Sunday, June 28, 2009

Profesor Madya Dr. Rashidi yang ku kenali

(Dari emel)

Tahniah atas perlantikan Professor Madya anda oleh Apex University USM.

Hatiku cukup gembira dengan berita perlantikan Dr. Rashidi ke Prof. Madya baru-baru ini. Maklumlah beliau adalah antara kawan baik aku semasa belajar di USM Kampus Cawangan Kesihatan (KCK) dulu (1990 - 1995).

Mula-mula berkawan dengan beliau semasa di KCK dah nampak bahawa beliau adalah seorang yang cergas, energetik, tak takut memberikan pandangan, mudah diajak berbincang malah mudah juga untuk 'diajak' bergurau. Beliau berkawan dengan semua orang, tak kira bangsa, tak kira 'klik'. Sebab itu dalam pertandingan jawatan untuk YDP Persatuan Sains Perubatan (PSP), pada tahun 1993, beliau berjaya menewaskan calon-calon yang lain.

Walaupun dalam kesibukan belajar, beliau juga melibatkan diri dengan Persatuan Seni Silat Cekak sehingga mendapat ijazah. Beliau cukup pandai membahagikan masa. Beliau bukan ulat buku, tetapi berjaya menguasai pelajaran, persatuan dan aktiviti ko-kurikulum yang tak wajib tetapi berdasarkan minat semata-mata. Barangkali itulah jati diri beliau yang membolehkan beliau terpilih untuk terus naik dalam bidang akademik ini.

Dalam KBI, beliau juga merupakan antara tonggak yang awal. Aku masih ingat pada awal tahun 1994 dulu apabila ramai kawan-kawan lain yang tidak sanggup untuk mewakili USM ke perhimpunan ISP di Bangi, beliau telah sanggup pergi bersama-samaku dengan menaiki sebuah kereta 'tua'ku bersama isteriku dan dua orang muslimat lagi. Selepas rehat di Genting Sempah, beliau telah menggantikanku memandu. Ketika itu hujan renyai-renyai. Jalan licin. Sebaik saja melepasi terowong di Lebuhraya Karak itu jalan curam. Papan tanda mengarahkan agar menggunakan gear rendah. Tapi aku lihat Dr. Rashidi memandu agak laju. Maklumlah beliau baru saja mendapat lesen memandu ketika itu. Kebetulan kenderaan cukup banyak. Jalan masih dua hala. Di hadapan kami pula sebuah lori yang dipandu perlahan ke arah yang sama. Dengan segera saya meminta beliau untuk memperlahankan kenderaan. Beliau menekan brek, tetapi kereta kami terus saja meluncur kehadapan hampir melanggar belakang lori tersebut. Beliau panik. Kamipun panik. Saya terpaksa membuat keputusan pantas dengan memaut stereng ke kiri untuk mengelak lori tersebut lalu ... DOOOM!!... kereta kami telah melanggar penghadang jalan dan berpusing 180 darjah! Kami kemalangan di tepi gaung yang kedalamannya kira-kira 200 meter itu! Namun, Alhamdulillah tiada kecederaan yang berlaku tetapi bahagian hadapan kereta kemek. Kedua-dua lampu masih berfungsi meskipun tidak menghala ke hadapan. Kami berhenti di Greenwood untuk membaiki sedikit-sebanyak kerosakan ala kadar dan meneruskan perjalanan ke Bangi.

Saya percaya beliau masih ingat peristiwa yang agak sukar untuk dilupakan ini.

Selepas grad, kami meneruskan haluan masing-masing. Kami bertemu dalam Hari Keluarga USL yang diadakan setahun sekali di Melawi, Bachok. Kadang-kadang kami bertemu juga di Kuala Terengganu semasa beliau posting di sana. Beliaupun suka juga buat locum. Maklumlah, ada masa... ada peluang... rezeki jangan ditolak... Masa tu gaji doktor tak seberapa berbanding hari ini. Hari ni, agak sukar doktor nak buat locum kerana gaji mereka dah mencukupi. Tahniah Kementerian Kesihatan atas keprihatinan anda kepada kawan-kawan semua.

Dr. Norrohimah bt. Sidek (kiri), isteri Prof. Madya Dr. Rashidi dan anaknya bersama Dr. Zaihan Salleh dan anak-anaknya semasa di Kuantan.

Dr. Rashidi telah berkahwin dengan Dr. Norrohimah melalui usaha UBM. Tetapi bila tarikh sebenar mereka berumahtangga aku tak pasti, sebab masa tu kami telah bekerja di tempat yang berlainan. Beliaupun tak menjemput aku. Tapi aku bersyukur juga kerana beliau telah berkahwin dengan idaman hati.

Baru-baru ini, setelah lebih lima tahun tidak bertemu, hanya bertemu dalam telefon dan kadangkala sms semasa hariraya, kami dapat bertemu di KKP 09 di De Rhu, Kuantan. Hajat hati aku nak berbual panjang dengan beliau, tetapi tak kesampaian kerana beliau jarang pula turun ke bawah dan bersama-sama kami bersukaneka dan bermain kolam. Cuma aku memang tahu akan adanya temuduga untuk jawatan itu. Dalam hati aku berdoa agar beliau berjaya.

Alhamdulillah beliau telah berjaya. Kejayaan itu tentunya amat menggembirakan kita semua. Ia menjadi pendorong kepada kawan-kawan dan para junior untuk terus melangkah dalam bidang akademik perubatan/kesihatan ini. Melihat kejayaan ini juga, untuk melepasi profesional exam (tahun 5) bagi adik-adik student menjadi semakin mudah. Kalau Dr. Rashidi yang hampir berusia 40 tahun itu masih berupaya untuk belajar dan membuat kajian-kajian, tentulah adik-adik yang baru berusia awal 20-an tidak menjadi masalah langsung untuk melakukan usaha yang lebih untuk berjaya.

Doaku, semoga kejayaan itu akan menjadikan beliau semakin tawadhuk dan dapat menyumbang tenaga dan idea untuk kepentingan ummah dan negara, melalui Papisma dan apa jua wadah yang ada.

Saturday, June 27, 2009

Zakat Pendapatan

(Biaro IT)

Bulan Julai 2009 hampir menjelma. Ini bermakna tempoh yang ditetapkan oleh LHDN untuk menghantar penyata pendapatan untuk tahun 2008 akan berakhir. Masing-masing kita telah tahu berapa banyak cukai pendapatan yang perlu dibayar. Bagi yang masih belum melakukannya, silalah berjumpa dengan akauntan anda. URGENT. Nanti kena denda... beribu habis melayang tak tentu pasal.
More...
Bagi mereka yang bekerja makan gaji memang tak payah susah-susah kerana selalunya pihak pejabat akan melakukannya untuk mereka. Namun bagi mereka yang bekerja sendiri, mereka mungkin terpaksa mengupah tax agent untuk mengira jumlah pendapatan mereka.

Dalam kesibukan kita mengambil berat tentang cukai pendapatan, jangan lupa untuk kita menyelesaikan urusan yang wajib iaitu zakat pendapatan kerana cukai kepada LHDN masih belum melepaskan tanggungjawab kita terhadap kewajipan membayar zakat. Barangkali ada yang terkejut dengan kenyataan ini. Namun, kita boleh menukarkan jumlah cukai yang dikenakan untuk LHDN itu untuk membayar zakat. Tanyalah mereka yang tahu.

Berkaitan zakat pendapatan, saya paste artikel di bawah dari sebuah blog yang cukup baik untuk dijadikan panduan dan rujukan bagi kita yang rata-rata mempunyai pendapatan yang melebihi nisab. Mudah-mudahan tanggungjawab sebagai Muslim dapat kita laksanakan untuk menjadikan pendapatan kita itu mendapat keberkatan dan kita terlepas bebanan di akhirat nanti.

Di bawah ini adalah artikel tersebut:

Soalan: Bagaimana caranya saya hendak mengeluarkan zakat pendapatan dan gaji?

Jawapan;

Zakat pendapatan termasuk dalam zakat mal mustafad. Oleh demikian, cara mengeluarkan zakat ke atasnya tertakluk dengan cara mengeluarkan zakat ke atas mal mustafad tadi dari segi perkiraan haul, nisab dan kadarnya. Huraian lanjut tentang zakat ke atas pendapatan ini adalah seperti berikut;

Jenis-jenis pendapatan

Pendapatan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu;

a) Pendapatan secara berakad (kontrak); iaitu seseorang mengikat kontrak dengan pihak lain (sama ada kerajaan, syarikat atau individu) untuk melakukan kerja sama ada bersifat guna tenaga atau pemikiran atau kedua-duanya sekali dan sebagai imbalannya ia akan mendapat gaji atau pendapatan secara tetap mengikut harian, mingguan, bulanan atau sebagainya. Pendapatan jenis ini dinamakan sebagai pendapatan gaji.

b) Pendapatan bebas; iaitu seseorang bekerja sendiri tanpa mengikat kontrak dengan orang lain dan pendapatan yang diperolehinya tidak bersifat tetap tetapi berubah-ubah. Pendapatan jenis dinamakan juga pendapat khidmat profesional. Contohnya ialah; pendapatan seorang doktor, peguam, mekanik dan sebagainya.

Perkara terpenting yang membezakan antara dua jenis pendapatan tersebut ialah dari segi sifat pendapatan sama ada tetap dan bersistem atau tidak. Pendapatan secara kontrak adalah tetap dan bersistem mengikut kontrak sama ada harian, mingguan, bulanan atau sebagainya. Sementara pendapatan bebas atau khidmat profesional tidak tetap dan tidak bersistem. Ia adakalanya terhasil dalam jangka masa yang cepat dan adakalanya lambat, adakalanya banyak dan adakalanya sedikit. Walaupun ada perbezaan tersebut, namun antara kedua-duanya ada titik persamaan yang ketara iaitu kerja. Kedua-dua jenis pendapatan tersebut merupakan hasil kerja atau dalam pengertian lain kerja adalah sebab pokok terhasilnya pendapatan tersebut.

Kedua-dua jenis pendapatan di atas wajib dikeluarkan zakat jika mencukupi nisab iaitu kadar minima pendapatan yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat. Selain itu, disyaratkan juga pendapatan itu dari kerja yang halal kerana Allah itu baik dan Ia tidak menerima melainkan yang baik.

Nisab zakat pendapatan

Nisab bagi zakat pendapatan ialah sebagaimana nisab zakat al-Mal al-Mustafad iaitu 85 gram emas. Kiraan nisab hendaklah berdasarkan kepada pendapatan bersih. (Zakat; Menuju Pengurusan Profesional, Mujaini Tarimin, hlm. 62).

Oleh demikian, seseorang yang memperolehi pendapatan bersih tahunan menyamai atau melebihi nilai semasa 85 gram emas, wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat dari harta pendapatannya.

Cara menentukan nisab zakat pendapatan

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa sistem pendapatan hari ini sama ada secara kontrak (yakni pendapatan gaji) atau pendapatan bebas (kerja sendiri) kebiasaannya berdasarkan bulanan. Maka jika penentuan nisab dilakukan dengan melihat kepada jumlah gaji atau pendapatan setiap bulan, sudah tentu bagi kebanyakan orang, gaji atau pendapatan mereka secara bulanan tidak akan mencecah kadar nisab tadi lebih-lebih lagi jika ditolak perbelanjaan-perbelanjaan perlu. Jika ukuran itu dipakai, sudah tentu kebanyakan orang yang makan gaji atau berpendapatan tetap bulanan dari hasil kerja itu tidak perlu mengeluarkan zakat kerana tidak cukup nisab. Sedangkan jika gaji atau pendapatan mereka dikira dalam setahun, maka ia lebih banyak dari hasil perolehan orang lain yang bergiat dalam perniagaan, pertanian, penternakan dan sebagainya. Jadi untuk mengelak berlakunya keadaan di mana orang yang berpendapatan sedikit membayar zakat sedangkan yang berpendapatan banyak tidak mengeluarkan zakat (dengan dakwaan tidak cukup nisab), maka para ulamak memutuskan bahawa nisab zakat gaji atau pendapatan hendaklah dihitung berdasarkan jumlah pendapatan setahun, bukan mengikut jumlah pendapatan bulanan. Jadi, harta-harta perolehan (mal mustafad) pada setiap bulan dicampurkan antara satu sama lain selama setahun, kemudian dari jumlahnya dikira nisab.

Kadar zakat pendapatan

Kadar zakat yang dikenakan ke atas pendapatan ialah 2.5% dari harta bersih setelah ditolak kos/belanja sara hidup asasi.

Langkah-langkah mengeluarkan zakat gaji atau pendapatan

1. Hitungkan jumlah gaji atau pendapatan selama setahun.

2. Kemudian tolak kos dan belanja berikut;

a) Belanja keperluan asasi
b) Hutang-hutang kepada orang lain
c) Cukai kerajaan dihitung

2. Setelah itu, pastikan jumlah yang tinggal mencukupi nisab atau tidak?

3. Jika didapati mencukupi nisab, keluarkan zakat dengan kadar 2.5% dari jumlah pendapatan bersih setelah ditolak kos-kos tadi.

4. Nilai zakat itu boleh dibayar sekaligus untuk setahun atau boleh juga dibayar mengikut bulanan setelah nilai zakat itu dibahagikan dengan 12 bulan.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

1. Fiqhu az-Zakah, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, cet. Maktabah Wahbah/Kaherah, Mesir (1994).
2. Zakat Menuju Pengurusan Pfofesional, Mujaini Tarimin.

Baca artikel asal di sini.

Monday, June 22, 2009

Apa jadi dengan para remaja di luar?

(Biro IT)

Melihat gambar-gambar ini, saya sungguh malu, kecewa, geram, marah dan berbagai-bagai lagi perasaan 'panas' dalam hati. Hari ini tersangat sibuk... jadi gambar-gambar dari MSO ini marilah kita jadikan bahan untuk berfikir dan berbincang... mudah-mudahan anak-anak kita terlepas dari 'bala' seperti ini.

Pelajar sebelah kiri itu sedang menghidupkan lighter. Lihatlah dengan siapa mereka berkawan.

Pelajar sebelah kanan pula sedang menghidupkan lighter.

Mereka menghisap rokok sambil bergelak ketawa sehingga habis sebatang rokok dihisapnya. Lihat pelajar sebelah kiri yang memegang rokok yang telah pendek.

Bagi saya, inilah kepentingan kuasa memerintah. Memastikan masyarakat selamat apabila anak-anak berada di luar rumah. Bukan sekadar peranan emak ayah semata-mata. Ibubapa telah memastikan mereka sempurna dari segi fizikal dengan menyediakan pakaian yang baik dan tudung yang sempurna. Namun, kebanyakan masa mereka berada dengan kawan-kawan di luar. Ini barangkali satu contoh yang ringan... namun sekeliling kita telah dipenuhi oleh kes-kes yang berat. Ini adalah sebahagian dari gambar-gambar yang berjaya diambil tetapi telah cukup menjengkelkan...

Bagaimana pendapat anda?

Friday, June 19, 2009

Liqa' Papisma 0609 - Ukhuwah yang menyeronokkan.

(Biro IT)

Alhamdulillah, liqa' bulanan Papisma Cawangan Terengganu telah berjaya diadakan semalam di rumah Dr. Razin. Naqib Umum kami ialah Ust. Ismail Dagang, seorang pentarbiyah yang tidak asing lagi di Terengganu. Naqib Umum ni ertinya Naqib Usrah Umum yang selalu kita panggil liqa' sahaja. Naqib Muslimin untuk usrah Muslimin dan Naqibah adalah untuk usrah muslimat. Oleh kerana Usrah Umum ni secara bulanan, maka kita panggil liqa' bulanan sahaja.

Ust. Ismail Dagang sedang menyampaikan pengisian.

Dengan penuh semangat beliau menjelaskan bagaimana akhlak Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam (SAW) mengubah masyarakat yang begitu kasar dan tidak bertamadun menjadi masyarakat yang cukup mulia dan hebat di dunia.

Liqa bulanan malam tadi telah disertai oleh seramai 18 orang termasuk tuan rumah, tak termasuk naqib. Beberapa sahabat/iat tidak dapat hadir kerana urusan penting dan ada yang tak boleh hadir kerana hujung minggu balik kampung... (Dr. Termizy la tu..huhu).

Antara peserta muslimin. Kelihatan juga senior Papisma kita, Dr. Azman (dua dari kanan) yang merupakan Eye Specialist yang telah membuka kliniknya sendiri yang cukup terkenal di Kuala Terengganu.

Ini sebahagian peserta muslimat yang hadir.

Usrah Umum yang dijalankan di sini adalah mengikut format santai gabungan antara kuliah dan usrah. Selepas pembentangan satu tajuk di dalam buku teks usrah, majlis akan dibuka kepada soal-jawab dan pandangan berkaitan teks yang dibentangkan, kemudian akan dibuka kepada apa saja persoalan dan pandangan. Seterusnya majlis akan menetapkan satu resolusi untuk dilaksanakan oleh ahli-ahli usrah dalam masa sebulan. Sebelum majlis ditangguhkan, pengumuman / makluman sekiranya ada akan dilakukan oleh ketua-ketua biro atau mereka yang berkenaan. Tidak lupa juga, tabung Papisma akan 'berjalan' menagih untuk diisi bagi membiayai program-program Papisma Terengganu.

Dr. Md. Arif yang telah dilantik menjadi Pengarah Program NICE 09 (National Ibnu Sina Conference And Community Engagement 2009) membuat sedikit makluman tentang beberapa perkara penting berkaitan NICE 09.

Peserta muslimat sedang khusyuk mendengar taklimat. Kelihatan tabung derma Papisma di hadapan Bendahari Papisma Terengganu sedang bersedia untuk di'gerakkan'.

Sebelum pulang, sedikit jamuan disediakan untuk dijamah. Kali ini jamuannya agak special kerana ia didatangkan dari Tanah Suci Mekah yang dibawa oleh tuan rumah, Dr. Razin yang baru seminggu kembali dari mengerjakan Umrah bersama-sama isterinya, Dr. Tuan Norizan. Terima kasih tuan rumah.

Peserta usrah sedang menjamah hidangan yang berupa air zam-zam, 2 jenis kurma termasuk kurma ajwa, buah tin, kismis dan beberapa jenis lagi serta satay dan keropok.

InsyaAllah, bulan depan kita akan berjumpa lagi pada 9 Julai. Semoga semua ahli dapat meluangkan masa untuk bersama-sama menimba ilmu dan tarbiyah bagi menjadi persediaan kita di dalam perjuangan dakwah di medan Kesihatan.

Sunday, June 14, 2009

Kebenaran Islam - Bukti Sains Dalam Al-Quran

(Cucu Tok Adam)

Editted dan sedikit tambahan oleh Cucu Tok Adam dari artikel asal yang ditulis oleh HAPPIS BASHA.

Kebenaran Al-Quran ternyata telah mendorong ramai cendekiawan Yahudi dan Nasrani untuk memilih Islam sebagai agama mereka. Mereka memilih Islam dengan mata hati setelah mengkaji dan membandingkan Al-Quran dan Kitab Suci mereka. Begitu juga bdengan penganut-penganut agama lain. Apabila mereka membuka mata hati dan fikiran mereka untuk membandingkan agama anutan mereka dengan Islam, nescaya mereka akan tunduk kepada kebenaran Al-Quran. Persoalannya sekarang, siapakah di antara kita yang sanggup ke tengah masyarakat bukan Islam untuk mengajak mereka membuka fikiran dan berdialog bagi membuktikan kebenaran Islam dan sekaligus membawa mereka masuk agama Allah yang benar ini dan menyelamatkan mereka dari api neraka Allah di akhirat nanti? Barangkali mereka itu merupakan jiran-jiran kita, kawan-kawan kita, teman-teman sekerja kita, orang-orang selalu berurusan dengan kita, malah ada di antara mereka adalah golongan 'Abu Thalib' iaitu yang menjadi penyokong kepada perjuangan Islam.

Tulisan ini ingin memaparkan sebahagian bukti kebenaran Al-Quran dari sudut sains. Barangkali ia berguna sebagai hujah untuk membuktikan kebenaran Al-Quran. Pada kesempatan yang lain, InsyaAllah akan dibawakan pula bukti-bukti yang lain pula.

Teori Big Bang yang dikemukakan Hubble menemukan bahawa alam semesta ini terjadi berupa gumpalan, kemudian meledak sehingga terjadi berjuta-juta galaksi.

Teori tersebut dikemukakan Hubble pada tahun 1927, dan di dalam al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pada sekitar tahun 600 Masihi lalu telah dinyatakan menerusi surah al-Anbiya´, ayat 30 yang bermaksud: "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu kedua-duanya nya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya (dengan kekuatan Kami)."

Ternyata al-Quran tidak dapat disanggah lagi apabila Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? Dan, matahari bergerak pada garis edarnya. Demikian ketetapan Tuhan Yang
Maha Kuasa dan Mengetahui." (Surah Yaasin: 38).

Bukankah ilmu pengetahuan moden baru menemukan bahawa matahari sebagai pusat peredaran seperti yang baru ditemukan Copernicus pada sekitar abad ke-15?

Tanda yang tersendiri, yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t di dalam ayat tersebut adalah perjalanan matahari pada orbitnya sehingga ke penghujung pusingannya. Pusingan tersebut adalah satu ketentuan dan ketetapan daripada Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Menguasai bagi setiap sesuatu.

Terdapat dua pendapat ulama tafsir yang mentafsirkan maksud orbit, iaitu suatu tempat yang berada di bawah Arasy yang hampir dengan bumi pada suatu arah di mana kedudukan matahari dan sekalian makhluk masih tetap berada di bawah Arasy.

Kedua, tahap akhir perjalanannya, iaitu hari kiamat. Ini telah dibuktikan oleh ahli astronomi bahawa terdapat pertambahan putaran matahari secara jelas di tengah-tengah bintang disebabkan pusingan bumi di sekeliling matahari setahun sekali.

Bagi matahari, terdapat dua pergerakan yang lain, iaitu pusingan di atas paksi dan pusingan beserta dengan pengiringan planet-planet yang bergerak di sekitar sistem solar dan galaksi dengan kecepatan yang amat tinggi.

`Mustaqir' pada pandangan ulama yang pertama adalah merupakan paksi yang tetap, manakala ulama yang kedua berpendapat ia merupakan pergerakan sistem solar bersama-sama kumpulan planetnya (Tafsir al-Munir, jld. 23, hlm. 15-17).

Kemudian hal tersebut dipersetujui oleh Albert Einstein untuk menggugurkan teori yang dikemukakan Plato (teori bumi sebagai pusat peredaran). Dan bukankah setiap benda bergerak menurut garis edarnya, seperti halnya malaikat yang mengelilingi Arasy Allah s.w.t, elektron
mengelilingi inti atom, dan manusia melakukan tawaff mengelilingi Kaabah?

Seperti yang diketahui, arah kiblat menggunakan posisi matahari yang `beristiwa' (transit) di atas (zenith) Kaabah atau Masjidil Haram. Fenomena ini berlaku apabila matahari dalam terbit dan terbenamnya mengikut rutin hariannya, mengalami tengah hari (disebut istiwa/transit) tepat atau hampir tepat pada titik zenith (dengan kata lain, berada betul-betul di atas Masjidil Haram atau Kaabah. Peristiwa ini hanya berlaku dua kali setahun, iaitu pada 28 Mei, dan 16 Julai setiap tahun. Sekalipun terdapat pandangan mengenai tahun lompat dan sebagainya, sebagai suatu kaedah rujukan bayang, selisih yang wujud adalah kecil, justeru nilai atau tarikh di atas boleh digunakan setiap tahun.

Semasa peristiwa ini berlaku, matahari seolah-olah menjadi puncak tiang yang didirikan di atas Kaabah, yang mana ia dapat disaksikan dari setiap pelosok bumi yang masih mengalami siang ketika itu (dengan kata lain, masih nampak matahari). Ini membolehkan matahari ketika itu, menjadi petunjuk di mana arah Kaabah dengan tepat.

Oleh sebab kaedah hitungan falak boleh digunakan untuk menghitung bila waktunya peristiwa ini berlaku di Kaabah, umat Islam di negara lain hanya perlu merujuk kepada perbezaan waktu sahaja. Malaysia berbeza lima jam dengan Mekah, justeru tengah hari di Mekah adalah bersamaan pukul 5.16 petang dan 5.28 petang 16 Julai di Malaysia.

Maka, pada waktu yang berkenaan, rujuk bayang objek tegak seperti tiang, dinding dan sebagainya, kemudian berdirilah di hujung bayang tersebut menghadap objek berkenaan (bersamaan menghadap ke arah matahari), dan anda menghadap arah kiblat.

Kita semua tentu ingat sebuah dokumentari (Discovery) di sebuah saluran televisyen swasta yang mengisahkan tentang kehidupan laut. Mr. Costeau dalam penjelajahan di lautan, menemukan fenomena yang sangat ganjil, iaitu adanya air tawar di tengah lautan yang tidak bercampur dengan air laut yang masin seolah-olah terdapat dinding yang membatasinya.

Sebagai penjelajah laut, Costeau sangat terkejut. Bagaimanapun, bagi umat Islam yang mengetahui, penemuan ini tidak begitu mengejutkan. Di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 53 dengan amat terang menjelaskan hal itu. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan, Dialah yang menciptakan dua laut mengalir (berdampingan) yang satu tawar lagi segar dan yang lainnya masin lagi pahit. Dan Dia jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalanginya. "

Al-Quran juga telah membuktikan kebenaran, iaitu kata "yaum" yang bermaksud "bulan", hanya terdapat 12 kali. Kata panas dan dingin, masing-masing diulangi sebanyak empat kali, sementara dunia dan akhirat, hidup dan mati, syaitan dan malaikat, dan masih banyak
lainnya, semuanya seimbang dalam jumlah yang serasi atau sejajar dengan tujuannya dan indah kedengaran.

Ditemukan tiga bukti kebenarannya. Pertama, keindahan, keserasian dan keseimbangan kata-katanya. Kata "yaum" yang bererti "hari", dalam bentuk tunggalnya berulang sebanyak 365 kali (ini sama dengan setahun), dalam bentuk jamak diulangi sebanyak 30 kali (ini sama dengan sebulan).

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah s.w.t ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah s.w.t semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. (Ketetapan)
yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) ; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan
ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa." (Surah at-Taubah: 36)

Sehubungan itu, Ulil Albab adalah golongan yang diistimewakan dan yang disebut Allah di dalam al-Quran. Sebanyak 16 kali disebut di dalam al-Quran. Ulil Albab menggunakan kurniaan akal untuk merenung setiap kejadian di alam semesta yang maha luas ini. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulil Albab (orang yang berakal)". (Surah Ali-Imran: 190)

Al-Quran menjelaskan bahawa alam dan segala kandungannya adalah ciptaan Maha Pencipta, Allah s.w.t. Dia telah memerintahkan kepada orang yang dikurniakan akal fikiran itu agar mengamati kejadian di alam cakerawala ini. Oleh kerana itu manusia perlu mengkaji mengenai rahsia-rahsia alam yang masih tidak diketahui. Allah s.w.t bukan sahaja Pencipta Alam, tetapi juga memelihara, mengawal, dan mengurus segala juzuk alam daripada sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Semuanya tunduk kepada hukum dan peraturan yang telah ditetapkan.

Lihat bagaimana Allah memelihara perjalanan matahari yang bersaiz 99.9% daripada saiz objek-objek sistem suria, mengharungi alam cakerawala pada orbitnya sejak dari mula ia diciptakan hingga ke hari ini dan akan datang. Allah juga yang mengawal dan mengurus tentang proses penghasilan tenaga matahari melalui proses tindak balas nuklear setiap saat sebanyak 4 x 1026 Joule sesaat, menyamai 100 bilion 1 megaton bom nuklear. Tenaga yang hebat ini dibebaskan setiap saat sejak dari zaman dahulu hingga kini dan akan datang.

Bagaimana pula kehebatan Maha Pencipta yang mengatur perjalanan siang dan malam? Bagaimana bahagian malam akan menutup bahagian siang bumi dengan kelajuan 1700 km sejam (470 meter sesaat) dalam tempoh 24 jam?

Setiap bahagian bumi mendapati siang dan malam mengikut kadarnya yang tertentu. Bagaimana teliti dan hebat, bumi yang besar dengan diameter 12,756 km beredar laju dengan kelajuan 30 km sesaat mengelilingi matahari sejauh 960,000,000 km dalam masa 365.25 hari. Begitu juga
bulan -- bagaimana teratur dan telitinya ia beredar mengelilingi bumi dengan kelajuan 61.8 km sejam tanpa terlewat atau tercepat daripada masa yang ditetapkan.

Sudah tentunya al-Quran dan sains saling berkait rapat. Jika difikir dan direnung dengan akal yang waras, sudah tentu keadaan sebegitu berlaku melalui satu perancangan dan pentadbiran yang teliti dan tidak mungkin hal tersebut berlaku dengan sendirinya.

Imam Al-Ghazali menyatakan. "Sungguh, jalan untuk mengenal Allah (makrifatullah) dan mengagungkan-Nya itu adalah dengan cara memikirkan setiap mahluk-Nya, merenungkan keajaiban-keajaiban dan memahamkan hikmah-hikmah yang terkandung di dalam segenap ciptaan-Nya."

Monday, June 8, 2009

Jadilah Hawariyun Yang Berkualiti

(Abu Afnain)

Pengalaman pertama menghadiri Konvensyen dan AGM PAPISMA di D’ Rhu Resort baru-baru ini merupakan pengalaman yang paling berharga buat saya dan isteri. Jangan terkejut.. tapi itulah betu-betul pengalaman pertama saya menghadiri AGM anjuran PAPISMA… dan banyak yang saya baru pelajari dan amati, sehingga pening, akhirnya terpaksa keluar awal dan tak sempat nak dengar sesi penggulungan, bahkan saya sendiri pun tak pernah ada pengalaman dengar sebelum ni.

Tahniah kepada saudara-saudari yang telah kerapkali menghadiri AGM dan tentu telah banyak menyumbangkan idea untuk PAPISMA. Alhamdulillah, PAPISMA nampaknya terus berkembang, termasuk dari segi peningkatan bilangan ahli, yang sudah pasti menjadi kebanggaan kita bersama.

Namun disana ada perkara-perkara yang perlu kita titik beratkan juga untuk menjaga keutuhan organisasi ini. Bila kita sayang pada sesuatu, tentulah kita akan mengambil apa jua langkah atau terus mempelajari perkara baru untuk menjaga kesayangan kita itu… begitulah ghalibnya.

Prof. Dr. Yusuf Al Qardhawi didalam bukunya, Fiqh Al- Aulawiyyat, menyebut di antara fiqh keutamaan yang penting ialah KEUTAMAAN KUALITI KEATAS KUANTITI; kerana jumlah bilangan yang ramai dan besar bukanlah ukuran sebenar, tapi kebaikan itu terletak pada mutu dan kualitinya.

Banyak juga ayat-ayat Al-Quran yang menempelak golongan yang ramai dan memuji golongan yang sedikit. Contoh-contohnya adalah seperti berikut(mafhumnya):

i. “ Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman”
(Surah Hud : 17)

ii. “ Tetapi, kebanyakan manusia tidak pandai menggunakan akal”
(Surah Al- Ankabut : 63)

iii. “…..kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan amat sedikitlah bilangan mereka itu”
(Surah Sad : 24)

iv. ‘….dan sangat sedikit dari kalangan hambaKu yang bersyukur”
(Surah Saba’ : 13)

Telitilah semula sejarah pertempuran di antara tentera Talut dan Jalut, yang dinukilkan di dalam Al-Quran, bila tentera Talut tinggal sedikit berdepan dengan jumlah tentera Jalut yang ramai.. namun mereka tetap yakin dengan janji Allah dan terus memberi thiqah kepada pemimpin mereka, akhirnya mereka diberikan kemenangan oleh Allah.

Marilah juga kita bandingkan sejarah dua peperangan besar yang masyhur dalam Islam, yang berlaku ketika Rasulullah (SAW) masih hidup, iaitu peperangan Badar dan Hunain. Allah telah memberi peringatan kepada umat Islam bersempena peristiwa Hunain itu dengan FirmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai para mu’minin) di medan peperangan yang banyak, dan dalam peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu merasa bongkak kerana ramainya bilangan kamu, maka bilangan yang banyak itu tidak memberikan manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan cerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir (Surah Al-Taubah : 25-26)

Kedua-dua peristiwa bersejarah itu mengajar kita bahawa kemenangan Islam akan dikurniakan Allah kepada golongan yang tinggi kualiti keimanan serta keikhlasannya, thiqah yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Islam serta ukhuwah yang kuat.

Saya selalu percaya sesuatu program yang kita rancangkan pun hanya akan berjaya dilaksanakan jika terdapatnya ikatan ukhuwah yang kuat, yang memastikan berlakunya kerjasama yang erat antara satu sama lain. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat di Kuantan yang telah berjaya menganjurkan program yang meninggalkan kesan yang positif ini, walaupun bilangan ahli PAPISMA di zon ini tidaklah begitu ramai (maksud saya, yang aktif)... dan inilah natijah dari ikatan ukhuwah yang saya sebutkan tadi.

Sesungguhnya pendidikan yang telah diberikan oleh Ar-Rasul (SAW) begitu sekali hebat sehingga berjaya melahirkan para sahabat yang mempunyai kualiti yang sangat tinggi, sehingga lahirnya apa yang dinamakan oleh As-Syahid Syed Qutb sebagai “ Generasi Al-Quran Yang Unik”, yang sanggup menyerahkan jiwa raga mereka untuk Islam.

Kesinambungan pentarbiyahan ini diteruskan oleh para sahabat Baginda (SAW), termasuklah di zaman Khulafa Al-Rasyidin, dan disambung oleh generasi yang seterusnya. Tumpuan pentarbiyahan untuk melahirkan insan yang berkualiti ini juga telah berjaya melahirkan ramai ulama yang muktabar, yang telah banyak memberikan sumbangan dalam beberapa disiplin ilmu walaupun dalam tempoh yang agak singkat. Contohnya, Imam Syafi’i dan Imam Nawawi meninggal ketika berusia 45 tahun, Imam Ghazali meninggal ketika berusia 55 tahun, dan begitu jugalah kebanyakan ulama muktabar yang lain… Tapi perhatikanlah sumbangan mereka kepada dunia Islam.

Mengimbas kembali fakta tersebut, terasa diri begitu kerdil, dalam usia yang menjangkau angka 4 di depan sekarang ini, diri merasakan seolah-olah tiada seberapa sumbangan kepada Islam... jadi kemanakah hilangnya kualiti diri ini!!!

Diantara kualiti yang mahu kita amalkan juga ialah melakukan sesuatu pekerjaan dengan sempurna, teliti dan terbaik. Fiman Allah, mafhumNya: “dan ikutilah yang terbaik dari apa–apa yang diturunkan Rabbmu” (Az-Zumar : 55). Firman Allah lagi yang mafhumnya: “Tidaklah sama antara kebaikan dan keburukan itu, maka cegahlah keburukan dengan cara yang terbaik (Al-Fussilat : 34). Sehinggalah keperingkat menyembelih binatang pun, Islam mengajar kita supaya melakukannya dengan cara yang terbaik (sehingga tidak menyeksa binatang)…apatah lagi dalam konteks dakwah ini…

Bendahari PAPISMA Pusat tentu tersenyum jika saya katakan di antara ciri-ciri ahli yang berkualiti itu adalah ahli-ahli yang tidak culas membayar yuran tahunan. Dengan jumlah ahli seramai lebih kurang 430 orang, tentulah jumlah kutipan yuran akan berjumlah sekitar RM26 000 setahun, tidak termasuk sumbangan dari individu-individu yang memberi sumbangan bulanan.. dari segi perkiraan matematik, begitulah..

Diantara Fiqh Al-Aulawiyyat yang perlu diberi keutamaan untuk melahirkan insan yang berkualiti juga ialah KEUTAMAAN ILMU KEATAS AMAL. Dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr dan selainnya dari Muaz Ibnu Jabal r.a, berkata: “IImu adalah pemimpin, amal adalah pengikut”.

Ilmu merupakan syarat sahnya satu-satu perkataan dan perbuatan, di mana kedua-duanya tidak akan bererti tanpa adanya ilmu yang bertindak sebagai pemandu, mengesahkan niat dan memperbetulkan amalan dan tindakan. Firman Allah, yang mafhumnya: “Hanya sanya, mereka yang takut kepada Allah dari hambaNya adalah orang-orang yang berilmu pengetahuan (ulama’) (Surah Al-Fatir : 78)

Ayat ini menjelaskan yang ilmu pengetahuanlah yang menyebabkan seseorang itu kenal Allah, seterusnya menyebabkan takut dan khusyu’ kepada Allah dan mendorong mereka untuk beramal. Saya pernah mendengar satu kuliah maghrib dari salah sebuah masjid hadhari di sini, yang menyebut, maksud ayat tersebut seolah-olah; sesiapa saja yang takut kepada Allah, maka dialah ulama’.

Persoalannya, mana mungkin perasaan itu boleh berlaku tanpa ada ilmu pengetahuan yang menyebabkan seseorang itu kenal diri dan kenal Allah, yang seterusnya menimbulkan rasa gerun di hati bila memikirkan kekuasaanNya…Sebagai contohnya, mana mungkin seseorang itu boleh takut kepada harimau jika dia tidak ada pengetahuan tentang harimau, dari segi rupanya dan sifatnya yang buas terhadap mangsanya.. atau mungkinkah orang yang tidak ada pengetahuan itu akan membayangkan seekor kucing yang jinak bila disebut perkataan harimau!!!

Bahkan ilmu merupakan syarat utama bagi segala perkara, dari yang sekecil-kecil hinggalah dari segi politik dan kepimpinan, kehakiman dan dalam memberi fatwa. Maka sudah tentulah ilmu sangat penting untuk para guru juga para pendakwah. Dengan ilmulah maka para pendakwah boleh melaksanakan tugas dakwahnya dengan lebih berkesan, boleh memahami kehendak mad’u dan mampu untuk berhujah dengan lebih baik.

Pada saya, ilmulah yang membawa kefahaman kepada seseorang. Walaupun mungkin kedapatan orang yang berilmu tapi dianggap tidak memahami, atau sengaja tidak mahu faham, maka orang yang jahil sudah pasti memang tidak akan faham. Sama juga jika ada yang mengatakan orang yang bersembahyang belum tentu masuk ke syurga, maka orang yang tidak bersembahyang sudah pasti akan ke neraka, Na’uzubillah.

Dengan ilmulah kita boleh memahami sesuatu keadaan. Saidina Ali R.A berkata, maksudnya: Bercakaplah kepada orang perkara yang boleh mereka mengerti, dan tinggalkanlah perkara-perkara yang tidak mereka fahami. Adakah anda ingin mereka memperbodohkan Allah dan RasulNya (SAW)…? (dengan menyampaikan perkara yang sangat pelik kepada mereka sehingga mereka menolak).

Contoh golongan yang mungkin mempunyai semangat, keikhlasan, ketaqwaan tanpa dipandu oleh ilmu dan kefahaman adalah golongan Khawarij, yang sanggup mengangkat pedang membunuh Saidina Ali R.A, dengan alasan untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah.

Prof. Dr. Amin Qudah menulis dalam bukunya ‘Sejarah Khalifah Rasulullah (S.A.W)’, menceritakan kembali detik-detik pembunuhan yang sangat menyayat hati itu. Peristiwa yang berlaku di waktu subuh, tatkala Saidina Ali keluar memanggil manusia untuk bersembahyang seperti kebiasaan baginda. Maka tatkala itulah kelibat pedang Ibnu Muljam mencederakan kepala Saidina Ali, sambil kedengaran berkata,”Hanya Allah memberi hukum wahai Ali, bukan kamu”. Bahkan beliau berkeinginan pula untuk membunuh Muawiyah selepas itu.

Betapa yakinnya golongan Khawarij, bahawa dengan membunuh Saidina Ali, sahabat besar Ar-Rasul (S.A.W) yang dijamin syurga itu, akan mendekatkan diri mereka kepada Allah dengan melaksanakan ketaatan kepadaNya.

Nah… itulah natijahnya jika amalan yang yang berasaskan semangat dan kefahaman yang tidak dipandu dengan ilmu yang betul. Bagi kita, sumber untuk mendapatkan ilmu itu adalah mudah dan banyak sekarang ini. Di antara sumber yang paling penting untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman adalah melalui usrah dan tarbiyah. Bagi saya inilah perkara asas yang kita semua kena pastikan berjalan di setiap zon dan penting juga untuk mengelakkan dari berlakunya gejala keciciran. Amatlah tidak kena jika kedapatan ahli PAPISMA yang tidak terlibat dengan usrah dan tarbiyah di zon masing-masing.

Saya yakin disebabkan asas inilah maka kerajaan Kelantan boleh bertahan walaupun dengan kelebihan satu kerusi pada penggal yang lepas. Inilah kualiti yang kita mahu… dan bukankah ini adalah kelebihan dan rahmat berada di bawah kepimpinan ulama’…?

Saya mengingatkan diri saya dan diri saudara-saudari supaya memanafaatkan masa yang singkat kurniaan Allah ini dengan berusaha menjadi insan yang berkualiti dan seterusnya menjadi ‘hawariyyun’ yang berkualiti. Saya berdoa mudah-mudahan peringatan yang tidak seberapa ini dapat memberi kebaikan kepada kita semua…amin.

ABU AFNAIN
4.30pm, 4.06.09, Khamis.

Sunday, June 7, 2009

Video Persembahan Di KKP 2009

(Ibnul Munzir)

Sebagaimana yang dijanjikan, kebetulan ada masa terluang yang membolehkan online video ini disiapkan oleh anakanda Si Along menggunakan Youtube, maka di sini dipaparkan beberapa video yang dirakamkan pada 'Silaturrahim Nite' Konvensyen Kebangsaan Papisma 2009 yang lalu. Mudah-mudahan ianya dapat menjadi kenangan yang indah dan dilupakan...













Penulis diberi penghormatan untuk menyampaikan cenderahati kepada penasyid pujaannya... terima kasih Pengerusi Majlis!


Azhan Atan dikerumuni oleh para peminat untuk mendapatkan autograf.

Wednesday, June 3, 2009

Konvensyen Kebangsaan Papisma - De Rhu Menggamit Memori

(Ibnul Munzir)

(Artikel ini ditulis sebaik sahaja kembali dari KKP 2009, namun penerbitannya agak lewat kerana kelewatan meng-upload gambar-gambar.)

Hari ini Ahad, 31 Mei 2009 merupakan hari terakhir Konvensyen Kebangsaan Papisma (KKP) 2009 yang berlangsung 3 hari bermula pada hari Jumaat, 29 Mei 2009. Hari pertama - Saya dan keluarga sampai lebih awal. Menurut Pengarah KKP 2009, kaunter pendaftaran hanya akan dibuka pada pukul 2 petang. Oleh kerana hari itu adalah hari Jumaat, saya jadi keliru di mana isteri dan anak-anak perempuan saya nak berlabuh ketika mana saya dan anak-anak lelaki bersolat Jumaat. Maka kami bertekad untuk melakukan check-in. Akhirnya dengan negotiate yang dilakukan oleh isteri saya, kami berjaya check-in sebelum solat Jumaat. Alhamdulillah.

P5290053 by you.
Penulis - Dr. Roslan sedang melakukan pendaftaran pada kira-kira pukul 4.30 petang. Dah masuk bilik awal lagi.


P5290055 by you.
Sebahagian tenaga-tenaga utama KKP 2009 dari Cawangan Tengah dibantu oleh Pentadbir Papisma, En. Mohd. Lizam.


P5290056 by you.
Sedang melakukan pendaftaran.

Aktiviti selepas Asar adalah aktiviti bebas kerana proses pendaftaran kali ini bermula dari jam 2-6 petang. Ramai juga sahabat-sahabat yang memaklumkan akan bertolak selepas Jumaat. Maklumlah dari Kuala Terengganu ke Kuantan baru 3 jam. Dari KL ke Kuantan baru 2 jam. So, memang sempatlah. Namun bagi saya, agak rugi kalau melepaskan peluang untuk memaksimakan waktu dalam program percutian seperti ini. Bila lagi nak berpeluang untuk bersama anak-anak semasa cuti sekolah? Apatah lagi di De Rhu yang swimming pool nya terkenal antara swimming pool yang terbesar di Malaysia. Anak-anak memang dah pasang target untuk menikmati suasana yang tak dapat dibayangkan tetapi hanya dapat dirasai ini...

P5300275 by you.
Pemandangan di tepi kolam yang cukup 'menggetarkan' jiwa anak-anak dan emak bapak...


P5300276 by you.
Pemandangan diambil dari pelbagai sudut kolam yang cukup luas. Apa yang menarik ialah kesemua kolam yang ada ini kedalamannya sangat sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Walaupun selepas Asar itu hujan turun dengan lebat, namun Alhamdulillah, Allah telah menghentikan hujan itu lebih kurang pukul 6 petang. Tanpa berlengah masa, kamipun turun untuk merasakan nikmatnya bermain kolam pada petang tu. Sebaik kami turun, berduyun-duyunlah lagi anak-anak Papisma yang diiringi oleh ibubapa mereka untuk bermain kolam.

P5300281 by you.
Ini pemandangan menghadap ke resort tempat penginapan dari tepi kolam. Yang tengah posing tu ialah Kak Han dan anak-anak yang terpaksa berhenti main kerana waktu dah menjelang senja.


P5300278 by you.
Tak ketinggalan Tuan Pengarah Program, Dr. Syed Abdul Khaliq turut bermain kolam bersama anak-anak.

P5290082 by you.
Nun jauh di sana, baru tiba Dr Wan Shah Jihan sekeluarga dan AP Dr Abdul Razak Sulaiman sekeluarga.

3 hari ini sememangnya De Rhu yang berkapasiti 160 bilik itu di'conquer' oleh Papisma. Setelah begitu lama tak bertemu, maka sudah semestinya pertemuan singkat ini akan di isi dengan nostalgia lama. Maka berbagai-bagai ceritalah yang keluar.

P5290080 by you.
Penulis, Dr. Md. Arif dan Dr. Azaharim.

P5290059 by you.
Kak Han bersama Dr. Norrohimah (isteri Dr. Rashidi Ahmad - Emergency Medicine Specialist)... dah hampir 10 tahun rasanya mereka tak berjumpa.

P5290076 by you.
Dr. Hashairi (Penolong Setiausaha Papisma), Penulis dan Dr. Md. Arif.

P5290077 by you.
Dr. Nor Haizi (isteri Dr. Md. Arif), Kak Han dan Dr. Wan Faiziah (isteri Dr. Hashairi).

Selepas solat Maghrib, jadual untuk bertaaruf yang sepatutnya dikendalikan oleh wakil Papisma Terengganu terpaksa ditangguhkan ke akhir program sesi malam kerana masih ramai lagi sahabat-sahabat yang tak sempat sampai. Walaubagaimanapun sesi taaruf secara santai tetap berjalan sewaktu dinner.

P5290087 by you.
Keluarga Penulis dan Kak Han. Wah.. besarnya meja!

P5290091 by you.
Penulis bersama penceramah malam ni... Ooopps.. silap.. ini ialah Hj. Che Rahim. Pengerusi Tetap Papisma.

P5290092 by you.
Dr. Suhaini dan isterinya, Dr. Fazlina serta anak-anak mereka.

P5290093 by you.
Kak Han, Dr. Shawarinin (isteri Dr. Zainal Abidin) dan Dr. Khatijah Musa (isteri Presiden Papisma - Dr. Suhazeli).

P5290094 by you.
Penulis bersama Dr. Zainal Abidin, Pengerusi Papisma Tenggara yang baru. Mereka ini merupakan pasangan sparring badminton semasa di kampus dulu sekitar tahun 1993-1995.

P5290095 by you.
Kak Han dan anak-anak daranya bersama isteri Dr. Azri Temerloh.

P5290096 by you.
Dr. Azri Temerloh bersama Penulis.

