Wednesday, May 9, 2012

PAPISMA Terengganu Di Kelab Fajar

(Biro IT)
Kuala Terengganu 4 April 2012, Jumaat - PAPISMA Terengganu meneruskan khidmat amal bakti melalui Kempen 2K (Kesedaran Kesihatan) yang dikendalikan oleh SMART PAPISMA di Kelab Fajar, kira-kira 2 km dari Pusat Bandaraya.

Kali ini 11 orang pegawai perubatan PAPISMA Terengganu telah menyinsing lengan memberikan khidmat termasuk beberapa orang Pakar Perubatan.

Seramai 80 orang pesakit yang berdaftar telah menerima rawatan dan pemeriksaan serta turut sama mendengar ceramah kesihatan yang bertajuk "Sayangi Jantung Anda". Selain itu sebanyak 33 buah rumah pesakit dan kurang upaya telah berjaya di lawati dengan seramai 43 orang penghuninya telah menerima rawatan dan pemeriksaan percuma.

Banner SMART PAPISMA yang ceria menyambut tetamu.

Dr. Md Arif Ibrahim, Pengerusi PAPISMA Terengganu sedang
mengumumkan sesuatu.

Dr. Suhazeli Abdullah, mantan Presiden PAPISMA Pusat juga turut
serta memberikan khidmat.
Kak Ummi yang setia bersama ubat-ubatannya bertugas sebagai pegawai
farmasi. Dr. Nor Haizi (kiri) turut sama membantu.
Dr. Tuan Norizan sedang memeriksa seorang pengunjung.
Dr. Nurul Huda (tudung gelap) juga turut serta.
"Kejap Mok Ku ye... kita tengok gula dalam darah pulak." Dr. Fadhilah
sedang melakukan ujian saringan gula.
"Pakcik ni ada COAD ni." Mungkin itu yang sedang difikirkan oleh
Dr. Wan Mohd Razin yang sedang memeriksa pesakitnya.
"Sikit je darah makcik naik. Tapi makcik kena pantang lah..." Kak Long
sedang menasihati pesakitnya.
"Dalam hidup ni, pasti ada yang kita sayangi. Jadi antara yang kita perlu
sayangi dalam tubuh kita ialah jantung." Kedengaran Dr. Azlin
Amat sedang menyampaikan ceramahnya.
Alhamdulillah, program kali ini telah berjaya mencapai sasarannya. Kira-kira pukul 12.15 tengahari semua petugas telah dijamu selera oleh tuan rumah. Mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini akan diganjari Allah dengan ganjaran yang sebaik-baiknya di akhirat kelak.

No comments:

Push-Up Arrow