Showing posts with label Konvensyen Papisma. Show all posts
Showing posts with label Konvensyen Papisma. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Meraikan Petugas KKP-9

Biro IT

Setelah bertungkus lumus sejak bulan Januari 2011 sehingga terlaksananya Konvensyen Kebangsaan PAPISMA ke-9 (KKP-9), maka sebagai menghargai jasa dan pengorbanan ahli yang bersama-sama menyinsing lengan dan menitiskan keringat, mereka semua diraikan di dalam satu majlis ringkas yang penuh memori di Paradise Deluxe, Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Tarikh 17 Mei 2011, hari Selasa, ruang makan tingkat satu Paradise Deluxe mula dipenuhi sebaik saja selepas solat Isyak.

Sebelum acara bermula, tayangan DVD video klip KKP-9 ditayangkan sebagai penyeri suasana.

Video yang juga berlatarbelakangkan lagu-lagu nasyid menjadikan majlis terasa tenteram sambil melayari memori yang dilalui semasa bertugas di Bukit Keluang Beach Resort itu.

Kak Lin (Dr. Azlin) kiri sekali dan Dr. Tuan Norizan, kanan sekali bersama keluarga turut menikmati suasana itu.

Menu yang cukup enak disajikan menunggu masa untuk dijamah.

Pengerusi Majlis yang merupakan Pengerusi PAPISMA Terengganu, Dr. Md Arif memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah.

"Berat tu memang berat, tapi kalau Terengganu diamanahkan lagi, saya sanggup memikul amanah itu!" Dr. Wan Mohd Razin yang merupakan Timbalan Pengerusi PAPISMA Terengganu, merangkap Pengarah KKP-9 menyampaikan ucapan sambil berkongsi pengalaman manis KKP-9.

Naqib usrah umum PAPISMA Terengganu, Ust. Ismail Dagang menyampaikan ucapan.

"Fuh! Sedap sungguh makanan kat sini... Buat makan acap-acap tak apa..." Mungkin itulah yang sedang diluahkan oleh Dr. Md Arif.

"Tambah lagi. tambah lagi... kurang boleh order lain..." Dari kiri (bermula tudung coklat) Dr. Norhasimah Ismail (Setiausaha PAPISMA Terengganu), Dr. Najihah Mahfuzah, Dr. Fadhilah dan Dr. Nurul Atikah bersama anak-anak Kak Han.


"Kalau nak makan dengan sudu, haah buat macam ni..." Bersungguh nampaknya Dr. Tuan Norizan (menghadap kamera bertudung gelap) mengambil lauk sambil diperhatikan oleh anak-anaknya.

"Saya tambah dulu ni, lauk banyak lelaki sorang je ni..." Nampaknya Mr. Hussain (baju biru) sekeluarga dikhususkan mendapat satu meja eksklusif...

"Ni macam meja VIP..." Sebenarnya tidak ada meja VIP. Tapi kebetulan para naqib PAPISMA Terengganu sampai awal, mereka duduk semeja untuk mudah berbual-bual sesama mereka. Kelihatan dari kiri, Ust. Bob (berkopiah putih dan berkemeja-T putih merupakan naqib usrah muslimin), Dr. Ilham, Dr. Roslan, ayah Ust. Ismail Dagang, Ust. Ismail Dagang (terlindung), Tuan Haji Sabri (suami Kak Lin), Ust. Ismail Osman (membelakangkan kamera, suami Ustazah Suhaimah - naqibah usrah muslimat) dan Dr. Wan Mohd Razin.

"Makan sorang pun soranglah..." Dr. Termizy yang merupakan Timbalan Pengarah KKP-9 sampai lewat kerana on-call pada malam itu. Namun masih sempat meraikan majlis yang diadakan.

"Eh... Sampai lewat, tapi dapat cenderahati awal..." Dr. Termizy menerima cenderahati. Mungkin mengutamakan kesibukan dan tugas, dibimbangi tak sempat menerima cenderahati dah dipanggil untuk bertugas semula.

"Terima kasih ustaz." Dr. Norhasimah menerima cenderahati.

"Hadiah ni mahal tau, jangan simpan je..." Dr. Fadhilah menerima cenderahati.

"Ingatkan nak beri dua tadi..." Mungkin itu jenaka Kak Lin selepas menerima cenderahati.

"Oh.. saya dapat juga ustaz?" Tn. Hj. Sabri ahli PAPISMA Bersekutu yang ringan tulang membantu dan menjayakan KKP-9 yang lalu turut diraikan dengan cenderahati.

"Macamana pulak ana boleh dapat ni?" Ust. Ismail Dagang, naqib yang berjasa memberikan inspirasi. Menyampaikan ilmu dalam kesibukan berulang-alik antara Terengganu, Johor dan Brunei. Namun sebulan sekali tetap meluangkan masa bersama PAPISMA Terengganu.

"Ana dapat juga?" Ust. Dr. Burhanuddin (Ust. Bob) turut diraikan kerana jasanya yang cukup banyak sejak sebelum PAPISMA Terengganu mempunyai organisasi lagi beliau telah menjadi naqib muslimin yang cukup konsisten.

"Terima kasih bang..." Ustazah Suhaimah, isteri Ust. Ismail Osman (yang menyampaikan hadiah) sememangnya orang yang menjadi tulang belakang tarbiyah muslimat PAPISMA Terengganu.

"Dah kenyang... kami nak balik!" Sebelum beredar, Kak Han (tengah) sempat posing bersama Kak Za (kiri, isteri Ust. Bob) dan Ustazah Suhaimah yang mesra dengan panggilan Kak Su (kanan).

Kepada mereka yang tidak sempat menghadirkan diri pada malam itu, jasa mereka tetap dikenang. Cenderahati mereka akan disampaikan kemudian. Namun apa yang penting kebersamaan akan meningkatkan ukhuwah. Yang berat sama dipikul maka ia akan menjadi ringan. Penat lelah menggalas amanah tidak terasa apabila kejayaan yang ditempa. Apatah lagi ikhlas menjadi niat yang utama. Meskipun tidak mendapat sebarang penghargaan berharga di dunia, Allah yang Maha Kaya akan menyediakan ganjarannya di syurga... Amin.

Thursday, April 28, 2011

SELAMAT DATANG KE KONVENSYEN PAPISMA KE-9, 2011

(Pengarah Program)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala Puji bagi Allah, tuhan semesta alam, selawat dan salam untuk junjungan besar s.a.w.

Insyaallah, tidak lama lagi kita semua, para peserta KKP 9 akan bertemu di Bukit Keluang Beach Resort untuk berkonvensyen selama 3 hari 2 malam. Selamat datang saya ucapkan kepada semua, dan kepada yang tidak berpeluang untuk datang, tanamkanlah azam dari sekarang untuk turut serta dalam KKP 10 yang akan datang, moga Allah akan mempermudahkannya.

Alhamdulillah, KKP 9 kali ini telah berjaya menarik penyertaan yang agak ramai (jumlah semua sekali mencecah 300 orang i.e. termasuk anak2 kecil, dan ahli2 keluarga yang lain). Kami JK KKP 9 amat teruja untuk menerima kedatangan tetamu-tetamu semua yang datang dari segenap pelusuk Semenanjung Malaysia (dari Malaysia Timur, saya tak ‘sure’). Ingatkan wakil Brunei dapat datang, rupanya tak, dan beliau, Dr. Agus Salim mengirim salam untuk semua sahabat2 PAPISMA yang hadir, dan juga mendoakan agar KKP 9 ini berlangsung dengan jayanya. Kita juga menerima delegasi dari India dan Australia, Alhamdulillah, PAPISMA dah semakin global.

Perjalanan sahabat2 semua dari tempat masing2 ke BKBR ini, kami iringi dengan doa, dan ingatlah, dengan niat yang tulus ikhlas, datang ke sini untuk merapatkan talian ukhuwwah, berkenalan antara satu sama lain, semata2 kerana ALLAH s.w.t, Insyaallah, perjalanan kita itu akan dinaungi dengan rahmat Allah s.w.t beserta iringan para malaikat. Berhati-hatilah ketika dalam perjalanan,

ELAKKAN TRAGEDI

Tibanya saudara2 semua, akan kami sambut dengan tangan, hati dan jiwa terbuka. AHLAN WA SAHLAN

Pendaftaran untuk check-in insyaallah akan bermula seawal jam 12 tgh hari (kalau semuanya lancar – kata Pengurus BKBR, sepatutnya jam 3 ptg. Mereka akan cuba sedaya upaya). Makan tengahari – sendiri cari deh. Tiada aktiviti petang – rehat je. Makan malamnya – Nasi Goreng bungkus + telor goreng + ‘plain water’ akan kami sediakan utk semua, dan boleh diambil di Kaunter Pendaftaran seawal jam 5.30 ptg.

Kita akan bersolat maghrib secara berjemaah di Dewan Kecil, dan Kuliah Maghrib akan diadakan di Dewan Besar bersebelahan dengannya. Aktiviti seterusnya selepas isya’ ialah Forum ‘Mengenali Kehebatan PAPISMA’ di Dewan Besar, dan utk anak2, ada program utk mereka di Dewan Kecil. Aktiviti Solat Berjemaah, Kuliah dan Qiyamullail, semuanya dilakukan di Dewan Kecil dan bukannya di Madrasah Hamzah seperti yg diwarwarkan sebelum ini.

Keesokannya, harap bersarapan awal, kerana AGM PAPISMA akan bermula jam 8.30 am. Majlis perasmian KKP 9 akan berlangsung sebaik sahaja selesai AGM. Di sebelah petangnya, suatu sesi ‘brainstorming’ akan diadakan yg akan dikendalikan oleh JK PAPISMA Pusat. Kumpulan masing2 – adalah ikut warna ‘badge’ masing-masing. Selepas solat asar, sukaneka utk kanak2 akan berlangsung. Harap semua dapat settlekan diri sebelum maghrib, kerana seusai solat maghrib, kita akan bergegas ke Majlis Makan Malam di Restoren Anjung Bahtera (5 KM je dari BKBR). INGAT, TEMA PAKAIAN ADALAH HIJAU

Insyaallah, hidangan barbeque akan disajikan. Bermacam agenda ada – antara yg paling utama ialah PELANCARAN BUKU FIQH PERUBATAN oleh Dr. Hatta dan dikendalikan aturcaranya oleh Dr. Harmy dr USM dan teamnya. Satu acara yg cukup bersejarah. Kena panggil Sinar Harian ni !!!!

ESOKNYA, sekali lagi Qiyamullail, Solat Subuh dan Kuliah di Dewan. Selepas sarapan, sekali lagi kita ber’AGM’. Kali ini AGM Koperasi AmalMedic. Sememangnya PAPISMA dan Koperasi AmalMedik tidak boleh dipisahkan. AGM Papisma yg lepas juga telah bersetuju supaya semua ahli PAPISMA juga menjadi ahli koperasi, Cuma mungkin masih tak berapa ter’laksana’. Oleh itu, AHLI-AHLI PAPISMA SEMUA, bersedialah untuk register jadi ahli Koperasi AmalMedik – RM 10 je, dan terus BAYAR SHARE sebyk RM 1000 je (BETUL KE NAJIB ? ANA LUPA DAH !!! MUDAH LUPA) . Insyaallah, sekurang-kurangnya RM 50,000 akan diperolehi oleh Koperasi AmalMedik pada hari tu.

(KOPERASI NAK BUAT AGM ASING-ASING ???? Biar dulu deh Abg Harmy, biar betul2 ‘power’, kuat dan kaya-raya dulu deh. Kita beli atau buat satu resort baru utk ahli kita je, therefore, boleh sponsor semua utk dtg lagi sekali semata-mata AGM Koperasi. SO, sekrg ni, biarlah sekali dgn KKP dulu)

Lepas meeting koperasi, jgn ‘chow’ lagi, dengar lah sikit ‘medical talk’ dari ana sendiri, hrp2 15 – 20 minit je, dan terus dengan majlis penutup (panggil masuk semua sekali yg datang), pastu kita lunch, then baru bersurai. EH EH ... cepatnya, dah habis dah KKP 9 ni. :- (

KKP 9 kali ni juga, menyediakan 12 booth dgn pelbagai produk dan juadahnya yg ingin dihidangkan. Ambillah peluang berkunjung ke setiap booth, sediakan bekal secukupnya, dan belanjalah se’wisely’ yang mungkin. Niatkan juga untuk bantu sahabat2 yg terlibat itu.

