Showing posts sorted by date for query agm. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query agm. Sort by relevance Show all posts

Saturday, September 7, 2024

PIMPINAN BARU PAPISMA TERENGGANU : GABUNGAN YANG LEBIH DINAMIK

  Oleh: Wartawan Tepi

Quinara Safir, Tok Jembal, Kuala Terengganu - Hari ini menyaksikan Mesyuarat Agung Tahunan PAPISMA Terengganu yang dadakan di sini pagi ini telah mengisytiharkan perlantikan jawatankuasa baru bagi sesi 2024-2026. Mesyuarat agung ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Berikut adalah sedikit berita bergambar yang sempat dirakamkan.


Tan Sri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sedang berucap.


Suasana semasa ucapan perasmian oleh Tan Sri Tuan Guru.

Peserta AGM muslimin mengambil kesempatan berfoto bersama Tan Sri Tuan Guru.


Peserta AGM muslimat mengambil kesempatan berfoto bersama Tan Sri Tuan Guru.


Pengerusi SPR Menyerahkan watikah perlantikan kepada Pengerusi Tetap
yang baru, Dr. Md. Arif Ibrahim


Pengerusi SPR Menyerahkan watikah perlantikan kepada Pengerusi
Papisma yang baru iaitu Mr. Hazizul Helmy b. Hamad @ Ahmad



Berikut adalah klip video keseluruhan Jawatan Kuasa Papisma Terengganu Sesi 2024-26



Surat Watikah Perlantikan Jawatankuasa PAPISMA 
Terengganu Sesi 2024-26





Monday, July 16, 2018

KEPIMPINAN BARU PAPISMA MALAYSIA 2018-2020

Oleh: Unit Penerangan & IT

14 Julai 2018, Jumaat, Sama-Sama Hotel, KLIA - PAPISMA Malaysia telah membariskan barisan kepimpinan baru setelah selesai pengundian yang dijalankan hari ini. Berikut adalah senarai Jawatankuasa PAPISMA Malaysia Sesi 2018-2020.

PRESIDEN
Datuk Dr. Suhaini b. Kadiman

TIMBALAN PRESIDEN 1
Profesor Dr. Harmy b. Mohamed Yusoff

TIMBALAN PRESIDEN 2
Dr. Rosnani bt. Zakaria

NAIB PRESIDEN 1
Dr. Khamizi b. Aziz

NAIB PRESIDEN 2
Dr. Al Aarifin b. Ismail

SETIAUSAHA AGUNG
Dr. Aman Fuad Yaacob

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG
Dr. Shazif b. Othman

BENDAHARI AGUNG
Dr. Suhana bt. Hashim

AHLI JAWATANKUASA
Dr. Mohd Fairuz b. Azmi
Dr. Sabrizan b. Osman
Dr. Rina Salwani bt. Mohd Tamin
Sdr. Mohd Azreen b. Mustapa
Dr. Awisul Islah b. Ghazali
Mejar Dr. Khairul Afnan b. Khalid
Dr. Shafiq b. Hamdani (GMP)

PENGERUSI TETAP
Dr. Roslan b. Yusof

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Mr. Hussain b. Mohamad

Mari kita memberikan sokongan kepada barisan kepimpinan baru PAPISMA ini dan sentiasa berdoa agar diberi kekuatan untuk menggalas tugas yang diamanahkan dalam memacu PAPISMA ke persada dunia membawa message Profesional Islam.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar AGM yang sempat dirakam.

Awal pagi, Presiden PAPISMA menerima Laporan M14 dari
Pengerusi M14, Dr. Roslan Yusof (baju biru).

Presiden PAPISMA sedang menyampaikan ucapan perasmian
yang menyentuh seluruh isu-isu yang berkaitan PAPISMA
serta cabaran dan harapan masa depan.
AGM sedang berlangsung.

Sebahagian perwakilan cawangan Terengganu sedang mengikuti
AGM. Dari kiri baris depan Dr. Syuhaimi, Dr. Azhan, Sdr. Johari
dan Dr. Wan Razin (kiri sekali di baris kedua.
Sekian.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAPISMA MALAYSIA 2018

14 Julai 2018, Sabtu - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PAPISMA Pusat di Hotel Sama Sama, KLIA bermula hari ini. Perwakilan PAPISMA Cawangan seluruh Malaysia telah menghantar para perwakilan masing-masing. 

Setiausaha Agung PAPISMA sedang menanti kehadiran
para perwakilan mesyuarat agung.

