Tuesday, August 26, 2008

Program Riadah Ditangguh

(Pengerusi)

Alhamdulillah, akhirnya kita berjaya mengadakan program riadah mingguan sebagai wadah untuk kita merapatkan ukhuwah. Program yang dikendalikan oleh Potfolio Ukhuwah & Rekreasi dengan kerjasama Potfolio Perhubungan ini telah berjaya menarik penyertaan beberapa orang ahli baru bagi merapatkan ukhuwah dan kemesraan. Program yang dirasakan sukar untuk mendapatkan penyertaan muslimat kerana diadakan pada waktu malam itu ternyata mendapat kerjasama yang agak baik dari pihak muslimat juga. Tahniah dan Alhamdulillah. Mudah-mudahan kita akan terus mampu untuk mengadakan program-program seumpama ini meskipun menuntut pengorbanan masa dan tenaga dari semua ahli. InsyaAllah, dengan pengorbanan kita itu akan mendapat balasan yang sebaik-baiknya dari Allah SWT.

Malam tadi, program riadah kita telah berakhir sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak. InsyaAllah, ianya akan disambung semula selepas 6 Syawal nanti bergantung kepada keadaan semasa. Semoga program seperti ini mendapat penyertaan yang lebih baik pada masa-masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada Potfolio Sukan & Rekreasi dan Potfolio Perhubungan kerana telah berjaya mengendalikan program riadah ini secara istiqamah. Meskipun terpaksa berhadapan dengan jadual kerja harian yang ketat dan on-call, namun demi ukhuwah, kalian telah berjaya mengatasi semuanya kerana Allah. Terima kasih juga kepada semua sahabat-sahabiat yang memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Meskipun ada di antara kalian yang tidak pandai bermain, namun semangat ukhuwah telah menarik kalian untuk hadir dan menjayakannya. Semoga Allah akan mengganjari kalian dengan ganjaran yang terbaik di sisi-Nya.

No comments: