AKTIVITI

AKTIVITI UTAMA YANG DIJALANKAN OLEH PAPISMA TERENGGANU

1. Program SMART PAPISMA
Iaitu aktiviti 2K (Kesedaran Kesihatan) di mana PAPISMA Terengganu akan melakukan program Kesedaran Kesihatan di tempat-tempat terpilih dengan kerjasama masyarakat tempatan.

2. Menangani Bencana Dan Bantuan Kesusahan
PAPISMA Terengganu sentiasa terlibat dalam aktiviti menangi bencana seperti banjir besar, kebakaran, wabak penyakit seperti Covid-19 serta memberikan bantuan kepada fakir miskin terutama ketika menjelang bulan Ramadhan dan bantuan anak kembali ke sekolah setiap kali menjelang tahun baru.

3. Program Liqa' dan Tarbiyah
Program ini akan diadakan setiap bulan di mana bertujuan untuk memurnikan ilmu dan akhlak para ahli bagi menjadikan mereka petugas kesihatan yang bertaqwa kepada Allah dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai petugas kesihatan.

4. Kebajikan Ahli
Aktiviti ini adalah aktiviti menyantuni ahli yang baru mendapat cahaya mata dan membantu ahli.yang dilanda musibah atau kesusahan.

5. Rekreasi
Program ini adalah untuk merapatkan hubungan sesama ahli di samping beraktiviti bagi menambahkan kesihatan tubuh badan.

6. Hari Keluarga atau HIKMAT (Himpunan Keluarga PAPISMA Terengganu)
Program ini diadakan setiap tahun. Ia mengumpulkan semua ahli dan keluarga mereka. Pada masa yang sama kadangkala akan diadakan Mesyuarat Agung Tahunan.

7. Berkhatan
Program ini menjadi program tahunan apabila tiba cuti sekolah.

8. Houseman Officer Preparatory Course (HOPE)
Program ini merupakan program yang diadakan untuk membantu para graduan jurusan Perubatan yang baru lulus memahami bidang pekerjaan yang mereka akan lalui. Ini membolehkan mereka bersedia dari segi fizikal, mental dan mengulangkaji pelajaran yang telah mereka pelajari secara lebih praktikal.

9. Mengendalikan Aktiviti Peringkat Pusat Dan Antarabangsa
Aktiviti-aktiviti itu adalah seperti Konvensyen Kebangsaan Papisma, Konferens Nusantara 2.0 dan sebarang aktiviti yang ditentukan oleh JK Papisma Malaysia.

10. Pendidikan
Pelbagai program pendidikan yang dilakukan oleh PAPISMA Terengganu yang ditujukan kepada masyarakat awam seperti artikel-artikel dan video di dalam blog ini, kursus-kursus motivasi dan kerjaya kepada pelajar sekolah, kempen kesedaran yang dilaksanakan di dalam Program SMART dan sebagainya.

No comments: