Biro IT
Dr. Wan Razin sedang mempengerusikan majlis dan menyampaikan alu-aluan. |
Sambutan itu telah diadakan di Dewan Walit, Kg. Durian Mas Manir yang dihadiri kira-kira 100 orang ahli termasuk anak-anak. Ia bermula dengan solat Maghrib berjamaah yang diimami oleh Al-Fadhil Ust. Shauqi Abd Rahman, bekas imam Majlis Agama Islam Terengganu yang juga merupakan suami kepada ahli PAPISMA Terengganu sendiri.
Ust, Shauqi sedang menyampaikan tazkira.. |
Khusyuk... masing-masing mendengar dengan penuh teliti apa yang sedang disampaikan. |
"Kita perlu menjadi role model..." Prof Dr. Harmy sedang memberikan amanat dan nasihat. |
1. Bercakap benar. Kita dituntut untuk bercakap yang benar sahaja walau dalam apa keadaan sekalipun meskipun itu bagi kita akan menjejaskan pandangan orang lain terhadap kita. Tetap pandangan Allah tidak begitu. Sekali kita bercakap bohong, kita akan lebih mudah untuk berbohong apatah lagi bila kita menjadi ketua dan memikul tanggungjawab yang lebih besar. Bohong adalah ciri-ciri seorang munafik.
2.
Buang hasad dengki. Hasad dengki bermula apabila kita tidak boleh
menerima pendapat orang lain atau tidak boleh menerima kelebihan orang
lain. Kita menganggap diri kita lebih baik dan sempurna. Akhirnya
wujudlah perasaan hasad dengki sehingga kadangkala kita tidak
menghormati ketua dalam jabatan, pemimpin dalam organisasi dan
sebagainya.
Dr. Mujahid sedang menyampaikan beberapa pengumuman. |
Jom makan - Hadirin sedang menjamu selera pelbagai juadah yang disediakan. |
5. Bersifat mahmudah tinggalkan mazmumah. Jangan fikirkan diri sendiri sahaja. Setiap perbuatan yang ingin kita lakukan fikirkan apa perasaan orang lain. Jika ianya boleh menyinggung hati dan perasaan orang lain, tinggalkanlah. Tanamkan sentiasa sifat malu dan lemah lembut.
Prof Harmy menyimpulkan bahawa persatuan dan negara ini memerlukan ahli-ahli yang baik dan kompeten. Jadi kita perlu menjadi ahli persatuan dan ahli masyarakat yang baik dengan mempertingkatkan kualiti.
Seterusnya para hadirin bersolat Isyak secara berjemaah yang juga dipimpin oleh Ust. Shauqi. Sesudah itu para hadirin telah dijamu dengan pelbagai jenis juadah yang disediakan oleh AJK PAPISMA Terengganu yang berkaitan.
Mudah-mudahan pertemuan santai dalam majlis yang penuh barakah ini akan menjadi titik mula bagi melonjakkan semangat dan kerjasama untuk berbakti kepada masyarakat.
Amiin...
No comments:
Post a Comment