21 April 2020
Wakil-wakil PAPISMA Terengganu dan Yayasan Amal Terengganu sedang bersedia untuk bergambar bersama Pengarah HSNZ bersama sumbangan. |
KCP ini dihasilkan dengan anggaran kos sebanyak RM2500 yang disumbangkan oleh orang ramai dan badan-badan yang prihatin dalam membantu anggota barisan hadapan menangani wabak ini.
Dengan kerjasama Yayasan Amal Terengganu, proses penyerahan KCP ini telah dapat disempurnakan dengan lancar melalui majlis ringkas yang diadakan oleh pihak HSNZ sendiri. Penyerahan ini dilakukan oleh Pengerusi PAPISMA Terengganu, Dr. Mujahid Fauzi b. Sulong kepada pihak HSNZ yang diwakili oleh Pengarah Hospital iaitu YBhg. Dr. Amizan bt. Mohamed.
Berikut adalah sebahagian dari rakaman dan gambar-gambar di dalam majlis tersebut.
Dr. Mujahid sedang menyusun kotak berisi PPE. Di belakangnya ialah Dr. Amizam, Pengarah HSNZ. |
Dr. Mujahid sedang menyampaikan gimik sumbangan kepada Pengarah HSNZ, Dr. Anizam. |
Wakil-wakil Yayasan Amal sedang membawa masuk Kubikel Covid PAPISMA ke dalam bangunan hospital sambil diperhatikan oleh Dr. Mujahid (kiri). |
Pasukan Yayasan Amal Terengganu mengambil gambar kenangan bersama Dr. Mujahid. |
Gambar kenangan bersama kotak-kotak sumbangan. |
Gimik... Pengarah Hospital sedang mencuba menggunakan Kubikel Covid PAPSIMA. |
En. Nawawi (Cikgu Nawi), berkopiah adalah tulang antara tulang belakang Yayasan Amal Terengganu dalam majlis ini. |
Posing terakhir sebelum majlis bermula. |
No comments:
Post a Comment