Kuala Terengganu, 30 April 2010 (Jumaat) - PAPISMA Terengganu melalui bironya SMART PAPISMA telah berjaya mengadakan satu aktiviti Kempen Kesedaran Kesihatan yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Rukun Tetangga Flat Seri Kolam di sini dengan tajaan bersama syarikat ubat Servier. Kempen yang diadakan pada pukul 3 - 5 petang itu telah berjaya menarik kehadiran kira-kira 150 orang yang mendengar ceramah motivasi kesihatan dan pemeriksaan kesihatan yang disediakan.
Pengerusi Rukun Tetangga sedang mengalu-alukan kehadiran para petugas PAPISMA dan masyarakat setempat.
Dr. Md. Arif Ibrahim, selaku Pengerusi PAPISMA Terengganu sedang menyampaikan ucapan dan taklimat tentang perjalanan kempen.
Ceramah Motivasi Kesihatan; "Remaja Dan Gejala Sosial" disampaikan oleh Dr. Shamizi bt. Mohamed, Pegawai Perubatan O&G HSNZ (Hospital Sultanah Nur Zahirah), Kuala Terengganu.
Beri tumpuan... Dari kiri En. Redzuan Mohd. Noor (Pegawai Sains UMT), Dr. Hazizul Helmy (Bendahari PAPISMA Terengganu) dan Dr. Roslan tidak melepaskan peluang turut mengikuti ceramah yang disampaikan.
Bersiap sedia... Dr. Mohd. Ilham (kiri) dan Dr. Tuan Mohd. Fairuz sedang sibuk menyediakan persiapan sebelum sesi seterusnya bermula.
Juga tidak ketinggalan Dr. Che Faridah yang mesra dengan panggilan Kak Long turut sama hadir bagi menjayakan kempen. Dua orang 'teruna' tu adalah wakil-wakil dari syarikat Servier.
Makanan dan minuman yang disediakan oleh JK Rukun Tetangga juga telah terhidang menunggu masa untuk dijamah.
Selesai ceramah kesihatan, Dr. Wan Mohd. Razin (Timbalan Pengerusi PAPISMA Terengganu) menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Rukun Tetangga sebelum beliau beredar untuk menjadi imam di Masjid Terapung, Kuala Ibai.
Selesai ceramah kesihatan, Dr. Wan Mohd. Razin (Timbalan Pengerusi PAPISMA Terengganu) menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Rukun Tetangga sebelum beliau beredar untuk menjadi imam di Masjid Terapung, Kuala Ibai.
Ole-ole untuk golongan kanak-kanak yang hadir juga disediakan. Barulah mereka seronok nak hadir ke program PAPISMA kan?
Borang pemeriksaan kesihatan (screening) yang disediakan oleh syarikat Servier. InsyaAllah PAPISMA juga akan menyediakan borangnya sendiri tak lama lagi.
Sesudah tamat ceramah kesihatan, apa lagi... para petugas PAPISMA pun kena serbu lah... Dr. Nadia dan Dr. Afifah sedang sibuk melayani pengunjung.
"Hah... ukur sendirilah pakcik! Tak sempat dah petugas-petugas kami ni nampak gayanya..."
Para pengunjung juga tidak rugi apabila menghadiri ceramah kerana kuiz ada disediakan yang berkisar kepada isi-isi ceramah. Bagi mereka yang menumpukan perhatian kepada ceramah, ilmu dapat hadiahpun berpeluang untuk diraih. Sebanyak 20 hadiah telah sedia menanti... "Awat tak khabaq awal?.."
"Makcik tak dok darah tinggi ni. Darah rendah ada..." Hehe... mungkin itulah yang diberitahu oleh adik PAPISMA ni.
"Gula encik 10. Encik baru minum air sirap dan mee goreng ke?" Begitu serius Dr. Ilham menjalankan tugasnya.
Dr. Hazizul Helmy begitu serius memberikan tumpuan tatacara menggunakan alat glucometer yang desediakan. "Tak pernah jumpa alat canggih macam ni..." Hehe..
"Sebelum dapat hadiah, sila perkenalkan diri dulu ya! Ahli PAPISMA seluruh Malaysia nak tahu.." Sempat lagi Dr. Nadia dan Dr. Afifah 'membuli' ya.
Cabutan bertuah pun disediakan. "Hah tengok nombor bertuah saya... 007. Hadiah kena BMW James Bond ya!" Hehehe...
"Cepat ambik hadiah ni atau saya bawak balik semula..." Memang berbakat adik-adik ni untuk jadi DJ. Bukan setakat doktor yang bertugas di hospital. Nilah masanya menunjukkan bakat.
"Kalau makcik nak selalu duduk hospital, makan jangan pantang ye..." Serious Dr. Roslan menasihati seorang pengunjung...
Pemeriksaan kesihatan diteruskan sehingga kira-kira pukul 5.00 petang. Kelihatan Dr. Shafinaz (kiri), Dr. Wan Mohd. Razin (baju biru) dan Dr. Roslan sedang melakukan pemeriksaan dan kaunseling.
"Ahh... habis dah.. Nak buat apa lagi ni Kak Long?" Mungkin itu yang diperkatakan oleh Dr. Hazizul kepada Dr. Che Faridah.
Menjamu selera melepaskan lelah... Dari kiri Dr. Mohd. Ilham Dr. Norhaizi (isteri Dr. Md. Arif), Dr. Zaihan (Kak Ummi), Dr. Hazizul dan Dr. Tuan Mohd. Fairuz.
Alhamdulillah, program petang ini telah berjaya mencapai objektifnya. Semoga sumbangan yang PAPISMA Terengganu telah sumbangkan dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar kawasan ini terutama dalam menambahkan pengetahuan tentang gejala sosial yang berkaitan dengan penyakit.
No comments:
Post a Comment