Assalamualaikum.
29 April sehingga 1 Mei 2011 - berlangsungnya Konvensyen Kebangsaan Papisma Ke-9 yang meninggalkan kesan yang amat mendalam buat kesemua peserta. Apalagi buat Jawatankuasa Penganjur, Papisma Terengganu yang telah bertungkus lumus sejak sekian lama bagi memastikan KKP-9 ini dapat berjalan dengan jayanya.
Hari Pertama - 29 April 2011
Awal pagi lagi, pada tanggal 29 April...3 pasangan peneraju utama KKP9 telahpun tiba di Bukit Keluang Beach Resort.
Para petugas dari Papisma Terengganu bersiap sedia menanti ketibaan para peserta KKP-9...
Sekian lama menanti hari, akhirnya tiba juga saat yang dinantikan. Kak Han bersama Dr Tuan Norizan....
"Eh! Kita tak ada sediakan pasukan kompang ke nak sambut ketibaan Presiden kejap lagi ni?" Hehe...agaknya itu yang diperkatakan Abang Lan...beriya benar dia..
Wakil Jualan syarikat Servier sedang mendemonstrasikan 'kotak muzik' yang bakal dijadikan hadiah cabutan bertuah untuk para peserta.
Papisma Terengganu dah bersedia dengan bahan jualannya semenjak dari awal lagi! "Jual Shim! Jual! Jangan tak jual!"
"Okay, nanti bila peserta datang nak kena kasi buku ni, button badge ni, sijil ni, lepas tu sign kat sini, kat sini dan kat sini..." Hehehe...tak habis-habis Kak Han membebel...
"Han! Sampai ke batang payung pun hijau juga?"
"Hehehe...apa nak buat Kak Lin...cintaku menghijauuuu..."
Kali ini setiap peserta menerima button badge dengan nama masing-masing beserta warna kumpulan & nombor meja untuk 'gala dinner'. Setiap pasangan ada button badgenya, tak kira beliau ahli Papisma atau bersekutu. Ini menandakan setiap dari mereka adalah terlibat secara langsung dengan program KKP ini.
Begitu juga dengan sijil penyertaan. Setiap ahli Papisma dan ahli bersekutu ada sijilnya.
Pengarah KKP-9, Dr Razin, tak senang duduk. Macam tu juga, Abang Lan...hmm...agaknya dah berapa hari tak lena tidur, teruja nak menyambut tetamu-tetamu istimewa, ahli Papisma dari seluruh Malaysia!
Ni dia! Peserta pertama KKP-9 2011 jatuh kepada Akhie Yusni Hisham!
"Kak Han, saya on the way ni.""Kak Han, pukul 1 lebih boleh check in tak?""Kak Han, saya nak tambah ahli keluarga ni..."Hehe...bertubi-tubi sms dari Yusni...Semangat habis dia nak datang KKP!
Mantan presiden kita, Dr Suhazeli bersama zaujah kesayangannya, Dr Kak Jah pun dah sampai..
Dekat Maghrib, baru berpeluang balik ke bilik. Nak bersiap-siap untuk ke Kuliah Maghrib pula.
Si anak dara bertiga ni bukan main happy lagi stay kat bilik double-storey. Siap main kaunter-kaunter. Apa nak buat, anak GP, mainnyapun macam betul-betul suasana kat klinik mak dia ler..hehe. Cantik betul design bilik di BKBR ni!
Program pertama bermula! Kuliah maghrib disampaikan oleh Al Fadhil Ust Kamaruzaman Abdullah dengan tajuk 'Ukhuwah Menjana Pengorbanan'. Penyampaian yang disampaikan penuh dengan sirah dan dalil...sangat mengesankan!
