Monday, August 13, 2012

Majlis Ifthar Dan Solat Terawih PAPISMA Terengganu

29 Julai, Ahad - Hari ini PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih di rumah Dr. Roslan / Dr. Zaihan di Kg. Durian Mas, Manir. Kuala Terengganu. Seramai lebih kurang 70 orang ahli PAPISMA Terengganu termasuk suami isteri dan anak-anak  termasuk naqib, Ust. Ismail Dagang dan keluarganya serta jemputan khas wakil dari Servier yang telah menaja sebahagian besar perbelanjaan majlis ini turut hadir bagi mengimarahkan majlis tersebut.

Majlis tersebut yang diadakan secara santai di dewan kuliah di belakang rumah Dr. Roslan / Dr. Zaihan dimulakan dengan tazkirah ringkas. Seterusnya para hadirin berbuka puasa dengan kurma dan air zamzam, solat maghrib dan menjamu selera dengan nasi arab yang semakin mendapat tempat di negeri ini.

Ustaz Ismail sedang menyampaikan tazkirah.
Khusyuk. Kelihatan dari kiri menghadap kamera Dr. Tg. Kadir,
Abang Ust. Ismail, Adik Dr. Hazizul, Dr. Suhazeli, Dr. Md Arif, Ust. Ismail
Dagang.  Membelakangkan kamera dari kiri Hj. Sabri (suami
Dr. Azlin, Dr. Hazizul dan Dr. W. M. Razin.

Kelihatan muslimat yang duduk di sebelah belakang bersama anak-anak.
Tulang belakang persediaan - Kak Han sedang menyusun hidangan.
    
... Alhamdulillah dibantu oleh dua orang anak daranya yang tinggal dan
bibik yang sedang sibuk di dapur.
 Solat terawih pula telah diimamkan oleh Dr. Wan Mohd Razin, Timbalan Pengerusi PAPISMA Terengganu kerana Ust. Ismail terpaksa menghadiri program yang telah dijadualkan. Seramai lebih kurang 15 orang yang dapat bersama pada program solat terawih PAPISMA Terengganu yang julung-julung kali diadakan ini.

Mudah-mudahan majlis yang sederhana ini akan mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak penaja, ahli-ahli PAPISMA Terengganu dan semua yang hadir serta mereka yang menjayakan majlis ini. InsyaAllah tahun hadapan, mereka semua akan kembali lagi ke sini dengan jumlah penyertaan yang lebih besar.


No comments:

Push-Up Arrow