(Biro IT)
Mungkin ini satu nama yang baru diperkenalkan atas cita-cita Setiausaha Agung untuk melihat para pelajar Malaysia yang mengambil jurusan perubatan di universiti seluruh dunia kelak dapat disatukan di bawah bumbung Papisma, kemudian membuat bakti kepada masyarakat sebagai suatu cara untuk menyumbangkan idea dan tenaga yang mereka ada sebagai individu yang diberikan oleh Allah nikmat otak yang cemerlang dan iman.
Pada tahun lepas, National Student Conference For Future Doctors ini telah diadakan buat julung-julung kalinya di ibu negara. Kali ini Kuala Terengganu telah diberi keistimewaan bagi merealisasikan cita-cita itu.
Barangkali Kuala Terengganu bukanlah tempat yang paling sesuai untuk diadakan program yang agak besar itu, namun mungkin kerana belanjanya yang agak berpatutan dan tenaga yang sedia menyumbang, menyebabkan ianya dipilih oleh Jawatankuasa Tertinggi Papisma.
Mesyuarat rasmi kali pertama Papisma Terengganu bagi mengendalikan program ini telah diadakan dan beberapa keputusan telah dicapai. Seterusnya pihak luar yang akan turut sama mengendalikan program yang berkaitan dengan Bakti Papisma ini telah dimaklumkan dan pada dasarnya telah bersetuju untuk bersama Papisma mengendalikan program ini.
Antara target pengisian yang akan diselitkan di dalam program ini ialah tentang bahaya merokok dan seks bebas yang merupakan ancaman kepada agama, generasi masa depan dan negara yang akan dikupas dari sudut kesihatan dan Islam. Oleh itu, bagi mencapai target ini, Papisma Terengganu perlu memikirkan bagaimana caranya untuk menarik penyertaan kumpulan sasaran agar mendapat manfaat dari program yang disediakan itu.
Oleh itu, beberapa program telah disusun. InsyaAllah, dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dan dengan doa mereka yang ikhlas walaupun tidak dapat melibatkan diri, mudah-mudahan program ini akan berjaya diadakan.
2 comments:
Assalamualaikum,
Saya merupakan salah seorang pelajar perubatan di luar negara.Insyaallah kami masing-masing akan pulang bercuti menjelang Jun/july dan sebahgiannya menjelang Ogos.
Bolehkah pihak papismatrg menberikan sedikit details ttg prog ini? ie tarikh utk memudahkan urusan perancangan cuti. (tidak dinafikan kami pelajar2 yg pulang bercuti turut mempunyai banyak aktiviti2 serta program akademik/tarbiyah seumpama ini)
Mungkin juga boleh membantu dr segi teknikaliti if tak dapat jadi peserta. :D
Terima kasih in advance.
Wa'alaikumussalam.
Kepada Adik Saadah, pihak Papisma telah membahagikan tugas untuk menghubungi adik-adik dalam dan luar negara. Sekiranya tidak keberatan, boleh tak Adik Saadah memberikan alamat emel kepada saya di roszaman@yahoo.com untuk lebih memudahkan perhubungan.
Buat sementara waktu sebarang urusan pertanyaan dan perancangan, please guna emel tu deh...
Program student conference tu, insyaAllah pada 13 ogos. Anyhow, kita akan maklumkan selengkapnya melalui emel.
Terima kasih atas respond Adik...
Post a Comment