5 Julai, 2013 - Alhamdulillah, PAPISMA Terengganu meneruskan aktiviti khidmat masyarakat melalui pemeriksaan kesihatan dan rawatan percuma kepada penduduk Kg. Baru Serada, Kuala Terengganu.
Kali ini seramai lapan orang ahli PAPISMA telah memberikan tenaga mereka bagi menjayakan program tersebut. Program tersebut telah diberikan sambutan yang agak menggalakkan di mana kira-kira tujuh puluh orang telah menerima rawatan.
Program telah berakhir kira-kira pukul 11.15 pagi. Semua petugas telah dijamu dengan hidangan tengahari.
Kelihatan Dr. Zaihan dan Dr. Md Arif sedang bersedia menerima kedatangan pengunjung. |
En. Mohd Shawal sedang bersedia bagi memulakan pemeriksaan. |
Dr. Karimah juga turut serta. |
Dr. Nor Haizi sedang sibuk melayani pesakit di meja farmasi. |
Meja Pendaftaran. |
Berehat... beberapa orang pengunjung yang sudah menerima rawatan berehat di tangga masjid. |
Nasihat ... Kak han sedang memberikan kaunseling kepada seorang pengunjung. |
InsyaAllah, bulan hadapan program seumpama ini akan dilaksanakan lagi meskipun pada bulan Ramadhan. semoga usaha sedikit ini akan dinilai oleh Allah SWT sebagai amal soleh. Amin.
No comments:
Post a Comment