(Biro IT)
"Aku bercadang untuk tutup klinik awal malam ni" Suara hatiku berbisik. "Selewat-lewatnyapun 9.45 mlm." Aku terus berazam.
Sejak pagi lagi aku telah mengingatkan isteriku tentang program rekreasi ukhuwah malam itu. Aku bimbang kalau aku tak ingat, biar dia yang akan mengingatkan. Aku agak terkejut bila diapun nak turut serta. Cepat aku membuat rumusan..."bagus juga", bisik hati kecilku.
Petang itu 21 Julai 2008, kira-kira pukul 5.45 petang aku telah menghubungi Dr. Razin tentang persiapan dari segi shuttle dan raket. Beliau setuju untuk membawa shuttle. Raket akan dibawa sendiri oleh peserta. Alhamdulillah, tak payahlah aku beli shuttle petang itu.
Sebelum aku pergi kerja malam itu aku telah menyediakan kelengkapan berupa raket 2 batang, takut-takut putus tali, boleh ganti yang satu lagi. Maklumlah, dah lama tak digunakan. Pakaian sukan aku siap-siap masukkan ke dalam kereta.
Malam tu sambil tengok patient asyik-asyik tengok jam takut-takut terlewat. Memang sungguh... agak lewat iaitu kurang 4 minit pukul 10 malam baru aku dapat melangkahkan kakiku keluar klinik, yang terletak di Manir itu.
Selepas menunaikan solat berjemaah bersama isteriku di kliniknya di Cabagng Tiga, kami bertigapun (termasuk anak lelakiku yang memang suka 'ngekor') bergegas ke TER (Terengganu Equestrian Resort), Kuala Ibai tempat program rekreasi ukhuwah itu dijalankan.
Sesampainya kami di sana kira-kira pukul 10.40 malam, seramai 6 orang sahabat telah berada di sana iaitu Dr. Razin, Dr. Rohaizi, Dr. Shazli, Mr. Aman (Surgeon) Dr. Md. Arif dan seorang muslimah iaitu Dr. Norhaizi, isteri kepada Dr. Md. Arif. Pasangan ini pun GP seperti kami, tetapi mereka bertugas lebih dekat iaitu di Kuala Ibai dan Rhu Rendang. Sahabat-sahabat semua kelihatan telah berpeluh-peluh. Rupa-rupanya mereka telahpun bermain badminton beberapa set. Apa lagi... akupun tak sabar-sabar untuk turut bermain.
Mula-mula aku berpasangan dengan Dr. Razin. Tahu tak siapa lawan kami? Ha... pasangan beregu campuran suami-isteri Dr. Arif - Dr. Norhaizi. Wah, hebat jugak Norhaizi tu bermain badminton. Sama handal je dengan suaminya tu. Dr. Arif tu, walaupun lututnya cedera semasa accident pada tahun 1993 dulu, tapi masih sanggup dan mampu berlari keliling gelanggang untuk mengejar bola. Pasanganku pula Dr. Razin. Aku sebenarnya tak pernah tahupun yang dia tu pandai main badminton. Walaupun tubuhnya agak berisi, tapi... tak disangka cukup teror bila berada di tengah gelanggang. Itulah... kalau aku tak turun malam tu, tentu aku tak tahu kebolehan sahabat kita tu.
Selepas itu kami terus bermain dengan berganti-ganti pasangan. Cukup bersemangat sahabat-sahabat berekreasi. Meskipun aku tengok Dr. Rohaizi, Mr. Aman dan Dr. Shazli tu sampai 'lembik' nak pengsan aku tengok, peluh membasahi baju sampai boleh diperah, tapi mereka terus bermain. Akupun tak tau dah berapa lama mereka ni tak bermain...macam aku lah jugak... Walaupun aku tahu yang bermain dan bersukan ni amat penting untuk kesihatan optima. Tapi maklumlah... semuanya dibatasi oleh pekerjaan dan komitment lain yang cukup menyibukkan. Akhirnya, aku yang tahu lebih pasal kesihatan, tapi pesakit yang lebih sihat sebab mereka mengamalkan apa yang aku nasihatkan, tapi aku... siapa agaknya yang akan menasihatkan aku nanti?
Ada juga yang hanya bermain kat tepi gelanggang saja. Ajak masuk gelanggang tak mahu. Mungkin hadirnya untuk meraikan dan sebagai tanda sokongan kepada program yang dianjurkan oleh Papisma Terengganu. Contohnya seperti isteriku, Dr. Zaihan. Aku rasa kalau dia masuk dalam gelanggang, tak taulah aku dia pukul shuttle ke pukul net... Tapi yang lebih pasti ialah aku akan jadi tukang urut tanpa gajilah lepas tu.
Selepas berekreasi pada malam tu, kami berasa cukup puas hati. Semuanya berjalan lancar meskipun hanya 8 peserta sahaja yang turut serta. Aku bagi pihak Papisma Terengganu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas masa yang kalian sumbangkan. Dengan sumbangan masa itu kalian dapat merapatkan ukhuwah, kepuasan bermain dan insyaAllah kalian juga akan mendapat pahala di sisi Allah SWT. Subhanallah...Maha Kayanya Allah.
Aku sangat berharap agar program rekreasi ukhuwah ini dapat diteruskan. kalau boleh seminggu sekali. Kata Dr. Razin, kalau 2 minggu sekalipun akan jadi sejuk, sebab kalau miss sekali, peluang nak jumpa dah jadi sebulan. Aku bersetuju dengan pendapatnya. Aku harap beliau sebagai Potfolio Perhubungan dapat berbincang dengan upcoming Potfolio Ukhuwah & Rekreasi, Dr. Md. Arif untk menetapkan tarikh-tarikh seterusnya. Kalau aku ada kesempatan dan masa permainan mengizinkan, insyaAllah aku tak akan ketinggalan. Tidak ketinggalan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Adik Anas b. Roslan 'cameraman cilik' yang telah menyumbangkan tenaga untuk mengambil gambar-gambar peristiwa bersejarah ini.
No comments:
Post a Comment