Semua jawatan dipertandingkan kecuali Presiden, Dato' Dr. Suhaini Kadiman, Naib Presiden 1, Dr. Khamizi Abd. Khamizi dan Bendahari Agung, Dr. Suhana Hashim yang telah dimenangi tanpa bertanding.

Tiga individu penting yang mewarnai PAPISMA Malaysia
yang turut hadir pada AGM kali ini. Dari kiri: Pengerusi
Tetap, Prof. Mr. Abd Razak Sulaiman (USM); Presiden,
Datuk Dr. Suhaini Kadiman (IJN) dan Dr. Hj. Suhazeli
Abdullah (Pengerusi Manjlis Penasihat).

Pemilihan kali ini dijangka menarik memandangkan inilah pemilihan kali pertama yang diadakan secara teratur dan tidak dipengaruhi isu-isu luar PAPISMA dI mana kehadiran ahli-ahli.mesyuarat adalah dari perwakilan-perwakilan yang ditetapkan di peringkat cawangan.

Pengarah Sekretariat Pilihanraya (SPR) PAPISMA juga
turut hadir.

Jawatankuasa kali ini dianggap sebenar-benar pilihan ahli-ahli PAPISMA.

Pengarah Sekretariat Pilihanraya PAPISMA Malaysia kali ini adalah Mr. Mazri Mohd.

Selamat bermesyuarat.

Monday, July 9, 2018

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAPISMA TERENGGANU KALI KE-11 DAN SAMBUTAN HARIRAYA 2018



Oleh: Unit Penerangan & IT

Jumaat, 6 Julai 2018 bersamaan 22 Syawal 1439H - Satu lagi titik penting dan bersejarah telah terlakar apabila PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-11. AGM itu telah diadakan di Dewan Walit, Kg. Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu dengan dihadiri oleh lebih 40 keluarga dan turut disertai oleh ahli-ahli dari Kemaman, Marang, Kuala Berang dan Setiu. AGM kali ini telah diadakan bersama dengan sambutan 'Eidulfitri 1439H.

Para perwakilan Mesyuarat Agung 2018.
AGM tahun ini dianggap begitu penting dan bersejarah kerana kepimpinan kali ini merupakan kepimpinan yang akan memacu PAPISMA Terengganu menuju era 2020 di mana pada era ini Malaysia sedang menuju era baru dalam sosiopolitik. Oleh itu, pesediaan taktikal, teknikal dan mental perlu selaras dengan arus yang dipacu oleh kepimpinan negara. Kepemimpinan kali ini juga memerlukan keupayaan dalam memberikan sumbangan yang terbaik pasca PRU14 kerana kerajaan Malaysia dan kerajaan Terengganu yang berubah kepemimpinan 100%. Ini memerlukan pengubahsuaian dalam mindset dan gerakerja bagi memenuhi hasrat masyarakat yang pastinya tidak sama seperti dahulu.

Maka, PAPISMA Terengganu telah memulakan langkah awal dengan pembentukan organisasi yang lebih sesuai dan tersusun dengan pengubahsuaian dan penambahan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Exco. Ahli jawatankuasanya terdiri dari gabungan junior dan senior dan dari pelbagai bidang kepakaran. Sekretariat Pilihanraya Papisma (SPR) telah memainkan peranan penting dalam melicinkan pemilihan mengikut aspirasi yang digariskan agar kepemimpinan yang terhasil adalah berdasarkan kebolehan memimpin, bukan semata-mata populariti seperti sebelum ini. Ini penting agar setiap potfolio itu akan diisi oleh mereka yang paling layak. Bukan mereka yang paling popular tetapi tidak sesuai dengan potfolionya.

"Tut...tut... Baru 4 orang yang hadir ni. Mana yang lain?" Sdr.
Saifullah bertugas sebagai pendaftar.
Bermula pada pukul 8.30 pagi, Dewan Walit diserikan dengan irama nasyid dan lagu-lagu Syawal yang menambahkan seri suasana. Pendaftaran dibuka di bahagian lelaki dan perempuan. Kehadiran peserta agak sedikit lewat menyebabkan AGM terpaksa dimulakan pada kira-kira pukul 9.30 pagi (jadual 9.00 pagi).

Alhamdulillah, AGM berjalan lancar dan berakhir kira-kira pukul 11.50 pagi.

Semasa ditemui, Pengerusi PAPISMA Terengganu telah melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga.
"Inilah kali pertama AGM mampu ditamatkan sebelum pukul 12. Biasanya pasti melepasi 12.30 tengahari" Katanya.

Berikut adalah keputusan pemilihan JK PAPISMA Cawangan Terengganu 2018-2020

JAWATANKUASA TERTINGGI

Pengerusi: Dr. Mujahid
Timbalan Pengerusi: Dr. Azhan
Naib Pengerusi 1 (L): Mr. Zailani
Naib Pengerusi 2 (P): Dr. Norhigrayati
Setiausaha: Sdr. Johari
Penolong Setiausaha: Dr. Shukriyah
Bendahari: Dr. Syuhaimi

WAKIL-WAKIL DAERAH
Kemaman: Dr. Mat Noh
Dungun: Dr. Tengku Fakharuddin
Besut: Sdr. Hilmi

EXCO-EXCO

1. Unit Usrah & Tarbiyah: Dr. Wan Mohd Razin
2. Unit Syabab: Dr. Sharif
3. Unit Az-Zahra: Dr. Asmaa'
4. Unit Penerangan & IT: Dr. Roslan
5. Unit Kebajikan Ahli, Ukhuwah & Ziarah: Dr. Zaihan
6. Unit Dental: Dr. Irfan
7. Unit Ubat & Perbekalan: Sdr. Muzani
8. Unit Ekonomi: Mejar Dr. Khairul Afnan
9. Unit Riadah & Rekreasi: Sdr. Saifullah
10. Unit Siasah & Dakwah: Dr. Farizi
11. Unit Profesional & Akademik: Prof. Dr. Harmy

SPEAKER

Pengerusi Tetap: Mr. Hussain
Timbalan Pengerusi Tetap: Mr. Salman


Seterusnya para peserta telah dijamu dengan jamuan hariraya sekaligus hidangan makan tengahari. Lebih istimewa lagi sambutan kali ini disediakan juga menu kambing golek.

"Hangpa tak terlioq ka?" Mungkin itulah seruan yang paling
berkesan bagi menarik kehadiran.

Dr. Azham sebagai Pengerusi Majlis.
"Mana yang lain ni? Aci dok kita start AGM ni?" Mr. Hussain
mempengerusikan mesyuarat sebagai Pengerusi Tetap.
"InsyaAllah kita akan terus bermesyuarat walaupun hanya 3
orang..." (Hehe...) Dr. Mujahid, Pengerusi 2016-2018 sedang
memberikan ucapan.
Ahli-ahli mesyuarat yang memenuhi dewan sedang memberi
perhatian kepada perbincangan.
Pendaftaran terus dibuka. Dr. Khadijah (Setiu) sedang mendaf-
tarkan seorang ahli yang baru sampai. "Jangan lupa undi lepas
daftar ye!"
Antara peserta yang popular sedang mendaftar. Mejar Dr.
Khairul Afnan.
"Ek eh... tanda kertas periksa ke?" Dr. Roslan sedang melaku-
kan penjumlahan undi dengan ditemani oleh Prof Dr. Harmy
sebagai pemerhati.
"Berikut diumumkan keputusan pengundian hari ini..."
Dr. Roslan sebagai SPR.
"Apalah lambat sangat mesyuarat ni... aku baham sendiri baru
tahu!" (Hehe...) Begitu semangat dan berdedikasi sekali petu-
gas kambing golek ini.
"Saya mengusulkan agar kita menukar nama Ibnu Sina..."
Begitulah Prof. Dr. Harmy sedang membentangkan usul.
"Alhamdulillah! Habis jugak AGM... Jom makan..." Kelihatan
dari kiri Dr. Sharif, Sdr. Shawal (Kemaman), Sdr. Saifullah
(Dietician) dan Sdr. Muzani (Pharmacist).
"Kambing golek dulu bos!" Dr. Suhazeli dan Prof. Dr. Harmy
sedang menjamu selera. Ni baru first course! (Hehe...)
"Kambing golek memang terbaik!" Dari kiri Dr. Ammar, Dr.
Faiz, Dr. Aminuddin dan Dr. Syuhaimi.
"Sedap betul kuih bakar ni!" Meja mi nampaknya set-set tak
makan kambing... (haha...) Dari kiri Dr. Razin (baju kuning),
Dr. Arif dan Mr. Jamaluddin (HSNZ).
Meriahnya suasana... sambil menjamu selera diiringi lagu
dan nasyid 'eidulfitri terasa bagaikan hari pertama hariraya.
Masing-masing tidak melepaskan peluang menjamu apa yang
terhidang. Yang penting jangan lepaskan yang special. Keliha-
juga Dr. Mat Noh (kopiah putih) wakil dari Kemaman.
"Dah kenyang?" Kak Han sebagai tuan rumah agak sibuk
memastikan semuanya berjalan lancar.
Ibu-ibu disediakan tempat bagi menjamu selera di dalam
dewan.
"Kamipun hadir!" Dari kiri Dr. Farizi, Dr.Talhah dan Dr. Hanif.
"Sedapnya..." Dari kiri Dr. Hazizul Helmi, Dr. Wan Zulkhalid
(wakil Kemaman) antara yang turut sama memeriahkan sam-
butan 'eidulfitri kali ini.