AKHIR KALAM, KAMI SEKALI LAGI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA, AMBILLAH MANFAAT SEBYK MUNGKIN TERUTAMANYA HUBUNGAN UKHUWWAH ISLAMIYYAH – TERINGAT AKAN KATA-KATA AZIZ DESA DALAM MALAYSIA HARI INI DULU-DULU “YANG JAUH KITA DEKATKAN, YANG DEKAT KITA MESRAKAN, YANG MESRA KITA SERASI-SERASIKAN.

SEKALUNG PENGHARGAAN UNTUK PAPISMA PUSAT DI BAWAH PIMPINAN PRESIDEN DR. AWISUL ISLAH DI ATAS SOKONGAN DAN DOKONGAN, PAPISMA TERENGGANU DI BAWAH PIMPINAN DR. MOHD ARIF, TERUTAMANYA SELURUH JAWATANKUASA KKPNYA, YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS SEJAK BULAN DISEMBER LAGI, MALAH TELAH TRY DULU ‘UMMMP’NYA BUKIT KELUANG BEACH RESORT 2 BULAN SEBELUMNYA. JUGA KEPADA TETAMU-TETAMU JEMPUTAN YG SUDI MELUANGKAN MASA MEMBERIKAN SESUATU DI DALAM KKP, WALAU KESIBUKAN SENTIASA DEK KOMITMEN TERHADAP JAMAAH, TETAMU-TETAMU PESERTA KKP YG KAMI RAIKAN, DAN JUGA AMAT BERDISIPLIN MEMATUHI ARAHAN DAN KETETAPAN YG DIPUTUSKAN OLEH JK KKP, TERUTAMANYA SISTEM ‘P.O.B’ YG MANA BAGI KAMI, AMAT BERKESAN SEKALI (MAYBE JK KKP 10 BOLEH MENCONTOHINYA). KAMI AMAT TERHARU DAPAT MELAKSANAKAN SATU TANGGUNGJAWAB IAITU ‘FAL YUKRIM DHOIFAHU’ IAITU MEMULIAKAN PARA TETAMU. DAN TAK LUPA JUGA KEPADA KOPERASI AMAL MEDIK (PENGERUSI – DR. HARMY) DI ATAS SUMBANGANNYA KEPADA KKP 9 INI. BAKTI KALIAN SEMUA YG KAMI SEBUT DI ATAS, HANYA ALLAH S.W.T YG MAMPU MEMBALASNYA.

KAMI JUGA MENYUSUN 10 JARI TANGAN + 10 JARI KAKI, MEMOHON KEMAAFAN DI ATAS SEGALA-GALANYA KELEMAHAN, KEKURANGAN DAN SEBAGAINYA SEPANJANG MENGENDALIKAN KONVENSYEN KEBANGSAAN PAPISMA KALI KE-9, 2011 INI. KAMI DAH CUBA YANG TERBAIK, DAN HARAPAN KAMI KKP-9 INI AKAN MENINGGALKAN SERIBU SATU KENANGAN YANG MANIS UNTUK KITA SEMUA.
SEKIAN, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Dr. Wan Mohd Razin b. Wan Hassan
28 April 2011

Tuesday, February 15, 2011

KONVENSYEN KEBANGSAAN PAPISMA KE-9

Biro IT

(Artikel di bawah boleh juga dibaca di blog Konvensyen Kebangsaan PAPISMA).

Mukaddimah
Sebagaimana yang kita tunggu-tunggu, JK Penganjur KKP-9 (2011) telah berjaya membuat beberapa keputusan penting bagi membolehkan semua ahli merancang percutian bagi menjayakan KKP-9 kali ini yang bertemakan:

"MEMPERKASA TARBIYAH MENJANA KECEMERLANGAN JAMAAH"

Marilah kita bersama mengimarahkannya untuk memantapkan tarbiyah, mengeratkan ukhuwah dan bermuhasabah mencari redha Allah melalui perjuangan PAPISMA. Sesungguhnya dari satu sudut, kita amat bertuah berada di dalam jemaah Islam kerana pengorbanan kita dari sudut apapun dan sekecil manapun adalah dikira sebagai amal soleh. Meskipun secara tersuratnya kita akan bercuti dan bersuka-ria, namun tersiratnya kita sedang melaksanakan satu perintah Allah bagi menguatkan saf perjuangan dari posisi Perubatan dan Kesihatan. Pengorbanan kita akan mendapat ganjaran yang besar, ukhuwwah dan silaturrahim kita akan menjadi tiket untuk mendapat naungan 'arasy Allah di hari di mana tiada naungan kecuali naungan-Nya, insyaAllah. Malah AGM yang akan kita lalui membolehkan kita menggapai apa yang Allah janjikan dalam hadis Rasul-Nya yang bermaksud; "berfikir sejenak (untuk meninggikan Islam) adalah lebih baik dari solat sunat 60 tahun"...Subhanallah...

