Showing posts sorted by relevance for query agm. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query agm. Sort by date Show all posts

Monday, July 9, 2018

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAPISMA TERENGGANU KALI KE-11 DAN SAMBUTAN HARIRAYA 2018



Oleh: Unit Penerangan & IT

Jumaat, 6 Julai 2018 bersamaan 22 Syawal 1439H - Satu lagi titik penting dan bersejarah telah terlakar apabila PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-11. AGM itu telah diadakan di Dewan Walit, Kg. Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu dengan dihadiri oleh lebih 40 keluarga dan turut disertai oleh ahli-ahli dari Kemaman, Marang, Kuala Berang dan Setiu. AGM kali ini telah diadakan bersama dengan sambutan 'Eidulfitri 1439H.

Para perwakilan Mesyuarat Agung 2018.
AGM tahun ini dianggap begitu penting dan bersejarah kerana kepimpinan kali ini merupakan kepimpinan yang akan memacu PAPISMA Terengganu menuju era 2020 di mana pada era ini Malaysia sedang menuju era baru dalam sosiopolitik. Oleh itu, pesediaan taktikal, teknikal dan mental perlu selaras dengan arus yang dipacu oleh kepimpinan negara. Kepemimpinan kali ini juga memerlukan keupayaan dalam memberikan sumbangan yang terbaik pasca PRU14 kerana kerajaan Malaysia dan kerajaan Terengganu yang berubah kepemimpinan 100%. Ini memerlukan pengubahsuaian dalam mindset dan gerakerja bagi memenuhi hasrat masyarakat yang pastinya tidak sama seperti dahulu.

Maka, PAPISMA Terengganu telah memulakan langkah awal dengan pembentukan organisasi yang lebih sesuai dan tersusun dengan pengubahsuaian dan penambahan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Exco. Ahli jawatankuasanya terdiri dari gabungan junior dan senior dan dari pelbagai bidang kepakaran. Sekretariat Pilihanraya Papisma (SPR) telah memainkan peranan penting dalam melicinkan pemilihan mengikut aspirasi yang digariskan agar kepemimpinan yang terhasil adalah berdasarkan kebolehan memimpin, bukan semata-mata populariti seperti sebelum ini. Ini penting agar setiap potfolio itu akan diisi oleh mereka yang paling layak. Bukan mereka yang paling popular tetapi tidak sesuai dengan potfolionya.

"Tut...tut... Baru 4 orang yang hadir ni. Mana yang lain?" Sdr.
Saifullah bertugas sebagai pendaftar.
Bermula pada pukul 8.30 pagi, Dewan Walit diserikan dengan irama nasyid dan lagu-lagu Syawal yang menambahkan seri suasana. Pendaftaran dibuka di bahagian lelaki dan perempuan. Kehadiran peserta agak sedikit lewat menyebabkan AGM terpaksa dimulakan pada kira-kira pukul 9.30 pagi (jadual 9.00 pagi).

Alhamdulillah, AGM berjalan lancar dan berakhir kira-kira pukul 11.50 pagi.

Semasa ditemui, Pengerusi PAPISMA Terengganu telah melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga.
"Inilah kali pertama AGM mampu ditamatkan sebelum pukul 12. Biasanya pasti melepasi 12.30 tengahari" Katanya.

Berikut adalah keputusan pemilihan JK PAPISMA Cawangan Terengganu 2018-2020

JAWATANKUASA TERTINGGI

Pengerusi: Dr. Mujahid
Timbalan Pengerusi: Dr. Azhan
Naib Pengerusi 1 (L): Mr. Zailani
Naib Pengerusi 2 (P): Dr. Norhigrayati
Setiausaha: Sdr. Johari
Penolong Setiausaha: Dr. Shukriyah
Bendahari: Dr. Syuhaimi

WAKIL-WAKIL DAERAH
Kemaman: Dr. Mat Noh
Dungun: Dr. Tengku Fakharuddin
Besut: Sdr. Hilmi

EXCO-EXCO

1. Unit Usrah & Tarbiyah: Dr. Wan Mohd Razin
2. Unit Syabab: Dr. Sharif
3. Unit Az-Zahra: Dr. Asmaa'
4. Unit Penerangan & IT: Dr. Roslan
5. Unit Kebajikan Ahli, Ukhuwah & Ziarah: Dr. Zaihan
6. Unit Dental: Dr. Irfan
7. Unit Ubat & Perbekalan: Sdr. Muzani
8. Unit Ekonomi: Mejar Dr. Khairul Afnan
9. Unit Riadah & Rekreasi: Sdr. Saifullah
10. Unit Siasah & Dakwah: Dr. Farizi
11. Unit Profesional & Akademik: Prof. Dr. Harmy

SPEAKER

Pengerusi Tetap: Mr. Hussain
Timbalan Pengerusi Tetap: Mr. Salman


Seterusnya para peserta telah dijamu dengan jamuan hariraya sekaligus hidangan makan tengahari. Lebih istimewa lagi sambutan kali ini disediakan juga menu kambing golek.

"Hangpa tak terlioq ka?" Mungkin itulah seruan yang paling
berkesan bagi menarik kehadiran.

