Saturday, August 25, 2012

Majlis Sambutan Aidilfitri PAPISMA Terengganu Meriah

Biro IT

Marang, 6 Syawal 1433H / 24 Ogos 2012 - PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri di Angulia Beach Resort di sini malam tadi. Majlis santai dan penuh mesra itu telah bermula sebaik sahaja solat Isyak berjamaah di surau resort tersebut.

Program yang diadakan di perkarangan resort itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan meskipun diadakan pada waktu malam di mana kira-kira 70 orang hadir termasuk kanak-kanak dari hampir 30 keluarga ahli PAPISMA termasuk dari Kuala Berang, Kemaman dan ahli lama dari Kuala Lumpur.

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Program merangkap Timbalan Pengerusi PAPISMA Terengganu Dr. Wan Mohd Razin b. Wan Hassan, seterusnya tazkirah ringkas disampaikan oleh Dr. Tuan Mohd Fairuz Tuan Ismail, mantan Ketua Generasi Muda PAPISMA (GMP) Malaysia.

Sambil bermaafan dan menjamu selera, majlis yang diiringi dengan lagu-lagu raya sebagai latarbelakangnya itu terasa meriah dan ceria. Anak-anak berlari-lari dan berkejaran sambil bermain gelongsor, buai dan sebagainya di taman permainan bersebelahan.

Dr. Wan Mohd Razin sedang menyampaikan ucapan alu-aluan
Kelihatan Dr. Karimah, Dr. Norhigrayati dan Dr. Sharifah Azizah bersama
anak-anak mereka.

Kak Han dan keluarganya juga turut hadir.

Adik-adik HO dan MO juga tidak ketinggalan.

Khusyuk mendengar tazkirah.

Dr. Mat Noh Karim turut hadir dari Kemaman.

"Mudah-mudahan Ramadhan akan menjadikan kita lebih bersemangat dalam
berkhidmat untuk agama Allah SWT" Dr. Tuan Fairuz sedang memberikan
tazkirah.


Anak-anak sedang bermain dengan cukup gembira.

Berbagai permainan disediakan sehingga ada yang tak mahu balik.

Anak-anak Kak Han yang turut serta.

Dr. Md Arif Ibrahim, Pengerusi PAPISMA Terengganu sedang mengambil
makanan.

Hadirin mengambil juadah yang disediakan.

Wakil Kemaman - Dr. Ahmad Wazi dan Dr. Mat Noh Karim.


Pos kenangan istimewa - Dr. Wan Mohd Razin, Dr. Rozi dan Dr. Suhazeli
yang merupakan para otai PAPISMA Terengganu.


"Sedap nasi minyak ni..." Kelihatan Dr. Suhazeli dan Dr. Tuan Fairuz
sedang mengambil hidangan.

Dr. Ahmad Faizal, bekas Pegerusi SMART PAPISMA pertama
turut hadir dari Kuala Lumpur.


"Lama tak jumpa..." Kak Badariah (isteri Dr. Mat Noh) sedang berbual
dengan Kak Han. Di kiri Kak Han kelihatan isteri Dr. Ahmad Wazi
ahli farmasi Hospital Kemaman.

Dr. Tuan Norizan sedang melayan anak-anaknya.

Suasana meriah di majlis aidilfitri yang muhibbah...

Kelihatan Dr. Ahmad Fardi sedang menjamu selera sambil mendokong anaknya
yang baru dua hari diaqiqahkan.

Dr. Karimah bersama suami dan anak-anak.


Dr. Zafferina Zulghaffar (isteri Dr. Ahmad Faizal), Exco PAPISMA Malaysia
turut hadir dari Kuala Lumpur.


Mr. Husain Mohamad bersama isteri dan anak-anak.

"Kena makan banyak sikit ni.. nak cover sebab jauh datang ni..."
Dr. Ahmad Wazi.


Dr. Mujahid dan isteri turut hadir meskipun agak lewat.
"Alhamdulillah... dah kenyang.." Abang Lan dan Dr. Md Arif.


Pos istimewa... Kelihatan Dr. WM Razin, Dr. Ahmad Wazi, Dr. Mujahid,
Dr. Md Arif, Dr. Mat Noh, Dr. Ilham, Dr. Roslan, Dr. Suhazeli,
Dr. Rozi dan Mr. Husain (kenal sendiri ye..)

Satu lagi pos istimewa. Dr. Mat Noh, Dr. Suhazeli, Mr. Husain, Dr. WM Razin,
Dr. Roslan dan Dr. Rozi.


Sibuk... Dr. Tuan Norizan sedang membungkus nasi dan juadah yang tak habis.

Dr. Tuan Sharifah dan Kak Han turut membantu.



"Alhamdulillah... dah selesai." Kelihatan Dr. Nor Haizi yang masih kepenatan
baru saja tiba kerana terpaksa run clinic, setelah semuanya selesai.
Beberapa keluarga telah menginap di resort ini iaitu Dr. Md Arif, Mr. Husain dan Dr. WM Razin serta keluarga masing-masing.

