(Penulis Bersiri)
Beberapa hari lalu Pengerusi mendapat maklumat bahawa beberapa orang pegawai perubatan (MO) yang merupakan ahli-ahli Papisma telah mendaftarkan diri di HSNZ. Ada di antara mereka merupakan MO dan kebanyakannya adalah HO. Beliau mencadangkan agar mereka perlu diraikan meskipun dengan cara yang cukup simple dan ringkas. Antara cadangannya ialah minum petang bersama atau makan malam bersama.
Saya merasakan ada baiknya cadangan tu. Bila orang baru ini diraikan, dia rasa bersemangat. Apatah lagi HO yang lazimnya emosi mereka cukup 'tak stabil' dengan pekerjaan yang baru diceburinya. Takut, stress, bimbang dan sebagainya ditambah dengan bebanan kerja yang memenatkan fizikal mereka. Itu semua akan menyebabkan mereka perlu mencari rakan atau sahabat untuk mengadu, berbincang atau meluahkan perasaan. Bayangkan kalau tiba-tiba senior datang dan menghulurkan tangan untuk bersedia membantu, atau menjadi rakan... lebih-lebih lagi senior ini adalah specialist atau MO di jabatan itu.. alangkah baiknya. Sebahagian daripada masalah terlerai. Berjabat salam dan senyumpun dah terlalu baik bagi mereka ini, apatah lagi bertanya khabar, berbual dan memberikan suntikan semangat serta motivasi. Itulah pentingnya sahabat.
Jadi, eloklah sekiranya suasana persahabatan ini diwujudkan dari awal. Mudah-mudahan, ia akan memperkukuhkan Papisma dan menjana kekuatan diri yang berterusan.
No comments:
Post a Comment