Monday, April 13, 2009

Hari Keluarga Papisma Terengganu - Laporan Bergambar

(Kak Han)

10 April 2009 : Papisma Terengganu menempa sejarah apabila berjaya mengumpulkan seramai 93 orang peserta dalam program Hari Keluarga yang julung-julung kalinya diadakan di sini.

1 by you.

Awal-awal pagi lagi, Pengerusi Papisma Trg, Dr Roslan tiba di Anggulia Beach Resort untuk memulakan kerja-kerja 'McGyver'nya. Tengoklah wayar yang disambungkan tu...nak dapatkan sumber elektrik ler tu.

2 by you.

Jam 9.30 pagi - ahli-ahli Papisma Terengganu mula berkumpul. Yang post-call pun ada tetapi masih sanggup menahan kantuk semata-mata untuk meraikan majlis.

3 by you.

Muslimat Papisma Terengganu.. .sibuk dengan urusan pendaftaran untuk acara pertandingan dan sukaneka nanti...

4 by you.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pengarah Program Hari Keluarga, tak lain tak bukan, Dr.Md.Arif Ibrahim. Usah dipandang pada kain-kain yang berselayut di belakang. Itu bukan orang Papisma punya kerja. Kita tumpang 'pentas resort' penyewa lain jer..he,he,he. ..

5 by you.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Papisma Terengganu, Dr Roslan Yusof.

7 by you.

Kemudiannya, majlis dirasmikan oleh Dr Suhazeli Abdullah, Presiden Papisma Pusat merangkap Penasihat Papisma Cawangan Terengganu.

8 by you.

Bagi lebih memberkati majlis, sesi tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Dr Salman (Graduan Cairo University). Tazkirah berkaitan 'zikir dan fikir' yang sarat dengan hadith dan firman Allah...Subhanallah ...

6 by you.

Dr Mohd Faizal & isteri yang sedang sarat mengandung, Dr Zafferina sedang bersedia untuk acara sukaneka. Suami-isteri ni tak pernah lekang dengan senyuman...

9 by you.

Acara pertandingan mewarna untuk anak-anak ahli sedang bermula. Dah besar-besar rupanya anak-anak generasi Papisma ni,ya...atau dengan kata lainnya, dah tua-tua ler mak-mak & ayah-ayahnya tu..he,he...

10 by you.

Yang ini acara pertandingan teka silangkata kategori 9-12 tahun.

11 by you.

Pertandingan mewarna untuk kategori 4-6 tahun. Dr Nor Haizi & Dr Syarifah Azizah sedang memastikan anak-anak boleh mengikuti pertandingan secara 'berhemah'.. .he,he...

12 by you.

Yang ini anak bongsu Kak Han...

13 by you.

Dr Siti Sarah, Adik Siti Nurain (dietitian) & Dr Norhasimah.. .sedang memastikan acara pertandingan mewarna berjalan lancar.

14 by you.

Ni dia acara sukaneka yang diadakan serentak dengan pertandingan mewarna dan teka silangkata. Acara bowling kampung tetap menjadi pilihan di pihak muslimin...Dr Rosli sedang menunjukkan kehebatan.

15 by you.

Giliran Mr Aman (Surgeon HSNZ) pula menunjukkan kehebatan...

16 by you.

"Fikir dik, fikir!" Wah! Bukan calang-calang soalan yang disediakan oleh ustazah kita ni. Silap-silap, mak dengan ayahnya pun tak reti nak jawab! Hihi...

17 by you.

Dua teruna ni, anak-anak Kak Han. "Tak aci woi! Pakat sama abang eeeiii..." He,he...

18 by you.

Cubaan yang baik dari anak Dr Azman...

19 by you.

Wah! Bersemangat habis budak-budak ni...

20 by you.

Hahhh ni dia! Anak sulung perempuan Presiden kita. "Apasal menyepi diri Aisyah? Ooo..tengah jawab soalan teka silangkata rupanya."

21 by you.

"Bismillahirrahmani rrahim... Fuh!" He,he...tengah jampi ke tu Dr Razin?(Medical Specialist HSNZ)

22 by you.

"Nah! Terimalah balingan terhebat abad ini!" Hahahaha...berapa strike ni dapat? 9 Pin wooo....

23 by you.

Alamak! Apa benda pulak yang diaorang buat tu? Bukan setakat itik ajer yang pandai 'menyudu' ya? Ahli Papisma pun boleh! Haha...

24 by you.

Oooo...yang ini baru sesi latihan...

25 by you.

"Okay semua..bersedia untuk mulakan perlawanan.. !" Dari Kiri : Dr Azman (Klinik Pakar Mata Azman,K.Trg) , Dr Rosli (Master Student Surgery HSNZ), Dr Wan Zulkhalid (GP Kemaman), Dr Rozi (Anaest Specialist HSNZ), Dr Salman (MO HSNZ) & Dr Hazizul Helmy (MO HSNZ).

