Mata adalah satu dari lima pancaindera anugerah dari Allah yang amat penting. Organ yang kecil ini telah mula terbentuk di alam rahim di peringkat awal pembentukan janin iaitu pada minggu keempat kandungan. Pada masa itu biasanya ibu belum lagi menyedari kehamilannya. Ia berfungsi seperti kamera yang sangat sempurna dan menakjubkan yang membuktikan kebesaran dan kebijaksanan Allah s.w.t. Dengan organ tersebut dapatlah kita mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling bagi membantu kita menjalankan dua amanah yang besar iaitu sebagai hamba yang perlu membuat amal ibadat dan sebagai khalifah bagi membangun serta memakmurkan alam ini.
![]() |
Struktur mata |
Apabila kita melihat sesuatu objek, melalui anak mata yang boleh menukar saiz untuk mengawal cahaya yang memasuki mata. Gelombang cahaya dari objek tersebut akan memasuki bola mata dan akan di fokus ke retina yang akan menukarkan cahaya kepada bentuk gelombang eletrik. Melalui saraf optik, signal akan dihantar ke otak bagi proses pengecaman dan penterjemahan serta memberi maklumat yang bermakna tentang objek yang dilihat. Proses yang sangat rumit ini berlaku dalam kadar lebih pantas dari sekelipan mata.
Organ kecil yang menakjubkan ini dibentuk oleh struktur kornea, kanta, vitreous, saraf retina, choroid, sclera dan saraf optik. Kerosakan dalam mana- mana struktur ini akan menyebabkan masalah penglihatan dan bahkan boleh menyebabkan kebutaan. Sebagai contoh, bila kanta mata yang pada asalnya jernih menjadi keruh terjadilah penyakit yang disebut sebagai selaput (katarak). Dalam keadaan ini, cahaya tidak dapat memasuki mata dan menyebabkan penglihatan terganggu atau kebutaan. Dalam kes kerosakan saraf retina seperti dalam pesakit diabetis, cahaya yang memasuki mata tidak dapat ditukar ke bentuk gelombang eletrik. Oleh yang demikian tiada maklumat yang sampai ke otak. Dalam penyakit glaukoma, tekanan mata yang tinggi secara berpanjangan akan merosakkan saraf optik yang akan menghalang penghantaran signal ke otak. Kebutaan disebabkan kerosakkan saraf optik adalah kekal iaini penglihatan tidak dapat dipulihkan kembali walaupun setelah dirawat mahupun dibedah.
![]() |
Katarak menghalang cahaya memasuki mata. |
Langkah dalam penjagaan mata sepanjang hayat
1.Banyakkan makan sayur, buah buahan dan ikan


2.Guna cermin mata pelindung.


3.Amalkan gaya hidup sihat dan kekalkan berat unggul anda.
Amalan ini penting untuk menghindar dari penyakit kronik seperti diabetis, hypertensi dan hypercholestrol. Bagi mereka yang telah mengidap penyakit tersebut, pastikan ianya dikawal dengan baik untuk menghindar dari komplikasi seperti diabetik retinopathy dan katarak. Sekiranya mengalami obesiti kurangkan berat badan secara perlahan dengan menurunkan pengambilan kalori dan membuat senaman secara teratur. Berhenti merokok kerana orang yang merokok lebih berisiko mendapat katarak dan kerosakkan retina. Sekiranya sukar, mohon bantuan dari doktor untuk meninggalkan tabiat ini
4.Pemeriksaan mata.

5. Kawal penyakit . Bagi yang mengidap penyakit seperti diabetis, hypertension hypercholestrol, pastikan ianya dikawal dengan baik untuk menghindar dari komplikasi seperti diabetik retinopathy dan katarak. Jumpa doktor secara berkala dan ambil rawatan seperti yang dinasihatkan.
Kesimpulannya bagi mendapat penglihatan yang baik sepanjang hayat, banyakan pengambilan sayur, buah-buahan dan ikan. Guna cermin mata pelindung, amalkan cara hidup sihat dan selamat.
Dr Nor Higrayati bt Ahmad Kasah
Pakar Perunding Oftalmologi
Hospital Sultanah Nur Zahirah
1 comment:
Doktor,macam mana pula dgn masalah kuning pd mata putih? Adakah ia penyakit?
Post a Comment