Showing posts with label Khidmat Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Khidmat Kesihatan. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

PAPISMA Terengganu Menziarahi Ustaz Harun Taib

(Biro IT)

Tiada siapa yang ingin sakit, namun takdir Allah menentukan bahawa kesakitan itu akan tetap menimpa selagi kita bernama manusia. Sakit akan menjadikan kita ingat bahawa kita lemah. Kita adalah makhluk yang perlu mengaku bahawa Allah adalah Tuhan semesta alam. Kita wajib mengesakan dan menyembah-Nya. Sakit mendekatkan diri kita kepada Allah.

Begitulah takdir yang menimpa ulamak terkenal seluruh pelosok tanahair, Ustaz Harun Taib itu. Beliau yang terkena darah tinggi, kencing manis dan masalah pembuangan air kecil sejak beberapa bulan lalu terus tabah menjalani kehidupan dan sabar memikul amanah perjuangannya. Kini, beliau menjalani rawatan moden dan tradisional di samping tugas dan kewajipan lain yang tidak pernah surut. Sesungguhnya PAPISMA melihat beliau merupakan seorang pejuang tulin yang patut dicontohi.

15 Jun 2010 bersamaan 2 Rajab 1431H, PAPISMA Terengganu telah berjaya melakukan kunjung hormat kedua ke rumah beliau pada kira-kira pukul 6.15 petang. Kunjungan itu berakhir kira-kira 5 minit sebelum azan Maghrib dikumandangkan.

"Bila doktor-doktor datang, buat-batlah rasa sakit!" Sempat bergurau. Begitulah mesranya ulama ini dengan rombongan PAPISMA Terengganu. Dari kanan: Ust. Harun, Dr. Wan Mohd. Razin (Timbalan Pengerusi PAPISMA Terengganu), Dr. Tuan Mohd. Fairuz (Ketua Generasi Muda PAPISMA), Dr. Suhazeli (Mantan Presiden) dan En. Hasan (PA Ust. Harun).

"Acap kali lalu sini, tapi tak berkesempatan jumpa Ustaz. Maklumlah semua sibuk..." Barangkali itulah yang dinyatakan oleh Mr. Husain (dua dari kiri) pakar bedah HSNZ. Di sebelahnya ialah Dr. Termizy (Pakar Perubatan HSNZ) dan Dr. Md. Arif, Pengerusi PAPISMA Terengganu (tiga dari kiri).

"Eh... macam tak de bateri je ni ayah!" Ust. Hamdi, sedang membuka alat mengesan gula dalam darah. Beliau merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, merupakan anak Ust. Harun yang kini sepenuh masa membantu ayahnya sambil menjadi penceramah bebas mengajar di merata-rata tempat yang memerlukan ilmunya.

"Yang ni ada bateri... dah cek dah. Boleh tahan tinggi tu!" Mungkin itulah yang diperkatakan oleh Dr. Suhazeli yang merupakan Pakar Perubatan Keluarga, setelah melakukan ujian ke atas Ust. Harun. Petang ini paras gula Ust. Harun ialah 16.6mmol/L.

"Active call ni..." Dr. Suhazeli memeriksa tekanan darah Ust. Harun pula. Bacaan petang ni ialah 162/98 mmHg. Agak tinggi.

Dr. Suhazeli sedang memberikan nasihat sambil diperhatikan Ust. Harun dan isterinya, Ustazah Fatimah Ibrahim yang juga seorang aktivis terkenal seluruh negara yang sentiasa berada di samping bagi menguruskan keperluannya.

"Kadang-kadang nak buang air kecik pun payah juga..." Kata Ust. Harun berkongsi penyakit dan ubat-ubatan yang diambil ketika kehabisan stok ubat dari hospital baru-baru ni.

Anggota rombongan PAPISMA Terengganu bergambar kenangan sebelum berpisah. Dari kiri: Dr. Md. Arif, Dr. Tuan Mohd. Fairuz, Mr. Husain, Dr. Suhazeli, Ust. Harun, Dr. Wan Mohd. Razin, Dr. Roslan dan Dr. Termizy.

Mudah-mudahan lawatan ini sedikit sebanyak akan memberikan sokongan moral kepada Ust. Harun dan keluarganya dalam menghadapi penyakit yang sangat sukar untuk disembuhkan itu. Kami semua berdoa semoga beliau sentiasa sabar dan tabah. InsyaAllah, panjang umur PAPISMA Terengganu akan datang berkunjung lagi...

Saturday, October 31, 2009

PAPISMA Terengganu Terus Pro-Aktif

(Biro IT)

Kuala Terengganu, 30 Okt. 2009 - PAPISMA Terengganu sekali lagi melakukan langkah proaktif dengan menganjurkan program 'PAPISMA Berkhidmat Masyarakat Sihat' bersama masyarakat Kg. Banggol Peradong pagi ini.

Program yang dianjurkan bersama JK Penduduk dengan kerjasama Pejabat DUN Teluk Pasu telah berjaya diadakan bermula 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari itu berjaya menarik kira-kira 100 orang penduduk. Meskipun hujan turun agak lebat, namun mereka tetap hadir untuk mengikuti program bersama ahli-ahli PAPISMA.

Program ini telah diadakan di surau Taman Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Banggol Peradong. Ia telah dimulakan dengan ucapan Penasihat PAKR, Ceramah Kesihatan oleh Dr. Salman Amiruddin berkaitan kanser payudara, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan payudara dan disudahi dengan jamuan ringan.


Wakil penduduk PAKR, En. Yusof amat berpuas hati dengan program yang diadakan dan berharap PAPISMA dapat mengadakan program seumpama itu pada masa akan datang.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan dalam program tersebut:

"PAPISMA Berkhidmat Masyarakat Sihat" - Begitulahnya 'gah' dan cerianya banner yang dinaikkan untuk program kali ini.

Bahagian pendaftaran sedang bersedia menunggu ketibaan penduduk kampung.

Antara AJK Papisma yang hadir bagi membantu program kali ini. Dari kiri Dr. Hashimah (baju oren), Dr. Husna (terlindung) dan Pn. Siti Nuraini (Bendahari Papisma Terengganu).

Segaknya...Dr. Ahmad Faizal orang yang menguruskan hal-hal Khidmat Kesihatan PAPISMA Terengganu dari mula sehingga akhir. Nampak begitu bersemangat untuk memulakan khidmat.

Teliti... Dr. Zaihan Salleh (Bendahari PAPISMA Pusat merangkap Penolong Bendahari PAPISMA Terengganu) yang sentiasa ringan tulang untuk turut sama memeriahkan program sekiranya program diadakan pada hari cuti seperti ini.

Ehm ehm... janganlah serious sangat... Dr. Roslan (Pengerusi PAPISMA Terengganu) juga turut hadir untuk memastikan program yang dianjurkan ini berjaya.

Di bahagian tepi surau, kelihatan petugas dari kalangan JK Penduduk sedang sibuk menyediakan persiapan bagi jamuan ringan.

Sebelum majlis bermula, Dr. Salman kelihatan sedang bersedia dengan LCD untuk memberikan ceramah kesihatan.

Alamak! Ada masalah besar ke? Apa tak besarnya... benda utama ni...alat visual tak berfungsi... Apa yang rosak ye? Barangkali itulah yang sedang diperkatakan. Bertungkus-lumus sekali Dr. Salman dan Dr. Roslan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah itu.

Majlis dimulakan dengan ucapan Penasihat Penduduk PAKR, Tuan Hj. Nazri yang juga merupakan imam di surau ini.

Kelihatan di sebelahnya AJK Penduduk PAKR sedang khusyuk mendengar taklimat.

Ceramah kesihatan dimulakan. Ehm.. tak berjaya juga menggunakan alat visual (LCD) yang sepatutnya menjadikan ceramah lebih menarik. Apa nak buat...

Sebahagian hadirin yang datang awal dalam keadaan hujan mencurah-curah.

