Biro IT
|
Dr. Wan Razin sedang mempengerusikan majlis dan
menyampaikan alu-aluan. |
Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan ke hadhrat Allah SWT yang
telah mengizinkan Sambutan Aidilfitri PAPISMA Terengganu pada 21 Ogos
2014 / 1435H lalu itu berjalan dengan santai dan meriah.
Sambutan
itu telah diadakan di Dewan Walit, Kg. Durian Mas Manir yang dihadiri
kira-kira 100 orang ahli termasuk anak-anak. Ia bermula dengan solat
Maghrib berjamaah yang diimami oleh Al-Fadhil Ust. Shauqi Abd Rahman,
bekas imam Majlis Agama Islam Terengganu yang juga merupakan suami
kepada ahli PAPISMA Terengganu sendiri.
|
Ust, Shauqi sedang menyampaikan tazkira.. |
Majlis
kemudiannya diisi dengan tazkirah ringkas oleh Ust. Shauqi sebelum
pengisian oleh ikon akademik dan kepimpinan iaitu Profesor Dr. Harmy
Mohammed Yusof, pensyarah Perubatan UNISZA. Beliau telah menyampaikan
tazkirah yang padat dengan tajuk Ke Arah Melahirkan Muslim Haraki dalam
masyarakat.
|
Khusyuk... masing-masing mendengar dengan penuh
teliti apa yang sedang disampaikan. |
Antara isi-isi penting tazkirahnya ialah
beliau menyeru agar kita menjadi role model kepada masyarakat di luar
sana kerana kita adalah harapan mereka. Penuhilah harapan mereka demi
memenuhi amanah yang diberikan oleh Allah SWT. Jadilah seorang yang
terbaik dalam bidang masing-masing. Jika menjadi doktor, jadilah doktor
yang terbaik dalam perkhidmatan. Jika seorang GP jadilah GP yang terbaik
dan sentiasalah menambahkan ilmu pengetahuan.
|
"Kita perlu menjadi role model..." Prof Dr. Harmy sedang
memberikan amanat dan nasihat. |
Kita
selalu mendengar istilah muslim haraki. Jadi tidak pelik di sana juga
adanya munafik haraki. Meskipun kita tidak melabel sesiapa tetapi ianya
wujud dan menjadi panduan untuk kita agar tidak terjerumus ke dalamnya.
Menjadi muslim haraki adalah penting kerana ia akan menyumbang kepada
perkembangan sihat di dalam membina masyarakat yang berjaya dan negara
yag berjaya. Jadi, Prof Harmy telah mengupas beberapa syarat untuk
menjadi muslim haraki antaranya:
1.
Bercakap benar. Kita dituntut untuk bercakap yang benar sahaja walau
dalam apa keadaan sekalipun meskipun itu bagi kita akan menjejaskan
pandangan orang lain terhadap kita. Tetap pandangan Allah tidak begitu.
Sekali kita bercakap bohong, kita akan lebih mudah untuk berbohong
apatah lagi bila kita menjadi ketua dan memikul tanggungjawab yang lebih
besar. Bohong adalah ciri-ciri seorang munafik.
2.
Buang hasad dengki. Hasad dengki bermula apabila kita tidak boleh
menerima pendapat orang lain atau tidak boleh menerima kelebihan orang
lain. Kita menganggap diri kita lebih baik dan sempurna. Akhirnya
wujudlah perasaan hasad dengki sehingga kadangkala kita tidak
menghormati ketua dalam jabatan, pemimpin dalam organisasi dan
sebagainya.
|
Dr. Mujahid sedang menyampaikan beberapa pengumuman. |
3.
Jadilah penasihat dalam masyarakat. Agama itu adalah nasihat.
Sentiasalah kita memberikan nasihat bagi menambahbaik keadaan dan
membetulkan kesilapan. Dalam hidup kita ini sentiasa berhadapan dengan
mad'u. Apatah lagi seorang ketua, lebih ramai mad'unya. Seorang doktor
setiap orang bawahannya itu adalah mad'unya. Kepada pemimpin dan ketua
mereka juga perlukan nasihat bagi membetulkan kesilapan. Maka kita
sentiasalah memberikan pandangan yang positif. Bukan pandangan-pandangan
yang menambahkan kerosakan kepada organisasi atau masyarakat.
|
Jom makan - Hadirin sedang menjamu selera pelbagai juadah
yang disediakan. |
4.
Menunaikan amanah dan janji. Kita mesti sentiasa menepati masa. Tidak
boleh memandang remeh akan kelewatan. Meskipun kadangkala hanya 5 minit,
tetapi anggaplah ia suatu kesalahan yang besar. Bayangkan jika 10 orang
lewat 5 minit, 50 minit masa terbuang. Sedangkan banyak perkara
bermanfaat yang boleh dilakukan dalam masa 50 minit yang terbuang itu.
Oleh itu, kita dinasihatkan agar memberitahu rakan-rakan lebih awal jika
terpaksa hadir lewat.
5. Bersifat mahmudah tinggalkan
mazmumah. Jangan fikirkan diri sendiri sahaja. Setiap perbuatan yang
ingin kita lakukan fikirkan apa perasaan orang lain. Jika ianya boleh
menyinggung hati dan perasaan orang lain, tinggalkanlah. Tanamkan
sentiasa sifat malu dan lemah lembut.
Prof Harmy
menyimpulkan bahawa persatuan dan negara ini memerlukan ahli-ahli yang
baik dan kompeten. Jadi kita perlu menjadi ahli persatuan dan ahli
masyarakat yang baik dengan mempertingkatkan kualiti.
Seterusnya
para hadirin bersolat Isyak secara berjemaah yang juga dipimpin oleh Ust.
Shauqi. Sesudah itu para hadirin telah dijamu dengan pelbagai jenis
juadah yang disediakan oleh AJK PAPISMA Terengganu yang berkaitan.
Mudah-mudahan pertemuan santai dalam majlis yang penuh barakah ini akan menjadi titik mula bagi melonjakkan semangat dan kerjasama untuk berbakti kepada masyarakat.
Amiin...