Perancangan awal sambutan kali ini adalah bersekali dengan mini family day. Namun kerana masing-masing kesibukan, apatah lagi masih dalam suasana hari raya serta berbagai masalah lain, hanya tinggal 3 keluarga yang menginap.

Mudah-mudahan majlis yang sederhana ini akan mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT dalam mengukuhkan tali silaturrahim sesama ahli PAPISMA Terengganu.

Tuesday, August 21, 2012

PENJAGAAN MATA SEPANJANG HAYAT

(Biro Akademik) 

Mata adalah  satu dari lima pancaindera anugerah dari Allah yang  amat  penting. Organ yang  kecil ini telah mula terbentuk di alam rahim di peringkat awal pembentukan janin  iaitu pada minggu keempat kandungan. Pada masa itu biasanya ibu  belum lagi menyedari kehamilannya. Ia  berfungsi seperti kamera  yang sangat sempurna dan   menakjubkan yang membuktikan kebesaran dan  kebijaksanan Allah s.w.t. Dengan organ tersebut   dapatlah kita  mengetahui  perkara yang berlaku  di sekeliling   bagi  membantu  kita menjalankan dua  amanah yang besar  iaitu sebagai hamba yang perlu membuat amal ibadat dan  sebagai khalifah bagi membangun serta memakmurkan alam ini.

Struktur mata

Apabila  kita melihat sesuatu objek, melalui anak mata yang boleh menukar saiz untuk mengawal cahaya yang memasuki mata. Gelombang  cahaya  dari objek tersebut akan memasuki  bola mata dan akan  di fokus  ke retina  yang  akan  menukarkan cahaya  kepada bentuk  gelombang eletrik. Melalui saraf optik, signal  akan dihantar ke otak bagi proses pengecaman dan penterjemahan  serta memberi maklumat yang bermakna tentang objek yang dilihat. Proses yang sangat rumit ini berlaku dalam kadar lebih pantas dari sekelipan mata.
Organ kecil yang menakjubkan ini dibentuk oleh struktur   kornea, kanta, vitreous, saraf retina, choroid,  sclera dan saraf optik. Kerosakan dalam mana- mana struktur  ini akan menyebabkan masalah penglihatan dan bahkan boleh menyebabkan kebutaan. Sebagai contoh, bila  kanta mata yang pada asalnya jernih menjadi keruh terjadilah penyakit yang  disebut sebagai selaput (katarak). Dalam keadaan ini, cahaya tidak dapat memasuki mata  dan menyebabkan penglihatan terganggu atau kebutaan. Dalam kes kerosakan saraf retina seperti dalam  pesakit diabetis, cahaya yang memasuki mata tidak dapat ditukar ke bentuk gelombang eletrik. Oleh yang demikian tiada maklumat yang sampai ke otak. Dalam penyakit glaukoma, tekanan mata yang tinggi secara berpanjangan akan merosakkan saraf optik yang akan menghalang penghantaran  signal ke otak. Kebutaan disebabkan kerosakkan saraf optik adalah kekal iaini penglihatan tidak dapat dipulihkan  kembali walaupun setelah dirawat mahupun dibedah.

Katarak menghalang cahaya memasuki mata.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Mengikut kajian, 80% kebutaan di seluruh dunia sebenarnya boleh dicegah dan dirawat. Sebagai contoh, kebutaan yang disebabkan oleh katarak boleh dielakkan  sekiranya penyakit itu dikesan dan dirawat awal sebelum pesakit itu buta. Hilang penglihatan akibat diabetis dapat dielakkan sekiranya   kita mengamalkan gaya hidup sihat serta mengambil berat tentang penjagaan pemakanan dan berat badan  dari awal usia. Kebutaan kekal akibat glaukoma pula dapat dicegah sekiranya pesakit menjalani saringan mata bagi pengesanan awal. Begitu juga kebanyakkan kebutaan akibat   kecederaan dapat dielak dengan penggunaan alat pelindung mata dan pemakaian talipinggang keselamatan. 
Langkah dalam penjagaan mata sepanjang hayat

1.Banyakkan  makan sayur, buah buahan dan ikan
 
  Buah- buahan dan sayuran yang  berbagai warna kaya dengan antioxidant yang membantu mencegah kerosakan  kanta dan  saraf retina. Kajian membuktikan bahawa  pengambilan antioxidant dapat menghalang pembentukan katarak. Antara  antioxidant yang penting untuk mata ialah Lutein and zeaxanthin. Kedua dua caretinoid ini banyak terdapat dalam  sayuran  seperti bayam, brokoli, labu dan sawi. Bahan ini penting untuk menapis cahaya biru yang merbahaya  serta mengurangkan  kerosakan  sel sel oleh  radikal bebas. Pengambilan makanan yang kaya dengan lutein and zeaxanthin dapat menurunkan risiko katarak dan kerosakan makula (Age related macular degeneration). Omega -3 yang banyak terdapt dalam ikan juga sangat baik untuk retina dan boleh mengurangkan risiko kerosakan makula iaini kawasan  yang terpenting bagi ketajaman penglihatan dan warna .