Selepas makan malam, kira-kira pukul 9.35 malam, Majlis Forum yang bertajuk: Kesihatan Sebagai Medium Dakwah telah dikupas dengan cukup baik oleh panelis yang terdiri daripada Dr. Lo'Lo' salah seorang Ahli Kehormat Papisma dan Ust. Alwi Che Mat, penceramah bebas dari Kuantan. Apa yang lebih menariknya ialah Pengerusi Panel yang juga merupakan Pengarah KKP 2009 ini iaitu Dr. Syed Abdul Khaliq telah menunjukkan bakat yang begitu menonjol dalam memberikan pendapat melalui forum, meskipun beliau hanyalah merupakan Pengerusi Forum. Kami benar-benar kagum! Papisma perlu terus menggilap bakat seperti ini untuk menjadi salah satu figure penceramah dalam Papisma pada masa depan.

P5290099 by you.
Suasana ketika forum.

Berbagai-bagai isu telah dikupas sekitar persoalan dakwah dan bagaimana medan kesihatan ini merupakan satu ruang yang sangat besar untuk menyebarkan dakwah untuk masa depan Islam di Malaysia. Apa yang lebih menyentuh hati ialah peringatan terhadap tanggungjawab kita apabila kita mengucap dua kalimah syahadah. Tuntutan dakwah itu merupakan suatu amanah dan kewajipan kepada kita. InsyaAllah, isi-isi forum ini akan dimuatkan semula pada masa akan datang.

Majlis Forum berakhir kira-kira pukul 11.30 malam. Meskipun telah begitu lewat, namun sebagaimana yang ditetapkan Majlis Taaruf tetap diteruskan dengan kehadiran 36 muslimin dan 20 muslimat iaitu kurang daripada separuh jumlah peserta KKP 2009 ini yang seramai lebih kurang 150 peserta dewasa. Kebanyakan mereka belum sampai atau baru sampai tetapi masih kepenatan. Majlis Taaruf telah berakhir pada pukul 11.55 malam dengan 'jayanya' dengan mengambil masa hanya 25 minit. Bagaimana mengendalikan taaruf dalam masa sesingkat itu dengan jayanya? Suatu teknik baru yang rasanya baru diperkenalkan seumpamanya di Malaysia... Kalau nak tahu, ehm...kenalah tanya mereka yang hadir..he,he.

Keesokan harinya majlis dimulakan dengan Kuliah Subuh yang telah disampaikan oleh Naqib Papisma Tenggara iaitu Ust. Hazmi Dibok. Kupasan yang diberikan berkaitan golongan yang gugur dalam perjuangan cukup menarik, diselang-seli pula dengan kata-kata berbentuk humor yang menyebabkan para peserta menjadi segar dalam waktu awal pagi seperti itu.

P5290126 by you.
Kuliah Subuh bersama Ust. Hazmi Dibok, Pegawai Agama Universiti Malaysia Pahang (UMP).

P5290128 by you.

P5290129 by you.
Kelihatan Dr. Lo'Lo' (bertelekung sembahyang di depan) juga turut sama berkuliah subuh bersama peserta KKP 2009.

Selepas bersarapan pagi, Mesyuarat Agung Papisma yang merupakan agenda utama pada KKP telah bermula pada pukul 9.30 pagi. Majlis dimulakan dengan Perasmian oleh Ust. Nasaruddin Hassan (Nasaruddin Tantawi) yang mengupas dan menekankan tentang tema KKP 2009 iaitu Kesihatan Sebagai Medium Dakwah.

P5290133 by you.
Ucapan Perasmian oleh Ust. Nasaruddin Hassan.

Selepas itu mesyuarat bermula dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap, iaitu Sdr. Hj. Che Rahim b. Che Daud.

P5300136 by you.
Barisan kepimpinan Papisma Pusat 2008-2010.

Berbagai-bagai isu dan cadangan dibincangkan termasuk beberapa usul tergempar telah dibahaskan yang diselang-seli dengan berbagai-bagai bentuk humor hingga menyebabkan para peserta tidak kering gusi dan merasa seronok berbincang dan berukhuwwah dalam suasana mesyuarat.

P5300138 by you.
Dr. Hisyam sedang berucap pada sesi perbincangan.

P5300139 by you.
Barisan kepimpinan sedang khusyuk mendengar ucapan dan pandangan dari para peserta KKP.

Satu agenda penting iaitu taklimat Koperasi Amal Medik yang telah berjaya didaftarkan pada 30 Mac yang lalu juga telah dibentangkan oleh Dr. Harmy. Sedar-sedar dah pukul 2 petang dan perut masih belum diisi. Akhirnya mesyuarat telah ditangguhkan dengan kaffaratul majlis pada pukul 2.30 petang.

P5300140 by you.
Peserta sedang khusyuk mengikuti ucapan pimpinan.

P5300141 by you.

P5300142 by you.
Dr. Md. Arif juga tidak ketinggalan memberikan pandangan.

P5300144 by you.
Penulis memberikan pandangan.

P5300145 by you.
Dr. Azniza Mohd. Radzi (isteri Dr. Rostam) sedang memberikan pandangan.

Sesi sebelah petang telah dimulakan dengan CME untuk memberi laluan kepada penaja KPP 2009 ini dan diikuti oleh sesi dialog bersama NGO Indonesia. Sesi ini cukup memberi kesedaran dan memberikan satu idea bagaimana Papisma seharusnya melangkah seterusnya di Malaysia sebagaimana yang dilakukan oleh NGO itu yang telah berjaya melakukannya di Indonesia. Insya Allah isi-isi penting dalam pembentangan NGO itu akan dimuatkan semula pada masa akan datang.

P5300155 by you.
Sesi bersama NGO Indonesia yang dikendalikan oleh Dr. Khairussaleh.

P5300157 by you.
Pembentangan menggunakan LCD yang banyak memberikan panduan kepada Papisma.

Selepas solat Asar, aktiviti sukaneka telah dilangsungkan di tempat yang telah disediakan oleh pihak resort.

P5300177 by you.
Kanak-kanak dan ibubapa sedang bersedia untuk melakukan sukaneka. Program dimulakan dengan senaman ringkas oleh Presiden.

P5300179 by you.

P5300184 by you.
Acara rebut kerusi bagi kanak-kanak lelaki.

P5300188 by you.
Cukup mengejutkan apabila bakat baru acara rebut kerusi kali ini adalah si kecil Miqdad b. Muhammad Hadhrami telah menjadi Naib Johan menewaskan yang besar-besar!

P5300190 by you.
Acara rebut kerusi kanak-kanak perempuan.

P5300200 by you.
Acara membawa bola dalam sudu... kelihatannya seperti membawa bola bersama sudu..huhu..

3 acara untuk kanak-kanak, 2 acara untuk lelaki dewasa, 1 acara untuk perempuan dewasa dan satu acara untuk suami isteri. Acara sukan seperti ini cukup mengeratkan ukhuwah meskipun dalam masa yang cukup singkat iaitu dari pukul 5.30 hingga 6.30 petang.

P5300212 by you.
Acara dewasa yang menampilkan kumpulan favourite dari kumpulan 5.

P5300216 by you.

P5300217 by you.
Acara tarik 'upih' yang cukup menguji kekuatan dan strategi...

P5300218 by you.
Orang tarik seorang satu upih, tapi yang belakang tu tarik 2 orang satu upih... Itulah strategi...

P5300221 by you.
Ternyata telah dimenangi oleh kumpulan 5.

P5300222 by you.

P5300230 by you.
Acara lari dalam guni.

P5300232 by you.
Penulis melakukan lompatan kijang yang dipelajari dulu untuk mengejar peserta dari kumpulan lain. Namun cubaan ini telah gagal. Kumpulan 5 mendapat tempat tercorot...huhu...

P5300242 by you.
Acara kukur kelapa bagi peserta muslimat dewasa.

P5300251 by you.
Kak Han dengan begitu bersungguh-sungguh menggunakan segenap tenaga dan kemahiran untuk mengalahkan peserta dari kumpulan lain. Ternyata kumpulan ini telah menjadi Johan.

P5300265 by you.
Acara suami isteri yang cukup menarik...

Apa yang lebih menarik ialah sukaneka KKP 2009 ini turut disertai oleh Sdr. Azhan Atan, Johan Akademi Nasyid Kali Pertama itu. Azhan Atan, seorang selebriti yang cukup mesra dan mudah didekati. Beliau yang sentiasa tersenyum dan merendah diri itu sanggup bersama-sama peserta KKP untuk bersukaneka. Beliau yang juga pengamal perubatan refleksologi dan pernah mempunyai 'Health Centre' di Larkin Johor sebelum menjuarai Akademi Nasyid itu barangkali boleh dijemput untuk menganggotai Papisma.

P5300191 by you.
Penulis dan Azhan Atan sedang bertukar-tukar no telefon. Di sebelah kanan tu ialah Dr. Azrin.

P5300205 by you.
Selepas agak ramai yang menyedari kehadiran selebriti Azhan Atan itu, maka ramailah yang mengambil peluang untuk mengambil gambar kenangan bersama-sama.

P5300236 by you.
Lihatlah bagaimana Azhan Atan turut sama mengambil bahagian dalam acara lari dalam guni... "Lompat Azhan! Laju lagi Azhan!" Begitulah agaknya sorakan penyokong Azhan Atan dari Kumpulan 1.

P5300239 by you.
Penulis dan keluarga yang sangat meminati Azhan Atan, tidak melepaskan peluang keemasan ini.

Selepas solat Maghrib, program bermula seawal pukul 8 malam dengan jamuan BBQ sambil menikmati persembahan dari wakil Papisma setiap cawangan. Seperti KKP 2008 di Sudara Beach Resort, persembahan telah dimulakan dengan silap mata oleh ahli silap mata Papisma, iaitu Dr. Awisul Islah. Kemudian persembahan setiap zon dimulakan yang diselang-seli dengan penyampaian hadiah. Zon Kelantan telah menampilkan dua persembahan termasuk tayangan LCD yang canggih-maggih serta persembahan nasyid dari anak-anak Dr Wan Shah Jihan.

P5300282 by you.
Persembahan wakil Cawangan Kelantan, menampilkan anak-anak Dr. Wan Shah Jihan.

Persembahan utama oleh Sdr. Azhan Atan cukup memukau dengan kelunakan dan kemerduan suaranya yang dianugerahkan Allah SWT itu. Beliau telah menyampaikan 7 buah nasyid termasuk nasyid dalam bentuk selawat dalam dua slot yang disediakan.

P5300283 by you.
Persembahan round pertama Azhan Atan dengan 3 buah Nasyid.

P5300323 by you.
Penulis dan anak-anak tidak berkelip menyaksikan persembahan itu.

P5300325 by you.

Turut menarik perhatian selain daripada persembahan Azhan Atan ialah persembahan 2 artis cilik dari Kuala Terengganu yang telah memukau para hadirin dengan persembahan bersahaja yang diselang-seli dengan lakonan, nasyid-nasyid pendek serta persembahan dalam Bahasa Inggeris.

P5300303 by you.
Anak-anak Kak Han sedang menyampaikan persembahan...

P5300307 by you.
... yang diselang-seli dengan lakonan.

Selain itu, wakil Papisma Cawangan Tengah, Dr. Aman Fuad juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat dengan menyampaikan nasyid kegemaran beliau yang beliau sendiri terlupa tajuknya...hihihi.

P5300319 by you.
Dr. Aman Fuad, menyampaikan nasyid sebagai wakil Cawangan Tengah. "Merdu jugak suara Dr. Aman ni ek!..." Barangkali itulah bisik-bisik penonton di bawah.

Kelihatan para peserta KKP 2009 begitu terhibur dan berpuas hati dengan hidangan makanan jasmani dan rohani pada malam itu yang dikendalikan oleh Pengacara Majlis iaitu Dr. Zihni dari Papisma Cawangan Tenggara.

P5300330 by you.
Along (kiri), anak Kak Han yang bertugas untuk mengambil video pada malam ini. InsyaAllah, akan diupload ke youtube tak lama lagi. Sebelah kanan ialah Angah.

P5300338 by you.
Penulis telah dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada Azhan Atan barangkali kerana 'terpilih' sebagai peminat no 1... ehm..ehm..

Dalam majlis ini, saudara Azhan Atan juga telah membuka kaunter jualan CD nasyid di sebelah belakang yang dikendalikan oleh isterinya sendiri. Selepas program berakhir, para peserta tidak melepaskan peluang untuk mengambil tandatangan / autograf beliau. Kena serbulah jawabnya!

P5300341 by you.
Wah... Dr. Suhaini dan isteripun tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan autograf Azhan.

P5300348 by you.
Begitu juga dengan Hj. Che Rahim.

Majlis selesai kira-kira pukul 10.30 malam dan diteruskan dengan perjumpaan alumni setiap universiti manakala exco-exco Papisma Pusat pula mengadakan mesyuarat ringkas sehingga kira-kira pukul 12 malam. Adik-adik ISP yang diketuai oleh Sdr. Ahmad Najmi juga mengambil kesempatan untuk mengadakan mesyuarat mereka pada malam itu.

P5300354 by you.
Mesyuarat Alumni Universiti. Ramai yang kepenatan dan terlupa untuk hadir mesyuarat ini.

P5300355 by you.

P5300360 by you.
Beberapa orang muslimat juga turut hadir meskipun mata yang cukup mengantuk dan anak-anak merengek-rengek. Dari kiri Dr. Tun Kamsiah (isteri Dr. Muhammad Hadhrami), Dr. Zahrul Laili (isteri Dr. Hisyam) dan paling hampir ialah Dr. Aida ('Aid).

Keesokannya, program terakhir bermula seawal 7.30 pagi apabila semua peserta KKP 2009 mula berkumpul di Pantai Balok untuk bersarapan pagi. Sebelum makanan sampai kami dihidangkan dengan tazkirah oleh Ust. Hazmi Dibok, Naqib Papisma Tenggara itu.

P5300364 by you.
Ust. Hazmi sedang menyampaikan tazkirah 5 minit.

Seterusnya Majlis Penyampaian Sijil KKP 2009 kepada para peserta.

P5300365 by you.
Penyampaian sijil KKP 09 disempurnakan oleh Dr. Suhaini, Timbalan Presiden Papisma.

Selepas bersarapan, Program Moh Ke Laut telah dilaksanakan di mana para peserta berpeluang untuk menghayati kehidupan para nelayan dan menguji bakat menebar jala. Mereka yang berjaya mendapat ikan, boleh ditukarkan dengan cenderahati. Sebahagian peserta yang tidak ke laut pula telah mengadakan aktiviti sendiri dengan bermain air di kolam renang bersama anak-anak, keluarga dan kawan-kawan. Sebahagiannya ada yang terus check-out kerana urusan penting masing-masing.

Majlis berakhir pada pukul 11.30 pagi dengan hidangan makan tengahari juga diadakan di tepi Pantai Balok itu.

Syabas diucapkan kepada penganjur KKP 2009 iaitu Papisma Tenggara yang diketuai oleh Dr. Syed Abdul Khaliq yang telah menganjurkan KKP 2009 ini dengan jayanya. Mereka telah bertungkus-lumus sejak beberapa bulan yang lalu untuk menganjurkan KKP ini yang tiada sedikitpun manfaat kewangan dan harta untuk mereka. Malah mereka telah banyak mengorbankan kepentingan diri seperti kerehatan dan tidak sedikit juga duit poket mereka dihabiskan semata-mata ingin melihat kejayaan program KKP ini.

Sesungguhnya segala ilmu, pengalaman dan panduan-panduan yang diperolehi melalui KKP 2009 ini yang dimanfaatkan kelak semuanya akan menjadi saham untuk mereka di akhirat nanti dan itu adalah jauh lebih besar dan hebat berbanding dengan manfaat kewangan dan harta di dunia yang sementara ini. Melalui KKP 2009 ini, kami dapat berkenalan dan merapatkan ukhuwah, kami dapat belajar, kami dapat memberikan pendapat, kami dapat hiburan yang dihalalkan oleh Allah, kami dapat nikmat merasai keindahan alam dan binaan manusia di De Rhu yang menggamit memori dan banyak lagi manfaat yang dapat ditimba bagi mereka yang mengikuti program yang disusun itu sepenuhnya. Akhirnya kami menunggu-nunggu KKP akan datang untuk mendapatkan manfaat dan nikmat sebagaimana KKP 2009 ini.

Seeru 'Ala Barakatillah...
Push-Up Arrow