Tuesday, April 7, 2020

NISFU SYAABAN PADA 18 APRIL 2020

Unit Penerangan

Kelebihan malam nisfu Sya’ban adalah sabit berdasarkan hadith. Namun tidak ada amalan yang khusus pada malam nisfu Sya’ban melainkan amalan-amalan yang bersifat umum. Maka kita digalakkan beramal pada malam tersebut bagi meraih ganjaran yang Allah sediakan. 

Lihat penerangannya sebagaimana di bawah oleh Mufti Willayah Persekutuan.

Monday, April 6, 2020

ISLAM JUGA MENGAJAR KUARANTIN CARA MENANGANI WABAK

Unit Penerangan

Minda Presiden PAS

MAQASID SYARIAH DALAM MENANGANI WABAK COVID-19


‘Amru bin al-‘Aas RA mengarahkan pemindahan sebahagian besar penduduk dengan dikeluarkan mereka dari kawasan wabak, sehingga sebahagiannya diarahkan berpindah dari bandar dan kampung supaya pergi ke bukit bukau dan lembah yang tiada penduduk. Tindakan beliau melaksanakan penempatan kuarantin dengan menggunakan kuasa pemerintah atas dasar maslahah umum, walaupun tiada nas secara khusus daripada al-Quran dan Hadis, tetapi tindakan itu mencapai Maqasid Syariah yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

Saturday, March 28, 2020

AGIHAN KEPERLUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

Unit Penerangan & IT

Pasukan Polis juga antara yang menerima sumbangan.
Alhamdulillah, hasil kerja-kerja berjemaah yang telah dilakukan oleh BGO PAPISMA Terengganu, hari ini berjaya mengedarkan keperluan-keperluan di bawah:

Hari ini, pengedaran 600 FS kepada
- KK Hiliran : 80
- KK Bukit Tunggal : 30
- KK Chendering : 40
- KK Seberang Takir : 50
- Institut Perguruan Batu Rakit(Pusal Kuarantin) :100
- Labour Room HSNZ : 30
- PAC HSNZ : 20
- Jabatan Pesakit Luar HSNZ : 50
- Jabatan Kecemasan HSNZ : 80

GERAKERJA COVID-19 OLEH PAPISMA TERENGGANU

Unit Penerangan dan IT

Dunia sedang dikejutkan oleh wabak COVID-19 yang bersifat PANDEMIK (menjangkit selkuruh dunia) yang bermula di negara China sejak 17 November 2019 iaitu kes pertama yang dikesan.

Malaysia pula menerima kes pertamanya pada 23 Januari 2020 dan sehingga hari ini telah menjangkau 2,161 dengan jumlah kematian sebanyak 26 orang.

Di negeri Terengganu sehingga hari ini telah terdapat 41 kes.

PAPISMA Terengganu telah menubuhkan Bilik Gerakan dan Operasi (BGO) yang diketuai oleh Dr. Mujahid Fausi b. Sulong, Pengerusi PAPISMA Negeri.

Sunday, September 23, 2018

Terengganu HOPE 1.0


Oleh: Dr. Raja Hashim


       Buat julung kalinya program House Officer Preparatory Course (HOPE) telah berjaya diadakan di negeri Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Papisma Cawangan Terengganu yang berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri Terengganu yang dinamakan sebagai HOPE 1.0. Ia telah diadakan pada 21 - 22 September 2018 bertempat di Marina Resort, Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Dr Azhan adalah insan yang terpilih untuk mengarahkan program ini untuk menjadi kenyataan
Push-Up Arrow