Showing posts with label Rekreasi. Show all posts
Showing posts with label Rekreasi. Show all posts

Friday, July 13, 2018

UNIT RIADAH DAN REKREASI AKTIF KEMBALI

Oleh: Unit Penerangan & IT

12 Jul 2018 - Alhamdulillah, PAPISMA Terengganu telah berjaya menganjurkan semula riadah yang telah terhenti selama hampir setahun kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Ini merupakan antara aktiviti yang terawal telah berjaya dianjurkan sejak pembentukan jawatankuasa baru berlangsung pada Jumaat minggu lepas.

Minggu ini Unit Riadah & Rekreasi (URR) telah memilih untuk mengadakan permainan pingpong kerana penyertaannya lebih ramai. Permainan itu telah diadakan di Dewan Walit rumah Dr. Roslan, Manir, Kuala Terengganu.

Antara peserta yang hadir ialah Pengerusi URR, Sdr. Saifullah yang hadir bersama adiknya, Dr. Roslan, Dr. Aminuddin, Dr. Sharif, Dr. Zuraizi dan Sdr. Husaini sahabat Pengerusi URR yang sentiasa menjadi peserta tetap aktiviti URR sejak 2 tahun yang lalu.

Program bermula kira-kira pukul 9.15 malam dan berakhir kira-kira pukul 11.30 malam.

Apa yang lebih meriah ialah Dr. Sharif hadir membawa seorang anaknya dan Dr. Zuraizi membawa 3 orang anak-anaknya. Mereka turut sama riang bermain 'pingpong lantai' sesama sendiri.😃

Bakat-bakat pngpong yang sekian lama terpendam sejak bertahun-tahun ternyata masih berbisa. Mereka mengeluarkan segala kemahiran bagi memenangi setiap perlawanan.

Berikut adalah gambar-gambar menarik beberapa aksi yang sempat dirakam oleh lensa IT.

"Ambik ngko... aku swing!"

"Bola laju ni... mesti tak boleh ambik punya."

"Allah... payah ambik wei bola dia.." 

"Berapa dah mata? Jangan salah kira pulok!"

Skill baru... ambik bola belakang.. 😃

"Ok start balik... tadi menang mudoh doh..."

"Ready... nk kalahkan abg lan kena guna strategi ni..."

Sdr. Husaini (baju merah).

"Ambik serve Ma Long ni..."

"Serve yang ni boleh mata pulok ni."

"Nah!"
"Sekian dulu untuk kali ini... Insya Allah next week pulak jika dipanjangkan umur kita jumpa lagi..."

Saturday, August 27, 2016

RIADAH PAPISMA TERENGGANU DIHIDUPKAN SEMULA

Setelah lebih dua tahun sepi, akhirnya ahli jawatankuasa baru yang dipilih dalam pemilihan jawatankuasa yang lepas berjaya mengadakan riadah berkala sebagaimana sebelum ini.

Jumaat malam yang lalu (19 Ogos 2016), sebahagian ahli-ahli papisma telah berkumpul di Kompleks Sukan, Terengganu Equestrian Resort (TER) untuk bermain badminton. Ada yang hadir walaupun passive call.

InsyaAllah program ini akan dapat menguatkan lagi ukhuwah sesama ahli PAPISMA Terengganu.

Dr. Roslan (servis) dan Dr. Sharif (dua dari kanan) bersama
adik-adik.

Mr. Hussain (t-shirt putih) antara peserta riadhah yang paling
istiqamah sejak dahulu


Thursday, April 28, 2011

Rekreasi Dan Ukhuwah Medan Melepas Lelah

(Biro IT)

"En. Hasnol tak bersukan ke? Sekurang-kurangnya sekali seminggu?" Dr. Kasim bertanya pesakitnya.
"Bersukan? Mana ada masa doktor... Saya balik tiap-tiap hari pukul 6 atau 6.30 baru sampai rumah. Malam dah penat. Hari minggu kadang-kadang ada program lain, tapi biasanya nak rehat aje!" Jawab En. Basri yang merupakan pesakit hypercholesterolaemia dan mild hypertension.

Selalu kita berhadapan dengan pesakit yang memberikan jawapan seperti ini kan? Bila diberikan penjelasan, akhirnya mereka hanya tersenyum sahaja dan berlalu pergi. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa mereka memang tidak suka bersenam atau bersukan kerana menganggap membuang masa dan sia-sia. Masanya tidak mencukupi. Bagaimana mahu bersukan...


Dr. Hazizul sedang berpasangan dengan En. Saiful.


Benarkah kita tiada masa? Ini persoalan yang selalu ditimbulkan. Kita merasa hairan sekiranya seseorang itu boleh mengatakan tiada masa untuk bersukan. Mereka yang mengatakan demikian adalah orang yang tidak menganggap bersukan itu penting untuk dirinya. Baginya, masa yang dilaburkan untuk kerja dan duit itu lebih berharga dari masa untuk bersukan. Tetapi bila diserang penyakit, barulah sedar bahawa duit yang banyak itu rupanya tidak dapat membeli nikmat kesihatan.

Allah memberikan setiap manusia bermula Nabi Adam 'Alaihissalam sehinggalah hari kiamat masa yang sama, iaitu 24 jam. Hanyalah manusia itu yang gagal menguruskan masanya.

Sebagai seorang yang cukup bertuah dikurniakan kefahaman tentang kesihatan, kita cukup tahu tentang kelebihan bersukan ini. Sebab itulah PAPISMA Terengganu melalui Biro Ukhuwahnya terus melaksanakan aktiviti ukhuwah dan rekreasi setiap minggu.


Dr. Razin berpasangan dengan Dr. A. Fardi.


Dalam kesibukan menguruskan Konvensyen Kebangsaan PAPISMA yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, ia tidak menghalang untuk aktiviti sukan dan rekreasi ini diteruskan. Kalau diikutkan, tentunya para doktor dan pegawai kesihatan ini mempunyai masa yang cukup terbatas. Kerjanya tidak dapat ditentukan masanya. Ketika orang lain tidur, para doktor terus berjaga. Ketika orang lain bercuti, para doktor berpeluh dengan ibadat kedoktorannya bagi menyelamatkan nyawa. Kalau kita membuat alasan bahawa kita tidak ada masa, tentunya kita akan gagal untuk menasihati pesakit kerana ia bukan datang dari hati yang ikhlas...

Meskipun kehadiran ke dewan badminton di Terengganu Equestrian Resort (TER) itu tidaklah ramai dan menyeluruh, namun ia cukup untuk melepaskan lelah dan tekanan kerja serta merapatkan ukhuwah.

Tuesday, August 26, 2008

Program Riadah Ditangguh

(Pengerusi)

Alhamdulillah, akhirnya kita berjaya mengadakan program riadah mingguan sebagai wadah untuk kita merapatkan ukhuwah. Program yang dikendalikan oleh Potfolio Ukhuwah & Rekreasi dengan kerjasama Potfolio Perhubungan ini telah berjaya menarik penyertaan beberapa orang ahli baru bagi merapatkan ukhuwah dan kemesraan. Program yang dirasakan sukar untuk mendapatkan penyertaan muslimat kerana diadakan pada waktu malam itu ternyata mendapat kerjasama yang agak baik dari pihak muslimat juga. Tahniah dan Alhamdulillah. Mudah-mudahan kita akan terus mampu untuk mengadakan program-program seumpama ini meskipun menuntut pengorbanan masa dan tenaga dari semua ahli. InsyaAllah, dengan pengorbanan kita itu akan mendapat balasan yang sebaik-baiknya dari Allah SWT.

Malam tadi, program riadah kita telah berakhir sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak. InsyaAllah, ianya akan disambung semula selepas 6 Syawal nanti bergantung kepada keadaan semasa. Semoga program seperti ini mendapat penyertaan yang lebih baik pada masa-masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada Potfolio Sukan & Rekreasi dan Potfolio Perhubungan kerana telah berjaya mengendalikan program riadah ini secara istiqamah. Meskipun terpaksa berhadapan dengan jadual kerja harian yang ketat dan on-call, namun demi ukhuwah, kalian telah berjaya mengatasi semuanya kerana Allah. Terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabiat yang memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Meskipun ada di antara kalian yang tidak pandai bermain, namun semangat ukhuwah telah menarik kalian untuk hadir dan menjayakannya. Semoga Allah akan mengganjari kalian dengan ganjaran yang terbaik di sisi-Nya.

Sunday, August 24, 2008

Program Ukhuwah & Rekreasi

(Potfolio Ukhuwah & Rekreasi)


Assalamualaikum wbt. sahabat-sahabiat semua.

Program terakhir badminton kita sebelum Ramadhan akan diadakan pada 25/8/2008 (Isnin), 10 - 11 malam, di TER. Sebagaimana biasa, 2 court telah ditempah. Kami mengharapkan agar semua sahabat-sahabiat dapat hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut dan sebagai tanda sokongan kepada aktiviti yang kita jalankan.

Setakat ini, kita belum pernah 'miss' mengadakan aktiviti ini sejak ianya dimulakan, termasuklah minggu cuti persekolahan baru-baru ini yang juga meriah dengan kehadiran keluarga (termasuk anak-anak dan pembantu rumah sekali), Alhamdulillah. InsyaAllah, program badminton kita selepas ini akan bermula semula selepas Hari Raya Aidilfitri.

Bagi pihak Potfolio Ukhuwah & Rekreasi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan semua demi untuk merapatkan ukhuwah kita di samping membina kesihatan melalui riadah. Kami juga berharap agar sahabat-sahabiat dapat memberikan cadangan untuk aktiviti di bulan Ramadhan/Syawal yang akan menjelang di dalam program Liqa' ke-3 nanti.

Sekian terima kasih.

Arif & Zie

Tuesday, July 22, 2008

Aktiviti Rekreasi Ukhuwah Memahat Memori

(Biro IT)

"Aku bercadang untuk tutup klinik awal malam ni" Suara hatiku berbisik. "Selewat-lewatnyapun 9.45 mlm." Aku terus berazam.

Sejak pagi lagi aku telah mengingatkan isteriku tentang program rekreasi ukhuwah malam itu. Aku bimbang kalau aku tak ingat, biar dia yang akan mengingatkan. Aku agak terkejut bila diapun nak turut serta. Cepat aku membuat rumusan..."bagus juga", bisik hati kecilku.

Petang itu 21 Julai 2008, kira-kira pukul 5.45 petang aku telah menghubungi Dr. Razin tentang persiapan dari segi shuttle dan raket. Beliau setuju untuk membawa shuttle. Raket akan dibawa sendiri oleh peserta. Alhamdulillah, tak payahlah aku beli shuttle petang itu.

Sebelum aku pergi kerja malam itu aku telah menyediakan kelengkapan berupa raket 2 batang, takut-takut putus tali, boleh ganti yang satu lagi. Maklumlah, dah lama tak digunakan. Pakaian sukan aku siap-siap masukkan ke dalam kereta.

Malam tu sambil tengok patient asyik-asyik tengok jam takut-takut terlewat. Memang sungguh... agak lewat iaitu kurang 4 minit pukul 10 malam baru aku dapat melangkahkan kakiku keluar klinik, yang terletak di Manir itu.

Selepas menunaikan solat berjemaah bersama isteriku di kliniknya di Cabagng Tiga, kami bertigapun (termasuk anak lelakiku yang memang suka 'ngekor') bergegas ke TER (Terengganu Equestrian Resort), Kuala Ibai tempat program rekreasi ukhuwah itu dijalankan.

Badminton - berehatSesampainya kami di sana kira-kira pukul 10.40 malam, seramai 6 orang sahabat telah berada di sana iaitu Dr. Razin, Dr. Rohaizi, Dr. Shazli, Mr. Aman (Surgeon) Dr. Md. Arif dan seorang muslimah iaitu Dr. Norhaizi, isteri kepada Dr. Md. Arif. Pasangan ini pun GP seperti kami, tetapi mereka bertugas lebih dekat iaitu di Kuala Ibai dan Rhu Rendang. Sahabat-sahabat semua kelihatan telah berpeluh-peluh. Rupa-rupanya mereka telahpun bermain badminton beberapa set. Apa lagi... akupun tak sabar-sabar untuk turut bermain.

