Wartawan SMART
Jumaat, 8 Nov. 2024.
Pagi ini seawal 7 pagi, para peserta (volunteer) dijadualkan berkumpul di sekitar Bukit Besar Kuala Terengganu untuk program Riadah Ukhuwah Santai Papisma Terengganu kali pertama sesi 2024-2026. Awalnya seramai 11 orang peserta telah mendaftarkan diri. Namun ada beberapa peserta telah menarik diri kerana urusan yang tak dapat dielakkan.
"Kita merancang, Allah juga meancang dan perancangan Allahlah yang lebih baik" (Mafhum ayat Al-Quran). Hujan telah turun seawal sebelum waktu subuh sehingga pagi ini. Sahabat-sahabat Marang, Wakaf Tengah dan sekitar Bukit Besar memberi respon bahawa pagi ini masih hujan. Namun telah sedikit reda. Namun, oleh kerana ingin menjayakan program kali pertama ini, Pengerusi PAPISMA Terengganu, Mr. Hazizul Helmy 'nekad' untuk meneruskan program jika hujan renyai-renyai sahaja. "Kalau tak dapat riadah kita makan roti canai." Begitulah lebih kurang hantaran whatsapp pagi ini.
Dari kiri: Dr. Raja, Dr. Hakim, Mr. Fadhli Yazid, (T-Shirt Hijau?), Dr. Aliff, Sdr. Saifullah dan Mr. Hazizul. |
Akhirnya mereka berjaya meneruskan program dengan kehadiran yang tak penuh. Sahabat-sahabat senior tak dapat hadir. Hujan renyai-renyai tidak menghalang program yang telah beberapa hari dirancang. "Kalau sahabat Palestin tak berganjak dengan hujan peluru, hujan air ini apalah sangat." Mungkin itulah falsafah yang dijunjung.
Apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Antaranya jangan mudah menyerah denga cuaca yang kita tak boleh control. Kalau ada sokongan, teruskan dengan apa yang ada. Buat sampai Jadi. Barangkali itulah antara intipati dan kesan positif dari apa yang berlaku yang boleh dijadikan sumber motivasi dan pencetus kepada kelangsungan gerakerja yang lebih cemerlang.
Tonggak aktiviti riadah PAPISMA Terengganu. Dari kiri: Sdr. Saifullah, Mr. Hazizul dan Dr. Raja. |
Kami telah sampai ke puncak! |
No comments:
Post a Comment