Monday, July 16, 2018

KEPIMPINAN BARU PAPISMA MALAYSIA 2018-2020

Oleh: Unit Penerangan & IT

14 Julai 2018, Jumaat, Sama-Sama Hotel, KLIA - PAPISMA Malaysia telah membariskan barisan kepimpinan baru setelah selesai pengundian yang dijalankan hari ini. Berikut adalah senarai Jawatankuasa PAPISMA Malaysia Sesi 2018-2020.

PRESIDEN
Datuk Dr. Suhaini b. Kadiman

TIMBALAN PRESIDEN 1
Profesor Dr. Harmy b. Mohamed Yusoff

TIMBALAN PRESIDEN 2
Dr. Rosnani bt. Zakaria

NAIB PRESIDEN 1
Dr. Khamizi b. Aziz

NAIB PRESIDEN 2
Dr. Al Aarifin b. Ismail

SETIAUSAHA AGUNG
Dr. Aman Fuad Yaacob

PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG
Dr. Shazif b. Othman

BENDAHARI AGUNG
Dr. Suhana bt. Hashim

AHLI JAWATANKUASA
Dr. Mohd Fairuz b. Azmi
Dr. Sabrizan b. Osman
Dr. Rina Salwani bt. Mohd Tamin
Sdr. Mohd Azreen b. Mustapa
Dr. Awisul Islah b. Ghazali
Mejar Dr. Khairul Afnan b. Khalid
Dr. Shafiq b. Hamdani (GMP)

PENGERUSI TETAP
Dr. Roslan b. Yusof

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Mr. Hussain b. Mohamad

Mari kita memberikan sokongan kepada barisan kepimpinan baru PAPISMA ini dan sentiasa berdoa agar diberi kekuatan untuk menggalas tugas yang diamanahkan dalam memacu PAPISMA ke persada dunia membawa message Profesional Islam.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar AGM yang sempat dirakam.

Awal pagi, Presiden PAPISMA menerima Laporan M14 dari
Pengerusi M14, Dr. Roslan Yusof (baju biru).

Presiden PAPISMA sedang menyampaikan ucapan perasmian
yang menyentuh seluruh isu-isu yang berkaitan PAPISMA
serta cabaran dan harapan masa depan.
AGM sedang berlangsung.

Sebahagian perwakilan cawangan Terengganu sedang mengikuti
AGM. Dari kiri baris depan Dr. Syuhaimi, Dr. Azhan, Sdr. Johari
dan Dr. Wan Razin (kiri sekali di baris kedua.
Sekian.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAPISMA MALAYSIA 2018

14 Julai 2018, Sabtu - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PAPISMA Pusat di Hotel Sama Sama, KLIA bermula hari ini. Perwakilan PAPISMA Cawangan seluruh Malaysia telah menghantar para perwakilan masing-masing. 

Setiausaha Agung PAPISMA sedang menanti kehadiran
para perwakilan mesyuarat agung.

Semua jawatan dipertandingkan kecuali Presiden, Dato' Dr. Suhaini Kadiman, Naib Presiden 1, Dr. Khamizi Abd. Khamizi dan Bendahari Agung, Dr. Suhana Hashim yang telah dimenangi tanpa bertanding.

Tiga individu penting yang mewarnai PAPISMA Malaysia
yang turut hadir pada AGM kali ini. Dari kiri: Pengerusi
Tetap, Prof. Mr. Abd Razak Sulaiman (USM); Presiden,
Datuk Dr. Suhaini Kadiman (IJN) dan Dr. Hj. Suhazeli
Abdullah (Pengerusi Manjlis Penasihat).

Pemilihan kali ini dijangka menarik memandangkan inilah pemilihan kali pertama yang diadakan secara teratur dan tidak dipengaruhi isu-isu luar PAPISMA dI mana kehadiran ahli-ahli.mesyuarat adalah dari perwakilan-perwakilan yang ditetapkan di peringkat cawangan.

Pengarah Sekretariat Pilihanraya (SPR) PAPISMA juga
turut hadir.

Jawatankuasa kali ini dianggap sebenar-benar pilihan ahli-ahli PAPISMA.

Pengarah Sekretariat Pilihanraya PAPISMA Malaysia kali ini adalah Mr. Mazri Mohd.

Selamat bermesyuarat.

Friday, July 13, 2018

UNIT RIADAH DAN REKREASI AKTIF KEMBALI

Oleh: Unit Penerangan & IT

12 Jul 2018 - Alhamdulillah, PAPISMA Terengganu telah berjaya menganjurkan semula riadah yang telah terhenti selama hampir setahun kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.

Ini merupakan antara aktiviti yang terawal telah berjaya dianjurkan sejak pembentukan jawatankuasa baru berlangsung pada Jumaat minggu lepas.

Minggu ini Unit Riadah & Rekreasi (URR) telah memilih untuk mengadakan permainan pingpong kerana penyertaannya lebih ramai. Permainan itu telah diadakan di Dewan Walit rumah Dr. Roslan, Manir, Kuala Terengganu.

Antara peserta yang hadir ialah Pengerusi URR, Sdr. Saifullah yang hadir bersama adiknya, Dr. Roslan, Dr. Aminuddin, Dr. Sharif, Dr. Zuraizi dan Sdr. Husaini sahabat Pengerusi URR yang sentiasa menjadi peserta tetap aktiviti URR sejak 2 tahun yang lalu.

Program bermula kira-kira pukul 9.15 malam dan berakhir kira-kira pukul 11.30 malam.

Apa yang lebih meriah ialah Dr. Sharif hadir membawa seorang anaknya dan Dr. Zuraizi membawa 3 orang anak-anaknya. Mereka turut sama riang bermain 'pingpong lantai' sesama sendiri.😃

Bakat-bakat pngpong yang sekian lama terpendam sejak bertahun-tahun ternyata masih berbisa. Mereka mengeluarkan segala kemahiran bagi memenangi setiap perlawanan.

Berikut adalah gambar-gambar menarik beberapa aksi yang sempat dirakam oleh lensa IT.

"Ambik ngko... aku swing!"

"Bola laju ni... mesti tak boleh ambik punya."

"Allah... payah ambik wei bola dia.." 

"Berapa dah mata? Jangan salah kira pulok!"

Skill baru... ambik bola belakang.. 😃

"Ok start balik... tadi menang mudoh doh..."

"Ready... nk kalahkan abg lan kena guna strategi ni..."

Sdr. Husaini (baju merah).

"Ambik serve Ma Long ni..."

"Serve yang ni boleh mata pulok ni."

"Nah!"
"Sekian dulu untuk kali ini... Insya Allah next week pulak jika dipanjangkan umur kita jumpa lagi..."

Monday, July 9, 2018

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAPISMA TERENGGANU KALI KE-11 DAN SAMBUTAN HARIRAYA 2018



Oleh: Unit Penerangan & IT

Jumaat, 6 Julai 2018 bersamaan 22 Syawal 1439H - Satu lagi titik penting dan bersejarah telah terlakar apabila PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-11. AGM itu telah diadakan di Dewan Walit, Kg. Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu dengan dihadiri oleh lebih 40 keluarga dan turut disertai oleh ahli-ahli dari Kemaman, Marang, Kuala Berang dan Setiu. AGM kali ini telah diadakan bersama dengan sambutan 'Eidulfitri 1439H.

Para perwakilan Mesyuarat Agung 2018.
AGM tahun ini dianggap begitu penting dan bersejarah kerana kepimpinan kali ini merupakan kepimpinan yang akan memacu PAPISMA Terengganu menuju era 2020 di mana pada era ini Malaysia sedang menuju era baru dalam sosiopolitik. Oleh itu, pesediaan taktikal, teknikal dan mental perlu selaras dengan arus yang dipacu oleh kepimpinan negara. Kepemimpinan kali ini juga memerlukan keupayaan dalam memberikan sumbangan yang terbaik pasca PRU14 kerana kerajaan Malaysia dan kerajaan Terengganu yang berubah kepemimpinan 100%. Ini memerlukan pengubahsuaian dalam mindset dan gerakerja bagi memenuhi hasrat masyarakat yang pastinya tidak sama seperti dahulu.

Maka, PAPISMA Terengganu telah memulakan langkah awal dengan pembentukan organisasi yang lebih sesuai dan tersusun dengan pengubahsuaian dan penambahan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Exco. Ahli jawatankuasanya terdiri dari gabungan junior dan senior dan dari pelbagai bidang kepakaran. Sekretariat Pilihanraya Papisma (SPR) telah memainkan peranan penting dalam melicinkan pemilihan mengikut aspirasi yang digariskan agar kepemimpinan yang terhasil adalah berdasarkan kebolehan memimpin, bukan semata-mata populariti seperti sebelum ini. Ini penting agar setiap potfolio itu akan diisi oleh mereka yang paling layak. Bukan mereka yang paling popular tetapi tidak sesuai dengan potfolionya.

"Tut...tut... Baru 4 orang yang hadir ni. Mana yang lain?" Sdr.
Saifullah bertugas sebagai pendaftar.
Bermula pada pukul 8.30 pagi, Dewan Walit diserikan dengan irama nasyid dan lagu-lagu Syawal yang menambahkan seri suasana. Pendaftaran dibuka di bahagian lelaki dan perempuan. Kehadiran peserta agak sedikit lewat menyebabkan AGM terpaksa dimulakan pada kira-kira pukul 9.30 pagi (jadual 9.00 pagi).

Alhamdulillah, AGM berjalan lancar dan berakhir kira-kira pukul 11.50 pagi.

Semasa ditemui, Pengerusi PAPISMA Terengganu telah melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga.
"Inilah kali pertama AGM mampu ditamatkan sebelum pukul 12. Biasanya pasti melepasi 12.30 tengahari" Katanya.

Berikut adalah keputusan pemilihan JK PAPISMA Cawangan Terengganu 2018-2020

JAWATANKUASA TERTINGGI

Pengerusi: Dr. Mujahid
Timbalan Pengerusi: Dr. Azhan
Naib Pengerusi 1 (L): Mr. Zailani
Naib Pengerusi 2 (P): Dr. Norhigrayati
Setiausaha: Sdr. Johari
Penolong Setiausaha: Dr. Shukriyah
Bendahari: Dr. Syuhaimi

WAKIL-WAKIL DAERAH
Kemaman: Dr. Mat Noh
Dungun: Dr. Tengku Fakharuddin
Besut: Sdr. Hilmi

EXCO-EXCO

1. Unit Usrah & Tarbiyah: Dr. Wan Mohd Razin
2. Unit Syabab: Dr. Sharif
3. Unit Az-Zahra: Dr. Asmaa'
4. Unit Penerangan & IT: Dr. Roslan
5. Unit Kebajikan Ahli, Ukhuwah & Ziarah: Dr. Zaihan
6. Unit Dental: Dr. Irfan
7. Unit Ubat & Perbekalan: Sdr. Muzani
8. Unit Ekonomi: Mejar Dr. Khairul Afnan
9. Unit Riadah & Rekreasi: Sdr. Saifullah
10. Unit Siasah & Dakwah: Dr. Farizi
11. Unit Profesional & Akademik: Prof. Dr. Harmy

SPEAKER

Pengerusi Tetap: Mr. Hussain
Timbalan Pengerusi Tetap: Mr. Salman


Seterusnya para peserta telah dijamu dengan jamuan hariraya sekaligus hidangan makan tengahari. Lebih istimewa lagi sambutan kali ini disediakan juga menu kambing golek.

"Hangpa tak terlioq ka?" Mungkin itulah seruan yang paling
berkesan bagi menarik kehadiran.

Dr. Azham sebagai Pengerusi Majlis.
"Mana yang lain ni? Aci dok kita start AGM ni?" Mr. Hussain
mempengerusikan mesyuarat sebagai Pengerusi Tetap.
"InsyaAllah kita akan terus bermesyuarat walaupun hanya 3
orang..." (Hehe...) Dr. Mujahid, Pengerusi 2016-2018 sedang
memberikan ucapan.
Ahli-ahli mesyuarat yang memenuhi dewan sedang memberi
perhatian kepada perbincangan.
Pendaftaran terus dibuka. Dr. Khadijah (Setiu) sedang mendaf-
tarkan seorang ahli yang baru sampai. "Jangan lupa undi lepas
daftar ye!"
Antara peserta yang popular sedang mendaftar. Mejar Dr.
Khairul Afnan.
"Ek eh... tanda kertas periksa ke?" Dr. Roslan sedang melaku-
kan penjumlahan undi dengan ditemani oleh Prof Dr. Harmy
sebagai pemerhati.
"Berikut diumumkan keputusan pengundian hari ini..."
Dr. Roslan sebagai SPR.
"Apalah lambat sangat mesyuarat ni... aku baham sendiri baru
tahu!" (Hehe...) Begitu semangat dan berdedikasi sekali petu-
gas kambing golek ini.
"Saya mengusulkan agar kita menukar nama Ibnu Sina..."
Begitulah Prof. Dr. Harmy sedang membentangkan usul.
"Alhamdulillah! Habis jugak AGM... Jom makan..." Kelihatan
dari kiri Dr. Sharif, Sdr. Shawal (Kemaman), Sdr. Saifullah
(Dietician) dan Sdr. Muzani (Pharmacist).
"Kambing golek dulu bos!" Dr. Suhazeli dan Prof. Dr. Harmy
sedang menjamu selera. Ni baru first course! (Hehe...)
"Kambing golek memang terbaik!" Dari kiri Dr. Ammar, Dr.
Faiz, Dr. Aminuddin dan Dr. Syuhaimi.
"Sedap betul kuih bakar ni!" Meja mi nampaknya set-set tak
makan kambing... (haha...) Dari kiri Dr. Razin (baju kuning),
Dr. Arif dan Mr. Jamaluddin (HSNZ).
Meriahnya suasana... sambil menjamu selera diiringi lagu
dan nasyid 'eidulfitri terasa bagaikan hari pertama hariraya.
Masing-masing tidak melepaskan peluang menjamu apa yang
terhidang. Yang penting jangan lepaskan yang special. Keliha-
juga Dr. Mat Noh (kopiah putih) wakil dari Kemaman.
"Dah kenyang?" Kak Han sebagai tuan rumah agak sibuk
memastikan semuanya berjalan lancar.
Ibu-ibu disediakan tempat bagi menjamu selera di dalam
dewan.
"Kamipun hadir!" Dari kiri Dr. Farizi, Dr.Talhah dan Dr. Hanif.
"Sedapnya..." Dari kiri Dr. Hazizul Helmi, Dr. Wan Zulkhalid
(wakil Kemaman) antara yang turut sama memeriahkan sam-
butan 'eidulfitri kali ini.

Banyak lagi gambar-gambar 'aksi' mencuit hati yang di'paparazi' oleh Papa Li (Dr. Suhazeli) yang dapat dijadikan kenang-kenagan boleh di klik di bawah ini.

Gambar-Gambar sekitar AGM dan Sambutan 'Eidulfitri..

Wednesday, November 22, 2017

Himpunan Keluarga PAPISMA Terengganu (HIKMAT 2017)


UNIT IT


Signboard Hari Keluarga sedang digantung di tapak sukaneka.
Tahun 2017 merupakan tahun sibuk yang agak luar biasa bagi PAPISMA Terengganu. Berbagai program peringkat negeri (cawangan), program peringkat kebangsaan malah program peringkat antarabangsa seperti Konferens Nusantara Ke-2 telah diadakan di Terengganu dan PAPISMA Terengganu diamanahkan sebagai tuan rumah. Pun begitu, Alhamdulillah, dengan masa sedikit yang terluang, PAPISMA Terengganu telah berjaya memanfaatkannya untuk program dalaman iaitu Himpunan Keluarga PAPISMA Terengganu atau ringkasnya HIKMAT 2017 pada 10 dan 11 November baru-baru ini.

Hebatnya ialah...  AJK HIKMAT 2017 ini hanya sempat dibentuk kira-kira dua minggu sebelum program. Ia di ketuai oleh Sdr. Saifullah Osman yang merupakan Pakar Pemakanan HSNZ. Penyertaan dibuka serta merta dan Alhamdulillah telah mendapat penyertaan dari 31 buah keluarga. Berikut adalah senarai AJK yang telah mengendalikan HIKMAT 2017 dengan jayanya:

Penasihat:
1- Dr. Mujahid Fauzi  - Pengerusi PAPISMA Terengganu
2- Sdr. Mohd Johari Yusof - SU PAPISMA Terengganu

Pengarah:
Sdr. Saifullah Osman

Timb Pengarah:
Dr. Azhan Hamdan

S.U dan Bendahari:
1- Dr. Sharif Ahmad
2- Dr. Syuhaimi Zakaria

AJK Penginapan/Pendaftaran/Makanan:
1- Sdr. Wan Shafiq

AJK Pengisian dan Game:
1- Dr. Raja Hashim
2- Dr. Fatin Hasifah
3- Sdr. Shahril

AJK Multimedia/Teknikal:
1- Dr. Aminuddin
2- Dr. Hani

AJK Cenderahati:
1- Dr. Syukriyah


HIKMAT 2017 telah memilih tema "Erat Ukhuwah Teguh Istiqamah" yang bertepatan dengan aspirasi dan inspirasi PAPISMA Terengganu tahun ini. Segala cabaran dalam perjuangan hanya akan dapat di atasi melalui ukhuwah yang erat dari kalangan mereka yang istiqamah terhadap keyakinan dan fikrah yang benar. Dengan ukhuwah dan keyakinan yang benar, semua mehnah mampu dihadapi dalam menjayakan dakwah "bil hal" melalui gerakerja PAPISMA sebagai NGO Kebajikan ini.

Pandangan hadapan UBR.
Sesudah solat Jumaat, para peserta bergegas dari seluruh negeri Terengganu untuk ke tapak program. Kali ini diadakan di Ulek Beach Resort (UBR), Dungun, Terengganu. Sebuah resort yang sederhana besar, sesuai untuk keluarga PAPISMA Terengganu dengan kehadiran yang sederhana juga. Ia terletak di tepi pantai berhampiran dengan UITM Dungun yang dihiasi pemandangan yang cukup indah dan menawan. Tak puas rasanya mata ini menikmatinya.

Check-in bermula pukul 3 petang, namun ada yang tiba lebih awal. Antaranya Pengarah Program, Sdr. Saifullah yang hadir bersama Setiausahanya, Dr. Sharif Ahmad serta beberapa keluarga PAPISMA yang lain. Mereka telah check-in di bilik-bilik yang telah 'available' lebih awal.

Kira-kira pukul 5.15 pm, program dimulakan dengan medical talk oleh penaja yang menaja sebahagian program HIKMAT 2017 ini iaitu Solehring. Solehring merupakan sebuah syarikat yang membekalkan peralatan untuk berkhatan. Sebahagian yang hadir sempat melakukan sesi praktikal bagaimana melakukan khatan yang sangat pantas menggunakan Solehring device itu. Suatu masa nanti, PAPISMA mungkin perlu bekerjasama dengan Solehring untuk program khatan mega memandangkan device yang diciptanya sangat mudah digunakan.

Berseronok sambil bertaaruf.
Seterusnya, program santai menanti waktu Maghrib...

Jom kita nikmati detik-detik pengalaman itu...

Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, mereka memlih untuk bermain kolam yang terletak di antara chalet penginapan dan dewan... cukup eksklusif. Sambil memerhatikan anak-anak bergembira dan bermain air, ibubapa yang menemani dapat bertaaruf dan berbual mesra.

Rekreasi petang... bersama jaguh-jaguh bola pantai.
Bagi yang meminati aktiviti riadah, mereka tak melepaskan peluang untuk bermain bolasepak pantai. Padang bola tersebut terletak betul-betul berhadapan UBR dengan dipisahkan oleh jalanraya utama ke UITM Dungun. Perlawanan telah berlangsung dengan begitu sengit di antara dua team 'profesional' PAPISMA terengganu yang hebat-hebat... Terserlahlah bakat-bakat terpendam yang selama ini tersembunyi di sebalik sthethoscope ☺. Akhirnya perlawanan seri 5-5 dan ditentukan dengan sepakan penalti... Penjaring terbanyak tak lain tak bukan ialah bekas pemain 'profesional' kampus yang menyandang johan sebanyak 5 tahun berturut-turut... Tanyalah yang hadir pasti tahu... Hehehe... Jangan marah yer...

Istiqamah - Kuliah Maghrib bersama Ust. Wan Hassan.
Pada sebelah malamnya, solat Maghrib telah diadakan di sebelah kolam renang. Suatu momen yang cukup indah... Sungguh khusyuk berjemaah dengan berpayungkan awan... Cuaca yang sejuk dengan hembusan angin laut yang dingin menambahkan lagi rasa tawadhu' dah kehambaan...

Selepas solat Magrib berjemaah, para peserta dihidangkan pula dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Wan Hassan, seorang ketua dan pembimbing masyarakat yang disegani di sekitar daerah Dungun. Beliau menyampaikan tazkirah yang bertajuk Istiqamah dengan pengisian yang cukup mantap dan berkesan. Ianya dirakam sepenuhnya dalam FB secret group PAPISMA Terengganu. Siapa nak dengar boleh PM admin ye...


