Sebagaimana yang dijanjikan, Biro IT memaparkan sedikit gambar-gambar sekitar Program Korban Papisma Bersama Masyarakat pada 10 Zulhijjah 1430H yang lalu. Sesampainya kami ke lokasi, korban pertama dilakukan...
Lembu kuning Papisma baru saja dikorbankan.
Para petugas sukarelawan sedang melapah dagingnya...
...untuk dibahagi-bahagikan.
Lembu kedua (hitam) pula sedang bersedia untuk dibawa ke 'pusat penyembelihan'.
Mengikut saja ke mana akan dibawa...
Pengerusi Papisma Terengganu tidak ketinggalan merakamkan peristiwa itu menggunakan kamera videonya.
Bersama 3 orang anak daranya yang turut menjadi bodyguard. Hehe...
Lembu hitam Papisma ini ternyata bukan calang-calang lembu. Lebih sepuluh minit para petugas bertungkus-lumus untuk menumbangkannya...
Akhirnya berjaya juga kakinya dijerut...
Dan ditumbangkan...
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! begitulah laungan takbir sebelum melakukan penyembelihan.
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” (HR At-Tirmidzi)
“Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.” (HR Al-Hakim)
"Tak takut darah ke dik?" Anak-anak K. Han cukup setia bersama sehingga program selesai.
Lembu segera dilapah...
Pengarah Program, Dr. Md. Arif (baju coklat) turut membantu.
Sibuk benar Dr. Roslan (baju hijau) mengambil video bagi dijadikan kenangan. Kalau sempat masuk dalam Youtube ye...
Anggota lembu digantung bagi memudahkan untuk dipotong-potong dan diasing-asingkan. Mudah dan menjimatkan ruang. Macam penjual daginglah jugak kan...
Daging lembu pertama yang sudah siap dipotong-potong dibahagi tujuh dan ditimbang agar sama rata. Kelihatan Dr. Roslan, Dr. Md. Arif dan Dr. Nor Haizi turut membantu.
"Ish... tumpul pulak parang ni!"
Daging lembu kedua pula dibahagi-bahagi.
Ditimbang...
... dan diagih-agihkan menjadi tujuh bahagian.
Turut membantu dan memeriahkan program... hehe.. Dr. Norhaizi dan anaknya yang ketiga serta anak-anak K. Han.
Alhamdulillah, selesai sudah Program Korban Papisma Bersama Masyarakat kali pertama ini. Program yang telah dirancang sejak tahun lepas akhirnya berjaya dianjurkan pada tahun ini. InsyaAllah mudah-mudahan ia akan menjadi program tetap Papisma Terengganu untuk tahun-tahun akan datang.
Kuala Terengganu, 27 November 2009 (10 Zulhijjah 1430H)- Hari ini, Papisma Terengganu telah menempa satu sejarah baru apabila menjadikan Hari Raya Korban sebagai medan untuk berbakti kepada masyarakat. Hasil daripada kerjasama ahli-ahli Papisma Terengganu, Program Korban Papisma Bersama Masyarakat di bawah kendalian Dr. Md. Arif Ibrahim telah berjaya mengumpulkan kira-kira 100 ahli masyarakat yang miskin untuk menerima daging korban. 2 ekor lembu telah dikorbankan di perkarangan rumah ibu Dr. Md. Arif sendiri, di Kg. Titian Baru, 8 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Hasil kerjasama penduduk setempat, kerja-kerja menyembelih, melapah dan membahagikan daging yang dimulakan kira-kira pukul 3 petang itu telah selesai kira-kira pukul 4.30 petang.
Seterusnya, daging-daging itu dibungkus di dalam bekas-bekas kecil untuk diserahkan kepada wakil petugas untuk diedarkan kepada mereka yang telah disenaraikan.
Meskipun kehadiran wakil Papisma tidak menggalakkan ekoran terpaksa balik ke kampug masing-masing pada Hari Raya Aidil Adha ini, namun program telah dimeriahkan oleh penduduk setempat yang ringan tulang membantu sebagai amal bakti pada hari yang mulia ini.
Pengerusi Papisma Terengganu, yang juga turut hadir ke program ini melahirkan rasa syukur kerana program yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan daripada ahli-ahli. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Program, Dr. Md. Arif Ibrahim di atas cetusan idea dan kesungguhannya telah menjayakan program seumpama ini.
Mudah-mudahan program seumpama ini akan dapat menjadi program tahunan Papisma Terengganu dan menjadi contoh kepada Papisma cawangan lain demi kepentingan masyarakat miskin dan marhain.