GAMBAR-GAMBAR RETREAT 2.0 2024 KENYIR (HARI PERTAMA)

 

Hari Jumaat di musim tengkujuhpun begitu banyak kenderaan yang parkir bermalam di Pengkalan
Gawi. "Parking penuh!" Kata petugas penjaga parkir.

"ALHAMDULILLAH, kami berjaya sampai!" Memang kena kuat iman sungguh untuk hadir ke retreat kali ini. Dari kiri: Sdr. Aminuddin (Abang Amin), Mr. Hazizul (Pengerusi PAPISMA Terengganu), Dr. Farizi, Dr. Hakim, Dr. Afuza (SU PAPISMA Terengganu), Dr. Raja Hashim (Naib Pengerusi 1), Dr. Afifi, Dr. Almizan dan Dr. Mujahid Sabri (Pengarah Retreat 2.0).

"Sempat lagi main wassap ni. Kejap lagi tadok line sayonaralah..." Dari kiri Mr. Hazizul, 
Dr. Almizan, Dr. Afifi, Dr. Raja Hashim, Dr. Farizi dan Dr. Hakim.

"Saya kena balik awal esok ni." Prof. Dr. Harmy dikerumuni oleh para peserta lain. Maklumlah 
bukan senang nak bersama dan bermalam sekali. Biasa Prof. Dr. Harmy memang bizi yang teramat
dengan tugas sebagai Dekan Perubatan UNISZA.


"Anta tak boleh mudah menyerah kalah walaupun susah!" 😆 Mungkin itu yang dinyatakan oleh Mr. Hazizul kepada Dr. Hakim (kiri).

"Hujan masih lebat... Jom cepat!" Suasana baru balik solat Jumaat berlatarkan Pusat Perdagangan Bebas cukai dan Jambatan Sirip Ikan (saja bagi nama yang catchy 😅)

"Ayam masak lemak!" Fuh! selera sungguh makan tengahari beramai-ramai, ditambah pula dengan perut kosong dan suasana Tasik Kenyir redup dan nyaman.

"Ish... apsal laptop ni tak nyala pulak!" Bizi sungguh Dr. Aliff menyediakan alat bantu
bagi retreat kali ini. Dapurpun dia, teknikal pun dia jugak. 😅

Booklet yang disediakan oleh Team Ekonomi.

"Saya tak mahu cakap banyak sebab nanti masing-masing tak tido!" Hehe...
Dr. Farizi sedang membentangkan dapatan dari Team Ukhuwah.

"10 tahun saya dalam bidang ni!" Sdr. Aminuddin Omar (Abang Amin)
merupakan otai strategist sedang mengulas strategi perkaderan.

"Rugi hangpa tak mai!" Dr. Hakim kiri dan Dr. Raja Hashim.

"Kami sedang mencipta sejarah!" Para peserta mengabadikan pos bersama
dengan latarbelakang hutan di Air Terjun Lasir.


Pos istimewa Team Ekonomi dari kiri: Dr. Aliff (Cheff), Sdr. Johari, Abg Lan, Dr. Mujahid Sabri dan Dr. Afifi.

"Molek cuaca!" bersantai sambil menikmati suasana
dan pemandangan Tasik Kenyir di atas houseboat 
yang bergerak perlahan.

"Amacam kalu kita take over housebot ni?" Sdr. Johari
dengan posing yang tersendiri.

"Sungguh ni, kalau tak, takkan saya cadang!" Dr. Afifi Syamil sedang membentangkan dapatan dari analisis SWOT dan PESTEL dari Team Ekonomi.

"Menarik ni. Kaya PAPISMA Terengganu lepas ni.!" Pelbagai perkara pasti terlintas dalam minda
ketika menerima cetusan idea-idea ekonomi.

"Ooopps... macam nk terbang canoe ni!" Seronok sekali
Dr. Raja Hashim bermain dengan kayaknya. Maklumlah
Mana ada benda gini kat Marang. 😅

"Kena cepat bakar ni... orang dah lapar nak makan ni!" Cheff Aliff memang
steady. Pasal masak memasak ni, sebut aje menu. "Beresss!" Jawabnya.

"Ishh... aku tak pernah buat menu macam ni. Kuah singgang biasa!" 
SUK PAPISMATerengganu, Dr. Fariz sedang membantu dalam
menyediakan makan malam.

"Udang harimau!" Memang spesel menu makan malam retreat kali ini.

Di dapur.."Eh cukup dok kentang ni?" Mungkin itu yang ditanyakan oleh Dr. Raja Hashim (kiri) sambil menolong Chef Dr. Aliff (kanan sekali) ditemani oleh Dr. Almizan (baju cokelat) dan Dr. Afuza (baju hitam, Setiausaha PAPISMA Terengganu) dalam menyediakan makan malam.

"Test... test!" Sebelum mesyuarat dimulakan, kenalah rasmi dulu. 😄 Dari kiri: Dr. Almizan, Prof. Dr. Harmy, Abang Amin, Dr. Roslan (Abg Lan) dan Sdr. Johari.

"Kita mulakan dengan overview JK PAPISMA Terengganu yang dinamik dan kreatif!" Mr. Hazizul memulakan retreat kali ini. Kelihatan diperhatikan oleh Dr. Razin dan Dr. Mujahid (kanan) dan kiri Dr. Afuza yang menaip sesuatu di laptop.

"Tengahari ni sedap tido..!" Nasib baik bermandi hujan balik dari solat Jumaat tadi... hilang terus rasa mengantuk.😅

Sesi kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Abang Amin digunakan sepenuhnya untuk mengupas strategi dan analisa bagi dimanfaatkan oleh organisasi. "Terbaik boh!"

"Tak berkelip!" Kelihatan Abg Lan begitu khusyuk memberi tumpuan terhadap apa yang disampaikan dalam Kuliah Maghrib.

"Menarik ni kalau dapat dilaksanakan." Prof. Dr. Harmy juga sedang memberikan tumpuan.

"Tak pernah dengar ni!" Dr. Razin begitu tertarik dengan perkongsian yang disampaikan.

Menunggu makan malam.

"Western!" Menu istimewa dinner di Tasik Kenyir.

Sesi sebelum tidur ..."10 tahun saya dalam bidang ni!" Sdr. Aminuddin Omar
(Abang Amin)merupakan otai strategist sedang mengulas strategi perkaderan.


"Kita sambung ngail!" Dr. Fakhruddin kiri, Dr. Razin ("Tengah intai ikan ke tu?") dan Sdr. Johari yang mencuba nasib hanya dengan berkain pelikat.


"Eh! Nak tumbuk sapa boss Jo" Dr. Raja Hashim (kiri) akhirnya
berjaya menaikkan seekor ikan baung. Sdr. Johari yang memang otai ngail
sedang membantu. Berat sangat tu?

"Horray! Dapat lagi!!" Dr. Fakhruddin kaki joran dari Kemaman sedang
menaikkan seekor lagi ikan lampam. Berapa ekor dah?



No comments:

Push-Up Arrow