Dr. Salman meneruskan ceramahnya yang berlangsung kira-kira 20 minit. Nampak kat dinding tu? Buat simbol yang alat tu dah disediakan, cuma tak berfungsi... Taklah penduduk kampung salahkan kita orang... hehe..

Khusyuk mengikuti ceramah. Nampak tak seorangpun yang tidur. Tengoklah siapa yang ceramah... Jangan jealous!

Sebaik selesai ceramah, kaunter pemeriksaan diserbu! Makcik-makcik dan kakak-kakak semua kena daftar dulu yer... kelihatan Dr. Zaihan (kiri) dan Dr. Siti Sarah sedang memeriksa dan melayani 'pengunjung'.

Sabar...sabar... Dr. Husna yang dibantu oleh Pn. Siti Nurain sibuk bertugas di bahagian ubat. Di sebelah dinding tu adalah bilik yang disediakan untuk pemeriksaan payudara. Kru kami taklah tergamak nak masuk! Hehe... Terdapat sekurang-kurangnya seorang pengunjung terpaksa dirujuk ke hospital kerana terdapat breast lump. Nasib baik kami datang... Alhamdulillah...

Panjanglah pulak beratur ye... Kalah OPD ni! Sebab kat OPD tak beratur... hehe.. Biarpun terpaksa beratur, mereka tetap setia menunggu.

Sesudah menjalani pemeriksaan, mereka dijamu pula dengan jamuan sederhana berat. Tengahari ni tak payahlah susah masak ye makcik...

Ramai juga anak-anak muda yang biasanya kurang cakna dengan kesihatan, tetapi hari ini mereka datang untuk mengetahui status kesihatan mereka.

Dr. Ahmad Faisal terpaksa campur tangan meladeni pengunjung yang perlukan penjelasan lebih lanjut.

Habis pengunjung, petugaslah pulak kena screen... hehe... biasalah tu kan. Pemeriksaan kepada seorang petugas sedang dilakukan. Lepas ni cek payudara pulak ye kak. Barangkali itulah nasihat Dr. Siti Sarah.

Dr. Roslan sedang melayani Pak Usop (En. Yusof), orang yang bertanggungjawab melakukan promosi di kawasan ini. Nasib baik hujan doktor, kalu tak ramai lagi ni... Nasib baik? Yelah, kalau ramai lagi, bakal solat Jumaat kat surau nilah... hehe..

Nah! Giliran kami pulak posing. Penat you! Sampai berminyak-minyak muka... Inilah sebahagian team petugas yang bertugas hari ini. Dari kiri: Dr. Husna (pegawai pergigian), Dr. Hashimah (pegawai perubatan), Pn. Siti Nurain (pegawai pemakanan) dan Dr. Siti Sarah (pegawai perubatan).


Sunday, March 15, 2009

Sehari Bersama Masyarakat Perak

(Biro IT)

Sebagaimana yang dijadualkan, rombongan dari Terengganu yang bertolak dengan sebuah Bas SP Bumi dengan pesertanya yang seramai 2 orang itu (huhu... pecah tembelang) telah bertolak dari Kuala Terengganu pada kira-kira jam 10 malam. Meskipun jadualnya adalah 9.30 malam, namun disebabkan jarak perjalanan dah semakin dekat sekarang dengan adanya lebuhraya, maka pemandu-pemandu bas tidaklah tertekan sangat nak kejar masa agaknya. Begitulah juga dengan bas yang kami naiki. Bayangkan, bila semua penumpang dah berasak-asak naik, pemandu bas pulak yang turun dengan gaya sentimentalnya untuk minum air..betapa selambanya! Huhu...

Kami sampai di tol Kuala Kangsar pada pukul 3.55 pagi mengikut jam tangan saya. Cari-cari tempat 'lepak' tak ada, ada bangunan kat tepi tol tu hanya untuk kakitangan saja. Terpaksalah kejutkan Setiausaha Agong (Awisul) meskipun dengan rasa yang sangat berat dan tak sampai hati. Maklumlah, masa ni mungkin beliau sedang khusyuk bertahajjud ataupun 'tidoq'. Lebih kurang 30 minit kemudian beliau sampai untuk menjemput dan menghantar kami ke 'pusat pengumpulan petugas' (haru...haru...) yang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan.

