Biro IT
Kuala Terengganu, Ahad 20 Mei - Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Itulah sunah kehidupan. Itu menandakan bahawa kita sebagai makhluk yang cukup lemah. Insan yang perlukan rahmat Allah setiap masa dalam meniti ranjau hidup sebelum bertemu Allah yang Maha Pencipta di alam yang kekal, akhirat.
Hari ini suasana sedih kembali menyelubungi PAPISMA Terengganu apabila tidak lama lagi akan ditinggalkan oleh orang-orang yang banyak berjasa di dalam membangunkan PAPISMA Terengganu yang boleh dikatakan bermula dari zero. Meskipun majlis sambutan kali ini dipenuhi hidangan ala arab yang cukup menyelerakan, namun suasana kesedihan barangkali sedikit sebanyak membatasi selera hadirin.
Majlis yang bermula pada pukul 6 petang itu adalah majlis perpisahan Setiausaha PAPISMA Terengganu, Dr. Norhasimah Ismail dan ahli PAPISMA Terengganu yang aktif, Dr. Nazian Yaacob kerana menyambung pelajaran ke peringkat master. Kedua-duanya akan melanjutkan pelajaran di bidang Perbidanan Dan Sakit Puan (Obstetric and Gynaecology). Dr. Norhasimah akan ditukarkan ke Kuantan manakala Dr. Nazian akan kembali bertugas di USM Kubang Kerian.
Dr. Norhasimah Ismail merupakan tokoh persatuan yang baru muncul. Bermula dari keaktifannya mengikuti setiap program PAPISMA Terengganu bermula pada tahun 2008. Beliau kemudian dilantik menganggotai AJK Biro Khidmat Kesihatan dan merupakan salah seorang yang memberikan idea sehingga tertubuhnya SMART PAPISMA di bawah Dr. Ahmad Faizal Shamsuddin yang juga sedang menyambung pengajiannya di bidang Psychiatric di Kuala Lumpur. Seterusnya dilantik sebagai Pemangku Penolong Setiausaha pada tahun 2010 dan tidak lama selepas itu menjadi Pemangku Setiausaha dan menjadi Setiausaha sehingga kini.
Dr. Nazian Yaacob pula baru bersama PAPISMA Terengganu selama kira-kira setahun. Namun selama bersama PAPISMA Terengganu, beliau jarang ketinggalan untuk bersama dalam program-program yang dianjurkan. Beliau tidak memegang apa-apa jawatan kerana kesibukannya dalam pengajian master di tahun pertama. Kini pemergiannya adalah untuk menyambung pengajian di tahun kedua.
Kami semua akan sentiasa mendoakan kalian akan berjaya dalam pelajaran dan seterusnya menjadi pakar O&G yang pastinya sentiasa dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam untuk membantu mereka dalam masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. InsyaAllah mereka akan kembali semula ke Terengganu apabila mempunyai peluang nanti.
Dr. Md Arif (kiri) dan Dr. Wan Mohd Razin (kanan) sedang bersedia untuk menjamu selera. |
Tak sabar ni...Dr. Mohd Ilham (kiri) dan Dr. Hazizul (dua dari kiri) serta Dr. Ahmad Fardi (kanan) sedang menceduk Nasi Mandy. |
"Terima kasih... kami dah ambik." Dr. Rusli (kiri) dan Mr. Husain (kanan) antara tetamu yang hadir. |
Tetamu muslimat yang hadir bersama anak-anak mereka. |
"Nanti dulu... doa belum baca lagi ni..." Kak Han (kanan) dan Dr. Nazian di sebelahnya sedang menanti acara dimulakan. |
"Hari ni kita makan American style ye..." Dr. Arif memulakan acara sambil hadirin menjamu selera. |
"Boleh bawak balik ni!" Nampak bersemangat Dr. Wan Mohd Razin tu... |
Masing-masing telah mula menjamah juadah. |
"Cepat makan... Nak gharib doh ni..." Masing-masing makan dengan penuh konsentrasi. |
"Dah sehari tahan lapar ni...Makan ikan sajapun ok..." Dr. Tuan Mohd Fairuz sedang menjamu selera. |
"Kami dah kenyang... pingganpun dah kosong..." Dr. Roslan (kiri) bersama Mr. Hisyam, mantan Pengerusi Papisma Kelantan. Kira wakil Kelantanlah ni kot... |
"Terimalah sekadarnya sebagai kenangan..." Dr. Tuan Norizan menyampaikan cenderahati mewakili PAPISMA Terengganu. |
"InsyaAllah saya akan kembali lagi ke Terengganu..." Bersemangat Dr. Norhasimah menyampaikan ucapannya sebagai perangsang kepada pimpinan PAPISMA Terengganu bagi meneruskan perjuangan. |
"InsyaAllah Shiem akan berjaya dan segera kembali semula ye..." Kak Han menyampaikan cenderahati mewakili PAPISMA Terengganu. |