Tak sangka betul kehadiran ke kuliah maghrib sangat ramai. Kebiasaan dalam sesi-sesi KKP yang lepas, program pertama kuliah maghrib adalah antara program yang sangat lesu sambutannya. Alhamdulillah..mungkin atas peringatan melalui sms semenjak dari awal dan panggilan melalui
hailer yang dibuat ke sekeliling resort menyebabkan sambutannya begitu mengujakan!
Tidak ketinggalan juga para muslimat kita...
Slide Show - Mengimbas Detik Perjuangan Papisma oleh Dr Suhazeli Abdullah.
Bermula Forum "Mengenali Kehebatan Papisma" - oleh 4 ahli panel terkemuka dari kalangan Papisma sendiri iaitu Presiden kita, Dr Awisul Islah Ghazali, Prof Madya Dr Abd Razak Sulaiman, Prof Madya Dr Zakuan Zainy Deris & Ketua Generasi Muda kita, Dr Tuan Fairuz Tuan Ismail.
Petah berbicara, bijak menggulung hujjah...malah segala yang diperkatakan adalah di alam realiti, bukan di alam fantasi. Terpesona dan terpegun sekali dengan bait-bait kata dari mereka. Papisma memang hebat! Rugi siapa yang tak dengar...
Walau anak masih didukungan, namun demi sebuah perjuangan, segala kesukaran diketepikan...
Malam yang semakin larut dirasakan masih terlalu muda dek kerana asyik dan ralit...
Abang Lan dengan video cameranya! Tunggulah hasil buah tangan Abang Lan nanti buat kesemua para peserta KKP-9!
Katil sedia menanti. Keletihan di hari pertama terasa berbaloi dek kerana pertemuan antara sahabat dan sahabat...indahnya persaudaraan!
Hari Kedua - 30 Mac 2011Kuliah subuh disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh dengan tajuk 'Tarbiyah Nadi Kehidupan Pejuang'.
Walau kedinginan menggigit, kantuk menerpa...namun pejuang-pejuang kita tetap bersemangat hadir ke Dewan Siti Zubaidah untuk mendengar kuliah subuh.
8.30 pagi - Mesyuarat Agong Papisma bermula! Tahniah buat SUK Papisma Pusat, Akhie Lizam atas pembikinan buku laporan yang begitu canggih!
Barisan exco kepimpinan Papisma 2010-12.
Bervest hijau adalah pasangan suami isteri Akhie Dr Rostam (setiausaha agong) dan Ukhtie Dr Azniza (bendahari agong)
Ni dia Dr Aman Fuad yang selalu ber'suara' di dalam email yahoogroup kita...hehe...
Para peserta khusyuk meneliti buku mesyuarat agong...
Para muslimat setia menanti mesyuarat agong dimulakan...
"Siapa sokong mesyuarat agong diteruskan...?"
Fulamak! Jangan ada yang tak sokong...lelah banget kita buat
preparation ni woi..hehe...
'Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya'. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...semoga pertolongan Allah sentiasa bersama kalian...
Tuan Presiden kita Dr Awisul Islah Ghazali sentiasa bersemangat! Jetlagpun tak hilang lagi ni. Apa tidaknya, baru pagi semalam sampai dari India!
Dr Harmy...ideamu tidak pernah lekang. Teringat akan bait sebuah nasyid ;
Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan
Mr Hussain dan Dr Hadhrami nampak kepenatan tapi masih mampu tersenyum...
Dr Azaharim Omar...hmm...nama yang sering membuatkan bendahari KKP keliru semasa urusan penempahan bilik. Apa tidaknya, yang sorang lagi tu bernama Dr Azrin Omar! Huhuhu...
Dr Najihah Mahfuzah Zakria sedang membentangkan usul untuk lujnah penerbitan. Ni kira orang kanan Dr Khairul Afnan Khalid lah ni...hehe.
Abang Lan dan Dr Ilham. Nampak Abang Lan macam dah tak larat nak buka mata tapi masih bersemangat mengikuti mesyuarat agong Papisma sehingga ke akhirnya.
