Kuala Terengganu, 18 Julai 2010 - Hari ini, Presiden PAPISMA Pusat, Dr. Awisul Islah b. Ghazali diiringi oleh Setiausaha Agung, Dr. Ahmad Rostam b. Mohd. Zain serta Bendahari Agung, Dr. Azniza bt. Mohd. Radzi telah melakukan lawatan kerja selama 5 jam ke Kuala Terengganu. Beliau telah berkesempatan bertemu dengan Pengerusi PAPISMA Terengganu, Dr. Md. Arif Ibrahim, mantan Bendahari Agung, Dr. Zaihan dan Mantan Pengerusi PAPISMA Terengganu Dr. Roslan Yusof.
Bergambar kenangan di depan Waterfront, Pulau Kambing selepas minum petang. Dari kiri: Dr. Ahmad Rostam, Dr. Awisul dan Dr. Roslan.
Dalam kunjungan itu, mereka sempat berbincang beberapa perkara bagi meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Beberapa cadangan telah berjaya dihasilkan yang insyaAllah akan cuba dilaksanakan dalam waktu terdekat.Dalam pada itu juga, mereka sempat berkunjung ke rumah Dr. Roslan/Dr. Zaihan yang terletak kira-kira 8 km dari sini. Sekali lagi mereka dijamu. Kali ini dengan jamuan sate ayam paling lazat dan terkenal di Kuala Terengganu.
Sehingga pukul 7 malam mereka berada di sini sebelum berpisah untuk ke rumah Mantan Presiden, Dr. Suhazeli Abdullah di Kuala Berang untuk makan malam di sana pula. Mudah-mudahan perjalanan mereka dipermudahkan dan pertemuan mereka akan mendapat rahmat Allah SWT. Antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah ketika tiada lagi naungan kecuali naungan-Nya ialah bertemu dan berpisah kerana Allah. (Maksud hadis riwayat Bukhari Muslim).
No comments:
Post a Comment