26 by you.

Kumpulan seterusnya: Dari Kiri (Hadapan) : Dr W.M.Razin (Medical Specialist HSNZ), Haji Sabri (suami Dr Azlin), Dr Roslan (GP KT). Yang baju merah belakang tu Mr Aman (Surgeon HSNZ). Dua di sebelah Mr Aman adalah anak-anak Dr Azman.

27 by you.

"Cepat! Cepat! Cepat!" Janji jangan kasi jatuh itu bola pingpong sudah. Kalau jatuh, patah balik!

28 by you.

"Come on! Come on!" He,he,he..sekali- sekala tengok doktor-doktor kita dalam acara sukaneka sebegini, lawak juga ya.

29 by you.

Semestinya anak-anak muda akan lebih bertenaga dari bapak-bapak muda. Kih, kih, kih...

30 by you.

Ni dia! Larian terakhir yang akan menentukan kemenangan! Semangit habis oooo...

31 by you.

Yes! 'Hijau' selalu membawa kemenangan.. keh,keh,keh. ..Tahniah Dr Rosli kerana telah berjaya memecut di peringkat akhir!

32 by you.

"Sambut!!!" Alamak, lambung telur pulak?

33 by you.

"Uissyhhh... lajunya anta lambung telur!" Hahaha..biar aksi susah, asal jangan telur pecah!

34 by you.

"Nah! Sambut lagi !!" Ambik kau...hahaha. ..

36 by you.

Uihh..soalan ni memang mencabar habis! Tapi anak-anak kita tetap pantang mengalah sebelum berjuang..! (Dari Kiri: Anak Kak Han & anak Dr Sy.Azizah bersama Dr Siti Sarah yang sedang membantu merungkai permasalahan. ..)

37 by you.

Laa...projek apa pulak bebudak ni? Nak bina Bukit Gantang ke nak bina Bukit Selambau tu anak-anak wehhh? . Yang lelaki ni anak sulung Dr Arif/Dr Nor Haizi.

39 by you.

Dr Termizy (berbaju biru/dukung anak) baru tiba dari Kota Bharu. Dr Termizy adalah Medical Specialist (Physician) HSNZ.
42 by you.

Ini pula Dr Aniza, Lecturer USM (Zaujah Dr Termizy) bersama Dr Nor Haizi (GP Trg).

43 by you.

Kak Han bersama Kak Ana, zaujah Dr Azman (Eye Specialist).

44 by you.

Pose istimewa dari Dr Norhafizatul Aida bersama anak daranya..(Al, nilah dia Kak Ngeeteh yang hantar email tu....)

45 by you.

Dr Rozi & Dr Termizy..apa benda pulak yang duk kelam-kelibut tu? "Rozi, ingatkan ceti mana tadi..!" Keh,keh,keh. .ya ampun...jangan marah,ya. Tengah siap nak pi solat Jumaat kat Masjid Rusila daa...

46 by you.

'Bebudak & Pasir - Tak Dapat Dipisahkan.. .' Keh, keh, keh...Kata-kata pujangga dari Mrs Zaihan..he,he, he...

47 by you.

Seniors kita - untuk yang belum mengenali... inilah dia Dr Azlin (Kak Lin) & Dr Che Faridah (Kak Long).

35 by you.

Dr Arif sedang bersiap-sedia untuk acara sesi tengah hari yang ditunggu-tunggu. . Barbecue!!!

40 by you.

Dr Faizal (MO HSNZ) datang membantu...Terimaka sih Faizal...

41 by you.

Yang kat sebelah kanan Abang Lan tu, Dr Hazizul Helmy. Manakala yang di sebelah kiri Abang Lan pula pasangan suami-isteri, Cikgu & Dentist dari Kuala Abang, Dungun.

48 by you.

Tu dia Kak Long (Dr Che Faridah, GP Trg) tengah peghidup bara api! Kalau tak dak kipas,lembap le nak hidupkan bara api ni..."Ooo..itu macam ke Kak Long?" Agaknya gitulah kata-kata dari Dr Shafinaz tu yang pakai baju biru tu...

49 by you.

Ini dia menu istimewa dari kami. Fuh! Sotong segar-bugar lagi ni dapat terus dari pelaut! Apa nak? Dr Razin petik jari ajer. Contact dia punyalah berlambak. Bukan setakat VVIP, sampai orang kelautpun dia kenal...mudah kegheja...terimakas ih Dr Razin...

50 by you.

Untuk bebudak, juga tak dilupakan mak-mak dan bapak-bapak budak yang gemarkan sosej dan kerang...

52 by you.

Ayam bakar tetap menjadi menu wajib..! Nak tau resepinya... jumpa Dr Nor Haizi..

54 by you.
71 by you.

Juga ikan bakar..fresh dari Pantai Perikanan Chendering.. .

53 by you.

Zaujah Presiden (Dr Khatijah) bersama adik-adik... Fulamak, mengancam habis baunya! Eh, lupa pulak, mana ada bau kat gambar ni...

55 by you.

Asalnya nak tunggu muslimin balik dari solat Jumaat baru nak bakar tapi tak tertahan tengok sotong, ikan, ayam, kerang yang segar-bugar tu...tunggu apa lagi??!!!

56 by you.

Time muslimin tak der nilah nak bergambar sakan..! Ha,ha,ha...

57 by you.

Sepulangnya suami-suami tersayang dari perantauan, terus dihidangkan santapan istimewa. Fuh! tak nampak orang dah tu...confirm!

58 by you.

"Makan, makan, makan...jangan tak makan.." Sedapnya sehingga menjilat jari...

59 by you.

"Bagus jugak muslimat tolong bakar awal-awal, kitapun dah lapar ni!"

60 by you.

Adik Siti Saffurah (Zaujah Dr Wazi) yang kat depan ni, merupakan Pharmacyst di HSNZ. Sorang kat Trg, sorang kat Kelantan..aduss!

62 by you.

Sambil-sambil ber'barbeque' kita dihiburkan pula dengan persembahan dari adik Sakinah (anak Dr Rozi/Dr Sh.Azizah) yang terkenal dengan suaranya yang merdu dan keberaniannya untuk tampil ke hadapan. Tahniah adik Sakinah! InsyaAllah cerah masa depanmu..."Senator Sakinah"..ha, ha..amacam?

63 by you.

Yang ini pulak? Hmmm..mintak ke depan buat persembahan, bukan main berdolak-dalih lagi tapi kat belakang..ni hah! macam-macam gaya..huhuhu.

64 by you.

Dari Kiri : Dr Sh.Azizah, Dr Farhana, Siti Syaffurah & ...(Alamak! Lupa pulak Kak Han nama adik kita ni..huhu..dah tua-tua, gini le jadinyer)

65 by you.

Giliran muslimin pulak yang bakar barbeque...

66 by you.

Tapi yang kerang ni, muslimat tak nak kongsi...Ces. .!! Muslimat kan nak kena jaga hemoglobin, jangan sampai kurang! Ha,ha...

67 by you.

Dari Kiri : Dr Najihah Mahfuzah, Siti Nurain, Dr Norhaslinda, Dr Shafinaz.

69 by you.
75 by you.

Lagi persembahan dari...? Ohhh..ini adik-adik dari Sek Men Agama Sheikh Malik yang numpang makan sekali. Pah tu Abang Lan buli mintak nasyid..keh, keh,keh.. siap ler kena ngan Abang Lan tu!

70 by you.

Calon-calon UBM Papisma...uihhh, jangan! He,he..Ni ler penyewa sebenar Pentas Resort ber background kan batik yang kita guna utk perasmian tadi..he,he. Adik-adik Tgktn 5 Sek Men Agama Sheikh Malik yang kebetulan sedang berkursus turut memeriahkan suasana.

72 by you.

Abang Lan sedang mempersembahkan nasyid Handzalah! Biar betul? He,he..acah ajer...Abang Lan ni lantik diri sendiri jadi DJ..kah,kah, kah...

73 by you.

Lagi persembahan dari adik Sakinah. Mengancam habis! Nanti boleh buat persembahan lagi kat Family Day Papisma di Dhe Ru Beach Resort ya...

74 by you.

"Oh Tuhan, ke mana kan kubawa diri...?" Hah?!! Tak de ler...Saja jer ambik gambar anak teruna Kak Han yang sedang merenung jauh...

76 by you.
77 by you.

Khusyuk menikmati persembahan. ..

78 by you.

Ketibaan YB Dr Alias, ADUN Bukit Tunggal. Juga merupakan seorang GP.

80 by you.

YB Dr Alias sedang menyampaikan ucapan penghargaan dan motivasi untuk ahli-ahli Papisma Terengganu. Tengah berucap, naqib usrah pulak sampai dengan hidangan nasi kerabu..! (Tengok kat belakang...Dr Termizy & Dr Razin duk tengah usung nasi kerabu...)

81 by you.

Dr Tuan Norizan bersama Kak Ani (Zaujah YB Dr Alias)

83 by you.

'Sesi Brainstorming' untuk menjana ekonomi Papisma Terengganu.. .agar kelak segala aktiviti dapat dijalankan dengan mudah tanpa mengharapkan bantuan dan ehsan...

