(Biro IT)
Sukar untuk digambarkan keseronokan yang dirasai oleh ahli-ahli PAPISMA Terengganu yang telah meluangkan masa bercuti ke Pulau Kapas, Marang, Terengganu pada 1-2 Jun semalam. Program yang pada asalnya adalah dirancang untuk Hari Keluarga PAPISMA Terengganu, namun oleh kerana berbagai halangan yang terpaksa dihadapi oleh ahli-ahli yang lain, akhirnya program ini menjadi satu Program Percutian Keluarga PAPISMA Terengganu. Kalau Hari Keluarga kita selalu panggil EFDI, jadi eloklah Percutian Keluarga kita panggil PEKA. Berbeza dengan EFDI, PEKA adalah program yang sangat santai. Tiada program khusus yang dirancang oleh pihak penganjur. Ia adalah program merehatkan minda. Penganjurpun tidak perlu stress dengan berbagai persediaan, pesertapun tidak perlu stress kerana mengejar masa.
|
Dr. Majidah dan Ust. Mohd Najib serta anak-anak mereka. |
Kami bertolak selepas solat Jumaat. Tiba di Jeti Marang, pada pukul 2.30 pm, bot MGH Kapas Coral Beach telah sedia menunggu. Kami terus begegas mencari tempat parking di celah-celah tempat parking yang telahpun penuh. Musin cuti sekolah menyebabkan ramai pelancong yang mengisi percutian mereka untuk turut sama ke destinasi yang sama.
|
Dr. Roslan terpaksa duduk di belakang sekali. Tempat duduk nilah
paling best! Dapat melihat suasana dengan jelas. |
Kami meninggalkan jeti Marang kira-kira pada pukul 2.40 pm. Bot yang sendat dengan penumpang itu bergerak sederhana meninggalkan jeti menuju ke Pulau Kapas yang jaraknya kira-kira 6.5 km. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit.
|
Jeti Marang yang semakin jauh ditinggalkan. |
|
Dr. Md. Arif, ketua rombongan PEKA kali ini. |
|
Kak Han dan anak-anak tidak ketinggalan. Kali pertama bercuti ke pulau. |
|
Dr. Mohd Ilham Ismail bersama isteri dan tiga orang anaknya juga turut serta. |
|
Dr. Nor Haizi membawa seluruh keluarganya termasuk bibik dan anak kecilnya. |
|
Kapas Coral Beach Resort kelihatan dari kejauhan. |
|
Dah sampai... Kelihatan Dr. Nor Haizi menuruni tangga sambil dibantu
oleh anak-anaknya. |
|
Jom! Sungguh bersemangat anak-anak K. Han untuk memulakan
percutiandi pulau ini. |
Kira-kira pukul 3 pm, kami mendarat di hadapan Makcik Gemuk Beach Resort, namun kami menyewa di Kapas Coral Beach Resort yang terletak bersebelahan sahaja. Tiada jeti di situ kerana lautnya sangat landai. Para penumpang turun dengan bantuan tangga kayu yang boleh dialih-alih. Ini menyebabkan kawasan peranginan ini tiada gangguan jeti. Ianya harmony with nature...
|
Kapas Coral Beach Resort - papantanda yang terpampang di atas
restoran jelas kelihatan. |
|
Inilah rumah kecil tempat penginapan setiap keluarga. |
Kira-kira pukul 3.15 pm, kami telah mendapatkan bilik masing-masing. Biliknya merupakan sebuah rumah (resort) yang luasnya kira-kira 18x18 kaki persegi. Ada satu katil double dan satu katil single dan satu bilik air. Biliknya agak selesa kerana ada aircond disediakan dan sebuah televisyen.
Kami merehatkan diri sementara menunggu waktu Asar. Ada di antara kami yang jarang-jarang menaiki bot telah mengalami sedikit mabuk laut dan terpaksa berehat juga terutamanya anak-anak.
Selepas solat Asar, masing-masing segera turun ke laut terutamanya anak-anak yang telah tidak sabar-sabar untuk bermain air apatah lagi pantai yang landai itu berada di halaman bilik mereka.
|
"Cepat sikit ibu" - tak sabar-sabar anak Dr. Nor Haizi (baju biru) untuk
bermain air. |
|
"Jomlah ayah!" Dr. Majidah dan suami menemani anak-anaknya bermain
pantai. |
|
"Belum naik lagi ni..." Dr. Mohd Ilham memimpin anak-anaknya. Mungkin
sedang mencari isterinya. |
Tidak setakat bermain pasir dan berenang di pantai landai, berbagai aktiviti pantai disediakan seperti berkayak (canoe), snorkeling dan permainan pantai seperti bola tampar. Sudah tentu peluang ini tidak dilepaskn oleh para peserta terutamanya kaum bapa. Susah untuk menemui kawasan pantai yang landai dan berombak kecil seperti ini. Air lautnya pula sangat bersih dan tidaklah begitu masin di samping pasirnya yang halus.
