Tuesday, April 7, 2009

Bolehkah Sembunyi Rasa Geram Bila Asyik-Asyik Hantu Yang Datang Masa Pilihanraya

(Insider)

Ini bukan hal masuk campur urusan politik. Tapi berkaitan pilihanraya yang ada di Malaysia. Dari dulu sehingga kini, termasuk dalam era PM Malaysia baru dilantik dan masih panas, perkara yang memualkan ini masih berterusan.

Sebagai profesional, kita boleh berfikir dan menilai dengan waras. Orang kampungpun boleh faham bila perkara yang berlaku itu dah berkali-kali dan jelas melanggar undang-undang! Malah lembupun boleh faham dan ingat kalau perkara yang sama disuguhkan kepadanya.

Ini berita yang diambil dari sebuah laman tak berbayar tentang peristiwa yang berlaku pagi tadi di kawasan mengundi Bukit Gantang. Fikir-fikirlah...

cyberboron, Tuesday, April 07, 2009

Dulu kini dan selama-lamanya UMNO menafikan kewujudan rancangan jahat mengupah PENGUNDI HANTU SYAITAN. Tapi sepanjang tempoh penafian itu jugalah setiap hari akhir dan malam menjelang pengundian berpuluh-puluh bas tiba di kawasan pilihanraya dengan cara yang mencurigakan.

Tengah malam dan subuh sebentar tadi bas-bas itu datang lagi. Pagi nanti bapak-bapak hantu dan setan di Putra Jaya dan Kuala Lumpur akan membuat kenyataan media iblis dan jembalang menyatakan "tuduhan parti pembangkang itu tak masuk akal", "mereka mungkin anak tempatan yang bekerja di luar dan berpakat balik mengundi bersama-sama" dan "pembangkang terdesak dan mencari alasan sebagai persediaan kalau kalah".

Bapak-bapak jin pun memberi amaran "jangan halang pengundi", "tindakan menghalang pengundi adalah melanggar undang-undang" dan "pihak keselamatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab".

Subuh tadi pasukan FRU membentengi sekeliling bas yang ditahan oleh petugas PR. Pegawai polis jadi jurucakap UMNO. Polis dan FRU memaki hamun dan menghalau petugas-petugas PR yang mahu mendapatkan kepastian ke mana arah tujuan rombongan tengah malam itu.

Belum pernah berlaku dalam sejarah dunia sejak zaman nabi Adam, bas pelancong masuk ke pekan kecil Kuala Trong pada pukul 3 pagi kononnya nak melancong ke Pulau Pasir Hitam. Pelancong dari Negeri Sembilan itu bercuti beramai-ramai pada hari Selasa! Hari Selasa! Hari Selasa!

6 buah bas dikepung malam dan subuh tadi. 4 di pekan Kuala Trong, 1 di CALTEX Trong (NBY 9977) dan 1 di simpang Plaza Tol Changkat Jering (BHQ 5155). Semua bas itu dilindungi oleh abang botak yang menaiki Toyota Harrier hitam nombor pendaftaran BGN 9900 dan sebuah Proton Perdana hitam NBD 10.

Rombongan itu mengaku datang dari Rembau Negeri Sembilan. Sebahagian hantu memberitahu mereka datang sebagai pelancong manakala sebahagian hantu lagi mengaku sebagai petugas pilihanraya. Beberapa ekor hantu yang lain menyatakan mereka datang sebagai pasukan sorak untuk BN di pusat-pusat pengundian.

4 buah bas yang berada di pekan Kuala Trong tidak dapat dihampiri oleh petugas-petugas PR kerana dikawal sepenuhnya oleh pasukan FRU yang datang dengan 5 buah trak.

[IMG_0583.JPG]

[IMG_0584.JPG]

[IMG_0582.JPG]

[IMG_0588.JPG]

[IMG_0587.JPG]

[IMG_0586.JPG]

[IMG_0595.JPG]


[IMG_0602.JPG]

[IMG_0593.JPG]

[IMG_0592.JPG]

No comments:

Push-Up Arrow