Dr. Azham sebagai Pengerusi Majlis.
"Mana yang lain ni? Aci dok kita start AGM ni?" Mr. Hussain
mempengerusikan mesyuarat sebagai Pengerusi Tetap.
"InsyaAllah kita akan terus bermesyuarat walaupun hanya 3
orang..." (Hehe...) Dr. Mujahid, Pengerusi 2016-2018 sedang
memberikan ucapan.
Ahli-ahli mesyuarat yang memenuhi dewan sedang memberi
perhatian kepada perbincangan.
Pendaftaran terus dibuka. Dr. Khadijah (Setiu) sedang mendaf-
tarkan seorang ahli yang baru sampai. "Jangan lupa undi lepas
daftar ye!"
Antara peserta yang popular sedang mendaftar. Mejar Dr.
Khairul Afnan.
"Ek eh... tanda kertas periksa ke?" Dr. Roslan sedang melaku-
kan penjumlahan undi dengan ditemani oleh Prof Dr. Harmy
sebagai pemerhati.
"Berikut diumumkan keputusan pengundian hari ini..."
Dr. Roslan sebagai SPR.
"Apalah lambat sangat mesyuarat ni... aku baham sendiri baru
tahu!" (Hehe...) Begitu semangat dan berdedikasi sekali petu-
gas kambing golek ini.
"Saya mengusulkan agar kita menukar nama Ibnu Sina..."
Begitulah Prof. Dr. Harmy sedang membentangkan usul.
"Alhamdulillah! Habis jugak AGM... Jom makan..." Kelihatan
dari kiri Dr. Sharif, Sdr. Shawal (Kemaman), Sdr. Saifullah
(Dietician) dan Sdr. Muzani (Pharmacist).
"Kambing golek dulu bos!" Dr. Suhazeli dan Prof. Dr. Harmy
sedang menjamu selera. Ni baru first course! (Hehe...)
"Kambing golek memang terbaik!" Dari kiri Dr. Ammar, Dr.
Faiz, Dr. Aminuddin dan Dr. Syuhaimi.
"Sedap betul kuih bakar ni!" Meja mi nampaknya set-set tak
makan kambing... (haha...) Dari kiri Dr. Razin (baju kuning),
Dr. Arif dan Mr. Jamaluddin (HSNZ).
Meriahnya suasana... sambil menjamu selera diiringi lagu
dan nasyid 'eidulfitri terasa bagaikan hari pertama hariraya.
Masing-masing tidak melepaskan peluang menjamu apa yang
terhidang. Yang penting jangan lepaskan yang special. Keliha-
juga Dr. Mat Noh (kopiah putih) wakil dari Kemaman.
"Dah kenyang?" Kak Han sebagai tuan rumah agak sibuk
memastikan semuanya berjalan lancar.
Ibu-ibu disediakan tempat bagi menjamu selera di dalam
dewan.
"Kamipun hadir!" Dari kiri Dr. Farizi, Dr.Talhah dan Dr. Hanif.
"Sedapnya..." Dari kiri Dr. Hazizul Helmi, Dr. Wan Zulkhalid
(wakil Kemaman) antara yang turut sama memeriahkan sam-
butan 'eidulfitri kali ini.

Banyak lagi gambar-gambar 'aksi' mencuit hati yang di'paparazi' oleh Papa Li (Dr. Suhazeli) yang dapat dijadikan kenang-kenagan boleh di klik di bawah ini.

Gambar-Gambar sekitar AGM dan Sambutan 'Eidulfitri..

Thursday, April 28, 2011

SELAMAT DATANG KE KONVENSYEN PAPISMA KE-9, 2011

(Pengarah Program)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala Puji bagi Allah, tuhan semesta alam, selawat dan salam untuk junjungan besar s.a.w.

Insyaallah, tidak lama lagi kita semua, para peserta KKP 9 akan bertemu di Bukit Keluang Beach Resort untuk berkonvensyen selama 3 hari 2 malam. Selamat datang saya ucapkan kepada semua, dan kepada yang tidak berpeluang untuk datang, tanamkanlah azam dari sekarang untuk turut serta dalam KKP 10 yang akan datang, moga Allah akan mempermudahkannya.

Alhamdulillah, KKP 9 kali ini telah berjaya menarik penyertaan yang agak ramai (jumlah semua sekali mencecah 300 orang i.e. termasuk anak2 kecil, dan ahli2 keluarga yang lain). Kami JK KKP 9 amat teruja untuk menerima kedatangan tetamu-tetamu semua yang datang dari segenap pelusuk Semenanjung Malaysia (dari Malaysia Timur, saya tak ‘sure’). Ingatkan wakil Brunei dapat datang, rupanya tak, dan beliau, Dr. Agus Salim mengirim salam untuk semua sahabat2 PAPISMA yang hadir, dan juga mendoakan agar KKP 9 ini berlangsung dengan jayanya. Kita juga menerima delegasi dari India dan Australia, Alhamdulillah, PAPISMA dah semakin global.

Perjalanan sahabat2 semua dari tempat masing2 ke BKBR ini, kami iringi dengan doa, dan ingatlah, dengan niat yang tulus ikhlas, datang ke sini untuk merapatkan talian ukhuwwah, berkenalan antara satu sama lain, semata2 kerana ALLAH s.w.t, Insyaallah, perjalanan kita itu akan dinaungi dengan rahmat Allah s.w.t beserta iringan para malaikat. Berhati-hatilah ketika dalam perjalanan,

ELAKKAN TRAGEDI

Tibanya saudara2 semua, akan kami sambut dengan tangan, hati dan jiwa terbuka. AHLAN WA SAHLAN

Pendaftaran untuk check-in insyaallah akan bermula seawal jam 12 tgh hari (kalau semuanya lancar – kata Pengurus BKBR, sepatutnya jam 3 ptg. Mereka akan cuba sedaya upaya). Makan tengahari – sendiri cari deh. Tiada aktiviti petang – rehat je. Makan malamnya – Nasi Goreng bungkus + telor goreng + ‘plain water’ akan kami sediakan utk semua, dan boleh diambil di Kaunter Pendaftaran seawal jam 5.30 ptg.