2.Guna cermin mata pelindung.
 
Pancaran  ultravilet (UV) boleh menyebabkan katarak  dan kerosakan retina. Penggunaan  cermin  yang  mempunyai  pelindung UV dari usia muda dapat mengurangkan risiko penyakit  tersebut. Perlu diketahui bahawa cermin mata yang gelap  tidak semestinya dapat  memberi perlindungan yang sepatutnya. Oleh yang demikian adalah penting  untuk mendapat maklumat yang tepat dari optician atau optometrist  sebelum  membeli cermin mata..
 
3.Amalkan gaya hidup sihat dan kekalkan berat unggul anda. 

Amalan ini  penting untuk menghindar dari penyakit kronik seperti  diabetis, hypertensi dan hypercholestrol.  Bagi mereka yang  telah mengidap penyakit tersebut, pastikan ianya dikawal dengan baik untuk menghindar dari komplikasi seperti diabetik retinopathy dan katarak. Sekiranya mengalami obesiti   kurangkan  berat badan secara perlahan dengan menurunkan pengambilan kalori dan membuat senaman secara  teratur. Berhenti merokok kerana orang yang merokok lebih berisiko mendapat katarak dan kerosakkan retina. Sekiranya sukar, mohon bantuan dari doktor  untuk meninggalkan tabiat ini

4.Pemeriksaan mata.
 
 Pemeriksaan mata penting bagi memastikan penyakit di kesan dan dirawat awal. Ini penting kepada mereka yang mempunyai risiko kebutaan  seperti  pengidap diabetis, mempunyai ahli keluarga glaukoma, pernah mengalami kecederaan mata dan mereka yang mengambil ubat ubat  yang boleh mempunyai kesan ke mata  seperti steroid dan ubat tuberculosis (anti TB). Pengidap diabetis disarankan menjalani pemeriksaan mata sekurang kurangnya sekali setahun walaupun tidak mempunyai masalah penglihatan.
5. Kawal  penyakit . Bagi  yang   mengidap penyakit seperti diabetis, hypertension hypercholestrol,  pastikan  ianya dikawal dengan baik untuk menghindar dari komplikasi seperti diabetik retinopathy dan katarak. Jumpa doktor secara berkala dan ambil rawatan seperti yang dinasihatkan.
Kesimpulannya bagi mendapat penglihatan yang baik sepanjang hayat, banyakan pengambilan sayur, buah-buahan dan ikan. Guna cermin mata pelindung, amalkan cara hidup sihat dan selamat.

Dr Nor Higrayati bt Ahmad Kasah
Pakar Perunding Oftalmologi
Hospital Sultanah Nur Zahirah



Monday, August 13, 2012

Majlis Ifthar Dan Solat Terawih PAPISMA Terengganu

29 Julai, Ahad - Hari ini PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih di rumah Dr. Roslan / Dr. Zaihan di Kg. Durian Mas, Manir. Kuala Terengganu. Seramai lebih kurang 70 orang ahli PAPISMA Terengganu termasuk suami isteri dan anak-anak  termasuk naqib, Ust. Ismail Dagang dan keluarganya serta jemputan khas wakil dari Servier yang telah menaja sebahagian besar perbelanjaan majlis ini turut hadir bagi mengimarahkan majlis tersebut.

Majlis tersebut yang diadakan secara santai di dewan kuliah di belakang rumah Dr. Roslan / Dr. Zaihan dimulakan dengan tazkirah ringkas. Seterusnya para hadirin berbuka puasa dengan kurma dan air zamzam, solat maghrib dan menjamu selera dengan nasi arab yang semakin mendapat tempat di negeri ini.

Ustaz Ismail sedang menyampaikan tazkirah.
Khusyuk. Kelihatan dari kiri menghadap kamera Dr. Tg. Kadir,
Abang Ust. Ismail, Adik Dr. Hazizul, Dr. Suhazeli, Dr. Md Arif, Ust. Ismail
Dagang.  Membelakangkan kamera dari kiri Hj. Sabri (suami
Dr. Azlin, Dr. Hazizul dan Dr. W. M. Razin.

Kelihatan muslimat yang duduk di sebelah belakang bersama anak-anak.
Tulang belakang persediaan - Kak Han sedang menyusun hidangan.
    
... Alhamdulillah dibantu oleh dua orang anak daranya yang tinggal dan
bibik yang sedang sibuk di dapur.
 Solat terawih pula telah diimamkan oleh Dr. Wan Mohd Razin, Timbalan Pengerusi PAPISMA Terengganu kerana Ust. Ismail terpaksa menghadiri program yang telah dijadualkan. Seramai lebih kurang 15 orang yang dapat bersama pada program solat terawih PAPISMA Terengganu yang julung-julung kali diadakan ini.

Mudah-mudahan majlis yang sederhana ini akan mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak penaja, ahli-ahli PAPISMA Terengganu dan semua yang hadir serta mereka yang menjayakan majlis ini. InsyaAllah tahun hadapan, mereka semua akan kembali lagi ke sini dengan jumlah penyertaan yang lebih besar.


Push-Up Arrow