15 Julai 2016 (Jumaat) - PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan Mesyuarat Agung tahunan (AGM) yang ke-9 di Dewan Walit, Kg. Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu. Mesyuarat kali ini telah diadakan bersama dengan sambutan Aidilfitri 1437H.
![]() |
Suasana mesyuarat agung yang berorientasikan majlis di negeri Jepun. |
Tahun ini merupakan tahun pemilihan. Keseluruhan jawatan telah dipertandingkan dan menyaksikan ramai muka-muka baru yang berjaya memegang jawatan termasuk Timbalan Pengerusi. Walaubagaimanapun penyandang Pengerusi, Dr. Mujahid Fauzi b. Sulong terus kekal mempertahankan jawatannya setelah pertandingan satu lawan satu.
![]() |
Prof Dr. Harmy sedang menyampaikan ucapan penangguhan. |
![]() |
Dr. Zuraizi Jaafar, Timbalan Pengerusi yang baru sedang memperkenalkan diri. |
Antara yang akan ditekankan ialah tentang ukhuwah kerana peningkatan jumlah ahli yang sekaligus meningkatkan jurang usia antara ahli-ahli senior dan junior. Tanpa program ukhuwah yang lebih kerap dan tersusun ia akan membantutkan aktiviti dan program-program yang akan disusun.
![]() |
Dr. Mujahid Fauzi sedang menyampaikan amanat. Kelihatan Pengerusi Tetap, Mr. Husain sedang khusyuk mendengarkan. |
Dalam ucapan penggulungan, Dr. Mujahid telah melahirkan rasa gembiranya dengan sambutan ahli-ahli pada AGM kali ini dan beliau dengan penuh semangat akan melakukan beberapa perubahan dalam gerakerjanya yang akan datang.
Mesyuarat ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al 'Asr.
No comments:
Post a Comment