Sewa kayak ialah RM15.00 sejam. Kayak boleh dinaiki seramai dua dewasa dan satu kanak-kanak. Namun bagi yang dah biasa berkayak, 3 orang dewasapun boleh naik asalkan tidak terbalik.
|
"Ok Abang Lan naik dulu!" |
|
"Jom kita explore pantai ni!" Dr. Ilham dan Dr. Roslan mula berkayak. |
|
Tak seronok berdua, kali ni bertiga pula dengan Dr. Arif di tengah-tengah. |
|
Tiga bersaudara sedang memulakan ekspedisi... |
|
|
|
Penat pergi jauh, berkayak semula ke tepi pantai. Di hadapan, kelihatan
tiga beradik anak-anak Dr. Roslan sedang menikmati air laut yang jernih. |
|
|
Anak-anak Dr. Ilham pula sedang bermain air bersama ibunya. |
|
Penat bermain air, membina istana pasir pula. |
|
"Kami jumpa telur penyu!" Wah telur penyupun ada? Ha'ah... telur
buatan mereka sendiri. |
Bagi para ibu yang tidak mahu bermain air, mereka boleh memerhatikan anak-anak mereka bermain air dengan tenteram kerana tiada apa yang perlu dirisaukan tentang risiko tenggelam dan ombak yang ganas.
|
Kak Han dan Wani (isteri Dr. Ilham) sedang bersantai memerhatikan
anak-anak mereka. |
|
"Pertandingan volleyball single!" Afif Afnan (anak sulung Dr. Arif) sedang
berlawan dengan Dr. Roslan... |
|
"Main air paip pulak!" Masing-masing berbilas sebelum naik ke atas rumah. |
|
Hari kedua bermula dengan tenang. Meskipun malam tadi kami telah dilanda ribut selama kira-kira 10 minit dan hujan renyai-renyai, namun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Hanya bakul-bakul sampah yang terpelanting dan baju-baju basah yang terjatuh di atas tanah. Jadual hari ini yang disediakan oleh pihak resort ialah snorkeling.
Kelihatan suasana pagi sungguh tenteram. Angin yang bertiup lembut dari laut bertemu udara perbukitan yang segar membelai penghuni pulau ini dengan lembut dan nyaman. Sudah tentu inilah suasana kehidupan yang diimpikan oleh warga kota bagi mengembalikan ketenangan jiwa setelah berbulan-bulan bergelut dengan tugas dan kewajipan.
Pagi ini pula matahari dilindungi awan menyebabkan suasana sejuk dan redup yang agak lama. Cukup sesuai untuk bermain di laut.
|
Tenang... suasana pagi yang masih sejuk dan nyaman. |
|
Masjid besar bandar Marang kelihatan dari pulau ini. |
|
Menikmati sarapan pagi dan pemandangan indah di Pulau Kapas. |
|
"Seaview Restoran" Dr. Ilham tidak melepaskan peluang untuk menikmati
sarapan pagi dan pemandangan dari bahagian atas restoran. |
|
"Duduk seminggu lagi boleh tak?" Dr. Majidah dan Ust. Mohd Najib
sedang bersarapan pagi. |
Tepat pukul 9.00 am kami berkumpul di tepi pantai bagi mengikuti aktiviti snorkeling. Sebentar tadi taklimat telah diberikan. Aktiviti ini akan dilakukan di pantai yang lain. Di seberang sana bukit. Bagi mereka yang tidak mahu bersenorkeling, mereka boleh tunggu di tepi pantai sahaja. Tempat yang dikhaskan untuk snorkeling ialah kawasan yang tenang dan tiada gangguan bot yang lalu-lalang. Oleh itu semua peserta PEKA kali ini akan turut serta. Bayaran untuk menyewa peralatan ialah RM25.00 seorang. Namun harga termasuk pakej hanyalah RM15.00 seorang. Semuanya untuk 2 jam.
Hidupan di dalam laut pesisiran pantai di sini sangat indah. Tidak tergambar oleh perkataan. Selalu kita melihat rencana di televisyen tentang kehidupan di laut. Rumpai air yang berwarna-warni, karang yang berbagai bentuk dan warna, beratus-ratus jenis ikan kecil yang cantik dengan berbagai corak dan warna, batu-batu laut yang terbentuk dan tersusun seperti sebuah taman, tiram yang sudah merekah dan dijadikan
tempat ikan bermain dan berkejaran, beberapa ekor obor-obor yang tidak merbahaya yang selalu mengekori... dan berbagai-bagai lagi pemandangan indah yang semuanya dapat dilihat secara 'live'. Sungguh menarik dan mengujakan.
|
"Jom bersnorkeling!" Dr. Arif sekeluarga sedang bersedia untuk aktiviti
snorkeling. |
|
"Kami juga nak ikut!" Dr. Roslan dan keluarga sempat memberikan pos
kenang-kenangan istimewa. |
|
"Kamipun ikut!" Dr. Ilham dan keluarganya turut serta. |
|
Puteri snorkeling. |
|
"Rugi tak pergi tau!" |
|
Dr. Roslan bersama anak bongsunya. |
|
Masing-masing sedang menikmati perjalanan dari atas bot kecil. |
|
Si kecil nipun turut serta dalam rombongan snorkeling. Wani dan Dr. Ilham
sentiasa bersemangat untuk menikmati pengalaman baru. |
|
Masing-masing sedang mencuba alat snorkeling berupa alat pernafasan dan
google. |
|
"Waaa! Takuut!" Anak Dr. Ilham sedang menangis. Takut? |
|
Dr. Majidah dan keluarganya telah sampai lebih awal. |
|
Pos istimewa dari Dr. Ilham dan keluarga. |
|
Dr. Roslan dan dua orang puterinya telah memulakan ekspedisinya. |
|
Dr. Roslan dan Dr. Ilham pula meninjau tempat yang lebih jauh. |
|
Aahh... letih bersnorkeling... berehat dalam air. |
|
"Haa... kami dapat tangkap obor-obor!" |
|
Berehat sambil menunggu bot sampai... |
|
Pos istimewa dari Kak Han sekeluarga. |
|
Bersedia untuk pulang ke resort. |
Masa untuk kembali telah tiba. Mataharipun telah kelihatan menyebabkan suasana pantai agak panas dan menyilaukan. Jika ketika ini masih lagi berendam di dalam air, sudah pasti kulit akan 'terbakar' dan memakan masa seminggu hingga sepuluh hari untuk pulih. Meskipun belum sampai dua jam kami di sini, namun kami terpaksa balik kerana faktor-faktor ini.
|
Puas. Masing-masing merasa cukup gembira dengan aktiviti snorkeling
pagi ini. |
|
Dr. Roslan dan Dr. Ilham sekeluarga. Satu lagi pos kenangan di gigi
air sebaik tiba semula ke resort. |
Makan tengahari tepat pukul 12.00 tengahari. Masa Check-out juga pada masa yang sama. Semua barang yang kami bawa kami kemas dan kumpulkan di luar bilik masing-masing. Hanya satu bilik yang dibenarkan untuk digunakan sehingga bot tiba yang dijangka kira-kira pukul 2 pm. Ini kerana surau masih dalam pembinaan. Jadi bilik itu boleh digunakan untuk solat.
Makanan di resort ini sangat memuaskan dari segi rasanya. Sungguh sedap dan menyelerakan. Dari menu dinner, breakfast hingga ke menu lunch. Simple tetapi rasa yang menggamit memori. Gaya hidangan kegemaran Chef Joe dalam Master Chef Malaysia...
|
Makan tengahari. Ust. Najib (t-shirt merah) sedang mengambil makanan. |
|
Dr. Arif dan Dr. Nor Haizi bergambar kenangan di kaunter pendaftaran.
Sos pun ada? Kaunter ini juga terletak di restoran (dewan makan).
Jadi kaunter serbaguna. |
|
Hidangan yang simple tetapi cukup lazat. Kak Han dan keluarga sedang
menikmati juadah. |
|
Restoran yang berlatar-belakangkan pantai yang indah. Dr. Ilham sedang
menjamu selera. |
|
Dr. Arif dan keluarga juga sangat berselera nampaknya. |
Setelah makan dan solat zohor, semua berkumpul di tempat kami datang semalam. Masing-masing bercerita pengalaman masing-masing. Rasa tidak puas memang ada. Namun apakan daya terpaksa pulang jua. InsyaAllah, di lain kesempatan, para peserta PEKA kali ini berazam meluangkan masa lagi untuk program EFDI atau PEKA yang lebih besar pada masa akan datang di sini.
Bot petang ini agak lewat kerana masalah pemandu. Kami bertolak kira-kira pukul 3.45 pm dan selamat sampai ke Jeti Marang pada pukul 4.05 pm.
|
Bersama si kecil. Pos istimewa di atas bot dlam perjalanan pulang. |
|
InsyaAllah berazam akan datang lagi. Kak Han, Dr. Ilham dan Wani bersama
anak-anak mereka. |
|
Selamat tinggal Pulau Kapas. Hari cuti yang penuh bermakna bersamamu.. |
Alhamdulillah. Setelah 24 jam peserta PEKA PAPISMA Terengganu berada di Pulau Kapas, akhirnya percutian mereka berakhir dengan membawa pulang seribu satu kenangan. Meskipun hanya empat keluarga yang terlibat dengan jumlah keseluruhannya seramai 21 orang termasuk si kecil yang masih belum mengerti apa-apa, namun kejayaan PEKA kali ini merupakan perintis kepada PEKA yang lebih besar pada masa akan datang. Pemilihan destinasi yang cabarannya bersifat sederhana ini adalah suatu yang tepat kerana ia merupakan pengalaman baru bagi PAPISMA Terengganu. Ia juga suatu 'dunia' baru yang jarang-jarang diterokai secara bersama. Program yang santai dan tidak membebankan penganjur juga sangat selesa untuk dijadikan sebagai program berkala bagi melepaskan lelah setelah saban minggu berjuang bersama masyarakat dalam program SMART PAPISMA. Semoga kita dapat bersama untuk PEKA akan datang...
1 comment:
Wow Bestnyee... Sayang tak dapat join kali ni. Insya Allah lain kali
Post a Comment