Ketibaan YB Dr Mohd Hatta Ramli ke Dewan Siti Zubaidah bagi menyempurnakan majlis perasmian AGM 2011. Apa yang tak mampu di'dengar' di sini, YB kita diiringi oleh barisan kepimpinan Papisma melangkah masuk ke dewan dengan paluan kompang yang sungguh memeriahkan suasana!
Ucapan oleh YB Dr Mohd Hatta Ramli sungguh mengesankan!
Para peserta turut berdiri dalam acara perasmian oleh YB Dr Mohd Hatta. Meremang bulu roma apabila geduk dipalu, diikuti dengan gimik acara perasmian melalui tayangan LCD. Fuh! Acara perasmian yang penuh gilang-gemilang ini sudah pasti akan menjadi memori yang terpahat kukuh di hati...KKP9 benar-benar dihatiku!
Di saat AGM berlangsung, kanak-kanak diraikan di dewan bersebelahan dengan pelbagai acara pertandingan.
Fasilitator-fasilitator dari kalangan adik-adik HO Hospital Sultanah Nur Zahirah bertungkus lumus memastikan pertandingan berjalan lancar...
Ibu-ibu yang terpaksa menjaga anak-anak kecil juga turut bersantai di sini. Segalanya telah difikirkan semenjak berbulan-bulan yang lalu. Di mana ibu-ibu nak bersantai?Bagaimana nak memenuhkan aktiviti anak-anak? Tak mudah nak menjayakan sesuatu program. Dari hal yang sebesar-besarnya sehingga kepada hal yang sekecil-kecilnya perlu difikirkan.
Jam 2 petang, barulah acara perasmian AGM berakhir. Perut dah berkeroncong. Dewan makan pula diserbu!
(gambar dewan makan diserbu tak dapat disiarkan kerana penulispun nak soruu...tak teringat dah nak ambik gambar...hehe)Sesi Petang - Program Team Building/Cerna Minda pula. Bersemangat Kak Long kita! Pembentang terbaik muslimat, Dr Maslina, juga datangnya dari kumpulan ini.
Dr Syed Khaliq membentangkan rumusan perbincangan kumpulan.
Akhirnya beliau dinobatkan sebagai pembentang terbaik muslimin Program Cerna Minda 2011! Tahniah Syed. Walaupun anugerah ini taklah sehebat anugerah Imam Muda tapi sekurang-kurangnya adalah juga aura Imam Muda tu kat Syed kita ni..hehe.
Tamat Program Cerna Minda, beralih pula ke Program Sukaneka Kanak-Kanak. Sayang sekali penulis ketika ini sudah keletihan tahap gaban (hehe...) Nak ambik gambarpun dah tak larat. Balik ke bilik, terus pejam! Makanya yang keluar kat sini adalah gambar padang dengan aksi anak sulung penulis sedang bermain volleyball..haha..
(gambar diambil semasa sesi lawatan tak rasmi ke BKBR untuk persediaan KKP). Walaubagaimanapun acara Sukaneka Kanak-Kanak tetap berjalan dengan baik di bawah kelolaan jawatankuasa sukaneka. Terimakasih buat adik-adik fasilitator yang bertugas...
Badan dah penat, fikiranpun dah letih...nasiblah ada tempat melepaskan lelah.
Time beraktiviti di sinipun, penulis tak sempat sertai. InsyaAllah kalau dah dapat gambar dari sahabat nanti, kita akan siarkan dalam
post yang lain.
Malam menjelma. Majlis Makan Malam Ukhuwah pula mengambil tempat di Anjung Bahtera. Ramai VIP kita turut hadir.
Sambil menjamu selera, sambil dihiburkan dengan alunan nasyid...
Ini dia kumpulan nasyid utama dari Papisma Terengganu...hehe. Tak sangka pula anak-anak kita ni boleh tubuhkan pasukan nasyid yang sangat
best! Siap dengan gaya yang pelbagai bersama alunan suara nan syahdu. Jangan tak tahu...diaorang ni berlatih sesama sendiri aja di malam pertama berada di BKBR!