84 by you.

Yang duk bersandar kat batang pokok kelapa sambil pegang anak tu adalah Dr Farhana (MO HSNZ), zaujah Ustaz Khalil atau dengan kata lainnya, menantu kepada TG Haji Abd Hadi Awang.


85 by you.

Masa yang ditunggu-tunggu : Dr A.Faizal sedang bersedia untuk mengumumkan nama-nama pemenang acara sukaneka!

86 by you.

Tu dia...Mr Aman mewakili kumpulan untuk Johan Keseluruhan Acara Sukaneka 2009! Tahniah, tahniah, tahniah !!!

87 by you.

Ustazah Sumayyah pula mengambil tempat untuk mengumumkan nama-nama pemenang pertandingan mewarna dan teka silangkata.. .

88 by you.

Tempat ke-3 Pertandingan Mewarna Kategori 4-6 tahun jatuh kepada Adik Aisyah Humaira binti Md.Arif...! "Macamana nak pegang hadiah ni pakcik? Basah ni..." Ha,ha,ha...macam- macam Aisyah ni ya...

89 by you.

Naib Johan Pertandingan Mewarna Kategori 4-6 tahun - Adik Nur Arifah (anak Dr Azlin). "Wah! Hadiah besar dari tuannya lagi.."

90 by you.

Johan - Adik Atiqah Maisarah binti Roslan (anak bongsuku...he, he,he) "Ummi, nasib baik Atiqah dapat hadiah besar. Kalau hadiah kecik, Atiqah tak mboh ambik!" Aduss...!

91 by you.

Tempat Ke-3 Pertandingan Mewarna Kategori 7-9 Tahun : Adik Adib bin Md Arif...

92 by you.

Naib Johan Pertandingan Mewarna Kategori 7-9 Tahun : Adik Aisyah Farihah binti Roslan...

93 by you.

Johan Pertandingan Mewarna Kategori 7-9 Tahun : Adik Syamimie Batrisyia binti W.M.Razin.

94 by you.
95 by you.

Seterusnya hadiah saguhati untuk peserta-peserta pertandingan mewarna...

96 by you.

Ini pula hadiah untuk Pertandingan Teka Silangkata Kategori 10-12 Tahun : Tempat Ke-3 jatuh kepada Adik Amirah Zahidah binti Roslan.

97 by you.

Tempat Ke-2 : Adik Nurul Iman binti Mohd Rozi...

98 by you.

Johan Pertandingan Teka Silangkata : Adik Muhammad Aqil (anak Dr Azlin)...

99 by you.
100 by you.
Seterusnya hadiah saguhati untuk semua peserta pertandingan teka silangkata.. .
101 by you.

Sebelum balik, sempat lagi ber-brainstorming bersama YB Dr Alias (berkupiah dan berjubah putih) serta Naqib Usrah Muslimin, Ustaz Bob (ber t-shirt hijau)...

102 by you.

Dah nak balik? Tunggu dulu...Jom kita pakat-pakat 'tapau' makanan yang lebih-lebih ni. Horey! Malam ni dah tak payah masak lagi...

103 by you.

Orang duk berebut hidangan yang dah masak, yang ini duk angkut ikan mentah pulak? He,he..tak payah nak pi pasar sehari dua ni...

104 by you.
105 by you.

Bergambar bersama Ustaz Khalil Abd Hadi (anak TG Hj Abd Hadi Awang) - yang berjubah tu. Inilah suami kepada Dr Farhana...

106 by you.
108 by you.

Oh Kuala Terengganu - Bandaraya Warisan Pesisir Air...

Buat Warga Papisma Terengganu - Detik Ini Pasti Akan Menjadi Kenangan Yang Amat Indah Dan Sukar Dilupakan... Sehingga Ketemu Lagi Di Lain Masa Dan Di Lain Program...



2 comments:

mrs alQasam said...

Askum Kak Han dan Dr Roslan,

MasyAllah terima kasih kerana ambil dan upload gambar-gambar ini.

Tengok gambar dan komen-komen Kak Han dah buat saya tertawa dam senyum sendiri. Kak Han ni memang kena jadi photographer.

Terima kasih kerana menjadikan pemukiman saya di sini lebih bermakna. Keluarga bersama.

p/s: Hehe, soalan tu tak susah pun cuma tricky je!:)

Gambar tot tot (Saya tu) minta dipadamkan, boleh ke?

Kak Han said...

Wkmslm Mrs alQasam,
Alamak!Request nak padamkan gambar tot tot tu yg tak best tu dik.He,he.Bukan apa,sayang nak delete.Cerita dah hilang seri dan kesinambungannya nanti kalau dah delete..hihi.Kalau Kak Han kekalkan ajer boleh ker?

Push-Up Arrow