Kita akan bersolat maghrib secara berjemaah di Dewan Kecil, dan Kuliah Maghrib akan diadakan di Dewan Besar bersebelahan dengannya. Aktiviti seterusnya selepas isya’ ialah Forum ‘Mengenali Kehebatan PAPISMA’ di Dewan Besar, dan utk anak2, ada program utk mereka di Dewan Kecil. Aktiviti Solat Berjemaah, Kuliah dan Qiyamullail, semuanya dilakukan di Dewan Kecil dan bukannya di Madrasah Hamzah seperti yg diwarwarkan sebelum ini.

Keesokannya, harap bersarapan awal, kerana AGM PAPISMA akan bermula jam 8.30 am. Majlis perasmian KKP 9 akan berlangsung sebaik sahaja selesai AGM. Di sebelah petangnya, suatu sesi ‘brainstorming’ akan diadakan yg akan dikendalikan oleh JK PAPISMA Pusat. Kumpulan masing2 – adalah ikut warna ‘badge’ masing-masing. Selepas solat asar, sukaneka utk kanak2 akan berlangsung. Harap semua dapat settlekan diri sebelum maghrib, kerana seusai solat maghrib, kita akan bergegas ke Majlis Makan Malam di Restoren Anjung Bahtera (5 KM je dari BKBR). INGAT, TEMA PAKAIAN ADALAH HIJAU

Insyaallah, hidangan barbeque akan disajikan. Bermacam agenda ada – antara yg paling utama ialah PELANCARAN BUKU FIQH PERUBATAN oleh Dr. Hatta dan dikendalikan aturcaranya oleh Dr. Harmy dr USM dan teamnya. Satu acara yg cukup bersejarah. Kena panggil Sinar Harian ni !!!!

ESOKNYA, sekali lagi Qiyamullail, Solat Subuh dan Kuliah di Dewan. Selepas sarapan, sekali lagi kita ber’AGM’. Kali ini AGM Koperasi AmalMedic. Sememangnya PAPISMA dan Koperasi AmalMedik tidak boleh dipisahkan. AGM Papisma yg lepas juga telah bersetuju supaya semua ahli PAPISMA juga menjadi ahli koperasi, Cuma mungkin masih tak berapa ter’laksana’. Oleh itu, AHLI-AHLI PAPISMA SEMUA, bersedialah untuk register jadi ahli Koperasi AmalMedik – RM 10 je, dan terus BAYAR SHARE sebyk RM 1000 je (BETUL KE NAJIB ? ANA LUPA DAH !!! MUDAH LUPA) . Insyaallah, sekurang-kurangnya RM 50,000 akan diperolehi oleh Koperasi AmalMedik pada hari tu.

(KOPERASI NAK BUAT AGM ASING-ASING ???? Biar dulu deh Abg Harmy, biar betul2 ‘power’, kuat dan kaya-raya dulu deh. Kita beli atau buat satu resort baru utk ahli kita je, therefore, boleh sponsor semua utk dtg lagi sekali semata-mata AGM Koperasi. SO, sekrg ni, biarlah sekali dgn KKP dulu)

Lepas meeting koperasi, jgn ‘chow’ lagi, dengar lah sikit ‘medical talk’ dari ana sendiri, hrp2 15 – 20 minit je, dan terus dengan majlis penutup (panggil masuk semua sekali yg datang), pastu kita lunch, then baru bersurai. EH EH ... cepatnya, dah habis dah KKP 9 ni. :- (

KKP 9 kali ni juga, menyediakan 12 booth dgn pelbagai produk dan juadahnya yg ingin dihidangkan. Ambillah peluang berkunjung ke setiap booth, sediakan bekal secukupnya, dan belanjalah se’wisely’ yang mungkin. Niatkan juga untuk bantu sahabat2 yg terlibat itu.

AKHIR KALAM, KAMI SEKALI LAGI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA, AMBILLAH MANFAAT SEBYK MUNGKIN TERUTAMANYA HUBUNGAN UKHUWWAH ISLAMIYYAH – TERINGAT AKAN KATA-KATA AZIZ DESA DALAM MALAYSIA HARI INI DULU-DULU “YANG JAUH KITA DEKATKAN, YANG DEKAT KITA MESRAKAN, YANG MESRA KITA SERASI-SERASIKAN.

SEKALUNG PENGHARGAAN UNTUK PAPISMA PUSAT DI BAWAH PIMPINAN PRESIDEN DR. AWISUL ISLAH DI ATAS SOKONGAN DAN DOKONGAN, PAPISMA TERENGGANU DI BAWAH PIMPINAN DR. MOHD ARIF, TERUTAMANYA SELURUH JAWATANKUASA KKPNYA, YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS SEJAK BULAN DISEMBER LAGI, MALAH TELAH TRY DULU ‘UMMMP’NYA BUKIT KELUANG BEACH RESORT 2 BULAN SEBELUMNYA. JUGA KEPADA TETAMU-TETAMU JEMPUTAN YG SUDI MELUANGKAN MASA MEMBERIKAN SESUATU DI DALAM KKP, WALAU KESIBUKAN SENTIASA DEK KOMITMEN TERHADAP JAMAAH, TETAMU-TETAMU PESERTA KKP YG KAMI RAIKAN, DAN JUGA AMAT BERDISIPLIN MEMATUHI ARAHAN DAN KETETAPAN YG DIPUTUSKAN OLEH JK KKP, TERUTAMANYA SISTEM ‘P.O.B’ YG MANA BAGI KAMI, AMAT BERKESAN SEKALI (MAYBE JK KKP 10 BOLEH MENCONTOHINYA). KAMI AMAT TERHARU DAPAT MELAKSANAKAN SATU TANGGUNGJAWAB IAITU ‘FAL YUKRIM DHOIFAHU’ IAITU MEMULIAKAN PARA TETAMU. DAN TAK LUPA JUGA KEPADA KOPERASI AMAL MEDIK (PENGERUSI – DR. HARMY) DI ATAS SUMBANGANNYA KEPADA KKP 9 INI. BAKTI KALIAN SEMUA YG KAMI SEBUT DI ATAS, HANYA ALLAH S.W.T YG MAMPU MEMBALASNYA.

