Wednesday, July 9, 2008

Laporan Bergambar Perjumpaan 1/08 Papisma Terengganu


Wartawan Khas

Alhamdulillah, selepas daripada mesyuarat perlantikan JK Papisma Trg pada 6 Jun 2008, kami telah berjaya pula mengadakan Perjumpaan Pertama Ahli-Ahli Papisma Terengganu pada 26 Jun di rumah Dr Wan Mohd Razin/Dr Tuan Norizan. Jazakallahukhairan kathira diucapkan kepada tuan rumah yang telah bersusah-payah menyediakan ruang dan hidangan...



Inilah antara mereka yang telah hadir pada malam perjumpaan.. bersemangat sekali Mr Hussain tu..entah apa ceritanya ya? Dari kiri: Mr Hussain, Dr Roslan, Ust Bob, Dr W.M.Razin, Dr A.Faizal, Dr Amin, Dr Suhazeli, Dr Arif, Dr Termizy.



Sembang-sembang berisi bersama Ust.Bob...sementara menunggu kehadiran yang lain.



Hahh..dah makin ramai yang sampai tu...



Wah..hulur surat apa tu Presiden? Macam ready nak akad nikah je....hi,hi..jangan marah Kak Jah. Dari kiri: Dr W.M.Razin, Dr A.Faizal, Dr Amin, Dr Suhazeli, Dr Rozi, Dr Arif.



Ni sebelah muslimat pulak..Dari kiri: Dr Azlin , Dr Tuan Norizan (tuan rumah), Adik Siti Nuraini (Dietitian).



Ready nak makan le pulak ni...selepas tazkirah oleh Ust Bob. Kat kerusi depan tu: Dr Sharifah Azizah Syed Muhammad Shibli (JKNT). Kat kerusi belakang: Dr Tuan Norizan Tuan Mahmud (HSNZ).



Sambil makan, sambil bertanya khabar...



Hah! Dah selesai makanpun...Pengerus i Papisma Trg (Dr Roslan) pun dah kekenyangan tu...tapi tak boleh balik lagi...sambung semula untuk perbincangan aktiviti Papisma Trg.



Dr Arif (MD USM, skrg kat Klinik Ihsan) & Dr Rozi (Graduate Ireland, skrg specialist Anaes,HSNZ). Mana-mana yang pernah kenal tu..bolehlah recall balik tengok gambar-gambar ni..terubat juga rindu, kan...Tengok cara Dr Arif duduk, pasti teringat kembali peristiwa ngeri sewaktu beliau kemalangan dulu..tu pasal Dr Arif dah tak boleh lipat kaki kanannya..



Hah..ini dia naqib usrah muslimin (Ustaz Bob) yang juga guru Syifa' kami...



Ustaz Bob bersama Dr Amin. Istimewanya Ust Bob ni, kalau kita jemput dia bagi pengisian or handle program, pasti ada aje 'buah tangan pembuka selera' yang mengancam di bawanya untuk kita orang! He,he...Nak cerita pasal Dr Amin, tak de rekod biodata pulak ngan Kak Han ni..sorry deh..



Dr W.M.Razin (Tuan rumah, Timb.Pengerusi Papisma Trg, Medical Specialist HSNZ) bersama Dr A.Faizal (sori..tak boleh nak cerita lanjut juga pasal Dr A.Faizal ni, tak de biodatanya dgn Kak Han)



Ooo..tu ke suratnya. Ingatkan surat nikah tadi, rupanya surat perlantikan jawatankuasa! He,he...lega Kak Jah..



Mr Hussain sedang menerima watikah perlantikan daripada Presiden Papisma Pusat..mak oii! Presiden Pusat yang datang serah watikah tu..he,he..jangan jealous lak negeri lain tu deh...



Hah..ni dia setiausaha kami - Dr Shafinaz Salehen (skrg kat unit OPD,HSNZ)



Yang ni pulak - Adik Siti Nuraini Mohd Samwil, bendahari kami..seorang dietitian berkaliber!



Haa..senior kita..Kak Azlin bt Amat (sekarang dah jadi Specialist Family Medicine kat KK Batu Rakit). Diamanahkan memegang Portfolio Perhubungan.



Tuan rumah, Dr Tuan Norizan Tuan Mahmud (Specialist Anaest,HSNZ) - diamanahkan untuk Portfolio Tarbiyyah.



Nasib baik sempat juga candid..he,he. .Dr Nurul Majidah Abd Razak, AJK (sekarang kat Medical Unit,HSNZ)



Akhir sekali, Wartawan Khas Papisma Trg (jangan jealuos weh...Papisma Trg siap ada wartawan khas lagi! He,he) Siapa lagi kalau bukan Makcik Ummu Ammar yang suka ngeppek ni..hi,hi. Tapi tengok muka, bukan main serius lagi tu! Hah..kat sebelah tu Dr Nor Haizi Ali, isteri kepada Dr Arif (sekarang dah buka klinik sendiri kat Kuala Ibai)

Sekianlah sahaja Laporan Khas Bergambar dari Wartawan Khas yang tak asing lagi, Ummu Ammar...

No comments: