Saturday, May 12, 2012

PAPISMA terengganu Berbakti Kepada Masyarakat Kampung

Biro IT

 Kuala Terengganu, 11 Mei, Jumaat - Seramai 9 orang ahli PAPISMA Terengganu telah memberikan khidmat masyarakat dalam program yang dikendalikan oleh SMART PAPISMA. Program hari ini telah dilakukan di Kg. Teluk Menara, Manir yang terletak di tepi Sungai Terengganu, kira-kira 8 km dari sini.

Program yang dimulakan kira-kira pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.15 tengahari itu telah dikunjungi oleh seramai 78 orang penduduk setempat. Selain itu pihak PAPISMA Terengganu juga telah menziarahi 27 buah rumah pesakit yang tua dan uzur dalam usaha meringankan bebanan mereka dan memberikan khidmat nasihat dan pemeriksaan percuma kepada mereka. Selain itu, ceramah Kesedaran Kesihatan (2K) telah disampaikan oleh seorang Pakar Perubatan yang juga Timbalan Pengerusi PAPISMA Terengganu, Dr. Wan Mohd Razin b. Wan Hasan.

Sepanduk Kempen Kesedaran Kesihatan PAPISMA yang digantung di
simpang empat Pasar Manir jelas kelihatan.


Seawal 8.45 pagi pemeriksaan telah dimulakan. Kelihatan Dr. Ilham sedang
memberikan nasihat kepada seorang pengunjung.



"Kakak kena ambik ubat dah ni. Kalau tak mungkin akan membahayakan
kesihatan.." Mungkin itu yang sedang diucapkan oleh Dr. Nor Haizi.

Bahagian pendaftaran begitu sibuk mendaftarkan pengunjung yang ingin
mendapatkan rawatan.

"Kita tengok pulak tahap gula kakak ye.." Dr. Fadhilah yang belum pernah
missed dalam program 2K sedang memeriksa seorang pengunjung.

Dr. karimah, Pakar Sakit Puan juga begitu komited dengan program ini.
Al-Fadhil Ust. Hilmi sedang menyampaikan tazkirah bagi mengingatkan
pengunjung bahawa kesihatan adalah nikmat terbesar tubuh yang perlu
dijaga. Menjaga kesihatan juga adalah ibadah.
Dr. Wan Mohd Razin sedang bersedia untuk menyampaikan ceramah 2K.

"Ini ubat cacing ye makcik, bukan ubat demam..." Dr. Zaihan (Kak Ummi)
begitu sibuk sekali hari ini sambil ditemani dua orang anaknya yang setia.

Serius. Dr. Md Arif sedang membincangkan sesuatu dengan wakil penduduk
tentang program Lawatan Bakti yang akan dilakukan sebentar lagi.
Alhamdulillah, berkat kesungguhan semua yang terlibat, program hari ini telah berjaya dilaksanakan. InsyaAllah tiada sedikit kerugian bagi mereka yang telah meluangkan masa bagi menjayakannya. Masa yang diluangkan hari ini merupakan masa yang sangat berharga di sisi Allah sebagai bukti kesyukuran kita yang dikurniakan nikmat sihat dan nikmat ilmu, lantas kita menggunakannya untuk berbakti dijalannya.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR At-Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda :
" Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat."
(HR Muslim)


No comments:

Push-Up Arrow