KAMI JUGA MENYUSUN 10 JARI TANGAN + 10 JARI KAKI, MEMOHON KEMAAFAN DI ATAS SEGALA-GALANYA KELEMAHAN, KEKURANGAN DAN SEBAGAINYA SEPANJANG MENGENDALIKAN KONVENSYEN KEBANGSAAN PAPISMA KALI KE-9, 2011 INI. KAMI DAH CUBA YANG TERBAIK, DAN HARAPAN KAMI KKP-9 INI AKAN MENINGGALKAN SERIBU SATU KENANGAN YANG MANIS UNTUK KITA SEMUA.
SEKIAN, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Dr. Wan Mohd Razin b. Wan Hassan
28 April 2011

Wednesday, July 20, 2016

AGM DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2016 PAPISMA TERENGGANU

(Jabatan IT)

15 Julai 2016 (Jumaat) - PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan Mesyuarat Agung  tahunan  (AGM) yang ke-9 di Dewan Walit, Kg. Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu. Mesyuarat kali ini telah diadakan bersama dengan sambutan Aidilfitri 1437H.


Suasana mesyuarat agung yang berorientasikan majlis di
negeri Jepun.
Tahun ini merupakan tahun pemilihan. Keseluruhan jawatan telah dipertandingkan dan menyaksikan ramai muka-muka baru yang berjaya memegang jawatan termasuk Timbalan Pengerusi. Walaubagaimanapun penyandang Pengerusi, Dr. Mujahid Fauzi b. Sulong terus kekal mempertahankan jawatannya setelah pertandingan satu lawan satu.


Prof Dr. Harmy sedang menyampaikan ucapan penangguhan.
Timbalan Pengerusi baru kali ini disandang oleh Dr. Zuraizi b. Jaafar, seorang Pakar Kanak-Kanak (Paediatrician) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 


Dr. Zuraizi Jaafar, Timbalan Pengerusi yang
baru sedang memperkenalkan diri.
Mereka yang memenangi pertandingan kali ini terdiri dari pelbagai bidang termasuk pakar, pegawai perubatan kerajaan, pegawai perubatan swasta, pegawai pergigian dan medical assistant. Gabungan ini menunjukkan Papisma Terengganu lebih bersedia untuk mendepani cabaran yang lebih global dalam gerakan organisasinya.



Antara yang akan ditekankan ialah tentang ukhuwah kerana peningkatan jumlah ahli yang sekaligus meningkatkan jurang usia antara ahli-ahli senior dan junior. Tanpa program ukhuwah yang lebih kerap dan tersusun ia akan membantutkan aktiviti dan program-program yang akan disusun.


Dr. Mujahid Fauzi sedang menyampaikan amanat. Kelihatan
Pengerusi Tetap, Mr. Husain sedang khusyuk mendengarkan.
Setelah tamat AGM seluruh hadirin telah menjamu selera dengan juadah hariraya yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Papisma Terengganu sendiri.

Dalam ucapan penggulungan, Dr. Mujahid telah melahirkan rasa gembiranya dengan sambutan ahli-ahli pada AGM kali ini dan beliau dengan penuh semangat akan melakukan beberapa perubahan dalam gerakerjanya yang akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al 'Asr.

Friday, June 11, 2010

Konvensyen Kebangsaan 2010 Yang Bersejarah

(Biro IT)

4 Jun 2010 - Bermula seawal 5.00 pagi, sebuah Serena meluncur laju membelah pagi yang hening dari Marang. Diikuti oleh sebuah lagi Serena dari Manir pada pukul 6.15 pagi dan Honda City dari Kuala Berang pada pukul 6.30 pagi. Ketiga-tiganya bertemu di Kg. Guntung Luar, Setiu untuk berserapan pagi dan meneruskan perjalanan sebelum bertemu sebuah lagi Serena di Kg. Padang Luas, Besut pada pukul 8.45 pagi. Kesemuanya merupakan konvoi perjalanan dari Terengganu untuk ke Sg. Petani, Kedah bagi menjalin silaturrahim, bertemu dan berpisah kerana Allah untuk berlumba-lumba menjadi 7 golongan yang akan mendapat naungan Arasy ketika tiada naungan kecuali naungan-Nya. (Mafhum hadis Bukhari & Muslim).

Hari ini juga, lebih dari 35 buah kenderaan menuju ke destinasi yang sama kerana menyahut seruan Rasulullah SAW bagi menyempurnakan aktiviti berjemaah iaitu bermesyuarat bagi memilih kepimpinan baru di samping berbincang bagi memperkasakan lagi PAPISMA dalam usaha melaksanakan visi dan misinya. Kesemuanya sedang berjuang dan berkorban... kesemuanya sedang berada di jalan Allah.

Sampai di Panglima Bayu, Tanah Merah, sebuah lagi kenderaan sedang menunggu iaitu sebuah Vios yang baru sehari dimiliki. 5 buah kenderaan itu kemudiannya tunda-menunda sambil berdoa dan mengharap agar perjalanan itu dirahmati Allah, selamat pergi dan selamat kembali.

Mereka berhenti sebentar di sebuah masjid di Daerah Kupang untuk menunaikan solat Jumaat bagi meraikan seorang sahabat yang wajib berjumaat. Seterusnya kami berhenti di perbatasan Kota Kuala Muda untuk makan tengahari kira-kira pukul 3 petang.

(Kiri) Dr. Md. Arif dan keluarga sedang menikmati hidangan tengahari.

(Kanan) Dr. Wan Mohd. Razin dan keluarga kelihatan sudah menghabiskan hidangan mereka.

(Kiri) "Banyaknya demo makan Che'. Bertumpuk-tumpuk pinggan tu ha!" Tuan Haji Che Rahim dan keluarga.

(Kanan) Dr. Suhazeli dan Keluarga. Mungkin sedang busy meneliti GPS.

(Kiri) "Berfikir dan merenung jauh..." Dr. Roslan dan keluarga.


Sesudah makan, kami meneruskan perjalanan untuk ke destinasi. Kami menggunakan jalan pintas dengan berpandukan GPS pada handphone Dr. Suhazeli. Bagi yang tak de GPS atau tak reti guna tu... ikut aje ler...

Akhirnya sampailah konvoi kami ke destinasi yang dituju iaitu Pantai Merdeka Beach Resort pada kira-kira pukul 5 petang, iaitu setelah hampir 12 jam perjalanan.
"Selamat Datang" banner KKP-7 menyambut kedatangan para peserta.

Orang pertama yang menyambut kami ialah Ketua JK Penganjur sendiri, Dr. Ahmad Rostam. Dengan segera kami mendaftar kerana muslimat di kalangan kami masih belum menunaikan solat jamak takhir.
"Haa... ni nama Kak Han. Dekat dengan kolam tak bilik ni?" Hehe... Kak Han sedang mendaftar.

"Mana pulok nama kawe ni?" Hj. Che Rahim sedang mencari namanya.

"Elok-elok pilih tu Abang Lie. Nanti termasuk bilik bibik kang naya!" Dr. Suhazeli sedang mendaftar.

"Tak dapat tepi kolam pun tak apa... isteri saya belum lepas pantang.." Itulah barangkali yang dikatakan oleh Dr. Md. Arif.

Seterusnya, kami semua dijemput untuk membuat pengundian di meja bersebelahan dengan meja pendaftaran. Pengundian kali ini agak 'canggih'. Ianya menggunakan komputer. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada para peserta masa yang mencukupi untuk mengundi. Kalau sebelum ini, ada yang merungut tak sempat nak angkat tangan, pengundian dah selesai... (mari lewatlah tu...) kali ini tidak ada alasan lagi. Kalau dulu pihak urusetia AGM terpaksa menunggu ahli untuk hadir hingga terpaksa memulakan mesyuarat lewat, kali ini tidak berlaku lagi. Meskipun diakui masih banyak kelemahan melalui sistem baru, namun serba sedikit ianya ada peningkatan. Semoga idea dan perlaksanaan baru seperti ini akan mendorong PAPISMA ke arah yang lebih profesional nanti.
Dr. Wan M. Razin sedang mengundi. "Siapa aku nak pilih ni? Banyaknya pilihan...!"

Dr. Khatijah Musa (isteri Dr. Suhazeli) sedang mengundi. "Mujur suami ambe tadok. Kalau ada... payoh sikit nak pilih ni!"

"Guano namo ambo ado blako setiap jawate nih? Kekgi mene blako nok pege mano so?" Hj. Che Rahim sedang menunaikan tanggungjawabnya.

Proses pengundian ini ditetapkan sehingga pukul 10.30 malam. (Namun ianya telah dilanjutkan atas budibicara sehingga pukul 12 malam).

Sebaik saja mendaftar dan membuang undi, kami semua terus ke bilik masing-masing bagi menunaikan kewajipan dan urusan seterusnya.
Kak Han sedang 'bertungkus-lumus' mengangkat barang-barang untuk dibawa ke biliknya.

Sesudah itu tiada acara yang diprogramkan. Maklumlah semua peserta masih penat. Bagi anak-anak yang tak sabar-sabar nak berenang, ibubapa mereka terpaksalah menemani mereka ke kolam yang disediakan.

Kira-kira pukul 9 malam, forum yang bertajuk "Wanita, Perubatan Dan Dakwah" dimulakan. Meskipun kehadiran peserta konvensyen masih belum sepenuhnya, namun forum tersebut tetap meriah dengan pengisian dan suntikan motivasi oleh penceramah jemputan iaitu YB Ustazah Siti Aisyah Ghazali dan YBhg. Dr. Najihatussolehah.

Forum tetap dimulakan meskipun masih ramai peserta yang belum sampai.

YB Ustazah Siti Aisyah, seorang aktivis masyarakat yang cukup cekal mengharungi cabaran selama berpuluh tahun dengan berbagai kekangan dan ancaman, akhirnya terpilih sebagai wakil rakyat bagi kawasannya. Amanah tersebut bukan untuk kemewahan dirinya, malah untuk terus membantu golongan masyarakat yang dhaif agar terus menikmati kemudahan dan bantuan secara adil dari pihak berwajib. Motivasinya hanyalah satu iaitu meyakini akan ganjaran pahala yang disediakan oleh Allah SWT. Segala kesusahan yang dilalui akan menjadi ringan dan tidak seberapa berbanding nikmat yang Allah janjikan di syurga nanti.

Bagi Dr. Najihatussolehah pula, meskipun beliau seorang pegawai perubatan yang sibuk, namun kesibukan tidak menghalangnya untuk terus menabur khidmat kepada masyarakat yang memerlukan. Dakwah tidak boleh ditinggalkan dengan alasan pekerjaan. Malah beliau yang mempunyai sembilan orang anak itu, menjadikan anak-anaknya sebagai dorongan dan motivasi untuk lebih bergiat aktif membantu dan menyebarkan dakwah seluas-luasnya agar masyarakat faham akan tanggungjawab mereka di dunia dan akhirat.

Banyak lagi nasihat dan panduan yang berguna telah dilontarkan bagi mendorong para isteri dan para suami bergerak tanpa menoleh ke belakang dalam bidang dakwah terutama di bidang perubatan.

Forum itu telah dipengerusikan oleh Dr. Azniza Mohd. Radzi, Timbalan Pengerusi JK Penganjur sendiri.

Setelah selesai majlis tersebut, Dr. Md. Arif Ibrahim, Pengerusi PAPISMA Terengganu telah mewakili PAPISMA Pusat untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada panel-panel forum tersebut.

"Terimalah sumbangan ini ya YB. Jalan elok-elok malam-malam ni naa..."

"Terima kasih tak terhingga atas perkongsian doktor. Balik Ipoh hati-hati ya..."

Tamatlah sudah hari pertama KKP-7. Bagi mereka yang berjaya menggarap manfaat yang disediakan, tahniah diucapkan. Program yang kalian sertai, bukan saja menambahkan ilmu dan pengalaman, tetapi ia juga sebagai majlis pengampunan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Nama-nama mereka yang berada di majlis ilmu, disebut-sebut di kalangan malaikat untuk mendapat keampunan sepanjang berada dimajlis tersebut. Amin Ya Allah...

5 Jun 2010 - Seawal sebelum subuh, resort itu telah diserikan oleh mereka yang ruku' dan sujud berqiamullail mengharapkan keampunan Allah. Ada yang melakukannya di dewan solat dan ada juga yang melakukannya di bilik masing-masing. Sesudah solat subuh berjemaah di dewan solat, kuliah subuh telah diberikan.
Dr. Suhazeli sedang menyampaikan tazkirah subuh sambil berkongsi maklumat dan pengalaman beliau berkenaan isu Marvi Marmara dan jihad di bumi Ghaza.

"Syahid adalah kematian termulia yang kita impikan.." Barangkali itulah yang sedang diperkatakan.

Hj. Che Rahim pula berkongsi maklumat setelah majlis dibuka untuk perbincangan.

Selesai berkuliah subuh, para peserta dengan segera bersiap untuk bersarapan pagi sebelum majlis Mesyuarat Agung Tahunan bermula.

"Makan kena awal...hehe." Hj. Che Rahim cukup bersemangat sebagai antara yang terawal melangkahkan kaki ke dewan makan.

"Kami berdua je.. 4 pinggan dah settle!" Dr. Harmy yang setia dengan kamera SLR-nya bersama isteri.

"Ni baru round satu..." Dr. Wan Mohd. Razin dan isteri, Dr. Tuan Norizan bersama anak sulungnya.

Generasi PAPISMA akan datang turut hadir. Adik-adik wakil dari UM.

"Baru sampai ni... kenalah makan lebih!" Dr. Aman Fuad dan Dr. Rose Faiza bersama anak-anak.

"Kami dari Terengganu!" Dr. Md. Arif Ibrahim bersama isteri, Dr. Norhaizi dan anak-anak. Hari ini merupakan hari ke-26 Dr. Norhaizi melahirkan, namun tetap besama demi perjuangan.

"Hangpa ambik gambaq elok-elok naa..." dari kiri, Dr. Tun Kamsiah, Dr. Mohd. Hadhrami, Dr. Roslan dan Dr. Zaihan (Kak Han) bersama anak-anak mereka.

"Kami datang bawak tentera.." Dr. Awisul Islah, Dr. Narwani dan anak-anak mereka. Meskipun anak keduanya baru mengalami closed fracture one of tarsal bone, mereka tetap bersama.

Dr. Syed Abdul Khaliq bersama isteri, Dr. Jazmin Jauhar dan anak-anak.

Dr. Mohd. Hadhrami dan Dr. Tun Kamsiah bersama kesemua anak-anak mereka.

Dr. Hisyam, Dr. Zahrul Laili bersama keluarga mereka.

Dr. Abdul Kursi bersama Dr. Maizun dan anak-anak.

Dr. Haslina... AJK Papisma 2008/10 yang jarang dikenali, namun berperanan besar dalam melestarikan pergerakan PAPISMA. Bersama suami, Ustaz Muhyidin dan anak-anak.

Dr. Suhazeli dan isteri, Dr. Khatijah sedang berjenaka bersama Dr. Azri dan isteri.

Dari kiri: Dr. Azrin, Ust. Syakir (Pembantu Tadbir PAPISMA Kelantan), Dr. Mohd. Najib dan Dr. Azaharim.

Setelah bersarapan pagi, kesemua peserta dikehendaki ke dewan mesyuarat untuk melaksanakan Mesyuarat Agung (AGM) PAPISMA kali ke-7. AGM merupakan agenda yang sangat penting dan menjadi salah satu agenda wajib bagi setiap KKP. Tahun ini merupakan tahun pemilihan. Kesemua peserta kali ini merupakan peserta yang Allah pilih untuk menentukan peneraju kepimpinan PAPISMA untuk dua tahun akan datang. InsyaAllah segala kerja amal yang dilakukan oleh kepimpinan PAPISMA kali ini akan menjadi saham akhirat kepada mereka yang telah menunaikan tanggungjawabnya.

Hj. Che Rahim (tengah) Pengerusi Tetap PAPISMA sedang mempengerusikan AGM bersama Timbalannya, Dr. Roslan.

"Aktiviti PAPISMA dah banyak ni, tak payahlah soal banyak-banyak ye!" Dr. Awisul sebagai SU Agung PAPISMA 08/10 sdang membentangkan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti tahun lepas.

Kak Han, Bendahari PAPISMA 08/10 sedang membentangkan Laporan Kewangan tahun lepas.

Dr. Md. Arif Ibrahim, Pengerusi PAPISMA Terengganu 10/12 sedang melontarkan pandangannya bagi memperkasakan PAPISMA. Banyak idea dan cadangan yang dinoktahkan untuk kepimpinan baru PAPISMA kali ini.

Dr. Ahmad Abir, Timbalan Pengerusi PAPISMA Kelantan sedang menyampaikan ucapan.

Dr. Roslan juga mengambil peluang untuk memperkatakan sesuatu.

Presiden PAPISMA 08/10, Dr. Suhazeli sedang menyampaikan ucapan penggulungan sebelum mengisytiharkan pembubaran Jawatankuasa PAPISMA 08/10 bagi membolehkan Jawatankuasa Sesi 10/12 ditabalkan.

"Dengan ini, saya membubarkan Jawatankuasa PAPISMA Pusat Sesi 08/10 dengan rasminya..." Itulah sebahagian penutup ucapan Dr. Suhazeli di hadapan peserta AGM kali ini.

"Dengan ini saya mengumumkan... jeng jeng jeng..." Pengerusi Sekretariat Pilihanraya PAPISMA, Dr. Roslan sedang mengendalikan perlantikan Jawatankuasa baru Sesi 10/12 berdasarkan keputusan pemilihan yang dilakukan.

Penyerahan watikah perlantikan Jawatankuasa PAPISMA Pusat oleh Dr. Suhazeli kepada Presiden PAPISMA baru sesi 10/12, Dr. Awisul Islah. Dengan itu, Dr. Suhazeli secara automatik menjadi Mantan Presiden PAPISMA 10/12.

"Ku mencari seorang Al-Ghazali... rupa-rupanya ia adalah ayahku!" Dr. Awisul Islah menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Presiden PAPISMA dengan penuh semangat. Beberapa objektif telah digariskan untuk dilaksanakan oleh kepimpinannya. Moto perjuangan PAPISMA tahun ini ialah MENGHANGATKAN KEDINGINAN TARBIYAH. Bukan menjadikan tarbiyah itu semakin dingin, tetapi kedinginan tarbiyah itu perlu dihangatkan.

Dr. Awisul sedang menyampaikan ucapan bersama dengan sebahagian barisan exco-nya yang hadir.

Exco PAPISMA 10/12. Dari kiri: Dr. Nor Azri (Penolong Setiausaha), Dr. Hisyam (AJK), Dr. Abdul Kursi (AJK) dan Dr. Aman Fuad (Naib Presiden 2).

Exco PAPISMA 10/12. Dari kiri: Dr. Ahmad Rostam (Setiausaha Agung), Dr. Azrin (AJK) dan Dr. Syed Abdul Khaliq (AJK).

Dr. Tuan Mohd. Fairuz (kanan) juga terpilih sebagai AJK PAPISMA Pusat 10/12 bagi mengetuai Lajnah Generasi Muda Papisma (GMP) yang baru ditubuhkan.

En. Lizam Abd. Manap (SUK PAPISMA Pusat), tenaga dan tulang belakang penting dalam gerakerja PAPISMA Pusat, bersama alat-alat canggih seperti komputer, LCD, Wi-Fi broadband, iPhone dan sebagainya sedang menjalankan tugas. Beliau cukup berdedikasi dalam menjalankan kerjanya tidak mengira waktu sehingga program selesai.

Sementara itu, di bilik sebelah kanak-kanak dikumpulkan untuk menjalani aktiviti mereka seperti yang disusun seperti pertandingan Maths Genius, catur, jigsaw puzzle, bercerita dan mewarna.

Setelah penat bermesyuarat, para peserta dijamu dengan hidangan tengahari yang cukup menyelerakan. "Habis dah kami sapu atas meja VIP ni!" Hj. Che Rahim. Dr. Roslan, Dr. Md. Arif dan Dr. Suhazeli.

"Baru sampai ni. Haa.. licin dah pinggan kami!" Dr. Zakuan Zainy (tengah - Timbalan Pengerusi Tetap Sesi 10/12) baru sampai kerana anaknya kurang sihat. Beliau tidak dapat menyertai AGM pagi tadi.

Pada sebelah petangnya, pertandingan hafazan dan lukisan telah diadakan kerana tidak sempat dihabiskan pada program sebelah pagi.

Adik Aisyah Farihah bt. Roslan sedang menyampaikan bacaan hafazannya.

Adik Amirah Zahidah bt. Roslan juga sedang menyampaikan bacaan hafazannya.

"Baca betul-betul... Abang tolak markah kalau salah...!" Penuh konsentrasi Ust. Syakir meneliti bacaan para peserta.

Burung kegemaran Ust. Syakir... Inilah gambar pilihan pengadil pertandingan mewarna (Ust. Syakir) yang telah dipertandingkan.

Khusyuk anak-anak kecil ini mewarna.

"Boleh menang ni!" Kelihatan Dr. Harmy (menongkat dagu) sedang menumpukan sepenuh perhatian untuk memulakan permainan Sahiba yang baru pertama kali dilakukannya bersama dari kiri: Dr. Wan Mohd Razin, Dr. Mohd. Najib, Dr. Tuan Mohd. Fairuz (nampak kopiah) dan Dr. Roslan.

Sementara itu, barisan kepimpinan PAPISMA Pusat yang baru mengambil kesempatan untuk mengadakan mesyuarat pra-sesi yang pengerusikan oleh Dr. Awisul Islah.

Selepas solat Asar, para peserta KKP kali ini menjalani aktiviti bebas. Masing-masing mengambil kesempatan melakukan aktiviti kegemaran mereka. Ada yang meninjau-ninjau ke tepi laut, ada yang bersembang tepi kolam renang, ada yang berkenalan dan bertanya khabar dan sebagainya.

Bagi anak-anak, tempat yang paling digemari ialah kolam. Kalau tak ada kolam, nescaya percutian mereka tidak ada serinya. Sebab itulah kebanyakan resort sebegini pasti akan menyediakan kolam renang. Bagi ibubapa yang takutkan anak-anak mereka lemas, mereka akan menjadi penjaga setia sama ada di tepi kolam atau sama-sama masuk ke dalam kolam.

Ibubapa bersembang di tepi kolam, anak-anak main kolam sakan...

"Wooo! Best!"

"Ini wakil Terengganu sedang bersembang. Isu semasa nampaknya tu... siap dengan surat khabar lagi haa..."

"... dengan emak-emaknya sekali"

Pada sebelah malamnya, jamuan barbeque diadakan. Majlis ini akan diserikan oleh kehadiran wakil kerajaan negeri Kedah. Sebelum itu beberapa acara diadakan untuk menghidupkan suasana. Beberapa peserta telah tampil ke hadapan untuk memperlihatkan bakat masing-masing. Seterusnya ucapan dari wakil kerajaan negeri Kedah dan penyampaian cenderahati.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" Exco negeri Kedah yang mewakili kerajaan negeri sedang menyampaikan ucapan.

"Terimalah ole-ole dari PAPISMA..." Presiden PAPISMA Pusat sedang menyampaikan cenderahati.

Tidak ketinggalan salah seorang penaja mengambil peluang untuk mempromosikan produk-produknya.

Dengan promosi produk kesihatan (Hi Goat) yang berakhir kira-kira pukul 1 pagi itu, maka berakhirlah agenda hari kedua KKP-7 ini. Mereka yang mengikuti program dan pengisian tentunya merasakan masa yang dihabiskan cukup terisi dengan perkara yang bermanfaat. Tidak kira bagaimana pengisian itu, yang penting mereka menikmati setiap detik itu sebagaimana adanya.

6 Jun 2010 - Hari ketiga konvensyen berlangsung. Pagi ini akan berlangsung Mesyuarat Agung Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad (KAMMB) kali pertama (AGM1). Suatu koperasi yang telah dibangunkan dengan keringat dan pengorbanan yang cukup banyak oleh jawatankuasa penajanya yang diketuai oleh Dr. Harmy Mohammed Yusof. Koperasi ini merupakan koperasi ekslusif untuk ahli-ahli PAPISMA. Bangunnya adalah untuk ahli-ahli, keuntungannya untuk ahli-ahli dan segala aktivitinya juga adalah untuk sekelian ahlinya. Sebahagian kuntungannya kelak, selain dibahagi-bahagikan untuk para pencarum, ia juga akan digunakan untuk menaja aktiviti ahli seperti KKP ini. Malah tawaran yang ada pada KAMMB melalui Kementerian Koperasi boleh menjadi sumber pendapatan tambahan kepada ahli-ahlinya juga.

"Baru sampai ni.." Dr. Jamsani (kanan) yang baru sampai begitu bersemangat untuk menghadiri mesyuarat KAMMB. Meskipun jauh dari Kota Bharu dan banyak halangan pekerjaan, namun menyempatkan diri juga untuk bersama.

Mesyuarat Agung KAMMB dimulakan dengan Al-Fatihah oleh Pengerusi Majlis, Prof. Madya Dr. Abd. Razak Sulaiman.

Kelihatan VIP jemputan Tn. Hj. Wan Sabri (kiri), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Caw. Kelantan bersama Dr. Harmy, Pengerusi KAMMB.

Dr. Mohd. Najib, Setiausaha KAMMB sedang membentangkan minit mesyuarat Pra Penubuhan kepada peserta AGM 1 KAMMB.

Prof. Madya Dr. Abd Razak sedang menjawab persoalan peserta. Kelihatan Pengerusi SKM turut bersama-sama jawatankuasa KAMMB bagi melicinkan mesyuarat.

Para peserta KAMMB termasuk Presiden dan Mantan Presiden PAPISMA.

Khusyuk meneliti minit mesyuarat.

Mesyuarat berakhir dengan sedikit sumbangan untuk Pengerusi SKM dari KAMMB yang disampaikan oleh Pengerusinya.

Sebelum KKP-7 berakhir, majlis telah diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang hari kedua KKP-7 kelmarin.

Maths Genius dan Catur Kanak-Kanak : Tempat Pertama. Anak Dr. Wan Mohd. Razin. Beliau juga merupakan johan catur sekolah rendah peringkat negeri Terengganu.

Bercerita: Tempat Pertama. Aisyah Farihah bt. Roslan.

Hafazan dan Bercerita: Tempat ke-2. Adik Amirah Zahidah bt. Roslan

Mewarna: Tempat Pertama. Adik Atiqah Maisarah bt. Roslan.

Sahiba: Tempat Pertama. Adik Afham b. Awisul Islah

Wakil anak... menerima hadiah untuk anak mereka kerana anak-anak dah balik kegembiraan bila terima hadiah yang pertama.

Dr. Haslina. Wakil anak - Tempat Pertama Hafazan.

Dr. Narwani. Wakil - anak juga...

Begitulah berakhirnya KKP-7 yang memberi seribu kenangan, seribu peristiwa dan kemanisan bagi mengorak langkah ke alaf baru pasca The Way Forward. Bagi pihak PAPISMA Terengganu, kami mengucapkan tahniah di atas kejayaan KKP-7 ini di bawah kendalian Dr. Ahmad Rostam Mohd. Zain dan isteri Dr. Azniza Mohd. Radzi. Berbagai pelajaran boleh ditimba dan berbagai ilmu boleh digali dari KKP-7 ini. Semoga pertemuan kita yang penuh dengan kemanisan ini akan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan untuk menjana semangat perjuangan yang berterusan demi dakwah di bidang perubatan ini.

Kami menjemput kalian semua untuk berkonvensyen pada KKP-8 tahun hadapan di Terengganu pula, InsyaAllah.

Sekian. Wassalam.

Push-Up Arrow