Monday, June 19, 2017

Majlis Iftar PAPISMA Terengganu 2017 Meriah

Biro IT

20 Ramadhan 1438H bersamaan 15 Jun 2017, PAPISMA Terengganu telah mengadakan Majlis Iftar di Dewan Walit, Kg. Durian Mas Manir, seperti tahun-tahun sebelumnya.

Ust. Kamaruzaman sedang menyampaikan
tazkirah sebelum berbuka puasa.
Alhamdulillah Iftar kali ini telah berjaya mengumpulkan kira-kira 90 orang ahli PAPISMA Terengganu termasuk 5 orang pelajar Perubatan UNISZA.

Iftar kali ini telah diserikan dengan kehadiran dan pengisian yang padu oleh Al-Fadhil Ust. Kamaruzaman Abdullah yang merupakan Pengasas Madrasah Al-Ansar di Hulu Terengganu. Beliau telah menyampaikan amanat yang penting sebagai seorang muslim umumnya dan di sepuluh malam akhir Ramadhan khususnya.

Hadirin mendengar penuh khusyuk.
Antara isi penting yang disampaikan ialah bahawa ibadat yang utama bagi seorang muslim ialah doa. Doa merupakan ibadat dan doa merupakan senjata. Kenapa Rasulullah (SAW) menganjurkan agar memperbanyakkan doa sebagaimana yang diajarkan kepada anakandanya Fatimah (r.ha) pada malam Al-Qadar? Kerana doa lebih menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Mereka yang berdoa hatinya akan khusyuk dan fokus. Sedangkan mereka yang berzikir (berwirid) selalu hatinya lalai. Beliau juga menegur sebahagian dari umat Islam yang meremehkan doa. Menganggap doa ini perkara ringan. Mereka tidak serius bila mengucapkan doa. Apabila mengaminkan doa iman selepas solat kadang-kadang tangan letak di mulut, tangan letak di lutut. Sedangkan Rasulullah (SAW) apabila berdoa mengangkat tangan denga tinggi. Doa juga merupakan senjata yang ampuh kepada umat Islam. Gunakan sepenuhnya kelebihan yang Allah kurniakan kepada umat Islam. Penuhi syarat-syarat berdoa agar doa dimakbulkan Allah.

Kelihatan di bahagian muslimat juga ramai
yang hadir termasuk anak-anak.
Seterusnya Al-Fadhil Ustaz menyentuh tentang antara doa yang tidak ditolak iaitu doa kepada orang lain yang tidak diketahui olehnya. Doa ini diaminkan oleh para malaikat dan mereka yang berdoa itu akan mendapat apa yang didoakan kepada orang yang didoakan itu. Doa yang doaminkan oleh para malaikat ialah doa yang tidak ditolak oleh Allah SWT.

Selesai pengisian, majlis berbuka puasa berlangsung dengan kurma dan air manis yang disediakan. Kemudian hadirin solat maghrib yang dimamkan oleh Al-Fadil Ustaz. Selepas solat maghrib hadirin menjamu selera dengan juadah berbuka yang ditempah khas oleh jawatankuasa makanan iaitu Nasi Beriani.

Selesai solat Maghrib, Dr. Razin (Pengarah Ifrar)
sedang membuat beberapa pengumuman.
Selesai berbuka sebahagiannya terus menunggu untuk solat Isyak dan Terawih. Solat Terawih kali ini telah diimamkan oleh Dr. Muntaqim Abu Bakar Al-Hafiz, Pegawai Perubatan di Hospitak Sultanah Nur Zahirah.

Majlis selesai kira-kira pukul 9.45 malam.



Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sempena majlis iftar tersebut:


Menunggu untuk berbuka setelah solat Maghrib.

Al Fadhil Ustaz Kamaruzaman sedang
mengambil juadah bersama-sama para hadirin.

Prof Harmy juga tidak ketinggalan turut
sama menjamu selera.

Sabar ye... kena beratur. 😃

Pengarahpun kena beratur tu... 😅

No comments:

Push-Up Arrow