(Biro IT)
"En. Hasnol tak bersukan ke? Sekurang-kurangnya sekali seminggu?" Dr. Kasim bertanya pesakitnya.
"Bersukan? Mana ada masa doktor... Saya balik tiap-tiap hari pukul 6 atau 6.30 baru sampai rumah. Malam dah penat. Hari minggu kadang-kadang ada program lain, tapi biasanya nak rehat aje!" Jawab En. Basri yang merupakan pesakit hypercholesterolaemia dan mild hypertension.
Selalu kita berhadapan dengan pesakit yang memberikan jawapan seperti ini kan? Bila diberikan penjelasan, akhirnya mereka hanya tersenyum sahaja dan berlalu pergi. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa mereka memang tidak suka bersenam atau bersukan kerana menganggap membuang masa dan sia-sia. Masanya tidak mencukupi. Bagaimana mahu bersukan...
Dr. Hazizul sedang berpasangan dengan En. Saiful.
Benarkah kita tiada masa? Ini persoalan yang selalu ditimbulkan. Kita merasa hairan sekiranya seseorang itu boleh mengatakan tiada masa untuk bersukan. Mereka yang mengatakan demikian adalah orang yang tidak menganggap bersukan itu penting untuk dirinya. Baginya, masa yang dilaburkan untuk kerja dan duit itu lebih berharga dari masa untuk bersukan. Tetapi bila diserang penyakit, barulah sedar bahawa duit yang banyak itu rupanya tidak dapat membeli nikmat kesihatan.
Allah memberikan setiap manusia bermula Nabi Adam 'Alaihissalam sehinggalah hari kiamat masa yang sama, iaitu 24 jam. Hanyalah manusia itu yang gagal menguruskan masanya.
Sebagai seorang yang cukup bertuah dikurniakan kefahaman tentang kesihatan, kita cukup tahu tentang kelebihan bersukan ini. Sebab itulah PAPISMA Terengganu melalui Biro Ukhuwahnya terus melaksanakan aktiviti ukhuwah dan rekreasi setiap minggu.
Dr. Razin berpasangan dengan Dr. A. Fardi.
Dalam kesibukan menguruskan Konvensyen Kebangsaan PAPISMA yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, ia tidak menghalang untuk aktiviti sukan dan rekreasi ini diteruskan. Kalau diikutkan, tentunya para doktor dan pegawai kesihatan ini mempunyai masa yang cukup terbatas. Kerjanya tidak dapat ditentukan masanya. Ketika orang lain tidur, para doktor terus berjaga. Ketika orang lain bercuti, para doktor berpeluh dengan ibadat kedoktorannya bagi menyelamatkan nyawa. Kalau kita membuat alasan bahawa kita tidak ada masa, tentunya kita akan gagal untuk menasihati pesakit kerana ia bukan datang dari hati yang ikhlas...
Meskipun kehadiran ke dewan badminton di Terengganu Equestrian Resort (TER) itu tidaklah ramai dan menyeluruh, namun ia cukup untuk melepaskan lelah dan tekanan kerja serta merapatkan ukhuwah.
No comments:
Post a Comment