa bertanding ialah:

Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Penolong Setiausaha, Bendahari, Wakil Kemaman, Wakil  Dungun, Wakil Besut, Unit Usrah dan Tarbiyah, Unit Syabab, Unit Az-Zahra, Unit Kebajikan Ahli, Ziarah dan Ukhuwah (KAZU), Unit Dental, Unit  Siasah dan Dakwah, dan Unit Profesional dan Akademik.

Berikut adalah Keputusan  pemilihan yang dijalankan yang berakhir pada pukul 12.00 mlm, 21/9/2020.


Pengerusi Cawangan : Dr. Zuraizi

Timbalan Pengerusi Cawangan : Dr. Ilham

Naib Pengerusi 1 : Mr. Salman

Naib Pengerusi 2 : Dr. Maryam

Setiausaha : Dr. Syukriyah

Unit Penerangan Dan IT : Dr. Haizie

Unit Ubat Dan Perbekalan : Sdr. Syed Saufi

Unit Ekonomi : Sdr. Saifullah

Unit Sukan Dan Rekreasi : Dr. Mohd. Talhah



SENARAI PENUH JAWATANKUASA PAPISMA TERENGGANU SESI 2020-2022

Pengerusi Tetap

Mr. Hussain Mohamad (Surgeon @HSNZ)

Timbalan Pengerusi Tetap

Dr. Azhan Hamdan (@KK Manir)

Pengerusi Cawangan

Dr. Zuraizi Jaafar (@Paediatrician HSNZ)

Timbalan Pengerusi Cawangan

Dr. Ilham (@Ophthalmologist HSNZ)

Naib Pengerusi 1

Mr. Salman Amiruddin (@ENT Surgeon Unisza)

 Naib Pengerusi 2

Dr. Maryam Fatini (@KK K. Berang)

Setiausaha

Dr. Syukriyah Rozali (@KK S. Takir)

Penolong Setiausaha : 

Sdri. Farah Najiha bt Zamalolaily (@Farmasi KK Telemong)

Bendahari  

Sdri. Nur Syakilah Mahyiddin (Phd Nursing @Unisza)


Wakil Kemaman 

Dr. Mat Noh Karim (@Hospital Kemaman)

Wakil Dungun

Dr. Fatimah (@Hospital Dungun)

Wakil Besut

Sdr. Hilmi Hamdan (@Jerteh)


AHLI JAWATANKUASA (EXCO):

1. Unit Usrah dan Tarbiyah

Dr. Wan Mohd. Razin Wan Hassan (Medical specialist@ UNISZA)

2. Unit Syabab

Dr. Hanif Mahmud (@ ED HSNZ)

3. Unit Az-Zahra 

Dr. Nur Izzah Fatimah Azizah binti Mohd Shakir (@KK Ajil)

4. Unit Kebajikan Ahli, Ziarah dan Ukhuwah (KAZU)

Dr. Nur Liyana Che Ali (@KK Marang)

5. Unit Dental

Dr. Mohammad 'Irfan bin Abd Rahman (@KP Air Jernih)

6. Unit  Siasah dan Dakwah 

Dr. Faiz Kamaruddin (DO @ HSNZ)

7. Unit Profesional dan Akademik

Dr Termizy (Medical specialist @ KTS)

8. Unit Penerangan Dan IT

Dr. Haizie Ibrahim (@ Patho HSNZ)

9. Unit Ubat Dan Perbekalan

Sdr. Syed Mohd Saufi (@Farmasi Intan)

10. Unit Sukan Dan Rekreasi

Dr. Mohd. Talhah Mustaffa (@KK K. Berang)

11. Unit Ekonomi

Sdr. Saifullah Osman (@Dietician HSNZ)


Sumber diperolehi dari :
Pengerusi SPR PAPISMA Terengganu
Dr. Roslan Yusof
....................................................................************** .....................................................

Wednesday, April 22, 2020

Penyerahan Sumbangan Kubikel Di Dalam Berita TV Al Hijrah


PAPISMA Terengganu Menyumbangkan Kubikel Covid Kepada HSNZ

Unit Penerangan

21 April 2020
Wakil-wakil PAPISMA Terengganu  dan Yayasan Amal
Terengganu sedang bersedia untuk bergambar bersama
Pengarah HSNZ bersama sumbangan.
Hari ini telah memasuki Fasa-3 PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia. PAPISMA Terengganu telah menggandakan usaha bagi membantu barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan membuat satu inovasi kubikel bagi memudah proses saringan dilakukan dengan selamat dan lebih menjimatkan kos jangka masa panjang. Kubikel ini dinamakan sebagai "Kubikel Covid Papisma" (KCP).

KCP ini dihasilkan dengan anggaran kos sebanyak RM2500 yang disumbangkan oleh orang ramai dan badan-badan yang prihatin dalam membantu anggota barisan hadapan menangani wabak ini.


Tuesday, April 7, 2020

NISFU SYAABAN PADA 18 APRIL 2020

Unit Penerangan

Kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit berdasarkan hadith. Namun tidak ada amalan yang khusus pada malam nisfu Sya’ban melainkan amalan-amalan yang bersifat umum. Maka kita digalakkan beramal pada malam tersebut bagi meraih ganjaran yang Allah sediakan. 

Lihat penerangannya sebagaimana di bawah oleh Mufti Willayah Persekutuan.