Showing posts with label Isu Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Isu Kesihatan. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

Klinik 1Malaysia - Apa pendapat anda?

(Biro IT)

Sebagai warga Kesihatan yang terlibat dengan para pesakit, sudah tentu isu-isu yang berkaitan dengan kita akan sedikit sebanyak menggugah minda dan mencetuskan reaksi. Samada reaksi positif atau reaksi negatif. Sebagai warga profesional, kita pasti mempunyai pendapat sendiri. Barangkali bagi yang tidak sempat mendengar pembentangan bajet semalam, boleh membaca di bawah (dari MStar Online) dan boleh luahkan pendapat anda diruangan komen. Anda boleh menggunakan nama samaran atau anonymous. Apa yang penting idea anda... Selamat berforum.
More...

Kerajaan perkenal klinik 1Malaysia di kawasan bandar

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan perkhidmatan kesihatan klinik komuniti yang akan dinamakan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar seperti mana klinik desa di luar bandar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata klinik itu akan ditempatkan di kawasan perumahan dengan menyewa rumah kedai untuk memudahkan masyarakat setempat mendapat rawatan sakit biasa seperti demam, batuk dan selesema.

Beliau berkata klinik itu akan dikendalikan oleh pembantu pegawai perubatan dan dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

"Sebagai permulaan, 50 klinik akan dibuka di kawasan terpilih dengan peruntukan sebanyak RM10 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2010 di Parlimen di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan menaikkan kadar elaun kanakkanak orang kurang upaya (OKU) di sekolah pendidikan khas kelolaan badan bukan kerajaan (NGO) daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap seorang mulai 1 Januari 2010.

Beliau berkata peruntukan RM3.3 juta yang disediakan itu akan memberi manfaat kepada hampir 4,000 kanak-kanak OKU.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata klinik 1Malaysia dijangka mengurangkan bilangan pesakit luar di klinik dan hospital kerajaan berikutan lebih ramai pesakit yang menghidap penyakit ringan dapat menerima rawatan di klinik tersebut.

Liow berkata klinik tersebut akan diuruskan oleh pegawai pembantu perubatan atau paramedik yang mampu merawat penyakit ringan manakala kes penyakit yang serius akan dirujuk ke hospital.

"Klinik ini akan kita laksanakan di kawasankawasan kediaman, jadi rakyat tak perlu pergi jauh ke bandar dan boleh terus mendapatkan rawatan di kawasan perumahan sekitar mereka," katanya kepada pemberita selepas Pembentangan Bajet 2010 di lobi Parlimen di sini semalam.

Terdahulu dalam pembentangan Bajet 2010, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperkenalkan perkhidmatan klinik komuniti yang dinamakan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar, seperti klinik desa di luar bandar. BERNAMA




Push-Up Arrow