Lokasi
KKP-9 ini akan diadakan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu.

http://www.cuti.com.my/album/albums/userpics/11539/kbesut-accm.gif


Program
KKP kali ini akan diisi dengan program-program berikut:
1. 3 Kuliah motivasi dan 2 qiamullail bagi meningkatkan tarbiyah dan semangat perjuangan.
2. Forum yang akan menampilkan figure-figure PAPISMA yang akan mencabar minda.
3. Pengkisahan semula detik-detik perjuangan PAPISMA melalui slide show yang akan menggugah emosi.
4. Program sukaneka yang melibatkan ibubapa dan anak-anak yang akan mengeratkan ukhuwwah dan mencetus muhibbah.
5. Pertandingan bakat anak-anak PAPISMA.
6. Program santai di kolam renang yang indah dan nyaman.
7. AGM bagi bermuhasabah diri dan menentukan halatuju tahun ini.
8. Perasmian yang akan dilakukan oleh figure terkenal PAPISMA yang merupakan national figure yang akan menyuntik semangat perjuangan.
9. Gala night sambil barbeque yang menghiburkan lara menghilangkan kepenatan.
10. Persembahan zon yang mencuit hati dan perasaan.
11. Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan.
12. Anugerah Tahunan PAPISMA yang julung-julung kali diperkenalkan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhy6TovxeIgKqsDtmzNrxyto2AdIiVOSzx_JwyQQyKedNxNcF7btjTWKtG1dapQdxQlKFzfuDznn9vc2RQVSLsWz8uoazihL6rCcWT70ZGULHE1fJfLLRdYPysZ9rRtTVdbmOSQ-U4vFJPv/s1600/g002.jpg


Tenaga-Tenaga Penceramah Yang Terkenal Hebat

1. Ust. Kamaruzaman Abdullah (Bekas Pensyarah KUSZA - kini UNISZA)
2. Ust. Nik Zawawi b. Nik Salleh (Bekas YB)
3. Ust. Wan Azhar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJBlCny8T5iRNxs94cqomwlmvASmhQi3G8dHzfkOKvkIpprdCHqhxQvibjHOFFIh9zReDXoV3FS_BRnvtAxngaa1Q2yhy3E6oc74F0VOa20h0Y2v9i7UNTI-nKHYQbVQ1BLLVBrA7WjPPT/s1600/g022.jpg


Cara Bayaran
Bayaran adalah dengan cara POB (Pay On Booking). Ertinya, ahli dikehendaki membuat bayaran pada masa booking. Samada semasa menghantar nama itu dah membuat bayaran, atau bayaran dibuat dalam masa 2 hari selepas booking. Sekiranya didapati ahli tidak berbuat demikian, automatik booking tersebut terbatal.

Bayaran hendaklah dimasukkah ke dalam akaun PAPISMA Enterprise (MBB 563064115978: atau BIMB: 13017010812843). Setelah itu anda boleh SMS Bendahari KKP-9 (Kak Han di talian: 0199822951) atau SMS ke Dr. Wan Mohd Razin (013-9272125)

Kadar Bayaran
Kadar bayaran adalah berdasarkan kepada pilihan bilik, bilangan dan umur ahli keluarga. Ahli boleh memilih bilik yang mereka suka. Bilangan umur dan ahli keluarga pula adalah untuk menentukan kadar makanan yang perlu dibayar kerana ia berdasarkan kepada umur. Ertinya ia adalah cukup terbuka untuk ahli memilih bilik mengikut kehendak dan keperluan mereka. Setelah berbincang dengan pihak resort untuk meminimakan harga sebaik mungkin, di bawah adalah harga yang telah dipersetujui dan dirasakan sangat berpatutan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGkoy4lEHwzSOYfMBUl77L-cEZni32HlOuXD42A1ttvi5xyTv0Col6avjMwnlY9jK84XPBtZAVE5WcvbDS8YOGe5YXgJE14PtG2XU5P2Xc_FSxM0w-ZfXCj0KbhvMbWOTNhFvDqvjDzZcv/s1600/g019.jpg


Jenis Bilik
:
1. Standard (3 single bed) - RM150/d
2. Super (1 double dan 1 single) - RM160/d
3. Deluxe (1 double 1 single) - RM170/d
4. Double Storey (1 double 3 single) - RM180/d
5. Suite (1 double 4 single) - RM270/d
6. Villa (2 double 4 single) - RM500/d

Bayaran Makan/Minum
Bayaran di bawah adalah bayaran keseluruhan makan minum sepanjang berada di KKP-9 iaitu sekali makan malam (nasi bungkus ketika sampai), 2 kali makan tengahari, satu barbeque di Gala Night dan 2 kali sarapan pagi.
Dewasa: RM115.00/pax
Kanak-kanak (6-12 tahun): RM65.00/pax.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjV83nux5v5KjLgaDqCzk7HpFF7_xn0s3-fOeQatHx_E-vtYrByJ75i06zBcYZYG5ntAkI1DEOSKMwcYYskZfaBRKOvNUEXMu-T8MbXvadyWRl2CKPcgnfLI_QVPo1fbZr28aTLfzoixfSx/s1600/g013.jpg


Peserta Single
Bagi peserta yang single (atau yang akan hadir single), kadar bayaran saudara/i adalah mengikut tempahan bilik dan makanan adalah untuk seorang dewasa. Walau bagaimanapun, kami akan refund duit saudara/i mengikut jumlah ahli yang menduduki bilik tersebut. Contonya bilik Standard mempunyai 3 katil berharga RM300 sebuah (RM150/night). Ertinya jika 3 orang menduduki bilik tersebut, seorang hanya perlu membayar RM100.00, maka RM200 akan dipulangkan semula.

Peserta Yang Pulang Awal
Bagi peserta yang pulang awal, mereka adalah tertakluk kepada bayaran di atas juga dan dikira sebagai 2 hari menginap. Mudah-mudahan duit yang anda keluarkan akan menjadi sedekah jariah.

Pengumuman selanjutnya akan menyusul...

Friday, June 11, 2010

Konvensyen Kebangsaan 2010 Yang Bersejarah

(Biro IT)

4 Jun 2010 - Bermula seawal 5.00 pagi, sebuah Serena meluncur laju membelah pagi yang hening dari Marang. Diikuti oleh sebuah lagi Serena dari Manir pada pukul 6.15 pagi dan Honda City dari Kuala Berang pada pukul 6.30 pagi. Ketiga-tiganya bertemu di Kg. Guntung Luar, Setiu untuk berserapan pagi dan meneruskan perjalanan sebelum bertemu sebuah lagi Serena di Kg. Padang Luas, Besut pada pukul 8.45 pagi. Kesemuanya merupakan konvoi perjalanan dari Terengganu untuk ke Sg. Petani, Kedah bagi menjalin silaturrahim, bertemu dan berpisah kerana Allah untuk berlumba-lumba menjadi 7 golongan yang akan mendapat naungan Arasy ketika tiada naungan kecuali naungan-Nya. (Mafhum hadis Bukhari & Muslim).

Hari ini juga, lebih dari 35 buah kenderaan menuju ke destinasi yang sama kerana menyahut seruan Rasulullah SAW bagi menyempurnakan aktiviti berjemaah iaitu bermesyuarat bagi memilih kepimpinan baru di samping berbincang bagi memperkasakan lagi PAPISMA dalam usaha melaksanakan visi dan misinya. Kesemuanya sedang berjuang dan berkorban... kesemuanya sedang berada di jalan Allah.

Sampai di Panglima Bayu, Tanah Merah, sebuah lagi kenderaan sedang menunggu iaitu sebuah Vios yang baru sehari dimiliki. 5 buah kenderaan itu kemudiannya tunda-menunda sambil berdoa dan mengharap agar perjalanan itu dirahmati Allah, selamat pergi dan selamat kembali.

Mereka berhenti sebentar di sebuah masjid di Daerah Kupang untuk menunaikan solat Jumaat bagi meraikan seorang sahabat yang wajib berjumaat. Seterusnya kami berhenti di perbatasan Kota Kuala Muda untuk makan tengahari kira-kira pukul 3 petang.

(Kiri) Dr. Md. Arif dan keluarga sedang menikmati hidangan tengahari.

(Kanan) Dr. Wan Mohd. Razin dan keluarga kelihatan sudah menghabiskan hidangan mereka.

(Kiri) "Banyaknya demo makan Che'. Bertumpuk-tumpuk pinggan tu ha!" Tuan Haji Che Rahim dan keluarga.

(Kanan) Dr. Suhazeli dan Keluarga. Mungkin sedang busy meneliti GPS.

(Kiri) "Berfikir dan merenung jauh..." Dr. Roslan dan keluarga.


Sesudah makan, kami meneruskan perjalanan untuk ke destinasi. Kami menggunakan jalan pintas dengan berpandukan GPS pada handphone Dr. Suhazeli. Bagi yang tak de GPS atau tak reti guna tu... ikut aje ler...

Akhirnya sampailah konvoi kami ke destinasi yang dituju iaitu Pantai Merdeka Beach Resort pada kira-kira pukul 5 petang, iaitu setelah hampir 12 jam perjalanan.
"Selamat Datang" banner KKP-7 menyambut kedatangan para peserta.

Orang pertama yang menyambut kami ialah Ketua JK Penganjur sendiri, Dr. Ahmad Rostam. Dengan segera kami mendaftar kerana muslimat di kalangan kami masih belum menunaikan solat jamak takhir.
"Haa... ni nama Kak Han. Dekat dengan kolam tak bilik ni?" Hehe... Kak Han sedang mendaftar.

"Mana pulok nama kawe ni?" Hj. Che Rahim sedang mencari namanya.

"Elok-elok pilih tu Abang Lie. Nanti termasuk bilik bibik kang naya!" Dr. Suhazeli sedang mendaftar.

"Tak dapat tepi kolam pun tak apa... isteri saya belum lepas pantang.." Itulah barangkali yang dikatakan oleh Dr. Md. Arif.

Seterusnya, kami semua dijemput untuk membuat pengundian di meja bersebelahan dengan meja pendaftaran. Pengundian kali ini agak 'canggih'. Ianya menggunakan komputer. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada para peserta masa yang mencukupi untuk mengundi. Kalau sebelum ini, ada yang merungut tak sempat nak angkat tangan, pengundian dah selesai... (mari lewatlah tu...) kali ini tidak ada alasan lagi. Kalau dulu pihak urusetia AGM terpaksa menunggu ahli untuk hadir hingga terpaksa memulakan mesyuarat lewat, kali ini tidak berlaku lagi. Meskipun diakui masih banyak kelemahan melalui sistem baru, namun serba sedikit ianya ada peningkatan. Semoga idea dan perlaksanaan baru seperti ini akan mendorong PAPISMA ke arah yang lebih profesional nanti.
Dr. Wan M. Razin sedang mengundi. "Siapa aku nak pilih ni? Banyaknya pilihan...!"

Dr. Khatijah Musa (isteri Dr. Suhazeli) sedang mengundi. "Mujur suami ambe tadok. Kalau ada... payoh sikit nak pilih ni!"

"Guano namo ambo ado blako setiap jawate nih? Kekgi mene blako nok pege mano so?" Hj. Che Rahim sedang menunaikan tanggungjawabnya.

Proses pengundian ini ditetapkan sehingga pukul 10.30 malam. (Namun ianya telah dilanjutkan atas budibicara sehingga pukul 12 malam).

Sebaik saja mendaftar dan membuang undi, kami semua terus ke bilik masing-masing bagi menunaikan kewajipan dan urusan seterusnya.
Kak Han sedang 'bertungkus-lumus' mengangkat barang-barang untuk dibawa ke biliknya.

Sesudah itu tiada acara yang diprogramkan. Maklumlah semua peserta masih penat. Bagi anak-anak yang tak sabar-sabar nak berenang, ibubapa mereka terpaksalah menemani mereka ke kolam yang disediakan.

Kira-kira pukul 9 malam, forum yang bertajuk "Wanita, Perubatan Dan Dakwah" dimulakan. Meskipun kehadiran peserta konvensyen masih belum sepenuhnya, namun forum tersebut tetap meriah dengan pengisian dan suntikan motivasi oleh penceramah jemputan iaitu YB Ustazah Siti Aisyah Ghazali dan YBhg. Dr. Najihatussolehah.

Forum tetap dimulakan meskipun masih ramai peserta yang belum sampai.

YB Ustazah Siti Aisyah, seorang aktivis masyarakat yang cukup cekal mengharungi cabaran selama berpuluh tahun dengan berbagai kekangan dan ancaman, akhirnya terpilih sebagai wakil rakyat bagi kawasannya. Amanah tersebut bukan untuk kemewahan dirinya, malah untuk terus membantu golongan masyarakat yang dhaif agar terus menikmati kemudahan dan bantuan secara adil dari pihak berwajib. Motivasinya hanyalah satu iaitu meyakini akan ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah SWT. Segala kesusahan yang dilalui akan menjadi ringan dan tidak seberapa berbanding nikmat yang Allah janjikan di syurga nanti.

Bagi Dr. Najihatussolehah pula, meskipun beliau seorang pegawai perubatan yang sibuk, namun kesibukan tidak menghalangnya untuk terus menabur khidmat kepada masyarakat yang memerlukan. Dakwah tidak boleh ditinggalkan dengan alasan pekerjaan. Malah beliau yang mempunyai sembilan orang anak itu, menjadikan anak-anaknya sebagai dorongan dan motivasi untuk lebih bergiat aktif membantu dan menyebarkan dakwah seluas-luasnya agar masyarakat faham akan tanggungjawab mereka di dunia dan akhirat.

Banyak lagi nasihat dan panduan yang berguna telah dilontarkan bagi mendorong para isteri dan para suami bergerak tanpa menoleh ke belakang dalam bidang dakwah terutama di bidang perubatan.

Forum itu telah dipengerusikan oleh Dr. Azniza Mohd. Radzi, Timbalan Pengerusi JK Penganjur sendiri.

Setelah selesai majlis tersebut, Dr. Md. Arif Ibrahim, Pengerusi PAPISMA Terengganu telah mewakili PAPISMA Pusat untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada panel-panel forum tersebut.

"Terimalah sumbangan ini ya YB. Jalan elok-elok malam-malam ni naa..."

"Terima kasih tak terhingga atas perkongsian doktor. Balik Ipoh hati-hati ya..."

Tamatlah sudah hari pertama KKP-7. Bagi mereka yang berjaya menggarap manfaat yang disediakan, tahniah diucapkan. Program yang kalian sertai, bukan saja menambahkan ilmu dan pengalaman, tetapi ia juga sebagai majlis pengampunan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Nama-nama mereka yang berada di majlis ilmu, disebut-sebut di kalangan malaikat untuk mendapat keampunan sepanjang berada dimajlis tersebut. Amin Ya Allah...

5 Jun 2010 - Seawal sebelum subuh, resort itu telah diserikan oleh mereka yang ruku' dan sujud berqiamullail mengharapkan keampunan Allah. Ada yang melakukannya di dewan solat dan ada juga yang melakukannya di bilik masing-masing. Sesudah solat subuh berjemaah di dewan solat, kuliah subuh telah diberikan.
Dr. Suhazeli sedang menyampaikan tazkirah subuh sambil berkongsi maklumat dan pengalaman beliau berkenaan isu Marvi Marmara dan jihad di bumi Ghaza.

"Syahid adalah kematian termulia yang kita impikan.." Barangkali itulah yang sedang diperkatakan.

Hj. Che Rahim pula berkongsi maklumat setelah majlis dibuka untuk perbincangan.

Selesai berkuliah subuh, para peserta dengan segera bersiap untuk bersarapan pagi sebelum majlis Mesyuarat Agung Tahunan bermula.

"Makan kena awal...hehe." Hj. Che Rahim cukup bersemangat sebagai antara yang terawal melangkahkan kaki ke dewan makan.

"Kami berdua je.. 4 pinggan dah settle!" Dr. Harmy yang setia dengan kamera SLR-nya bersama isteri.

"Ni baru round satu..." Dr. Wan Mohd. Razin dan isteri, Dr. Tuan Norizan bersama anak sulungnya.

Generasi PAPISMA akan datang turut hadir. Adik-adik wakil dari UM.

"Baru sampai ni... kenalah makan lebih!" Dr. Aman Fuad dan Dr. Rose Faiza bersama anak-anak.

"Kami dari Terengganu!" Dr. Md. Arif Ibrahim bersama isteri, Dr. Norhaizi dan anak-anak. Hari ini merupakan hari ke-26 Dr. Norhaizi melahirkan, namun tetap besama demi perjuangan.

"Hangpa ambik gambaq elok-elok naa..." dari kiri, Dr. Tun Kamsiah, Dr. Mohd. Hadhrami, Dr. Roslan dan Dr. Zaihan (Kak Han) bersama anak-anak mereka.

"Kami datang bawak tentera.." Dr. Awisul Islah, Dr. Narwani dan anak-anak mereka. Meskipun anak keduanya baru mengalami closed fracture one of tarsal bone, mereka tetap bersama.

Dr. Syed Abdul Khaliq bersama isteri, Dr. Jazmin Jauhar dan anak-anak.

Dr. Mohd. Hadhrami dan Dr. Tun Kamsiah bersama kesemua anak-anak mereka.

Dr. Hisyam, Dr. Zahrul Laili bersama keluarga mereka.

Dr. Abdul Kursi bersama Dr. Maizun dan anak-anak.

Dr. Haslina... AJK Papisma 2008/10 yang jarang dikenali, namun berperanan besar dalam melestarikan pergerakan PAPISMA. Bersama suami, Ustaz Muhyidin dan anak-anak.

Dr. Suhazeli dan isteri, Dr. Khatijah sedang berjenaka bersama Dr. Azri dan isteri.

Dari kiri: Dr. Azrin, Ust. Syakir (Pembantu Tadbir PAPISMA Kelantan), Dr. Mohd. Najib dan Dr. Azaharim.

Setelah bersarapan pagi, kesemua peserta dikehendaki ke dewan mesyuarat untuk melaksanakan Mesyuarat Agung (AGM) PAPISMA kali ke-7. AGM merupakan agenda yang sangat penting dan menjadi salah satu agenda wajib bagi setiap KKP. Tahun ini merupakan tahun pemilihan. Kesemua peserta kali ini merupakan peserta yang Allah pilih untuk menentukan peneraju kepimpinan PAPISMA untuk dua tahun akan datang. InsyaAllah segala kerja amal yang dilakukan oleh kepimpinan PAPISMA kali ini akan menjadi saham akhirat kepada mereka yang telah menunaikan tanggungjawabnya.

Hj. Che Rahim (tengah) Pengerusi Tetap PAPISMA sedang mempengerusikan AGM bersama Timbalannya, Dr. Roslan.

"Aktiviti PAPISMA dah banyak ni, tak payahlah soal banyak-banyak ye!" Dr. Awisul sebagai SU Agung PAPISMA 08/10 sdang membentangkan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti tahun lepas.

Kak Han, Bendahari PAPISMA 08/10 sedang membentangkan Laporan Kewangan tahun lepas.

Dr. Md. Arif Ibrahim, Pengerusi PAPISMA Terengganu 10/12 sedang melontarkan pandangannya bagi memperkasakan PAPISMA. Banyak idea dan cadangan yang dinoktahkan untuk kepimpinan baru PAPISMA kali ini.

Dr. Ahmad Abir, Timbalan Pengerusi PAPISMA Kelantan sedang menyampaikan ucapan.

Dr. Roslan juga mengambil peluang untuk memperkatakan sesuatu.

Presiden PAPISMA 08/10, Dr. Suhazeli sedang menyampaikan ucapan penggulungan sebelum mengisytiharkan pembubaran Jawatankuasa PAPISMA 08/10 bagi membolehkan Jawatankuasa Sesi 10/12 ditabalkan.

"Dengan ini, saya membubarkan Jawatankuasa PAPISMA Pusat Sesi 08/10 dengan rasminya..." Itulah sebahagian penutup ucapan Dr. Suhazeli di hadapan peserta AGM kali ini.

"Dengan ini saya mengumumkan... jeng jeng jeng..." Pengerusi Sekretariat Pilihanraya PAPISMA, Dr. Roslan sedang mengendalikan perlantikan Jawatankuasa baru Sesi 10/12 berdasarkan keputusan pemilihan yang dilakukan.

Penyerahan watikah perlantikan Jawatankuasa PAPISMA Pusat oleh Dr. Suhazeli kepada Presiden PAPISMA baru sesi 10/12, Dr. Awisul Islah. Dengan itu, Dr. Suhazeli secara automatik menjadi Mantan Presiden PAPISMA 10/12.

"Ku mencari seorang Al-Ghazali... rupa-rupanya ia adalah ayahku!" Dr. Awisul Islah menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Presiden PAPISMA dengan penuh semangat. Beberapa objektif telah digariskan untuk dilaksanakan oleh kepimpinannya. Moto perjuangan PAPISMA tahun ini ialah MENGHANGATKAN KEDINGINAN TARBIYAH. Bukan menjadikan tarbiyah itu semakin dingin, tetapi kedinginan tarbiyah itu perlu dihangatkan.

Dr. Awisul sedang menyampaikan ucapan bersama dengan sebahagian barisan exco-nya yang hadir.

Exco PAPISMA 10/12. Dari kiri: Dr. Nor Azri (Penolong Setiausaha), Dr. Hisyam (AJK), Dr. Abdul Kursi (AJK) dan Dr. Aman Fuad (Naib Presiden 2).

Exco PAPISMA 10/12. Dari kiri: Dr. Ahmad Rostam (Setiausaha Agung), Dr. Azrin (AJK) dan Dr. Syed Abdul Khaliq (AJK).

Dr. Tuan Mohd. Fairuz (kanan) juga terpilih sebagai AJK PAPISMA Pusat 10/12 bagi mengetuai Lajnah Generasi Muda Papisma (GMP) yang baru ditubuhkan.

En. Lizam Abd. Manap (SUK PAPISMA Pusat), tenaga dan tulang belakang penting dalam gerakerja PAPISMA Pusat, bersama alat-alat canggih seperti komputer, LCD, Wi-Fi broadband, iPhone dan sebagainya sedang menjalankan tugas. Beliau cukup berdedikasi dalam menjalankan kerjanya tidak mengira waktu sehingga program selesai.

Sementara itu, di bilik sebelah kanak-kanak dikumpulkan untuk menjalani aktiviti mereka seperti yang disusun seperti pertandingan Maths Genius, catur, jigsaw puzzle, bercerita dan mewarna.

Setelah penat bermesyuarat, para peserta dijamu dengan hidangan tengahari yang cukup menyelerakan. "Habis dah kami sapu atas meja VIP ni!" Hj. Che Rahim. Dr. Roslan, Dr. Md. Arif dan Dr. Suhazeli.

"Baru sampai ni. Haa.. licin dah pinggan kami!" Dr. Zakuan Zainy (tengah - Timbalan Pengerusi Tetap Sesi 10/12) baru sampai kerana anaknya kurang sihat. Beliau tidak dapat menyertai AGM pagi tadi.

Pada sebelah petangnya, pertandingan hafazan dan lukisan telah diadakan kerana tidak sempat dihabiskan pada program sebelah pagi.

Adik Aisyah Farihah bt. Roslan sedang menyampaikan bacaan hafazannya.

Adik Amirah Zahidah bt. Roslan juga sedang menyampaikan bacaan hafazannya.

"Baca betul-betul... Abang tolak markah kalau salah...!" Penuh konsentrasi Ust. Syakir meneliti bacaan para peserta.

Burung kegemaran Ust. Syakir... Inilah gambar pilihan pengadil pertandingan mewarna (Ust. Syakir) yang telah dipertandingkan.

Khusyuk anak-anak kecil ini mewarna.

"Boleh menang ni!" Kelihatan Dr. Harmy (menongkat dagu) sedang menumpukan sepenuh perhatian untuk memulakan permainan Sahiba yang baru pertama kali dilakukannya bersama dari kiri: Dr. Wan Mohd Razin, Dr. Mohd. Najib, Dr. Tuan Mohd. Fairuz (nampak kopiah) dan Dr. Roslan.

Sementara itu, barisan kepimpinan PAPISMA Pusat yang baru mengambil kesempatan untuk mengadakan mesyuarat pra-sesi yang pengerusikan oleh Dr. Awisul Islah.

Selepas solat Asar, para peserta KKP kali ini menjalani aktiviti bebas. Masing-masing mengambil kesempatan melakukan aktiviti kegemaran mereka. Ada yang meninjau-ninjau ke tepi laut, ada yang bersembang tepi kolam renang, ada yang berkenalan dan bertanya khabar dan sebagainya.

Bagi anak-anak, tempat yang paling digemari ialah kolam. Kalau tak ada kolam, nescaya percutian mereka tidak ada serinya. Sebab itulah kebanyakan resort sebegini pasti akan menyediakan kolam renang. Bagi ibubapa yang takutkan anak-anak mereka lemas, mereka akan menjadi penjaga setia sama ada di tepi kolam atau sama-sama masuk ke dalam kolam.

Ibubapa bersembang di tepi kolam, anak-anak main kolam sakan...

"Wooo! Best!"

"Ini wakil Terengganu sedang bersembang. Isu semasa nampaknya tu... siap dengan surat khabar lagi haa..."

"... dengan emak-emaknya sekali"

Pada sebelah malamnya, jamuan barbeque diadakan. Majlis ini akan diserikan oleh kehadiran wakil kerajaan negeri Kedah. Sebelum itu beberapa acara diadakan untuk menghidupkan suasana. Beberapa peserta telah tampil ke hadapan untuk memperlihatkan bakat masing-masing. Seterusnya ucapan dari wakil kerajaan negeri Kedah dan penyampaian cenderahati.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" Exco negeri Kedah yang mewakili kerajaan negeri sedang menyampaikan ucapan.

"Terimalah ole-ole dari PAPISMA..." Presiden PAPISMA Pusat sedang menyampaikan cenderahati.

Tidak ketinggalan salah seorang penaja mengambil peluang untuk mempromosikan produk-produknya.

Dengan promosi produk kesihatan (Hi Goat) yang berakhir kira-kira pukul 1 pagi itu, maka berakhirlah agenda hari kedua KKP-7 ini. Mereka yang mengikuti program dan pengisian tentunya merasakan masa yang dihabiskan cukup terisi dengan perkara yang bermanfaat. Tidak kira bagaimana pengisian itu, yang penting mereka menikmati setiap detik itu sebagaimana adanya.

6 Jun 2010 - Hari ketiga konvensyen berlangsung. Pagi ini akan berlangsung Mesyuarat Agung Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad (KAMMB) kali pertama (AGM1). Suatu koperasi yang telah dibangunkan dengan keringat dan pengorbanan yang cukup banyak oleh jawatankuasa penajanya yang diketuai oleh Dr. Harmy Mohammed Yusof. Koperasi ini merupakan koperasi ekslusif untuk ahli-ahli PAPISMA. Bangunnya adalah untuk ahli-ahli, keuntungannya untuk ahli-ahli dan segala aktivitinya juga adalah untuk sekelian ahlinya. Sebahagian kuntungannya kelak, selain dibahagi-bahagikan untuk para pencarum, ia juga akan digunakan untuk menaja aktiviti ahli seperti KKP ini. Malah tawaran yang ada pada KAMMB melalui Kementerian Koperasi boleh menjadi sumber pendapatan tambahan kepada ahli-ahlinya juga.

"Baru sampai ni.." Dr. Jamsani (kanan) yang baru sampai begitu bersemangat untuk menghadiri mesyuarat KAMMB. Meskipun jauh dari Kota Bharu dan banyak halangan pekerjaan, namun menyempatkan diri juga untuk bersama.

Mesyuarat Agung KAMMB dimulakan dengan Al-Fatihah oleh Pengerusi Majlis, Prof. Madya Dr. Abd. Razak Sulaiman.

Kelihatan VIP jemputan Tn. Hj. Wan Sabri (kiri), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Caw. Kelantan bersama Dr. Harmy, Pengerusi KAMMB.

Dr. Mohd. Najib, Setiausaha KAMMB sedang membentangkan minit mesyuarat Pra Penubuhan kepada peserta AGM 1 KAMMB.

Prof. Madya Dr. Abd Razak sedang menjawab persoalan peserta. Kelihatan Pengerusi SKM turut bersama-sama jawatankuasa KAMMB bagi melicinkan mesyuarat.

Para peserta KAMMB termasuk Presiden dan Mantan Presiden PAPISMA.

Khusyuk meneliti minit mesyuarat.

Mesyuarat berakhir dengan sedikit sumbangan untuk Pengerusi SKM dari KAMMB yang disampaikan oleh Pengerusinya.

Sebelum KKP-7 berakhir, majlis telah diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang hari kedua KKP-7 kelmarin.

Maths Genius dan Catur Kanak-Kanak : Tempat Pertama. Anak Dr. Wan Mohd. Razin. Beliau juga merupakan johan catur sekolah rendah peringkat negeri Terengganu.

Bercerita: Tempat Pertama. Aisyah Farihah bt. Roslan.

Hafazan dan Bercerita: Tempat ke-2. Adik Amirah Zahidah bt. Roslan

Mewarna: Tempat Pertama. Adik Atiqah Maisarah bt. Roslan.

Sahiba: Tempat Pertama. Adik Afham b. Awisul Islah

Wakil anak... menerima hadiah untuk anak mereka kerana anak-anak dah balik kegembiraan bila terima hadiah yang pertama.

Dr. Haslina. Wakil anak - Tempat Pertama Hafazan.

Dr. Narwani. Wakil - anak juga...

Begitulah berakhirnya KKP-7 yang memberi seribu kenangan, seribu peristiwa dan kemanisan bagi mengorak langkah ke alaf baru pasca The Way Forward. Bagi pihak PAPISMA Terengganu, kami mengucapkan tahniah di atas kejayaan KKP-7 ini di bawah kendalian Dr. Ahmad Rostam Mohd. Zain dan isteri Dr. Azniza Mohd. Radzi. Berbagai pelajaran boleh ditimba dan berbagai ilmu boleh digali dari KKP-7 ini. Semoga pertemuan kita yang penuh dengan kemanisan ini akan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan untuk menjana semangat perjuangan yang berterusan demi dakwah di bidang perubatan ini.

Kami menjemput kalian semua untuk berkonvensyen pada KKP-8 tahun hadapan di Terengganu pula, InsyaAllah.

Sekian. Wassalam.

Push-Up Arrow