Seterusnya, acara gilang-gemilang, Perasmian Buku Fiqh Perubatan telah disempurnakan oleh YB Dr Mohd Hatta. Barisan penulis yang hadir adalah Dr Harmy, Ustaz Syamsul Kamal dan Dr Rosediani. Tahniah buat mereka dan Papisma!
Bermula dari langkah pertama, akhirnya impian menjadi kenyataan! Lahirnya buku Fiqh Perubatan ini sebagai buku sulung Papisma pastinya menjadi pemangkin buat Papisma mengorak lebih jauh lagi dalam dunia penulisan.
1 Mei 2011Kuliah Subuh terakhir di BKBR menghadirkan Al Fadhil Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dengan tajuk "Dicampak ke laut menjadi pulau, ke darat menjadi bukit."
Khusyuk sekali mereka mendengar...
Breakfast terakhir di BKBR. Saat-saat perpisahan kian terasa. Sedikit kesempatan yang ada ini diambil buat mendekati sahabat-sahabat yang entah bilalah akan bertemu lagi.
Bakal-bakal senator? Hehe...jangan marah ya Kak Long & Kak Jah tapi sememangnya kalian layak dengan gelaran itu!
Tiga dara ni lagi? Sorry...jangan marah. Dah ini jer gambar yang ada kat kamera Umminya...hehe.
Tibalah masanya untuk program terakhir KKP9 2011. Mesyuarat Agung Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad.
Orang kuat koperasi? Hehe....
"Abang Lan! Lepas ni saya nak hentam macam-macam kat koperasi ni. Abang Lan ready jerlah ya..." Hahaha...macam-macam versi perbualan boleh dibuat berdasarkan gambar ini. Hmm...bagus juga kalau gambar ini kita gunakan untuk pertandingan meneka perbualan...hehehe...
Ucapan perasmian AGM Koperasi oleh Tuan Haji Sabri, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Kelantan.
Inilah dia barisan ahli lembaga koperasi amal medik sesi 2010.
"Tahun ni beri ke orang lainlah pulak deh. Nyaknyer ke orang Tranung nok mari meeting koperasi jauh ngat.." Haha...itu ke yang diperkatakan Dr Wan Mohd Razin?
Dr Awisul : "Manalah pulak perginya point yang ana nak hentam ni?"
Hah! Dah jumpapun...hehehe..
Opps..tengok gambar ni baru perasan Dr Hisyampun datang. Wah! Semangat Dr Hisyam, tengah-tengah exampun sanggup luangkan masa. Sama semangatnya dengan Dr Al Aarifin di belakang tu. Walaupun terpaksa menggendong
baby sepanjang program tapi hadir tetap hadir!
'Pelukan tubuh' yang membawa seribu maksud....
Aik? Forum Papisma Juniorpun ada? Hebat, hebat!
'Kedai' dah nak tutup...detik perpisahan semakin hampir. Terimakasih Kak Lin dan Shim atas khidmat wakil jualan Papisma Terengganu yang
excellent!
Tahniah buat adik-adik
students USM yang merupakan antara peserta paling awal menempah bilik untuk menyertai Konvensyen Papisma tanpa 'sponsoring'! "Macamana sekalipun, kita orang nak datang juga ni Kak Han. Nak bayar penuh!" Kalian benar-benar rijalullah...
Bergambar beramai-ramai usai AGM Koperasi. Sayangnya, ramai yang dah balik
time ni. Apapun TAHNIAH kepada mereka yang setia sehingga ke akhir!
3 hari 2 malam berkampung di BKBR...akhirnya tibalah masa untuk kembali. "Ummi! Boleh tak Papisma buat konvensyen kat sini lagi lain kali?Bestlah kat sini!" Huhuhu...ni ayat yang tak tahan didengar nih...
Selamat Tinggal KKP9...Kau tetap dihatiku!
(Tak pasal-pasal gambar Tuan Haji Che Rahim ni pulak yang jadi ending...huhu...)
Akhir kalam, penulis siarkan semula tulisan Pengarah Program KKP-9, Dr Wan Mohd Razin, yang telah dipostkan ke email amalmedic yahoogroups di bawah tajuk 'Sekalung Penghargaan Seribu Pengharapan' :
Penghargaan yang ‘special’ juga ditujukan kepada adik-adik ISP – kesanggupan anda semua datang ke KKP-9 walau terikat dengan jadual pembelajaran yang ketat dan peperiksaan yang bakal menjelang amat dikagumi. Bayangkan bertolak selepas habis kelas petang di UM, dan sampai di BKBR jam 2.30 pagi, bukan calang-calang orang yang mampu dan sanggup melakukannya. Maaf kepada adik-adik yang terpaksa tidur di Madrasah Hamzah, kami tak sengaja, dah cuba call sahabat ISP UIA di Primula, namun keletihan mengatasi segala-galanya, tak termampu mereka jawab panggilan ana. Adik2 muslimat dari USM, sorry terpaksa menunggu lebih setengah jam di luar pintu bilik di Demong Resort – masalah pintu yang ‘pelik’ telah berlaku....ha3, thanks Hazizul for accompanying me. Pukul 1 pagi, baru dapat masuk bilik. Pelik.....pelik....pelik.
SPECIAL LAGI utk Abg Harmy, kali ini sebagai ‘Pengurus Besar’ Koperasi AmalMedik, mudah-mudahan AGM koperasi kali ini membuahkan hasil-hasil yang lebat, dipenuhi dengan janji-janji dan komitmen dari semua ahli, untuk memajukan koperasi. Insya Allah, tak lama lagi, HARAPAN akan tercapai. Sekalung tahniah juga di atas pelancaran Buku Fiqh Perubatan bersama-sama dengan pengarang-pengarang yang lain. Mudah-mudahan, akan ada lagi buku-buku baru selepas ini. Sahabat-sahabat lain patut terima cabaran ini. Kepada ahli-ahli koperasi, berilah sokongan yang tak berbelah bagi. Thanks for all, Abg Harmy, and sorry for everything.
Kepada SUK-SUK PAPISMA, thanks for coming. Syakir from Kelantan, ...... jealous we all, tengok kehebatan anta ‘menguruskan’ PAPISMA Kelantan. Blog yang anta jadi ‘moderator’nya begitu cemerlang dan memang layak memenangi anugerah Blog Terbaik. Hud Abu Siraj..... nama yang begitu laku kat amalmedic group, oooooh ini rupanya anta. Gembira dapat berkenalan secara fizikal, bukan lagi di alam maya. Mudah-mudahan semua mendapat manfaat dari KKP 9 ini, dan Hud, ambillah apa-apa pengajaran dan pengalaman dari kami ‘sekiranya perlu’ dalam mengendalikan KKP 10 yang akan datang.
Akhir kata, sekali lagi kami sampaikan penghargaan kepada semua, maaf jika ada salah dan silap, ada kekurangan terutamanya makanan (ingat nak hidangkan nasi dan ikan goreng kering je ...... macam tamrin-tamrin dulu-dulu), harap tak ada yang ikat perut kerana lapar. HARAPAN kami agar KKP 9, menjadi sesuatu yang sangat manis dalam segala-galanya untuk dikenangi, mudah-mudahan bertemu semula di Konvensyen Kebangsaan PAPISMA ke-10 di Johor Darul Takzim nanti, Insya Allah.
Wa ilal liqa’.
"KKP-9 Di Hatiku!"
1 comment:
assalamualaikum wrth. masyallah..sgt teruja tgk gambar2 tu! indahnya ukhwah yg terbina di jalan ni :)
Post a Comment