Monday, February 2, 2009

Frederic Kanoute - Pejuang Yang Tidak Dikenali

(Dari Emel)

Meraih prihatin dunia terhadap PALESTIN melalui sukan bolasepak.

Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo La Coruna
telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan
menayangkan perkataan “PALESTINA” setelah menjaringkan gol kedua bagi
pasukannya, Seville. Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada
8/1/2009.

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga
memakai baju yang sama tertera perkataan “PALESTINA”. Tetapi tidak ditunjuk
kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan
menentang Deportivo La Coruna; Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada
beliau; Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau; Pada saat ribuan
pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih
untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri.
Sungguh pandai dan sungguh bijak. Alhamdulillah… :D .

Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad kuning.
Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya
itu.

Adakah itu sahaja sumbangan beliau?

1. Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan
masjid oleh penganut ISLAM di Seville. Bangunan tersebut telah dibuat keputusan
untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat
telah tamat. Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli
bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD). Harga
tersebut menyamai setahun pendapatannya. (Baca lanjutan di Islamonline. net)

2. Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan
tidak melemahkan ummat ISLAM. Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan
penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho. Bukan
setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun
sedang berpuasa. Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi
tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim. (Baca
lanjutan di Islamonline. net)

3. Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi
bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian.
Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.

4. Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak
yatim di Mali dan lain2 kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan
setiap muslim.

SubhanALLAH, insan seistimewa Frederic Kanoute ini telah membuat suatu yang
sangat bernilai di sisi ISLAM. Walaupun baru 10 tahun memeluk ISLAM, sumbangan
beliau telah mengalahkan sebahagian kita, terutama saya…aduh, cemburunya.

Semoga kisah Frederic Oumar Kanoute ini bisa memberikan kita keinsafan dan
dapat kita ambilnya sebagai iktibar.

Allahu ta’ala a’lam.

2 comments:

Asri said...

salam saya mohon izin paparkan artikel ini di blog saya

Biro IT said...

To Asri...

InsyaAllah dipersilakan...