Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan. Ia adalah sunnatullah yang telah dilumrahi sejak berzaman. Sudah tentu di dalamnya mengandungi erti yang besar bagi mematangkan emosi dan menguatkan keyakinan seorang mukmin bahawa di dunia ini tidak ada yang kekal.
Petang ini, 29 Mei 2010 satu kenangan telah diukirkan oleh PAPISMA Terengganu apabila ia akan ditinggalkan oleh tenaga-tenaga utamanya untuk jangkawaktu yang hanya Allah saja yang tahu. Bukan seorang tetapi 5 orang secara serentak. Satu majlis perpisahan telah diatur oleh kepimpinan yang tinggal bagi meraikan pemergian mereka di restoran Paradise Deluxe, Jln. Pasir Panjang dalam suasana tenang dan sederhana.
(Dari kiri: Dr. Roslan, Dr. Hazizul Helmy, Dr. Ahmad dan En. Hasbi. Berdiri: Dr. Arif dan Dr. Razin)
(Kelihatan dari kiri isteri Dr. Wazi, Dr. Ummi dan Dr. Nor Haizi (membelakangkan kamera) dan anak-anak).
Dr. Norhaizi (isteri Pengerusi PAPISMA Terengganu, Dr. Md. Arif) dengan anak-anaknya. Meskipun masih dalam pantang, namun kerana ukhuwah dan persahabatan, tetap bersama kerana mungkin inilah saat terkahir dapat bertemu.
(Dari kiri: Dr. Norhashimah, Dr. Che Faridah, Ust. Alias (suami Dr. Che Faridah) dan anak mereka).
Tidak kelihatan dalam gambar meskipun hadir ialah Presiden PAPISMA Pusat, Dr. Suhazeli dan isteri, Dr. Khatijah Musa. Beliau sampai lewat kerana kesesakan jalanraya. Biro IT tak sempat (tak ingat sebenarnya) nak snap gambar beliau kerana tanganpun dah pegang lauk, perutpun dah kenyang...
Tiga orang lagi yang diraikan tidak dapat hadir ialah Dr. Ahmad Faizal Shamsuddin, Pengerusi SMART Papisma dan isteri Dr. Zafferina Abdul Ghaffar kerana telah berada di Selangor, serta Pn. Siti Nurul Ain yang bertugas pada sukan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang sedang berlangsung.
Dr. Ahmad Faizal merupakan orang yang bertanggungjawab mengideakan penubuhan SMART PAPISMA sebagai ganti kepada Biro Khidmat Kesihatan. Oleh kerana beliau adalah ketua biro tersebut, maka beliau telah dilantik sebagai ketua SMART PAPISMA. Beliau seorang yang sangat ringan tulang dan sentiasa berada bersama masyarakat pada hujung minggu jika tidak on-call. Isterinya pula seorang yang sangat komited berjuang bersama PAPISMA Terengganu.Pn. Nurul Ain pula adalah bekas Bendahari PAPISMA Terengganu selama dua tahun (satu
penggal). Meskipun beliau seorang Pegawai Pemakanan, namun beliau tidak kekok untuk bersama-sama berkhidmat dalam khidmat kesihatan yang dianjurkan. Beliau sentiasa berada bersama-sama dengan pegawai-pegawai perubatan dan banyak kerja-kerja yang dapat dilakukan bagi membantu kelancaran khidmat kesihatan yang dilaksanakan. Oleh kerana kebolehannya dalam hal pengurusan, beliau telah dipilih sebagai Setiausaha PAPISMA Terengganu dalam AGM yang lalu. Namun Allah menentukan yang lepas dan akan datang. Beliau telah ditukarkan ke Negeri Sembilan untuk menyambung tugas dan khidmat kepada masyarakat di sana.Ada beberapa orang lagi ahli PAPISMA yang pihak PAPISMA tidak sempat mengadakan apa-apa majlis untuk mereka, kami pohon maaf atas kelemahan dan kami juga sentiasa mengingati mereka sebagai orang yang sangat berjasa kepada pertubuhan dan Islam. Mudah-mudahan mereka akan kekal bersama-sama perjuangan PAPISMA walau di mana mereka ditugaskan. Kalau rindu-rindu, jenguklah blog Buletin Papisma ni iaitu media informasi PAPISMA Terengganu yang sama-sama kita bangunkan.
2 comments:
Pengkesahan majlis yang sungguh berkesan dan bertapak di memori. Insyaallah kekal di ingatan. Thanks Biro IT & utk semua yg terpisah, Thanks for ALL, Sorry for EVERYTHING. Ilal liqa'
Alhamdulillah Zeen.. moga simpanan kisah dan memori lalu di buletin maya ini akan dijadikan sebahagian dari album kenangan yang dapat dinikmati oleh sahabat-sahabiat semua dari mana mereka berada.
Post a Comment