Unit Penerangan
Minda Presiden PAS
MAQASID SYARIAH DALAM MENANGANI WABAK COVID-19
‘Amru bin al-‘Aas RA mengarahkan pemindahan sebahagian besar penduduk dengan dikeluarkan mereka dari kawasan wabak, sehingga sebahagiannya diarahkan berpindah dari bandar dan kampung supaya pergi ke bukit bukau dan lembah yang tiada penduduk. Tindakan beliau melaksanakan penempatan kuarantin dengan menggunakan kuasa pemerintah atas dasar maslahah umum, walaupun tiada nas secara khusus daripada al-Quran dan Hadis, tetapi tindakan itu mencapai Maqasid Syariah yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.
Perlu difahami juga berdasarkan Feqah Aulawiyyat, bahawa harta yang bersifat perbelanjaan yang besar demi menyelamatkan nyawa rakyat seperti peruntukan perubatan, makanan dan sebagainya adalah lebih penting daripada peruntukan lain walaupun ia menjejaskan ekonomi negara untuk sementara waktu.
Nyawa rakyat yang diselamatkan adalah sumber diri manusia yang lebih didahulukan daripada sumber harta itu sendiri, kerana manusia yang diselamatkan dapat menjana harta selepas itu, dan harta pula tidak bermakna lagi tanpa manusia yang memakmurkannya.
Allah SWT juga memberikan kelebihan akhirat kepada semua pihak yang berada dalam suasana menghadapi wabak dan bencana seperti ini. Mereka mendapat kelebihan bersabar menghadapi ujian kerana bertugas. Mereka yang sakit pula mendapat pahala bersabar dengan kesakitannya. Begitu juga fadilat bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dan berikhtiar serta fadhilat bersyukur sekiranya berjaya mengharungi ujian yang dihadapi.
Pada masa yang sama, mereka juga mendapat kelebihan jihad mengorbankan harta, diri dan segala tenaga, dan mendapat kelebihan syahid bagi mangsa yang meninggal dunia kerana bertugas atau menjadi mangsa wabak dan bencana. Semua kelebihan tersebut dikurniakan kepada orang yang beriman dan beramal dengan ikhlas.
Baca selanjutnya:
https://www.facebook.com/146911248727335/posts/2840943939324039/
No comments:
Post a Comment