Banyak lagi gambar-gambar 'aksi' mencuit hati yang di'paparazi' oleh Papa Li (Dr. Suhazeli) yang dapat dijadikan kenang-kenagan boleh di klik di bawah ini.

Gambar-Gambar sekitar AGM dan Sambutan 'Eidulfitri..

Wednesday, July 20, 2016

AGM DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2016 PAPISMA TERENGGANU

(Jabatan IT)

15 Julai 2016 (Jumaat) - PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan Mesyuarat Agung  tahunan  (AGM) yang ke-9 di Dewan Walit, Kg. Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu. Mesyuarat kali ini telah diadakan bersama dengan sambutan Aidilfitri 1437H.


Suasana mesyuarat agung yang berorientasikan majlis di
negeri Jepun.
Tahun ini merupakan tahun pemilihan. Keseluruhan jawatan telah dipertandingkan dan menyaksikan ramai muka-muka baru yang berjaya memegang jawatan termasuk Timbalan Pengerusi. Walaubagaimanapun penyandang Pengerusi, Dr. Mujahid Fauzi b. Sulong terus kekal mempertahankan jawatannya setelah pertandingan satu lawan satu.


Prof Dr. Harmy sedang menyampaikan ucapan penangguhan.
Timbalan Pengerusi baru kali ini disandang oleh Dr. Zuraizi b. Jaafar, seorang Pakar Kanak-Kanak (Paediatrician) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 


Dr. Zuraizi Jaafar, Timbalan Pengerusi yang
baru sedang memperkenalkan diri.
Mereka yang memenangi pertandingan kali ini terdiri dari pelbagai bidang termasuk pakar, pegawai perubatan kerajaan, pegawai perubatan swasta, pegawai pergigian dan medical assistant. Gabungan ini menunjukkan Papisma Terengganu lebih bersedia untuk mendepani cabaran yang lebih global dalam gerakan organisasinya.



Antara yang akan ditekankan ialah tentang ukhuwah kerana peningkatan jumlah ahli yang sekaligus meningkatkan jurang usia antara ahli-ahli senior dan junior. Tanpa program ukhuwah yang lebih kerap dan tersusun ia akan membantutkan aktiviti dan program-program yang akan disusun.


Dr. Mujahid Fauzi sedang menyampaikan amanat. Kelihatan
Pengerusi Tetap, Mr. Husain sedang khusyuk mendengarkan.
Setelah tamat AGM seluruh hadirin telah menjamu selera dengan juadah hariraya yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Papisma Terengganu sendiri.

Dalam ucapan penggulungan, Dr. Mujahid telah melahirkan rasa gembiranya dengan sambutan ahli-ahli pada AGM kali ini dan beliau dengan penuh semangat akan melakukan beberapa perubahan dalam gerakerjanya yang akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al 'Asr.

Friday, May 6, 2011

KKP9 Di Hatiku!

Assalamualaikum.

29 April sehingga 1 Mei 2011 - berlangsungnya Konvensyen Kebangsaan Papisma Ke-9 yang meninggalkan kesan yang amat mendalam buat kesemua peserta. Apalagi buat Jawatankuasa Penganjur, Papisma Terengganu yang telah bertungkus lumus sejak sekian lama bagi memastikan KKP-9 ini dapat berjalan dengan jayanya.

Hari Pertama - 29 April 2011

Awal pagi lagi, pada tanggal 29 April...3 pasangan peneraju utama KKP9 telahpun tiba di Bukit Keluang Beach Resort.

Para petugas dari Papisma Terengganu bersiap sedia menanti ketibaan para peserta KKP-9...

Sekian lama menanti hari, akhirnya tiba juga saat yang dinantikan. Kak Han bersama Dr Tuan Norizan....

"Eh! Kita tak ada sediakan pasukan kompang ke nak sambut ketibaan Presiden kejap lagi ni?" Hehe...agaknya itu yang diperkatakan Abang Lan...beriya benar dia..

Wakil Jualan syarikat Servier sedang mendemonstrasikan 'kotak muzik' yang bakal dijadikan hadiah cabutan bertuah untuk para peserta.

