(Biro IT)Ikuti siri terjemahan hadith berkaitan
Penyakit & Kesihatan...
Shahih BukhariDari Aisyah r.a, isteri Nabi saw, katanya: Rasulullah saw bersabda:
“Setiap kali orang Islam mendapat mala petaka, Allah mengampuni dosanya kerana malapetaka itu, bahkan yang disebabkan oleh terkena duri.”Shahih Bukhari 
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Saya masuk ke tempat Rasulullah saw ketika beliau sedang menderita sakit. Beliau saya raba dengan tangan saya, lalu saya berkata: “Ya Rasulullah, penyakit Anda amat berat.” Rasulullah saw menjawab: “Benar, penyakit saya sama dengan penyakit dua orang di antara kamu.” Saya berkata: Demikian itu kerana Anda mendapat pahala dua kali lipat.” Rasul menjawab: “Benar!” Setelah itu beliau berkata:
“Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Tuhan menggugurkan (mengampuni) kesalahan-kesalahannya, sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya.”*************************************************************************************
No comments:
Post a Comment