Monday, June 19, 2017

MEKAR 2.0 - PAPISMA Terengganu Terus Berbakti


Merchang - Jumaat, 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438H.

PAPISMA Terengganu terus mengorak langkah yang proaktif dalam mendekati masyarakat di bulan penuh barakah ini apabila berjaya menganjurkan Program Semarak Kasih (MEKAR) buat kali kedua di Kg. Gong Kassim, Merchang, Marang, Terengganu.

Sdr. Saifullah  (kiri) dan Dr. Farizi bergambar
di hadapan sepanduk program telah digantung
di pagar surau.
Kg. Gong Kassim antara kampung yang mempunyai ramai penduduknya yang miskin. Ia terletak kira-kira 60 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Di sini terdapat kira-kira 100 buah rumah dari pelbagai latarbelakang.

Meskipun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran bagi menganjurkan MEKAR 2.0 ini, namun kecekalan Pengarah Program, Dr. Azhan Hamdan yang dibantu oleh Pengerusi Papisma Terengganu, Dr. Mujahid Fauzi, program ini mampu terlaksana.

Program ini telah berlangsung di perkarangan Surau Hj. Zakaria iaitu sebuah surau yang terletak di pertengahan kampung yang memanjang dari Pekan Merchang ke kawasan felda. Pengerusi surau yang merupakan seorang imam veteran, juga pemilik tanah surau ini begitu mesra dan bersemangat. Beliau merupakan tonggak yang menyebabkan MEKAR 2.0 dapat terlaksana.

Penganjuran program juga diwar-warkan oleh
JKKK bagi menarik kehadiran penduduk.
Program ini telah berjalan dengan lancar dan dapat menarik kehadiran lebih 150 orang bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma serta berbuka puasa.

Program bermula sebaik saja selesai solat asar berjemaah. Seramai 20 orang petugas PAPISMA Terengganu telah meringankan tulang bagi menyumbang tenaga untuk berbakti kepada para penduduk pada petang itu. Program dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada ceramah kesihatan. Ceramah itu telah disampaikan oleh Sdr. Saifullah Osman, seorang pakar pemakanan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan tajuk Pemakanan Ketika Berpuasa. Lawatn ke rumah juga dilakukan tetapi hanya sebuah rumah saja yang dapat dilawati kerana kekurangan petugas di peringkat kampung.

Selesai ceramah, program pemeriksaan kesihatan diteruskan semula untuk beberapa ketika sebelum program penyampaian sumbangan Ramadhan kepada para penduduk miskin dilakukan. Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Hj. Abd Manip Ghani, tokoh masyarakat Merchang, Ust. Sulaiman, Prof. Harmy yang merupakan Timbalan Presiden PAPISMA Malaysia, Pengerusi surau dan Pengerusi PAPISMA Terengganu. Program ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Penghulu Mukim Merchang iaitu Hj. Adnan Ibrahim.

Sebelum berbuka puasa, semua yang hadir diminta untuk duduk di tempat yang disediakan di luar dan di dalam surau (untuk perempuan) untuk melakukan upacara tahil ringkas yang dipimpin oleh Dr. Tg. Fakhruddin.

Selepas solat maghrib berjemaah, program bersurai.

Pengerusi PAPISMA Terengganu ketika ditemui melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dengan kejayaan MEKAR 2.0. Beliau menyifatkan kejayaan penganjuran ini merupakan rahmat Allah di bulan Ramadhan. Program ini menjadi penyuntik semangat agar MEKAR akan terus bertunas pada setiap Ramadhan. Tiada apa yang tidak dapat di atasi dengan sabar serta kerjasama ahli di semua peringkat. Beliau megucapkan terima kasih kepada Pengarah Program, Dr. Azhan Hamdan, Penasihat SMART PAPISMA, Dr. Arif Ibrahim dan semua ahli-ahli PAPISMA Terengganu yang menyumbang kepada program ini.



Pengerusi JKKK (baju kuning) bersama para
petugas di kalangan penduduk sedang
mendirikan khemah.

Dr. Arif mempengerusikan program MEKAR 2.0
pada petang ini.

Sdr. Wan Shafiq (ahli farmasi) sudah bersedia
untuk menerima pesakit.

Para perawat dari PAPISMA Terengganu sedang
bertugas mmeriksa pesakit.

"Sakit apa pakcik"

Dr. Farizi (kopiah hitam) sedang memeriksa
BP seorang pesakit.

"Nampak macam tak normal ni pakcik."
Dr. Raja Hashim 

Mr. Hussain seorang Pakar Bedah Senior juga
sempat meringankan tulang berbakti kepada
masyarakat. Kita macamana?

Bahagian pendaftaran adalah anrara tempat
paling sibuk dikunjungi hadirin.

Dr. Tahir  (kanan) yang baru grad dari Universiti
Cairo tidak ketinggalan berbakti.

Cekap - Sdr Johari, Penyelia Hospital (baju merah)
sedang membantu Sdr. Saifullah (penceramah)
menyediakan LCD projector.

Kak Han (tudung biru) bersama Sdr. Wan Shafiq
sibuk melayani pengunjung untuk mendapatkan
ubat.

Kaunter-kaunter pemeriksaan terus diserbu penduduk.

Dr. Arif terpaksa memberhentikan pemeriksaan
seketika untuk ceramah kesihatan pula.

Sdr. Saifullah sedang menyampaikan ilmunya.

Antara penduduk yang teliti mendengarkan.

Pasukan lawatan ke rumah sedang bersedia
untuk keluar berkhidmat.

Persiapan akhir - petugas bahagian penyediaan
makanan sedang menyiapkan juadah.

Bahagian atas surau juga digunakan
untuk penyediaan makanan.

Kak Zie (tudung merah) turun membantu di
bahagian ubat apabila pengunjung semakin
ramai.

Kelihatan dari belakang sebahagian penduduk
semasa ceramah kesihatan.

Sempat bergambar - Sdr. Johari (baju merah kopiah
hitam) dan Dr. Arif (kanan sekali) sempat bergam-
bar bersama  Bendahari JKKK (kiri) dan Pengerusi
JKKK (dua dari kiri).

Dr. Arif masih sempat turun tangan mengangkat
barang sumbangan untuk dikumpulkan.

Sdr. Johari...

... Dr. Sharif.

Santai sambil memerhati perjalanan acara sumbangan
yang sedang berjalan. Dr. Tg. Fahkruddin (tengah).
 
Pengerusi JKKK sedang memberikan sumbangan
kepada salah seorang penduduk.
Giliran Ust. Sulaiman... 
... dan giliran Prof. Harmy pula.
Pengerusi surau, Hj. Zakaria juga menyampaikan
sumbangan.
Akhirnya adalah sumbangan kipas untuk surau
yang disampaikan oleh Pengerusi PAPISMA
Terengganu, Dr. Mujahid Fauzi.

Pada masa yang sama hidangan berbuka puasa
mula di sediakan oleh ramai petugas yang
telah diberi tugas.

Buzy... seorang petugas sedang membawa juadah
berbuka.

Dr. Arif sempat beramah mesra dengan Penghulu
Mukim, Tuan Hj. Adnan Ibrahim (songkok uitam).




Posing beramai-ramai petugas MEKAR 2.0
bersama Pengerusi JKKK.

Menunggu berbuka puasa sambil membaca tahlil.

Suasana sebelum berbuka puasa yang meriah.

Kelihatan Dr. Sharif (kiri) bersama salah seorang
anaknya yang dibawa berada di dalam khemah
bersama penduduk.

... begitu juga dengan Prof. Harmy (kanan)
yang duduk bersebelahan Penghulu Mukim.

Penduduk.

Ruang belakang surau dipenuhi para
wanita.

Masing-masing sedang bersedia.

Pengerusi JKKK sedang memastikan seluruh
hadirin mendapat tempat duduk.

Kanak-kanak dan sebahagian ibu duduk
di bawah garaj kereta.

Di atas tanahpun ada dengan duduk atas alas.

Majoriti pasukan MEKAR 2.0 di tempat yang
disediakan di hadapan surau.

Jurukamera sempat berselfi... 😃😃😃


Abg Lan (kiri) dan Dr. Amin - dua orang
jurukamera PAPISMA Terengganu dengan
pos masing-masing.😊😊😊

Sekian untuk program kali ini.
Push-Up Arrow