Alhamdulillah PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan liqa' serta jamuan mahabbah PAPISMA Terengganu pada 27 Jun 2013 (Khamis) lepas. Majlis itu bermula dengan solat Isyak berjamaah yang diimami oleh Al-Fadhil Ust. Ismail Dagang.
Program tersebut juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana lebih 30 keluarga telah hadir bersama keluarga.
Berikut adalah bebrapa foto yang sempat dirakam sempena majlis tersebut.
Ust. Ismail Dagang sedang bersedia untuk memberi tazkirah. |
Dr. Wan Mohd Razin (kanan) sedang mempengerusikan majlis. |
Para peserta sedang khusyuk mendengar tazkirah. |
Muka-muka baru dan lama serta anak-anak juga turut serta. |
Sambil mendengar tazkirah sambil menjaga anak-anak. |
Khusyuk ke muslimat kat belakang tu? Sibuk bermesyuarat? Hehe.. |
"Di Ambang Ramadhan" - Tajuk yang cukup menarik dikupas oleh Ust. Ismail. |
Masa menghilangkan mengantuk tiba. Jamuan nasi arab special! |
Sedap tak Tuan Fairuz? Mungkin itu yang ditanya oleh mantan Presiden Papisma, Dr. Suhazeli yang datang jauh dari Sabah. |
Makan berjemaah tapi berselerak.... hehe... |
Sambil makan sambil bercerita... |
Dr. Termizy yang baru sampai dari Kelantan bersama isteri Dr. Aniza dan anak-anak mereka juga sempat bersama. |
Best! Best!... Muslimat makan berjemaah dengan kaum ibu di belakang. |
"Makan banyak sikit deh... banyak ni nak kena perabih..." Sibuk benar Dr. Nor Haizi melayan 'tetamu'. |
Meriah sekali-sekali dapat bersama. Tudung sedondon warna merah tu rasanya macam kenal...hehe... |
Aaahhh betul doh... Kak han sebagai tuan rumahpun tak ketinggalan makan bersama. |
Ust. Ismailpun terpaksa beratur? Inilah namanya pemimpin berjiwa rakyat...hehe... |
Ambik banyak sikit ust... memang sedap nasi arab kali ni... |
Ni muslimin (ahli dan Ahli Bersekutu Papisma Terengganu) paling senior...Mr. Husain (kiri) dan Ust. Alias suami K. Long (ahli bersekutu). |
No comments:
Post a Comment