Saturday, March 28, 2020

GERAKERJA COVID-19 OLEH PAPISMA TERENGGANU

Unit Penerangan dan IT

Dunia sedang dikejutkan oleh wabak COVID-19 yang bersifat PANDEMIK (menjangkit selkuruh dunia) yang bermula di negara China sejak 17 November 2019 iaitu kes pertama yang dikesan.

Malaysia pula menerima kes pertamanya pada 23 Januari 2020 dan sehingga hari ini telah menjangkau 2,161 dengan jumlah kematian sebanyak 26 orang.

Di negeri Terengganu sehingga hari ini telah terdapat 41 kes.

PAPISMA Terengganu telah menubuhkan Bilik Gerakan dan Operasi (BGO) yang diketuai oleh Dr. Mujahid Fausi b. Sulong, Pengerusi PAPISMA Negeri.


BGO telah bergerak aktif sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 lagi. Dengan bersumberkan modal dari tabung PAPISMA Terengganu, BGO telah membeli keperluan-keperluan yang sangat-sangat diperlukan oleh Barisan Hadapan KKM bagi menangani wabak ini.

Perkara pertama yang dilakukan ialah membuat penghadang muka (face shield) melalui inovasi yang diedarkan ke seluruh negeri Terengganu. Lain-lain keperluan ialah topeng muka (face mask), hand sanitizer dan kain non-wooven untuk menghasilkan PPE, iaitu pakaian keselamatan bagi para pegawai KKM yang akan melakukan saringan COVID-19.

Oleh kerana modal yang terhad, maka PAPISMA Terengganu telah melancarkan derma dalaman di kalangan ahli-ahli di Terengganu dahulu. Namun, dapatan kutipan sangat perlahan dan PAPISMA Terengganu telah membuka ruang dan peluang kepada seluruh masyarakat yang prihatin untuk membantu.

Maka, harapan kami... bantulah sedaya mungkin. Kami melakukan kerja untuk keselamatan anda semua.

No comments: