Saturday, October 31, 2009

PAPISMA Terengganu Terus Pro-Aktif

(Biro IT)

Kuala Terengganu, 30 Okt. 2009 - PAPISMA Terengganu sekali lagi melakukan langkah proaktif dengan menganjurkan program 'PAPISMA Berkhidmat Masyarakat Sihat' bersama masyarakat Kg. Banggol Peradong pagi ini.

Program yang dianjurkan bersama JK Penduduk dengan kerjasama Pejabat DUN Teluk Pasu telah berjaya diadakan bermula 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari itu berjaya menarik kira-kira 100 orang penduduk. Meskipun hujan turun agak lebat, namun mereka tetap hadir untuk mengikuti program bersama ahli-ahli PAPISMA.

Program ini telah diadakan di surau Taman Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Banggol Peradong. Ia telah dimulakan dengan ucapan Penasihat PAKR, Ceramah Kesihatan oleh Dr. Salman Amiruddin berkaitan kanser payudara, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan payudara dan disudahi dengan jamuan ringan.


Wakil penduduk PAKR, En. Yusof amat berpuas hati dengan program yang diadakan dan berharap PAPISMA dapat mengadakan program seumpama itu pada masa akan datang.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan dalam program tersebut:

"PAPISMA Berkhidmat Masyarakat Sihat" - Begitulahnya 'gah' dan cerianya banner yang dinaikkan untuk program kali ini.

Bahagian pendaftaran sedang bersedia menunggu ketibaan penduduk kampung.

Antara AJK Papisma yang hadir bagi membantu program kali ini. Dari kiri Dr. Hashimah (baju oren), Dr. Husna (terlindung) dan Pn. Siti Nuraini (Bendahari Papisma Terengganu).

Segaknya...Dr. Ahmad Faizal orang yang menguruskan hal-hal Khidmat Kesihatan PAPISMA Terengganu dari mula sehingga akhir. Nampak begitu bersemangat untuk memulakan khidmat.

Teliti... Dr. Zaihan Salleh (Bendahari PAPISMA Pusat merangkap Penolong Bendahari PAPISMA Terengganu) yang sentiasa ringan tulang untuk turut sama memeriahkan program sekiranya program diadakan pada hari cuti seperti ini.

Ehm ehm... janganlah serious sangat... Dr. Roslan (Pengerusi PAPISMA Terengganu) juga turut hadir untuk memastikan program yang dianjurkan ini berjaya.

Di bahagian tepi surau, kelihatan petugas dari kalangan JK Penduduk sedang sibuk menyediakan persiapan bagi jamuan ringan.

Sebelum majlis bermula, Dr. Salman kelihatan sedang bersedia dengan LCD untuk memberikan ceramah kesihatan.

Alamak! Ada masalah besar ke? Apa tak besarnya... benda utama ni...alat visual tak berfungsi... Apa yang rosak ye? Barangkali itulah yang sedang diperkatakan. Bertungkus-lumus sekali Dr. Salman dan Dr. Roslan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah itu.

Majlis dimulakan dengan ucapan Penasihat Penduduk PAKR, Tuan Hj. Nazri yang juga merupakan imam di surau ini.

Kelihatan di sebelahnya AJK Penduduk PAKR sedang khusyuk mendengar taklimat.

Ceramah kesihatan dimulakan. Ehm.. tak berjaya juga menggunakan alat visual (LCD) yang sepatutnya menjadikan ceramah lebih menarik. Apa nak buat...

Sebahagian hadirin yang datang awal dalam keadaan hujan mencurah-curah.

Dr. Salman meneruskan ceramahnya yang berlangsung kira-kira 20 minit. Nampak kat dinding tu? Buat simbol yang alat tu dah disediakan, cuma tak berfungsi... Taklah penduduk kampung salahkan kita orang... hehe..

Khusyuk mengikuti ceramah. Nampak tak seorangpun yang tidur. Tengoklah siapa yang ceramah... Jangan jealous!

Sebaik selesai ceramah, kaunter pemeriksaan diserbu! Makcik-makcik dan kakak-kakak semua kena daftar dulu yer... kelihatan Dr. Zaihan (kiri) dan Dr. Siti Sarah sedang memeriksa dan melayani 'pengunjung'.

Sabar...sabar... Dr. Husna yang dibantu oleh Pn. Siti Nurain sibuk bertugas di bahagian ubat. Di sebelah dinding tu adalah bilik yang disediakan untuk pemeriksaan payudara. Kru kami taklah tergamak nak masuk! Hehe... Terdapat sekurang-kurangnya seorang pengunjung terpaksa dirujuk ke hospital kerana terdapat breast lump. Nasib baik kami datang... Alhamdulillah...

Panjanglah pulak beratur ye... Kalah OPD ni! Sebab kat OPD tak beratur... hehe.. Biarpun terpaksa beratur, mereka tetap setia menunggu.

Sesudah menjalani pemeriksaan, mereka dijamu pula dengan jamuan sederhana berat. Tengahari ni tak payahlah susah masak ye makcik...

Ramai juga anak-anak muda yang biasanya kurang cakna dengan kesihatan, tetapi hari ini mereka datang untuk mengetahui status kesihatan mereka.

Dr. Ahmad Faisal terpaksa campur tangan meladeni pengunjung yang perlukan penjelasan lebih lanjut.

Habis pengunjung, petugaslah pulak kena screen... hehe... biasalah tu kan. Pemeriksaan kepada seorang petugas sedang dilakukan. Lepas ni cek payudara pulak ye kak. Barangkali itulah nasihat Dr. Siti Sarah.

Dr. Roslan sedang melayani Pak Usop (En. Yusof), orang yang bertanggungjawab melakukan promosi di kawasan ini. Nasib baik hujan doktor, kalu tak ramai lagi ni... Nasib baik? Yelah, kalau ramai lagi, bakal solat Jumaat kat surau nilah... hehe..

Nah! Giliran kami pulak posing. Penat you! Sampai berminyak-minyak muka... Inilah sebahagian team petugas yang bertugas hari ini. Dari kiri: Dr. Husna (pegawai pergigian), Dr. Hashimah (pegawai perubatan), Pn. Siti Nurain (pegawai pemakanan) dan Dr. Siti Sarah (pegawai perubatan).


No comments:

Push-Up Arrow