Saturday, March 28, 2020

AGIHAN KEPERLUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

Unit Penerangan & IT

Pasukan Polis juga antara yang menerima sumbangan.
Alhamdulillah, hasil kerja-kerja berjemaah yang telah dilakukan oleh BGO PAPISMA Terengganu, hari ini berjaya mengedarkan keperluan-keperluan di bawah:

Hari ini, pengedaran 600 FS kepada
- KK Hiliran : 80
- KK Bukit Tunggal : 30
- KK Chendering : 40
- KK Seberang Takir : 50
- Institut Perguruan Batu Rakit(Pusal Kuarantin) :100
- Labour Room HSNZ : 30
- PAC HSNZ : 20
- Jabatan Pesakit Luar HSNZ : 50
- Jabatan Kecemasan HSNZ : 80

GERAKERJA COVID-19 OLEH PAPISMA TERENGGANU

Unit Penerangan dan IT

Dunia sedang dikejutkan oleh wabak COVID-19 yang bersifat PANDEMIK (menjangkit selkuruh dunia) yang bermula di negara China sejak 17 November 2019 iaitu kes pertama yang dikesan.

Malaysia pula menerima kes pertamanya pada 23 Januari 2020 dan sehingga hari ini telah menjangkau 2,161 dengan jumlah kematian sebanyak 26 orang.

Di negeri Terengganu sehingga hari ini telah terdapat 41 kes.

PAPISMA Terengganu telah menubuhkan Bilik Gerakan dan Operasi (BGO) yang diketuai oleh Dr. Mujahid Fausi b. Sulong, Pengerusi PAPISMA Negeri.