Razin & RoslanMula-mula aku berpasangan dengan Dr. Razin. Tahu tak siapa lawan kami? Ha... pasangan beregu campuran suami-isteri Dr. Arif - Dr. Norhaizi. Wah, hebat jugak Norhaizi tu bermain badminton. Sama handal je dengan suaminya tu. Arif & HaiziDr. Arif tu, walaupun lututnya cedera semasa accident pada tahun 1993 dulu, tapi masih sanggup dan mampu berlari keliling gelanggang untuk mengejar bola. Pasanganku pula Dr. Razin. Aku sebenarnya tak pernah tahupun yang dia tu pandai main badminton. Walaupun tubuhnya agak berisi, tapi... tak disangka cukup teror bila berada di tengah gelanggang. Itulah... kalau aku tak turun malam tu, tentu aku tak tahu kebolehan sahabat kita tu.

Rohaizi & AmanSelepas itu kami terus bermain dengan berganti-ganti pasangan. Cukup bersemangat sahabat-sahabat berekreasi. Meskipun aku tengok Dr. Rohaizi, Mr. Aman dan Dr. Shazli tu sampai 'lembik' nak pengsan aku tengok, peluh membasahi baju sampai boleh diperah, tapi mereka terus bermain. Roslan & ShazliAkupun tak tau dah berapa lama mereka ni tak bermain...macam aku lah jugak... Walaupun aku tahu yang bermain dan bersukan ni amat penting untuk kesihatan optima. Tapi maklumlah... semuanya dibatasi oleh pekerjaan dan komitment lain yang cukup menyibukkan. Akhirnya, aku yang tahu lebih pasal kesihatan, tapi pesakit yang lebih sihat sebab mereka mengamalkan apa yang aku nasihatkan, tapi aku... siapa agaknya yang akan menasihatkan aku nanti?

Badminton - ZaihanAda juga yang hanya bermain kat tepi gelanggang saja. Ajak masuk gelanggang tak mahu. Mungkin hadirnya untuk meraikan dan sebagai tanda sokongan kepada program yang dianjurkan oleh Papisma Terengganu. Contohnya seperti isteriku, Dr. Zaihan. Aku rasa kalau dia masuk dalam gelanggang, tak taulah aku dia pukul shuttle ke pukul net... Tapi yang lebih pasti ialah aku akan jadi tukang urut tanpa gajilah lepas tu.

Selepas berekreasi pada malam tu, kami berasa cukup puas hati. Semuanya berjalan lancar meskipun hanya 8 peserta sahaja yang turut serta. Aku bagi pihak Papisma Terengganu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas masa yang kalian sumbangkan. Dengan sumbangan masa itu kalian dapat merapatkan ukhuwah, kepuasan bermain dan insyaAllah kalian juga akan mendapat pahala di sisi Allah SWT. Subhanallah...Maha Kayanya Allah.

Aku sangat berharap agar program rekreasi ukhuwah ini dapat diteruskan. kalau boleh Jurugambar - Anasseminggu sekali. Kata Dr. Razin, kalau 2 minggu sekalipun akan jadi sejuk, sebab kalau miss sekali, peluang nak jumpa dah jadi sebulan. Aku bersetuju dengan pendapatnya. Aku harap beliau sebagai Potfolio Perhubungan dapat berbincang dengan upcoming Potfolio Ukhuwah & Rekreasi, Dr. Md. Arif untk menetapkan tarikh-tarikh seterusnya. Kalau aku ada kesempatan dan masa permainan mengizinkan, insyaAllah aku tak akan ketinggalan. Tidak ketinggalan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Adik Anas b. Roslan 'cameraman cilik' yang telah menyumbangkan tenaga untuk mengambil gambar-gambar peristiwa bersejarah ini.
Push-Up Arrow