Papisma Terengganu dah bersedia dengan bahan jualannya semenjak dari awal lagi! "Jual Shim! Jual! Jangan tak jual!"

"Okay, nanti bila peserta datang nak kena kasi buku ni, button badge ni, sijil ni, lepas tu sign kat sini, kat sini dan kat sini..." Hehehe...tak habis-habis Kak Han membebel...

"Han! Sampai ke batang payung pun hijau juga?"
"Hehehe...apa nak buat Kak Lin...cintaku menghijauuuu..."

Kali ini setiap peserta menerima button badge dengan nama masing-masing beserta warna kumpulan & nombor meja untuk 'gala dinner'. Setiap pasangan ada button badgenya, tak kira beliau ahli Papisma atau bersekutu. Ini menandakan setiap dari mereka adalah terlibat secara langsung dengan program KKP ini.

Begitu juga dengan sijil penyertaan. Setiap ahli Papisma dan ahli bersekutu ada sijilnya.

Pengarah KKP-9, Dr Razin, tak senang duduk. Macam tu juga, Abang Lan...hmm...agaknya dah berapa hari tak lena tidur, teruja nak menyambut tetamu-tetamu istimewa, ahli Papisma dari seluruh Malaysia!

Ni dia! Peserta pertama KKP-9 2011 jatuh kepada Akhie Yusni Hisham!
"Kak Han, saya on the way ni."
"Kak Han, pukul 1 lebih boleh check in tak?"
"Kak Han, saya nak tambah ahli keluarga ni..."
Hehe...bertubi-tubi sms dari Yusni...Semangat habis dia nak datang KKP!

Mantan presiden kita, Dr Suhazeli bersama zaujah kesayangannya, Dr Kak Jah pun dah sampai..


Dekat Maghrib, baru berpeluang balik ke bilik. Nak bersiap-siap untuk ke Kuliah Maghrib pula.


Si anak dara bertiga ni bukan main happy lagi stay kat bilik double-storey. Siap main kaunter-kaunter. Apa nak buat, anak GP, mainnyapun macam betul-betul suasana kat klinik mak dia ler..hehe. Cantik betul design bilik di BKBR ni!

Program pertama bermula! Kuliah maghrib disampaikan oleh Al Fadhil Ust Kamaruzaman Abdullah dengan tajuk 'Ukhuwah Menjana Pengorbanan'. Penyampaian yang disampaikan penuh dengan sirah dan dalil...sangat mengesankan!

Tak sangka betul kehadiran ke kuliah maghrib sangat ramai. Kebiasaan dalam sesi-sesi KKP yang lepas, program pertama kuliah maghrib adalah antara program yang sangat lesu sambutannya. Alhamdulillah..mungkin atas peringatan melalui sms semenjak dari awal dan panggilan melalui hailer yang dibuat ke sekeliling resort menyebabkan sambutannya begitu mengujakan!

Tidak ketinggalan juga para muslimat kita...

Slide Show - Mengimbas Detik Perjuangan Papisma oleh Dr Suhazeli Abdullah.

Bermula Forum "Mengenali Kehebatan Papisma" - oleh 4 ahli panel terkemuka dari kalangan Papisma sendiri iaitu Presiden kita, Dr Awisul Islah Ghazali, Prof Madya Dr Abd Razak Sulaiman, Prof Madya Dr Zakuan Zainy Deris & Ketua Generasi Muda kita, Dr Tuan Fairuz Tuan Ismail.

Petah berbicara, bijak menggulung hujjah...malah segala yang diperkatakan adalah di alam realiti, bukan di alam fantasi. Terpesona dan terpegun sekali dengan bait-bait kata dari mereka. Papisma memang hebat! Rugi siapa yang tak dengar...

Walau anak masih didukungan, namun demi sebuah perjuangan, segala kesukaran diketepikan...

Malam yang semakin larut dirasakan masih terlalu muda dek kerana asyik dan ralit...

Abang Lan dengan video cameranya! Tunggulah hasil buah tangan Abang Lan nanti buat kesemua para peserta KKP-9!

Katil sedia menanti. Keletihan di hari pertama terasa berbaloi dek kerana pertemuan antara sahabat dan sahabat...indahnya persaudaraan!

Hari Kedua - 30 Mac 2011

Kuliah subuh disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh dengan tajuk 'Tarbiyah Nadi Kehidupan Pejuang'.

Walau kedinginan menggigit, kantuk menerpa...namun pejuang-pejuang kita tetap bersemangat hadir ke Dewan Siti Zubaidah untuk mendengar kuliah subuh.

8.30 pagi - Mesyuarat Agong Papisma bermula! Tahniah buat SUK Papisma Pusat, Akhie Lizam atas pembikinan buku laporan yang begitu canggih!

Barisan exco kepimpinan Papisma 2010-12.
Bervest hijau adalah pasangan suami isteri Akhie Dr Rostam (setiausaha agong) dan Ukhtie Dr Azniza (bendahari agong)

Ni dia Dr Aman Fuad yang selalu ber'suara' di dalam email yahoogroup kita...hehe...

Para peserta khusyuk meneliti buku mesyuarat agong...

Para muslimat setia menanti mesyuarat agong dimulakan...

"Siapa sokong mesyuarat agong diteruskan...?"
Fulamak! Jangan ada yang tak sokong...lelah banget kita buat preparation ni woi..hehe...

'Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya'. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...semoga pertolongan Allah sentiasa bersama kalian...

Tuan Presiden kita Dr Awisul Islah Ghazali sentiasa bersemangat! Jetlagpun tak hilang lagi ni. Apa tidaknya, baru pagi semalam sampai dari India!

Dr Harmy...ideamu tidak pernah lekang. Teringat akan bait sebuah nasyid ;

Wahai para mujahid maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan teruskanlah perjuangan

Mr Hussain dan Dr Hadhrami nampak kepenatan tapi masih mampu tersenyum...

Dr Azaharim Omar...hmm...nama yang sering membuatkan bendahari KKP keliru semasa urusan penempahan bilik. Apa tidaknya, yang sorang lagi tu bernama Dr Azrin Omar! Huhuhu...

Dr Najihah Mahfuzah Zakria sedang membentangkan usul untuk lujnah penerbitan. Ni kira orang kanan Dr Khairul Afnan Khalid lah ni...hehe.

Abang Lan dan Dr Ilham. Nampak Abang Lan macam dah tak larat nak buka mata tapi masih bersemangat mengikuti mesyuarat agong Papisma sehingga ke akhirnya.

Ketibaan YB Dr Mohd Hatta Ramli ke Dewan Siti Zubaidah bagi menyempurnakan majlis perasmian AGM 2011. Apa yang tak mampu di'dengar' di sini, YB kita diiringi oleh barisan kepimpinan Papisma melangkah masuk ke dewan dengan paluan kompang yang sungguh memeriahkan suasana!

Ucapan oleh YB Dr Mohd Hatta Ramli sungguh mengesankan!

Para peserta turut berdiri dalam acara perasmian oleh YB Dr Mohd Hatta. Meremang bulu roma apabila geduk dipalu, diikuti dengan gimik acara perasmian melalui tayangan LCD. Fuh! Acara perasmian yang penuh gilang-gemilang ini sudah pasti akan menjadi memori yang terpahat kukuh di hati...KKP9 benar-benar dihatiku!

Di saat AGM berlangsung, kanak-kanak diraikan di dewan bersebelahan dengan pelbagai acara pertandingan.

Fasilitator-fasilitator dari kalangan adik-adik HO Hospital Sultanah Nur Zahirah bertungkus lumus memastikan pertandingan berjalan lancar...

Ibu-ibu yang terpaksa menjaga anak-anak kecil juga turut bersantai di sini. Segalanya telah difikirkan semenjak berbulan-bulan yang lalu. Di mana ibu-ibu nak bersantai?Bagaimana nak memenuhkan aktiviti anak-anak? Tak mudah nak menjayakan sesuatu program. Dari hal yang sebesar-besarnya sehingga kepada hal yang sekecil-kecilnya perlu difikirkan.



Jam 2 petang, barulah acara perasmian AGM berakhir. Perut dah berkeroncong. Dewan makan pula diserbu! (gambar dewan makan diserbu tak dapat disiarkan kerana penulispun nak soruu...tak teringat dah nak ambik gambar...hehe)

Sesi Petang - Program Team Building/Cerna Minda pula. Bersemangat Kak Long kita! Pembentang terbaik muslimat, Dr Maslina, juga datangnya dari kumpulan ini.

Dr Syed Khaliq membentangkan rumusan perbincangan kumpulan.

Akhirnya beliau dinobatkan sebagai pembentang terbaik muslimin Program Cerna Minda 2011! Tahniah Syed. Walaupun anugerah ini taklah sehebat anugerah Imam Muda tapi sekurang-kurangnya adalah juga aura Imam Muda tu kat Syed kita ni..hehe.

Tamat Program Cerna Minda, beralih pula ke Program Sukaneka Kanak-Kanak. Sayang sekali penulis ketika ini sudah keletihan tahap gaban (hehe...) Nak ambik gambarpun dah tak larat. Balik ke bilik, terus pejam! Makanya yang keluar kat sini adalah gambar padang dengan aksi anak sulung penulis sedang bermain volleyball..haha..(gambar diambil semasa sesi lawatan tak rasmi ke BKBR untuk persediaan KKP). Walaubagaimanapun acara Sukaneka Kanak-Kanak tetap berjalan dengan baik di bawah kelolaan jawatankuasa sukaneka. Terimakasih buat adik-adik fasilitator yang bertugas...

Badan dah penat, fikiranpun dah letih...nasiblah ada tempat melepaskan lelah. Time beraktiviti di sinipun, penulis tak sempat sertai. InsyaAllah kalau dah dapat gambar dari sahabat nanti, kita akan siarkan dalam post yang lain.

Malam menjelma. Majlis Makan Malam Ukhuwah pula mengambil tempat di Anjung Bahtera. Ramai VIP kita turut hadir.

Sambil menjamu selera, sambil dihiburkan dengan alunan nasyid...

Ini dia kumpulan nasyid utama dari Papisma Terengganu...hehe. Tak sangka pula anak-anak kita ni boleh tubuhkan pasukan nasyid yang sangat best! Siap dengan gaya yang pelbagai bersama alunan suara nan syahdu. Jangan tak tahu...diaorang ni berlatih sesama sendiri aja di malam pertama berada di BKBR!

Seterusnya, acara gilang-gemilang, Perasmian Buku Fiqh Perubatan telah disempurnakan oleh YB Dr Mohd Hatta. Barisan penulis yang hadir adalah Dr Harmy, Ustaz Syamsul Kamal dan Dr Rosediani. Tahniah buat mereka dan Papisma!

Bermula dari langkah pertama, akhirnya impian menjadi kenyataan! Lahirnya buku Fiqh Perubatan ini sebagai buku sulung Papisma pastinya menjadi pemangkin buat Papisma mengorak lebih jauh lagi dalam dunia penulisan.

1 Mei 2011

Kuliah Subuh terakhir di BKBR menghadirkan Al Fadhil Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dengan tajuk "Dicampak ke laut menjadi pulau, ke darat menjadi bukit."

Khusyuk sekali mereka mendengar...

Breakfast terakhir di BKBR. Saat-saat perpisahan kian terasa. Sedikit kesempatan yang ada ini diambil buat mendekati sahabat-sahabat yang entah bilalah akan bertemu lagi.

Bakal-bakal senator? Hehe...jangan marah ya Kak Long & Kak Jah tapi sememangnya kalian layak dengan gelaran itu!

Tiga dara ni lagi? Sorry...jangan marah. Dah ini jer gambar yang ada kat kamera Umminya...hehe.

Tibalah masanya untuk program terakhir KKP9 2011. Mesyuarat Agung Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad.

Orang kuat koperasi? Hehe....

"Abang Lan! Lepas ni saya nak hentam macam-macam kat koperasi ni. Abang Lan ready jerlah ya..." Hahaha...macam-macam versi perbualan boleh dibuat berdasarkan gambar ini. Hmm...bagus juga kalau gambar ini kita gunakan untuk pertandingan meneka perbualan...hehehe...

Ucapan perasmian AGM Koperasi oleh Tuan Haji Sabri, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Kelantan.

Inilah dia barisan ahli lembaga koperasi amal medik sesi 2010.

"Tahun ni beri ke orang lainlah pulak deh. Nyaknyer ke orang Tranung nok mari meeting koperasi jauh ngat.." Haha...itu ke yang diperkatakan Dr Wan Mohd Razin?

Dr Awisul : "Manalah pulak perginya point yang ana nak hentam ni?"

Hah! Dah jumpapun...hehehe..

Opps..tengok gambar ni baru perasan Dr Hisyampun datang. Wah! Semangat Dr Hisyam, tengah-tengah exampun sanggup luangkan masa. Sama semangatnya dengan Dr Al Aarifin di belakang tu. Walaupun terpaksa menggendong baby sepanjang program tapi hadir tetap hadir!

'Pelukan tubuh' yang membawa seribu maksud....

Aik? Forum Papisma Juniorpun ada? Hebat, hebat!

'Kedai' dah nak tutup...detik perpisahan semakin hampir. Terimakasih Kak Lin dan Shim atas khidmat wakil jualan Papisma Terengganu yang excellent!

Tahniah buat adik-adik students USM yang merupakan antara peserta paling awal menempah bilik untuk menyertai Konvensyen Papisma tanpa 'sponsoring'! "Macamana sekalipun, kita orang nak datang juga ni Kak Han. Nak bayar penuh!" Kalian benar-benar rijalullah...

Bergambar beramai-ramai usai AGM Koperasi. Sayangnya, ramai yang dah balik time ni. Apapun TAHNIAH kepada mereka yang setia sehingga ke akhir!

3 hari 2 malam berkampung di BKBR...akhirnya tibalah masa untuk kembali. "Ummi! Boleh tak Papisma buat konvensyen kat sini lagi lain kali?Bestlah kat sini!" Huhuhu...ni ayat yang tak tahan didengar nih...

Selamat Tinggal KKP9...Kau tetap dihatiku!
(Tak pasal-pasal gambar Tuan Haji Che Rahim ni pulak yang jadi ending...huhu...)


Akhir kalam, penulis siarkan semula tulisan Pengarah Program KKP-9, Dr Wan Mohd Razin, yang telah dipostkan ke email amalmedic yahoogroups di bawah tajuk 'Sekalung Penghargaan Seribu Pengharapan' :


Penghargaan yang ‘special’ juga ditujukan kepada adik-adik ISP – kesanggupan anda semua datang ke KKP-9 walau terikat dengan jadual pembelajaran yang ketat dan peperiksaan yang bakal menjelang amat dikagumi. Bayangkan bertolak selepas habis kelas petang di UM, dan sampai di BKBR jam 2.30 pagi, bukan calang-calang orang yang mampu dan sanggup melakukannya. Maaf kepada adik-adik yang terpaksa tidur di Madrasah Hamzah, kami tak sengaja, dah cuba call sahabat ISP UIA di Primula, namun keletihan mengatasi segala-galanya, tak termampu mereka jawab panggilan ana. Adik2 muslimat dari USM, sorry terpaksa menunggu lebih setengah jam di luar pintu bilik di Demong Resort – masalah pintu yang ‘pelik’ telah berlaku....ha3, thanks Hazizul for accompanying me. Pukul 1 pagi, baru dapat masuk bilik. Pelik.....pelik....pelik.


SPECIAL LAGI utk Abg Harmy, kali ini sebagai ‘Pengurus Besar’ Koperasi AmalMedik, mudah-mudahan AGM koperasi kali ini membuahkan hasil-hasil yang lebat, dipenuhi dengan janji-janji dan komitmen dari semua ahli, untuk memajukan koperasi. Insya Allah, tak lama lagi, HARAPAN akan tercapai. Sekalung tahniah juga di atas pelancaran Buku Fiqh Perubatan bersama-sama dengan pengarang-pengarang yang lain. Mudah-mudahan, akan ada lagi buku-buku baru selepas ini. Sahabat-sahabat lain patut terima cabaran ini. Kepada ahli-ahli koperasi, berilah sokongan yang tak berbelah bagi. Thanks for all, Abg Harmy, and sorry for everything.


Kepada SUK-SUK PAPISMA, thanks for coming. Syakir from Kelantan, ...... jealous we all, tengok kehebatan anta ‘menguruskan’ PAPISMA Kelantan. Blog yang anta jadi ‘moderator’nya begitu cemerlang dan memang layak memenangi anugerah Blog Terbaik. Hud Abu Siraj..... nama yang begitu laku kat amalmedic group, oooooh ini rupanya anta. Gembira dapat berkenalan secara fizikal, bukan lagi di alam maya. Mudah-mudahan semua mendapat manfaat dari KKP 9 ini, dan Hud, ambillah apa-apa pengajaran dan pengalaman dari kami ‘sekiranya perlu’ dalam mengendalikan KKP 10 yang akan datang.


Akhir kata, sekali lagi kami sampaikan penghargaan kepada semua, maaf jika ada salah dan silap, ada kekurangan terutamanya makanan (ingat nak hidangkan nasi dan ikan goreng kering je ...... macam tamrin-tamrin dulu-dulu), harap tak ada yang ikat perut kerana lapar. HARAPAN kami agar KKP 9, menjadi sesuatu yang sangat manis dalam segala-galanya untuk dikenangi, mudah-mudahan bertemu semula di Konvensyen Kebangsaan PAPISMA ke-10 di Johor Darul Takzim nanti, Insya Allah.


Wa ilal liqa’.


"KKP-9 Di Hatiku!"

Push-Up Arrow