Selepas solat subuh yang diimami oleh tuan rumah (rupa-rupanya rumah tu ada penghuni!), tuan rumah telah memberikan 'kuliah subuh' sehingga pukul 8 pagi. Orang yang menjadi pendengar setianya adalah saya, Hisyam dan Adik Faizal (students). Petugas yang lain sambung 'tidoq'. Ada 7 orang semuanya. Kuliah yang tak bertajuk tu adalah pengkisahan semula pengalaman beliau semasa muda sampai sekarang. Beliau sekarang telah berumur 85 tahun! Bayangkanlah betapa panjangnya cerita itu...(hehe..). Selepas itu kami bersarapan pagi yang disediakan oleh isteri tuan rumah yang baik hati. Semua free.. Lebih hebat dari hotel tu...

Inilah tuan rumah dan isterinya yang sungguh baik hati. Panggil mereka Pak Teh dan Mak Teh. Pak Teh tak suka dipanggil Pakcik. Ada sejarahnya...

Kira-kira pukul 8.30 pagi, Awisul sampai dengan membawa isteri dan seorang anaknya.

Awisul sedang sibuk menyusun program.

Isterinya (Narwani) dan anaknya yang ke-4 turut membantu dengan sepenuh hati. Bakal yang ke-5 masih dalam kandungan tu. InsyaAllah bulan Mei ini akan dilahirkan...

Selepas sarapan pagi, kami semua membuat persediaan akhir untuk bersama masyarakat pada hari ini.
Pengerusi Papisma Kelantan (Hisyam) sedang membahagikan disinfectan untuk kegunaan berkhatan. Jadual asal hari ni adalah berkhatan di 2 tempat. Papisma Terengganu dan Kelantan telah ready dengan lebih 5 set berkhatan.

Sebelum pergi Awisul menyampaikan ole-ole dari Perak. Barangkali sebagai pencetus semangat kepada petugas-petugas Papisma. Huhu... "Awat pagi sangat beri cenderahati Sul? Biasanya nak balik?" Mungkin itulah pertanyaan sebahagian ahli kita. Sebenarnya Awisulpun nak 'pergi' jugak lepas ni. Beliau dan keluarga nak ke Kuantan atas urusan penting keluarga.

Hisyam menerima ole-ole...

..dan saya turut menerima ole-ole.

Sebelum pergi, taklimat terakhir diberikan oleh Awisul.

Dengan penuh perhatian kami mendengar 'arahan-arahan' dan pesanan-pesanan Sdr. SU tu. "Sami'na wa atho'na".

Dari kanan ke kiri; Arif, Roslan (penulis), Awisul, Faizul (MA - membelakangkan kamera), Hisyam dan adik student.

Seterusnya, kami berpecah kepada 2 kumpulan yang diketuai oleh Hisyam dan saya.

Bergambar kenangan berlatarbelakangkan pekan Kuala Sepetang. Tahu tak apa istimewanya tempat ni? Haa... di sinilah terletaknya hutan bakau yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Apa istimewanya hutan bakau? Itu jangan tanya saya.. itu kena tanya Awisul.. huhu... Saya tahu banyak ular je kat hutan bakau ni..hehehe...

Setelah sampai di tempat program, banner dinaikkan.

Aktiviti bersama masyarakat dimulakan.

Hari ini kami merancang untuk mengadakan 3 aktiviti. Khidmat pemeriksaan dan rawatan kesihatan (statik), khidmat lawatan ke rumah-rumah pesakit yang uzur dan khidmat berkhatan secara percuma. Maklumlah cuti sekolah... Tapi pada sebelah pagi tu hanya hanya pemeriksaan dan rawatan (statik) saja yang kami lakukan. Dua lagi aktiviti tiada permintaan. Hebat orang-orang sini... barangkali mereka ni sihat-sihat dan tak sudi nak mengkhatankan anak walaupun cuti sekolah...he,he

Tamat program sebelah pagi kira-kira pukul 11.45 pagi. Siap-siap berkemas, kami pun carilah makan. Part ni yang seronok nak cerita bila datang sini. Kalau hangpa lepas peluang ni, hangpa rugi besar tau. Tengok gambar ni...

Ready...

Hidangan ni dipanggil Mee Udang. Paling famous kat sini. Pelancung yang datang sini pasti akan cari Mee Udang. Macam di Kuala Terengganu, keropok lekor. Tapi kat sini, Mee Udang. Mak oii... dia punya rasa... tak dapat nak habaq no... Dalam astro ada iklan Mee Udang tu. Kalau kalian terperasan, haa... kat kawasan sinilah kedai tu. Tengah-tengah makan tu satu rombongan dari Melaka tegur kami. Baru sudah makan Mee Udang. Tapi yang berpenyakit resdung dan kolesterol tu kena ingat-ingat naa... bawak ubatlah sekali sebalum datang sini. Lepas makan, telan ubat.. huhu..

Pada sebelah petang, kami pergi jauh ke pedalaman untuk berkhidmat kepada masyarakat kampung yang kebanyakannya adalah petani.

Kalian tahu dok, kami sampai kawasan ni lebih kurang pukul 3 petang. Tak dok orang langsung! Diorang tidur ke apa... Nasib baik Awisul sediakan hailer. Maka sayapun merakamkan suara saya yang 'macho' tu (huhu..) dan keliling kampung dibawa oleh seorang penduduk dan adik student untuk memanggil mereka keluar. Akhirnya merekapun datanglah jugak..

Sementara itu, saya dibawa untuk ziarah dari rumah ke rumah kerana terdapat mereka yang uzur tidak dapat datang.

Banyak lagi rumah-rumah yang kami lawati tapi tak sempat nak ambik gambar. Ini adalah rumah pesakit terakhir yang kami ziarahi. Ketika ini jam telah menunjukkan kira-kira pukul 6.15 pm. Petugas-petugas nipun belum solat Asar lagi. Jadi, kamipun terpaksa menamatkan khidmat kesihatan pada hari itu.

Dalam perjalanan pulang, sekali lagi kami kami 'pekena' Mee Udang di kedai yang sama, huhu..

Sampai di rumah Pak Teh, sahabat-sahabat dan Pak Teh sendiri sedang bersedia untuk solat Maghrib. Sebelum pulang, kami sempat merakamkan gambar kenangan untuk simpanan dan tatapan semua.

Meskipun dengan wajah yang agak letih, namun kami semua merasa puas atas bakti yang telah disemai. Bukan habuan dunia dan harta benda yang kami harapkan melainkan janji Allah di akhirat sana. Kampung asal kita yang kita semua wajib akan sampai. Apakah bekalan untuk kita ke sana? Nah, kesihatan dan kemampuan serta kesempatan semasa hidup inilah kita korbankan untuk menghimpun harta akhirat. Memang susah...namun jika dibandingkan dengan kesenangan di akhirat, ia terlalu kecil. Apatah lagi matlamat hidup di dunia ini adalah sememangnya untuk bersusah-payah bagi mencapai kesenangan di akhirat sana.

"Hadis Abu Ayyub r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah adalah lebih baik daripada apa yang telah diterbitkan dan diterbenamkan oleh matahari (dunia dan seisinya)." HR Muslim


Lebih kurang pukul 8.30 malam, rombongan dari Papisma Kelantan bertolak pulang setelah 2 hari memerah tenaga. Jazakallahu khairan jaza... Semoga Allah akan membalasi apa yang kalian keluarkan demi Islam itu dengan balasan yang sebaik-baiknya di akhirat sana.

Saya dan Arif bertolak pada malam itu dengan bas untuk kembali menyambung tugas dan amanah di bumi Terengganu, pada pukul 12 malam (naik dari tol Kuala Kangsar).

Sekian.


Push-Up Arrow