Tepat azan kedengaran dari di masjid berdekatan, kuliah diakhiri dan para peserta seterusnya menunaikan solat Isyak berjemaah. Namun kali ini solat jemaah diadakan di dalam dewan kerana hujan telah turun renyai-renyai. Maklumlah ketika ini adalah musim tengkujuh. Sesudah itu, para peserta menikmati makan malam (dinner) yang telahpun tersedia bermula pukul 8 malam.

Dinner di UBR boleh dikatakan antara yang terbaik. Rasanya cukup enak dan menyelerakan. Kuantitinya cukup bagi menampung para peserta yang ingin menambah makanan 2 - 3 kali. Barbeque-nya pula sangat enak kerana sos barbeque-nya sangat sedap pernah dihidangkan... Apa lagi...menambah-nambahlah... sampai berat perut makan terlebih dos..☺

Jadual terakhir untuk malam itu adalah Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat agung kali ini di adakan dengan cara yang santai tetapi memenuhi peraturan mesyuarat. Pelbagai aktiviti dibentangkan dan dibincangkan... Perbincangan paling hangat ialah berkenaan kewangan. Bendahari PAPISMA Terengganu, Dr. Syuhaimi Zakaria terpaksa berhempas pulas menjawab persoalan yang dikemukakan.

Kira-kira pukul 11.30 malam, mesyuarat diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.

Kuliah Subuh bersama Al-Fadhil Dr. Md. Arif.
Hari kedua di UBR dimulakan dengan solat Subuh berjemaah. Solat subuh diadakan di dalam dewan sebagaimna solat Isyak malam tadi. Selesai solat Subuh sesi tazkirah ringkas telah disampaikan oleh tak lain dan tak bukan bekas penceramah tersohor zaman kampus tahun 90-an dahulu iaitu Dr. Md Arif Ibrahim yang juga mantan Pengerusi PAPISMA Terengganu. Beliau yang juga baru balik menunaikan haji banyak membawakan kisah-kisah menarik yang memberi pengajaran berguna untuk para peserta. Ternyata bakat ceramahnya masih berbisa... ❤

Seterusnya peserta bersarapan pagi bermula pada pukul 7.30 pagi. dan sukaneka dijadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi.


Sukaneka... "Nanti abang lari laju-laju biar sampai dulu tau".
Sukaneka kali ini sangat menghiburkan. Terutama kepada anak-anak dan para ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil. Tahun ini majoriti ibubapa membawa anak-anak kecil yang layak untuk turut serta dalam sukaneka. Berbagai telatah yang mencuit hati dapat dilihat dan sebahagiannya terakam di dalam album HIKMAT 2017 di bawah. Siapa yang menggondol begitu banyak hadiah bagi sukaneka kanak-kanak tahun ini? Tak lain tak bukan ialah keluarga Mr. Hussain.... yeayyy!!! Tahniah!☺

Namun bukan sahaja anak-anak kecil yang dapat bersukaneka, ibubapa juga dapat bersukaneka... Apa lagi... Masing-masing mengeluarkan segala bakat dan kebolehan untuk melepasi segala cabaran. Tapak gajah, mengail, boling pasir, tiup belon, belon air terbang dan tarik tali. (Sorry penganjur, penulis beri nama sendiri aje... hehe). Maklumlah... dah 2 tahun tak bersukaneka...☺ Kali terakhir PAPISMA Terengganu mengadakan Hari Keluarga ialah pada tahun 2015 di Sutra Beach Resort, Merang, Setiu. Acara yang paling menarik tahun ini ialah acara tarik tali... Acara sengit yang cukup dramatik pernah dicatatkan dan pemenangnya telah dianugerahkan sebagai The Badang Of The Year... clap...clap... clap... ☺... Yang tewas boleh cuba lagi tahun depan... Make sure kalian berlatih sebelum turun bagi mencabar Badang ye... hehe...

Kira-kira pukul 11 pagi sukaneka tamat. Para peserta terus memasuki dewan bagi acara penyampaian hadiah. Majlis penyampaian hadiah berakhir kira-kira pukul 12 tengahari.

Pukul 1 tengahari, para peserta check-out selepas menikmati hidangan makan tengahari yang menyelerakan.

Tak sabar rasanya menantikan HIKMAT yang seterusnya... ☺

Sekian terima kasih...

ALBUM HIKMAT 2017
Hari Pertama
Sukaneka
Penyampaian Hadiah
Gambar Kenangan Beramai-Ramai
Video Klip
Push-Up Arrow