Monday, October 19, 2020

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS JAWATANKUASA PAPISMA TERENGGANU 2020

 UNIT PENERANGAN & IT

15 Oktober, 2020

Majlis penyerahan tugas telah dilakukan oleh Jawatankuasa lama (2018-2020) kepada kepemimpinan baru hari ini dalam majlis sederhana yang dihadiri oleh jawatankuasa sahaja. Majlis telah berlangsung dengan penuh muhibah di Dewan Mesyuarat NR Cafe, Tok Jembal, Kuala Nerus malam ini.

"Mana yang lain ni... lapar dah ni..." Kelihatan
dari kiri Dr. Ilham, Mr. Salman, Dr. Zuraizi dan
Dr. Termizy.
Majlis bermula dengan jamuan makan malam kira-kira pukul 9.30 pm. Seterusnya pada pukul 10.30 pm majlis penyerahan tugas bermula.

Majlis penyerahan tugas pada tahun ini telah diadakan bagi menggantikan Mesyuarat Agung Tahunan sebagaimana lazimnya kerana negara sedang dilanda wabak Covid-19 gelombang ke-3 sejak beberapa minggu yang lalu. Ini menyebabkan majlis berkumpulan terpaksa dibatalkan meskipun tarikh Mesyuarat Agung telahpun ditetapkan lebih awal sebelum ini.

"Assalamualaikum..." Mr. Salman sedang 
mempengerusikan majlis.

 Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan Pengerusi Tetap (2018/20), Mr. Salman Amiruddin yang mempengerusikan majlis kerana Pengerusi Tetap (2018/20), Mr. Hussain Mohamad tidak dapat hadir. 

Agenda pertama ialah ucapan mantan Pengerusi Papisma Terengganu (2018/20), Dr. Mujahid Fauzi Sulong. Beliau yang telah memimpin Papisma Terengganu selama 6 tahun 6 bulan telah menyampaikan ucapannya yang sangat berharga untuk dijadikan panduan. Pengalaman, cabaran, amanah dan banyak lagi telah dikongsikan  sebagai bekal untuk dipikul oleh kepemimpinan baru. Menurutnya, cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi itu bukan sahaja berlaku di peringkat dalaman Papisma sendiri, malah ianya berlaku lebih hebat lagi di peringkat luaran selepas pilihanraya ke-14 yang lalu. Malah, sesuatu yang juga agak menyedihkan ialah apabila ada di kalangan NGO sendiri cuba mencantas usaha-usaha Papisma dalam berbakti kepada masyarakat. 

"Alhamdulillah... kita telah sampai kepada tahap
ini..." Dr. Mujahid Fauzi sedang menyampaikan
amanatnya.

Itulah antara cabaran yang perlu didepani oleh barisan kepemimpinan yang baru. Beliau juga memberikan tips bagaimana membentuk pasukan yang kuat dalam kepimpinan iaitu selalu berjumpa secara informal bagi menjalinkan ukhuwah dan keserasian. Apabila sudah serasi maka segala gerakerja akan menjadi mudah.

Seterusnya mantan Setiausaha Papisma
Terengganu, Sdr. Hj. Mohd. Johari Yusof membentangkan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang 2018/20 dalam suasana yang ceria. Kemudian dikuti pula oleh pembentangan laporan kewangan oleh mantan Bendahari, Dr. Mohd. Syuhaimi Zakaria.

Dr. Zuraizi sedang menerima Watikah
Perlantikan Sesi 2020/22 daripada Dr. Mujahid
sambil diperhatikan oleh Pengerusi SPR 2020,
Dr. Roslan Yusof.

Majlis kemuncak ialah pengumuman perletakan jawatan oleh mantan Pengerusi Papisma Terengganu. Kemudian Pengerusi Sekretariat Pilihanraya (SPR) Papisma Terengganu 2020, Dr. Roslan Yusof mengambil alih bagi upacara watikah perlantikan Jawatankuasa Baru (2020/22). Beliau menjemput Pengerusi Papisma Baru, Dr. Zuraizi Jaafar yang diiringi oleh mantan Pengerusi untuk menerima senarai jawatankuasa baru bagi sesi 2020/22.

Sejurus selepas itu, Dr. Zuraizi telah menyampaikan ucapan ringkas yang berupa harapan beliau sebagai Pengerusi baru yang mengharapkan bimbingan 'orang lama' bagi meneruskan kesinambungan gerakan Papisma Terengganu ini.

"Keris bukan sebarang keris..." Dr. Zuraizi
menyampaikan plak cenderahati kepada mantan
Pengerusi Papisma Terengganu.

Sebelum majlis berakhir, Pengerusi Papisma Terengganu, Dr. Zuraizi telah menyampaikan cenderahati kepada mantan Pengerusi berupa plak replika keris yang diukir pantun yang penuh makna. 

Majlis bersurai kira-kira pukul 11.45 pm.






Berikut adalah beberapa gambar kenangan yang sempat dirakam di dalam majlis tersebut.

Majlis Makan Malam.

Menanti kehadiran para jemputan. Dari kiri Dr. Termizy,
Dr. Azhan, Dr. Farizi dan Dr. Talhah.

"Selfie sekali..." Saifullah sedang mengambil gambar
selfie berlatarbelakangkan para hadirin yang telah
hadir.

"Masih menunggu..." Dari kiri, Dr. Roslan, Sdr. Johari,
Dr. Mujahid, Dr. Ilham, Mr. Salman, Dr. Zuraizi, 
Dr. Termizy dan Dr. Azhan.

"Boleh dah start makan..." πŸ˜ƒ


Majlis Penyerahan Tugas (Gambar tidak mengikut susunan).

Majlis baru bermula.

"Makan pulak kat sini?" Eh... tak ler... ni makanan
orang lain sebelum tu. Kitorang pinjam aje dewan ni. πŸ˜ƒ

Dengan ini saya meletak jawatan. πŸ˜„

Pengerusi Papisma Terengganu 2020/22, 
Dr. Zuraizi sedang berucap.

Dah macam YB dah Dr. Mujahid berucap. Kemas
dan tersusun.

"Saya mengharapkan bimbingan senior..." antara 
ucapan Pengerusi Papisma Terengganu ini.


"Ye dok ni?..." Terpegun... πŸ˜ƒ

Khusyu' mengikuti ucapan.

Mr. Salman sedang mempengerusikan majlis.


No comments: